Sudi sudi lah jadi follower

Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Dugaan Ramadhan -Suamiku terlibat dlm kemalangan..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

              Rasanya dah agak lama dah aku menyepikan diri, mencari kekuatan dan semangat diri..Hari Jumaat lepas kira2 pukul 12.30 tgh suamiku call mengatakan dia kini ada di hospital..Aku ingatkan hanya gurauan semata-mata sebab dia selalu bergurau dekat balai polislah mcm2lah dia menyamar..Tapi tak pada hari tersebut dia kata dia terlibat kemalangan sesama motor di persimpangan Jalan Duta melibatkan pasangan suami isteri dan suami aku sendiri..Masing2 jatuh atas jalanraya mungkin mengantuk kot...Berderau aku mendengarnya.Ujian di bulan Ramadhan..

                Susulan dari kemalangan tersebut suamiku dikehendaki duduk wad tetapi dia menolak..Maklumlah akibat pengalaman yg lama di hospital menjaga anak2 dan isterinya membuatkan ia fobia dgn hospital.Ambil darahnya,masuk air melalui drip ,suntikan dsbnya.Akibat komplikasi kemalangan tersebut tulang selangka di bahunya terkeluar sedikit dan terpaksa memakai anduh..Dr tak membenarkan memandu dan cuti sakit selama sebulan..Kecederaan motor ni walaupun nampak sedikit tapi dalamannya tak tahu sebab badannya terhempas ibarat "Nangka busuk" jawabnya..Dr beri suntikan tahan sakit dan kancing gigi..

                Kedegilan suamiku ?dia tetap nak balik juga, bayangkan dia memandu motor sebelah tangan sampai rumah mak aku di Datok Keramat dgn luka2nya..Kalau ikutkan perangai dia nak bawanya hingga ke Rawang ni.Entahlah degil betul!!..Puas jugalah mak aku membebel.Aku nak ambilnya hahaha!! aku tak berani memandu ke KL setakat dlm BTP dan Batu Arang ambil anak2 aku di PDK blhlah..Suamiku tunggulah adik iparku balik dr kerja pd petang tersebut..

                 Balik rumah ubat suntikan dah habis mulalah terasa sakit badan dn tangan kiri langsung tak blh angkat..Makan pun tak lalu tapi tetap puasa..Aku ni dah mcm jaga anak kembar 4 pula..Anak2 istimewaku tak mengerti apa2 terutama yg bongsu Firdaus 5 thn.Balik ayahnya di tariklah tangan ayahnya..Menjeritlah suamiku..Anak2 aku ni suka bermanja dan melehet kat ayahnya.Bila ayahnya buat de' pasti mrk hairankan.Berlarutanlah hingga hari Ahad ni, aku pun barulah terhegeh2 belajar memandu ke rumah mak aku..Bkn tak nak memandu tangan kanan bekas operation sakit kalau terlalu lama memandu..

Gambar dr google-Ambil di sini


                  Sebab sakit melampau suamiku terpaksa dimasukkan ke wad hr ini di Hospital Gleanegles ,Ampang.Oo!! TI tempat kerjanya bayar ni kalau ikut keewangan kami HKL lah jawabnya..Insurans pulak tak cover kemalangan hanya penyakit kritikal je..Suamiku silap dia tak ambil sepenuhnya.Time mcm ni baru nak tersedar diri knp tak ambil sepenuhnya.. Aku pula tak dapat menjaganya di hospital  kebetulan ayah aku pun tak sihat maklumlah akibat sakit kencing manisnya..Umurnya pun 73 thn dah..Mak aku  pun tak dptlah menjaga anak2 aku..Semoga Allah SWT permudahkan suamiku di hospital dan cepat2lah sembuh..Kesian suamiku..Doa kalian ku pohon pemudahkan urusan kami sekeluarga..

P/S :- Sempena Hari Raya ni berhati-hatilah ketika pulang ke kampung..Ketika memandu bagilah signal kalau nak ke kiri @ ke kanan..Pemandu Malaysia ni malas menggunakan signal..Tak kena tak tahu,mcm mana sakitnya akibat kemalangan.Malang tak berbau..Nampaknya tahun ni tak berayalah jawabnya..Biasa dah tu..Balik kampung???Mak Mentuaku tak tahu lagi ni...




   

Friday, April 13, 2012

Temujanji Aku di Klinik Kanser atau Onkologi di HKL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Sempat juga suami aku mengambil gambar sebelum di tegur-TIDAK DI BENARKAN  MENGAMBIL
GAMBAR DI SINI  O! O!
                           
              Lama dah tak up date blog ni, angan2 nak jadi Fatin Liyana konon tapi pemalas nak menulis entri..Harapkan berangan je!!..Seronok tengok blog bakal Dr ni ..Mcm tak ada masalah je, muda2 dah byk negara di lawatinya..Entah bilalah dapat aku  merasa melihat negara orang ye! Pergi Pulau Langkawi pun tak lepas lagi..Dapat jadi tetamu Allah pun jadilah teringin sangat nak ke Mekah, kiblat kita beribadat dan berdoa di sana..Siapalah yg sanggup jaga anak2 aku selama 45 hari ni..Mudah-mudahan Allah SWT makbulkan permintaanku..Amin..

               Hari Isnin lepas aku ada temujanji dgn Dr Kanser aku atau bahasa sains Onkologi..Dr Pakar aku Dr Norhasimah dah di tukarkan ke Putrajaya ..Siapa pula Dr yg aku jumpa nanti mesti Dr2 pelatih ..Kekadang rasa bosan nak jumpa Dr ni dahlah terlalu ramai orang dan lepas tu kena cerita berulang kali  tapi bila fikirkan memogram tu mahal kalau hospital swasta aku korbankan masaku juga..Jadi mangsanya mak akulah  kena menjaga ketiga-tiga anak OKU aku tu...Ramainya rakyat Malaysia kena Kanserkan ,ada yg hendak buat kemoterapi ,ada yg baru disahkan kanser berlinang air matanya, mcm2 ragam di sini..

             Bayangkan nombor aku 7061 Dr tengah check no 7010, lebih kurang 50 orang lagikan..Aku pun pandai ambil nombor dulu lepas tu bayar duit rm 5 cabut balik rumah mak aku di Datuk Keramat hantar anak2 aku..Kalau tak jenuh menunggu , sampai kat rumah siap sarapan bagi anak2 aku  makan dulu kencingkan mrk tak lah  kelam kabut mak dan abah aku..Lepas tu aku call HKL tanya nombor berapa ? Misi suruh datang pukul 12.30 tgh siap pesan lagi jangan lambat nanti Dr balik wad...Kelam kabut aku di buatnya..

             Aku sampai pukul 1.00 ptg nombor 7045 hai!  lama lagi nampaknya .Terkocoh-kocoh aku di buatnya....Suami aku mula bosan, dia pun gatal tangan ambil kamera dia ambil gambar..Belum pun sempat dia ambil kena tegur dengan staff nurse "Encik dekat sini tak boleh ambil gambar, En dari mana ye!", suami aku kata saja2 je..Pelik juga ye bukan dlm wad atau bilik kecemasan pun tak blh ambil gambar ?

            Hampir pukul 2.00 pm nombor aku pun di panggil..Cakap2  check bekas pembedahan, ambil ubat dan ambil temujanji memogram..Pergi pula klinik untuk X-ray di Bangunan Kecemasan ambil temujanji bulan September nanti dan temujanji Dr bulan Oktober begitulan kehidupan aku seterusnya ..Bulan 5 ni ke Hospital Psikiatri Pediatrik untuk bawa Firdaus pula dan temujanji Gigi Asraf di Pergigian Pediatrik....Kerana terlalu byk temujanji terlepas tarikh  temujanji Faiz ke Hospital Sungai Buloh..

Sunday, April 8, 2012

Bagaimana Asraf dan Faiz berkhatan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

             Gambar Faiz selepas berkhatan-gambar Asraf tiada 10 thn lalu tiada kamera...

          Bila terfikirkan kisah Firdaus yg mungkin akan menjalani pembedahan tonsil dia teringat pula keadaan 2 anak lelaki aku ketika berkhatan...Mereka berkhatan menggunakan laser Asraf di KBMC kg Baru dan Faiz pula di Pusrawi...Ketika itu mrk berusia 7 thn ..Klinik biasa tak mampu lakukan kerana sikap agresif dan hyper mrk..Dr tak galakkan pun utk mrk bersunat tapi demi kebersihan dan kesihatan mrk kami tetap melakukannya..

           Asraf dikehendaki puasa dahulu spt kanak2 yg akan menjalani pembedahan..Aku masih ingat lagi pembedahan di lakukan pada pukul 10.00pagi..Lepas tu aku dan ayahnya pergi sarapan sekejap  sebab kami pun kena puasa depan Asraf..Tapi tak sampai 20 minit misi dah telefon ayahnya dikehendaki masuk bilik pembedahan sebab Asraf dah sedar dan meronta dlm bilik pembedahan  tersebut..

           Bila kami sampai ayahnya cuba memujuknya tapi dia berlari-lari dlm bilik pembedahan tersebut..Dr dan misi tak blh buat apa2..Seriau aku memikirkan luka pembedahan dia..Dr Khairul pakar kanak2 KBMC pun pelik kenapa ubat bius tak memberi kesan padanya..Asraf di bawa ke wad dgn berjalan selambanya sebab dia tak mahu duduk di kerusi roda.Dia pakai kain pelekat yg di letak getah di pinggangnya taklah asyik terjatuhkan....Sampai ke wad dia melalak-lalak dan berlari tanpa pakai kain tak mahu duduk di katil  mungkin ubat bius itu dah habis kot terasa sakit..Nasib baik aku minta wad utk seorang kalau tak payahnya berkongsi bilik..Tiba2  dia berlari ke toilet kencing..Nilunya aku..

             Aku mohon balik dgn segera , masuk dan tunggu dlm kereta dan ikat tali pinggang Asraf. Barulah diam sikit.Memang lelah aku dibuatnya..Sementara itu ayahnya uruskan pembayaran hospital memang tak blh bertangguh dgn kanak2 mcm ni.Semuanya kena cepat,cekap dan pantas.Mengalahkan PDRM..Sakit jantung aku dibuatnya!! Asraf! Asraf!....

            Aku cepat2 bagi PCM utk mengurangkan kesakitannya..Sampai di rumah Asraf terus berlari menaiki tangga dan  kain di tanggalkannya..Macam mana nak larang, macam mana nak tegah aku pun tak tahu..Ayahnya hanya geling kepala..Begitulah keadaannya seminggu hanya pakai baju shj..Tak tahu malu langsung, biarlah asalkan dia tak menangis kesakitan tapi aku tutup dah pintu rumah aku..Asalkan lukanya cepat kering dan baik...

              Paling mencuit hati aku dan ayahnya  sewaktu Asraf hendak tidur..Mak aku sibuk suruh gantung kain pelikat spy jangan melekat konon mcm budak2 normal selepas bersunatkan..Mana  Asraf nak tidur dlm kain tu,  lagi cari bantal peluk siap baik punya peluk kemudian dia menjerit agh! agh! agh! ..Aku dan suami buat tak nampak je..kalau tak lagilah melalak kalau dia tahu kami perasan..Dia pun tidur tanpa kain dan pandai2lah dia mengawalnya..

              Pasal mandi pula, orang tua2 selalu cakap jangan kena air nanti bentan..Tapi rutin Asraf bangun tidur buang air besar lepas tu nak mandi..Cakaplah mcm mana pun dia dgn selamba buka shower siap ambil sabun lagi..Tapi bila lepas mandi dia hanya pakai baju je berlarutan hingga seminggu ..Satu hari tu dia sendiri cari seluar dlm dan seluar panjang dia dan pakai.Kemungkinan dah tak sakit dah ..Begitulah kisah kanak2 istimewa bersunat.

             Keadaan Faiz ketika bersunat pula lebih kurang sama je..Tapi sebelum masuk bilik pembedahan dia dah mengamuk dulu siap di ludahnya misi2 di Pusrawi tu..Dr di tendangnya sebelum tangannya di cucuk..Kira2 20  minit juga kami di panggil masuk bilik pembedahan sebab dia berlari dlm bilik tersebut.Masa kami sampai Dr dan misi tercunggap-cunggap mengejarnya ..Dia hanya senyap apb ayahnya bagi handphone kat dia ada lagu wonderpet..Nasib baik dia mahu duduk kerusi roda dgn handphonenya bawa ke wad..

             Sesampai di wad sama mcm Asraf juga turun naik katil lepas tu masuk bilik air dia cabut sendiri kapas dekat anunya  tu dan kencing seriau,ngeri dan nilu betul aku di buat dgn perangai anak2 aku ni..Kami mohon balik dgn segera sebab tak larat tengok keadaan dia turun naik katil...Emak ayahku pun seriau dgn keadaan anak2 aku takut bentan terlari sini terlari sana..Allah SWT melindunginya..Dlm bab makan pula sukar utk dikawal buka tutup peti ais perkara biasa baginya.Jangan byk minum air tapi segelas selambanya..Entahlah ye!.

              Aku bagi sup haruan dan air gamat, nak cuci memang anak2 aku tak bagi curah je minyak gamat kat lukanya.Alhamdulillah semuanya selamat, semuanya sudah berlalu menjadi sejarah kami sekeluarga..Masalah baru pula macam mana Firdaus berkhatan dan menghadapi pembedahan tonsilnya ,dia ni lagi hyper dari abang2nya ?Entahlah ye! Hanya Allah Sahaja Mengetahuinya..Masa tu berilah kami kekuatan utk menjaga Firdaus!!!!.....    

Saturday, April 7, 2012

Perlukah Firdaus menjalani pembedahan membuang tonsilnya??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Autisme,Hyperaktif,tak boleh bercakap-Itulah  Firdaus Hafizi

              Alamak macam2 masalah yg timbul hari ini..Mesin basuh aku rosak pula tak boleh Spin.Nak panggil Hitachi Servis hari ini hari Sabtu pula.Call center diorang cuti.Kena tunggu hari Isnin matilah aku nak memerah kain baju..Nak panggil orang repair mesin basuh, kadang2  diorang pun tak reti sebab jarang org guna 16kg  dahlah besar  mati nak mengangkatnya..Badan aku masih tak stabil lagi rasa terhuyong-hayang mengalahkan kena kemoterapi suatu ketika dulu..


             Firdaus masih tak sihat batuk dan selesemanya tapi Alhamdulillah demam dah tiada..Aku dan ayahnya mungkin akan bawa Firdaus   ke pakar Hospital Glenegles jumpa Dr Pakar Hidung ,Telinga dan Tekak tak ingat nama Dr tu ..Dulu Dr menasihatkan kami tunggu hingga dewasa mungkin masalah tonsilnya akan berkurangan..Tapi bila difikir2kan balik kalau pembedahan dilakukan waktu dia dah besar lagi sukar aku nak menjaganya..Dia bukannya kanak2 normal blh disuruh diam mcm org dewasa lain..Masa tu pula kudrat aku dan suami pun dah lemah..


            Kalau ada sesiapa yg pernah menjalani pembedahan tonsil ada kesan tak?Gerenti ke tak demam selepas pembuangan tonsil?? Bolehlah beritahu kami di ruangan komen ye! Komen kalian amat aku alu2kan...Masalahnya anak aku Firdaus ni masih hisap susu botol tak reti nak guna cawan dan straw..Dah puas aku mengajarnya, mcm2 jenis cawan kartun,gambat upin ipin,sponge bob,  ben 10,cawan ada straw, botol budak sekolah tu aku beli utk menarik minatnya..Tapi tak berjaya hai ! itulah kelemahan aku sebagai mamanya, ..
Bagaimana  kalau lepas pembedahan nanti..Inilah yg sering bermain dlm kepala otak aku ni..


             Kalau tak lakukan pembedahan Firdaus akan demam hampir sebulan sekali.Rasa2nya tak larat aku nak mengharunginya ,tangisannya hingga ke pagi betul2 mencabar kesabaranku..Aku tahu bukan salahnya sebab dia telan air liur sakit sangat tapi tak blh nak beritahu mak ayahnya..Kesian dia sebenarnya, dia pun tak minta utk begitu ..Entahlah ye!..Mungkin pembedahan adalah jalan yg terbaik utk dirinya ..

Tuesday, February 28, 2012

Temujanji Faiz dgn Dr Pakar Psikiatri Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum....

            Semalam Hari Lahir Faiz yg ke 13 tahun, pejam celik dah dewasa dah anakku ni..27.2.2012 Aku tak perasan   tarikh yg sama temujanjinya dgn Dr Razak..Jadilah Faiz!! dapat hadiah ubat sekotak..Aku tak pergi menemani dia cukuplah ayahnya seorang sebab dia tak banyak kerenah sangat berbanding kedua adik beradiknya yg lain..Kalau bawa Asraf dia akan bertepuk tangan dan mengelilingi kerusi tu sambil mengetuk halkumnya tanpa henti sehingga namanya dipanggil...Firdaus Hafizi pula ,tak rupa kerusilah di buatnya..Selamba je dia baring depan klinik tu..Sementara menunggu Dr panggil nama di orang ,penatnya ibarat 10 kali aku berlari mengelilingi padang depan rumah aku ni...

          Agak2nya apalah yg sedang di fikirkan oleh Faiz ni??...Sapu tangan ni dia akan pegang walau kat mana dia berada...Apa tu Faiz? ubat ye! jangan lupa makan....



         Faiz ni ,kalau ayahnya suruh duduk barulah dia duduk...Kalau duduk dia tak akan bangun sehingga ayah dia panggil..Kalaulah ayah terlupa panggil dia dan terus balik ,alamak tinggallah jawabnya..Jangan harap dia ikut kita kat belakang..


            Ini Klinik Dr Razak Pakar Psikatri dan Kesihatan Mental..Kebetulan hari tu Dr cuti pula.Salah ayahnya juga kenapa tak call dulu sebelum datang kan dah susah..Jumpa Dr baru jelah,byk pula nak kena cerita..Dr Razak dah 2 kali datang ke rumah utk tengok Asraf...Serba sedikit dia dah tahu tingkah laku anak2 aku ..Bukan senang Dr nak datang rumah tau..

             Mungkin sebab suami ceritakan yg tiga orang anak kami semuanya Autisme dan hiperaktif dan aku sendiri  bekas pesakit kanser tak dapat nak bawa semua anakku serentak.....Aku pun cuba minta ubat untuk Asraf.Dr kata boleh dan ambil di Hospital nanti.Ubat Faiz pula tak sesuai utk Asraf sebab dia lagi agresif dan mengamuk bila memakannya. ..Nafasnya tercunggap-cunggap dan jantungnya bertiup kencang..Risaulah pulakkan...Tak pe ambil ubat Asraf, temujanji Faiz akan datang...

Tuesday, February 21, 2012

Perbezaan Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan

      Assalamualaikum......

       Dah bosankan dgn kisah anak2 aku...Kadang2 tak de apa nak cerita kalau aku jumpa sedara marake,jiran dan bertembung dgn rakan2..Baru-baru ni adik ipar aku telepon tanya khabar? ialah anak mereka semua hebat2 belaka dapat 5A dlm UPSR masuk asrama penuh yg SPM pula dapat 7A .. Jealous tengok anak2 orangkan..Tak baik ada perasaan begitukan..Aku doakan semua anak2 saudaraku berjaya dlm dunia dan akhirat.Aku hanya mampu buat lawak mengatakan anak2 aku terlebih genius tak perlu ambil peperiksaan .Sebenarnya akupun manusia biasa ,hamba Allah swt amat lemah dan tak sempurna.....
     
       Begitu jugalah dgn Dr2 kerajaan dan misi2 kerajaan ni,mereka pun manusia biasa....Melalui pengalaman aku yg tinggal lama di hospital.Aku pun mengalami peristiwa kena marah dgn Dr dan misi2 ni,masa tu aku bersalin anak pertamaku Asraf di HKL..Waktu tu ramai Dr2 pelatih hampir 10 org mengelilingiku waktu sakit bersalin..Ialah umur aku waktu tu 22 tahun mesti kita ada perasaan malu dan tiada pengalaman bersalin.Aku pun terkepit-kepit (malulah nak cerita faham2lah kan bagi yg mengalaminya).Jururawat tu membebel dgn bahasa mencarutnya siap!!  kakiku diikat dgn kasar, begitu juga Dr nya terlalu kasar....Perasaan aku masa tu mahu je aku nak lari..Aku fobia hingga ke hari ini.....

        Tapi bila aku duduk lama di hospital, baru aku tahu kerjaya mereka ni dan dapat selami jiwa mereka.Kemungkinan masa aku bersalin tu ramai org yg bersalin,dlm satu hari beratus orang yg bersalin, ada yg terjerit-jerit minta diambil perhatian sebab tak tahan sakit.Kalau kita anak menjerit pun tak larat nak dengar....Berbanding kita yg berkerja di pejabat tak kira apa jawatan sekalipun hanya berurusan dgn orang yg sihat dan berfikiran waras.Situasi amat berlainan dgn hospital semuanya pesakit mahu mereka diberi perhatian sewajarnya....

          Melalui pengalaman aku di wad kanak2, di hospital kerajaan..Sistem giliran dijlnkan,hari ini misalnya KK5 menerima pesakit kanak dan bayi,esok pula KK6,lusa pula KK7 begitulah seterusnya .Malam hanya 3 misi dan dua orang Dr on call.Merekalah yg ambil darah utk ujian ,pasang drif,cuci luka di wad dlm masa yg sama Dr perlu ada di wad kecemasan..Kebetulan pesakit ramai kadang2katil pesakit pun tak mencukupi..Situasi cemas ibubapa yg mahukan mereka didahulukan mbuatkan misi2 dan Dr2 dlm keadaan serba salah...Dlm beratus org yg menerima rawatan mungkin 10 org orang terlepas pandang dan menerima layanan yg krg memuaskan...Isunya di sini yg terima layanan baik pula sukar memberi penghargaan walaupun ucapan terima kasih pada Dr dan jururawat tsebut.Apb sihat kita selalu lupa waktu kita sakit.......


          Berbeza dgn Hospital swasta mrk tertunggu pesakit pula ,memanglah layanan first class.Misalnya aku pernah masuk wad Hospital Ampang Puteri, bilik untuk 4 orang keadaan wad sunyi aku seorang dgn anak akuje yg ada ,Dr dan misi memang beri perhatian sepenuhnya pada kita.Dari mandikan anak bagi ubat pada anak semua  misi lakukankan...Macam pemaisuri aku di sana ..Ingat!! layanan mereka tu semuanya berbayar..sampaikan tisu toilet pun masuk bil tau apalagi peralatan hospital kita gunakan..Cuba kita merempat jangan harap diorang nak beri layanan istimewa tau!!! Pepatah berkata "kalau ada duit semua boleh jadi"..

         
                 Bayangkan kalau ramai pesakit mampukah doktor tu senyum???    

Tuesday, February 14, 2012

Temujanji Asraf ke Klinik Pergigian Pediatrik HKL

    Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh...
Dah lama rasanya tak menulis maklumlah 2 hari ni waktu yg sibuk bagi surirumah sptku.Suamiku cuti Ahad dan Isnin.Anak2 aku pula time ayahnya ada rumah masa tulah dia buat hal,mengamuk tak tentu pasal.Kadang2 hilang sabau dibuatnya...Isnin pula ada temujanji Asraf dgn Dr gigi di Pediatrik HKL pada puku 2.30 ptg....Pagi tu, aku masak nasi goreng utk sarapan anak2 aku yg lain.Aku minta tolong mak aku jaga anak aku yg 2 org lagi......Pukul 11 am aku dah bertolak dr Btp ke rumah mak aku di Datuk Keramat..Aku kena selesaikan dulu makan pakai diorang dulu sebab mak aku bukan larat dah nak jaga diorang dgn sakit sendi tangannya tu.Tapi nak buat mcm mana ye terpaksa.

       Aku sampai hospital pukul 3.00 ptg, Asraf relak je, aku pulak yg terkecut perut di buatnya..Sebenarnya check-up gigi yg paling menakutkan aku..Aku nak operation kanser dulu pun tak takut sgt sebab kita pengsan masa menjalani pbedahankan..sakit lepas tulah tak nampak peralatannya.Aku sendiri pergi klinik swasta sanggup simpan duit utk rawatan gigi ni ,kalau boleh tak nak cabut gigi sebab aku dah fobia cabut gigi.Aku pernah mengalami pendarahan gigi yg teruk ,cabut geraham bongsu sebulan lebih tak blh makan hanya makan nestum dan telan..Sakit Allah saje yg tahu.....Sekarang ni aku pastikan setahun sekali buat rawatan tampalan dan cuci gigi.Aku pesan pada Dr tu guna jarum halus sekali kalau kena biuslah...Huh takut sangat...

        Aku tak dpt ambil gambar Asraf ketika Asraf menjalani rawatan gigi sebab Asraf baring atas ayahnya ,aku pula tpaksa pegang kakinya..Dia meronta teruk maklumlah budak 17 tahun ,10 oranglah misi memegangnya.Inilah sebab klinik pergigian swasta tak blh lakukan  utk kanak2 OKU terutama pada anak2 aku ni .6 bln sekali aku pastikan Asraf di bawa ke sini utk Dr cuci gigi dan buat tampalan mana yg patut.Dr Jehan adalah seorang saje  Dr pakar rawat gigi kanak2 oku ni.Terlalu baik Dr ni,byk nasihat, dan motivasi dia beri pada kami .Semoga Allah merahmati kerja amal beliau sanggup pakai topi kalendar utk elakkan anak aku ludah muka dia..Misi-misi di sini pun ok mcm tak rasa pergi hospital kerajaan..Mana anak2 yg takut cabut gigi tu pergilah kat sini ,siap ada tempat mainan lagi dan dpt hadiah lepas cabut gigi.Jimat pun jimat....


Gambar hiasan saja.....sumber google image

Saturday, January 28, 2012

Pengalaman hampir 3 thn di Wad Pediatrik HKL

       Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh..
Alhamdullilah ,syukur kpd Allah swt mberi kesihatan yg baik buat kami sekeluarga...B'sbg semalam lah ye....Maaflah ye kalau penerangan ini tlalu detail .Walaupun tajuk ini tlh mjadi sejarah aku dan keluarga ...Aku nak jadikan blog ni sbg rujukan Dr2 di hospital yg aku jumpa.Setiap kali aku jumpa Dr k'jaan @ swasta mesti mrk tanya bila,kenapa,apa ,bagaimana ,macammana,nama Dr yg merawat anak2ku.....Aku dah malas nak jawab pertanyaan berulang2 kali...Dgn kemudahan teknologi moden yg ada ni, ipad,ipone,laptop mcm lagikan .Klik je pg blogku baca label anak2ku ? mudah tak.....Masalahnya hendak tak mrk baca..terpulanglah...


      Utk pegetahuanlahkan ,aku dan suami bknnya sepupu. Aku org Selangor dan suami org Tganu dibesarkan di sana. Ini selalu jadi persoalan  oleh Dr dan masyarakat knp anak2 kami cacat? ,perkahwinan sepupu...Emosilah pulak..Sambung ye! aku dan suami plg ke rumah tanpa bawa baby..apa perasaanku ketika itu ye??
Bermulalah tugas suamiku bawa susuku yg diperah dlm botl susu utk dihantar pd anakku.Sehari 2 kali pg sblm keja dan mlm.Itulah pgorbanan seorang ayah thdp anaknya.Tgh mlm br balik menemani anaknya...Aku tak de kenderaan masa tu hanya motor Honda 70cc begitu juga abahku...Selama bbrp hr tak dpt tengok anakku,  aku mampu menangis je, dahlah dlm pantang, nasib baik tak meroyan .Begitulah ye!perasaan ibu2 yg kehilangan anaknya....


    Aku dan suami berikan nama Muhammad Asraf ..Tapi nama timangan mamat sebab makayah aku susah nak sebut Asraf ..Sepuloh hr kemudian aku dikehendaki tinggal di hospital utk ajar  Asraf menyusu badan ,kesihatan aku blm pulih sempat berurut 2 hr je..Aku ditempatkan di Wisma Kayu,HKL  bsama bayi2  tak cukup bln..Mcm2 kerenah ibu bayi tak ckp bln ni,ada sebesar tapak tgn je..maknya masukkan anak dlm pokek utk jumpa nenek kat luar..Wad itu dikuarantin hanya ibubapa bayi je blh masuk walaupun waktu melawat sebab takut jangkitan kuman.....


     Hampir 2minggu aku di sana,Asraf masih tak blh myusu ,masih mgunakan tiub utk mkn ,yg paling aku tak larat dia asyik menangis dan krg tidur ...Sepatutnya baby tidur lamakan tapi babyku sejamje
itupun lamalah tu...bila tidur lidahnya akan pg ke belakang myebabkan bunyi dengkuran mganggu pnafasannya dan tsedar....oksigen pun tak byk mbantu.Selain itu Asraf kerap muntah,masuk susu dlm tiub,bbrp minit muntah tak henti2.Berat badannya susut teruk.Pening Dr di buatnya,x-ray,citi scan ujian dlm perut,mcm2 ujikajilah,ujian darah bkali2 diambil utk dpt kepastian pyakitnya....habis urat tgn dan kaki ,kepala pun diambil..kesian anak aku !!.Bygkan aku ibunya hanya tgkje..Kdg2 aku tlupa dlm pantang,makan minum tak pantang, bengkung entah ke mana,air akar kayu tak minum,air bais aku telan juga, tlalu panas di wad,tak cukup tidur, kalau sakit aku telan penadol tiada masa nak fikir utk diri sendiri ..Kini aku terima akibatnya,kaki sejuk mcm mayat, kepala sering pening mcm2lagilah pyakit..Jgn ikut perangai aku...




        Gambar di atas ketika Asraf berumur 5 bln berat badan 2.5 kg.Ett tiub di masukkan dlm hidung sampai ke tekak . ( bukan puting ye) Gambar ini juga selepas menjalani operation perut di mana spenter (betulke bhs Dr ni.) diikat mgelakkan muntah .Perut dilubangkan di masukkan wayar Katheter tiub,jadi Asraf makan dan minum melaluinya mgunakan Syringe......Sampai kini masih ada lubang perutnya tp dah tutuplah seolah-olah ada 2 pusat...Subhahan Allah! ......Maaf gambar ini juga agak kabur, maklumlah aku tak de kamera masa ni, pinjam orang punya ambilpun kabur je.Mak aku tak bagi rakam gambar anak sakit pesanan org tua2lah.....Tak byk gambar anak aku di hospital ,lagipun tak de masa nak bgambar...........    






      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...