Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh.......
Panasnya sejak beberapa hari nikan, Fizi dah mula batuk dan demam...minta-minta taklah bpanjangan.Mulalah meragam sebab tonsilnya mbengkak..Makan ubat penakut sekali.Letak dlm susu mulalah tak mahu minum susu lagilah panas naik sebab krg air dlm badan.Aku terpaksa bagi cara paksaan ,habis dimuntahkan. Ini semua salah aku sebab aku bagi makan mangga yg aku beli di NSK semalam ..Dia pula hantu mangga dan benda masam2 ni.Tapi kalau dia makan buah mangga yg aku tanam tak pula demam..Aku rasa buah mangga ni di peram dgn karbait kot..Tekak aku pun terasa lain mcm je..Minta2 jgnlah jangkit dekat anakku yg lain2 ......
Muhammad Faiz lahir pada 27.2.1999 kami panggil dia Faiz je,Faiz lahir di Klinik Kohilal .Dr yg menyambutnya Allahyarham Dr Lo Loq iaitu Setiausaha Pas yg meninggal kerana barah paru-paru thn lepas..Al-Fatihah buat Dr. Semasa Faiz di lahirkan dia dah ada 2 btg gigi di depannya,pelik tapi benar dan terbelit tali pusat..Arwah Dr cakap Faiz ni murah rezeki..Insha' Allah...Bayangkan mcm mana aku nak menyusukan baby ada gigi ni ha! ..Tapi cukup umur dia sebulan kedua giginya tanggal...
Jaga Faiz taklah seteruk jaga Asraf tapi dia juga kerap muntah selepas berhenti menyusu badan.Mudah kena ruam lampin berbulan -bulanlah nak sembuhkan .Aku tak ingat bila ,Faiz pernah di tahan di Hospital Kampung Baru(KBMC) akibat lelah yg teruk...... Dr Khairul Pakar kanak2, spt biasa mjalankan beberapa ujian darah dan x-ray ke atas Faiz.Dia disahkan alah dgn laktosa lembu , ekzema dan jangkitan paru2..Faiz kena minum susu soya Isomil ..Lebih seminggu jugalah dia di tahan wad habiskan antibiotik..Tapi dia ni senang nak jaga sebab krg menangis berbanding Asraf dan Fizi.
Lagi sekali Faiz di masukkan ke Hospital Ampang Puteri akibat lelah dan demam suhu badan yg tinggi.Masa tu selepas seminggu raya balik dari Terengganu..Dulu mana ada highway Pantai Timur lagi.Jalan jem teruk masa tu maklumlah orang balik raya .Cuaca panas mcm hari nilah, perjalanan lebih 10 jam sampai lewat malam kat rumah mak aku, nafas Faiz mula tercugap-cugap... Nasib baiklah Asraf ok masa tu padahal dia yg meragam dlm van..Aku dan suami mula panik pergi klinik ,Dr arahkan pergi hospital, pergi HKL bahagian kecemasan hampir sejam menunggu mata anak aku dah terbeliak dah..Suami terus bawa kami ke Hospital Ampang Puteri.
Allahyarham Dr Haliza yg di jumpai meninggal dunia di Bukit Taboh thn 2009 akibat tergelincir dr bukit.Al -Fatihah buat beliau..Arwah adalah Dr pakar kanak2 mengesahkan Faiz kena meningitis(jangkitan kuman di otak)tapi tak teruk sangatlah .Kalau lambat bawa hospital boleh bawa maut tau...Faiz diberi ubat antibiotik melalui drif..Selama 7 hari kami tinggal di wad nak tahu berapa bayaran hospital hampir rm5000.
Tapi TI bayarlah..Sekali lagi aku tekankan pentingnya Insurans Kesihatan pd anak2 sebab malang tak berbau..Memang ada hospital kerajaan tapi terlalu ramai orang terutamanya waktu malam di wad kecemasan.Nak salahkan Dr dan misi-misi kerajaan krn lambat dan tak cekap dlm perkhidmatan, mrk pun manusia biasa memang tak terlayan dgn kerenah pesakit yg terlalu ramai...
0 ulasan:
Post a Comment