Sudi sudi lah jadi follower

Monday, October 28, 2013

Pertama kalinya Firdaus menaiki komuter..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Hari Khamis baru2 ni  rasa hari yg paling bersejarah bagi aku apabila Firdaus turut serta dlm  lawatan sekolahnya bersama kawan2nya ...Cikgu2nya di IDEAS  mengadakan lawatan pergi ke Midvalley dgn menaiki komuter adalah salah satu pembelajaran utk anak2 istimewa ini utk mrk mengenal dunia luar....Ala!! jelik ibubapa lain membacanya itupun nak ceritakan ialah anak2 mrk blh pergi jauh2 Cameron Highland tak hairan pun..Bagi aku mempunyai ketiga-tiga anak istimewanya rasanya perkara ni  agak luarbiasa bagi akulah..Aku tak hairan anak2 tipikal lain yg cerdik pandai dan  pandai berdikari tapi jauh berbeza dgn anak2 Istimewaku  ni....Aku cerita dgn org luar pun mrk pasti tak akan fahamnya..

Sebagai ibubapa pasti rasa cuak utk melepaskan pertama kali anaknya pergi ikuti rombongan tu....Mcm2 di fikiran ku sbb Firdaus tak boleh bercakap langsung, terlalu hyperaktif,.masih menggunakan botol susu  tak pandai menggunakan cawan..Paling risau bab membawanya ke toilet takut je dia terlepas kencing @  buang air besar merata-rata.....Bermacam-macam bermain di luar legar kepala otak aku ni..Bapaknya lagilah tak bagi pergi sekolah pun pd hr tu..Sesama sendirilah pujuk memujuk tanya sampai bila????

Pagi tu kuatkan semangat dan  keegoaan ku mcm tak ada apa  pun berlaku baik dgn cikgu2 juga Firdaus..Hanya doa mengiringi dan menemani Firdaus pergi..Semoga anakku  dan pelajar2 istimewa lain di lindungi oleh Allah SWT dan di permudahkan urusan cikgu2 dan perjalanan tersebut..Sepanjang lawatan cikgu2nya postkan gambar2 Firdaus sepanjang buat lawatan tersebut..Lega rasanya hanya air mata kegembiraan seorang ibu yg masih tak percaya anaknya blh pergi sejauh itu tanpa mak ayahnya di sisinya..Sebak lagi...asal menulis je sebak..lepas tu mulalah resdung..

Bila ambil Firdaus balik pkl 5.00 ptg nampak sgt kepenatan di wajahnya..Dapat susu sebotol tidur sampailah ke rumah..Sampai rumah minta makan tanpa tukar baju dan mandi sambung tidur balik...Bila ku tanya dia sampai sekarang aku masih menunggu jawapannya..Ialah manalah dia blh menjawab sebab dia tak blh bercakap kah!kah!kah!!!!!..Entahlah Aku terlalu merindui suara anak2 aku..Sabor je lah!!!....

Sedang menunggu keretapi..Sabarkan cikgu2 tu..
mcm2 kerenah anak2 Istimewa ni..
Kalaulah aku ada kat situ belum tentu Firdaus blh ddk mcm tu..



Mak sendiri pun tak pernah lagi naik komuter nak!!
Dunia dgn anak2 shj..




Makan OK lah bab minum tu masih tak lepas2lagi..
Tahniah Firdaus..Terima Kasih cikgu2 IDEAS
Hanya Allah shj membalas jasa cikgu2 ini ..
Semoga segala urusan mrk dipermudahkan ..Aminnn


Friday, October 25, 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Coretan daripada suami Siti_btp.

Salam semua,

Ini adalah catatan yang ke dua daripada saya. Tak ada yang gah atau sesuatu yang menarik untuk dikongsikan cuma sekadar mengucapkan syukur dengan sokongan yang diberikan rakan rakan kak Siti di atas perniagaan onlinenya. Saya cuma menolong urusan pengeposan sahaja. Terfikir jugak kenapa tak dimulakan dari dulu lagi ye...  Sekali lagi terima kasih..


Tuesday, October 1, 2013

Aku Superwomann..Aku juga bisa nangis!!!..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ala! lalala sambungan cerita hr tu lah ye!!..maaflah kalau ada yg tersinggung dg pergunaan bahasa diri "Aku" sbg ganti diri..Tak retilah nak guna penggunaan bhs " kita ke, hamba ke, saya mcm dah  terlalu formal pulakkan....Aku lebih selesa sbb aku  menulis seolah-olah dlm buku diari kehidupan ku cuma diari aku ni blh di baca oleh segelintir pihak yg sudi membaca rentetan hidupku..ada pembaca ya?? ye ke!!!...Alhamdulillah....Terlebih dahulu aku mohon maaf kalau penggunaan bhs aku menyinggung setengah2 pihak ye!!!..

Berbalik kisah hr tu...Bila suami aku dah ajar ala2 Komander gitu akhirnya aku beranikan diri bawa sorang2 ke PDK Cheshire Selayang.. Rumah aku kat Taman Sri Tioman Taman Melati gombak..Aku lbh rela memandu sorang dgn anak2 dpd suami aku sebelah...kahkah..Mcm biasa masalah naik bukit dgn van manual mmglah  payah..Aku guna tektik jgn turunkan handbrek van dah bergerak br turun handbreak..Sshh!! senyap2 ye..Masa tu jejantas MRR2 Gombak ni br siap sll ada roadblock kat situ..JPJ ni pun satu dah tahu aku ni mengelabah semcm asyik kena tahan je..huss!!..Aku mcm biasalah dgn tektik aku tu mengaum van di buatnya..Gelak pegawai JPJ habis asap kena muka dia..tu lah tahan aku lagi....Jgn buat perangai rosak enjin tau..Nak kena overhoul enjin van tu aku kerjakan..lepas tu cpt2 tukar Avanza Automatik..kan senang..Senang apa ke bendanya elok2 hutang van habis tambah hutang lagi...Entahlah Labu!!!

Bkn mudah ye!! nak kontrol anak2 Istimewa aku dlm van sepjg aku drive..suami aku pun x pernah memandu dgn anak2 aku ni kalau tanpa aku di sisinya..pakai tali pnggang dia blh lolos hinggalah hr ini..Pendekkan cerita bila anak2 aku dan aku dah mula serasi dgn sekolah dan pemanduan aku, tiba2 aku brpindah ke BTP, Rawang....Faham2lah jln kat Rawang ni mcm mana???..Masalah lain selain fobia jln dgn tayar lori..ingatan aku ni..maklumlah selalu terminum anak kerengga..Aku mmg tak ingat jalan walaupun nak pergi rmh mak sendiri..En suami sll test ingatan aku lepas ni jln mana..Mmg sah2 aku tak ingat..Tak payahlah nak gelakkan aku..Satu lagi aku tak pernah isi minyak kereta..

Elok2 anak kat PPKI Country Home, cikgu2 arahkan pergi PDK Rawang sbb pengurusan diri anak2 yg teruk..malas nak cetalah bacalah kisah2 lama anak2 aku..Dgn jem teruknya hendak ke Rawang..Hidup aku habis atas jalanraya..Bila disahkan kanser aku terus tak bawa kereta salah satunya sbb tangan kanan sll bengkak dan yg lain ingatan aku semakin krg kesan ubat bius pembedahan kanser hr tu....Aku dah jadi semakin fobia dgn keadaan jalanraya..Anak2 pula bertukar di PDK Batu Arang alamatnya setakat dlm taman ni je lah aku bawa..

Tapi bila suami kemalangan pertengahan tahun lepas aku gagahkan diriku semula utk memandu demi anak2 aku..Kdg2 melalui musibbah dan ujian yg kita lalui ada hikmah di sebalik kejadian..Aku tak tahulah 10 thn akan dtg kalau aku dan suami tak mampu nak memandu lagi siapakah yg akan ambil alih tugasan ini..Nak bawa aku dan suami ke hospital maklumlah semakin tua mcm2 penyakit muncul..Anak2????? Jawaplah sendiri..Kdg2 org kata jgn fikir sgt masalah akan dtg..Tapi nak tak nak terfikir juga..Inilah yg membuatkan aku bisa nangis...Huhuhuhu!!!!..


Ibu mana yg tak bisa nangis yg tengah tu  Faiz sepatutnya
sedang menjalani PMR hr ini..Atas kerusi malas tu Asraf 18 thn
Sepatutnya dah ada perancangan arah hidupnya sendiri...


Harap yg ni lah membawa kami suami isteri
ke hospital nanti ketika kami tak mampu
utk memandu..
Perancangan Allah ke atas hamba-Nya adalah rahsiaNya..
Apa yg buruk kita rasakan Itulah yg terbaik di untukkan
untuk kita..Bersangka baik dan redho dgn ketentuan-Nya..
Wallahu'alam..


Tuesday, September 24, 2013

Kerana anak2 Istimewaku~ Aku kena jadi Superwomenn...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

  Alhamdulillah hampir sebulan dah Firdaus di IDEAS, Bukit Templer Rawang..Firdaus  6 thn anak bongsuku dah mula serasi dgn keadaan sekolahnya bermula dr pagi hingga ke petang..Walaupun pada awalnya siap mengamuk-gamuk tak nak turun dlm dr kereta..Aku mcm biasa "Boh layan" balik je....Biasalah dia buat perangai dkt sekolah buang air besar dlm seluar...Mungkin dia tak biasa guna toilet @ cara dia nak tunjuk protes..Penat cikgu2 kat sana nak mendidiknya krn sikap hypernya..

Doa2kanlah Firdaus ye semoga dirinya mudah dididik dan blh mendengar kata guru2 di sana..Mudah2an dia boleh minum mengunakan cawan dan melupakan botol susunya huhuhu...Lupakan dululah mengenai anak2ku..Yg dua org lagi tu mcm biasalah kat PDK..aku dah tak mengharapkan apa2 dah..apa yg penting nak lengkapkan pengurusan diri diorang..

Apa yg penting aku dah ada keyakinan diri utk memandu ke Jalan Templer tu..Faham2 lah mmg mencabar dgn lori2nya..Aku ni pulak fobia dgn tayar2 lori tu mcm nak gilis aku je..Aku tahu ada yg gelak dgn cerita aku ni kan "Ada aku kesah"..Entahlah kdg2 dlm diri aku ni penuh dgn perasaan fobia je..Aku ni bknlah bodoh sgt kalau di fikir2kan cuma tak pernah cuba mohon pun Pusat Pengajian  mana..Sebenarnya aku penakut nak tidur kat asrama kahkah itulah jawapannya..Tahu di bapak aku ni pasti dia mengamuk..sebab dia teringin benar nak tengok anaknya ni cikgu..Oh kesiannya Abahku!!..

Bila aku terlalu takut Allah swt uji aku dgn pelbagai ujian spy aku lbh berani..Mula2 di jodohkan aku dgn lelaki yg rmh maknya  betul2 berhadapan dgn tanah perkuburan..Huh!! mmg mencabar betul..lepas tu aku terpaksa tinggal di hospital hampir 3 thn menjaga Asraf..Blh bayangkan tak dugaan tinggal di wad hospital..Katil aku bergoyang ,dengar bunyi org mandi dan mcm2lah dugaan dihospital ni..Malas nak cerita dah mlm ni..

Lepas tu nak sekolahkan anak2 istimewaku takkan nak suruh suami aku berhenti kerja pulak..Nak tak nak aku kena ambil lesen..Mula2 aku bawa pening akak yg mengajar tu sbb aku tak berani langsung nak gerakkan kereta...Nak tahu ambil lesen pun 2-3 kali rasanya 12 thn yg lalu masalah bukit..Lulus pun sbb buat muka kesian kot..Excitednya bila dpt lesen aku bawa Produa Rusa ambik kau terus bawa van tu dahlah manual..Masa tu bawa Asraf umur dia 5 thn masa tu baru lepas belah dia punya bisul..Eh!! kuat lagi ingatan aku ni..Aku bawa dia dgn adik aku pusing Carefour masa tu br buka..Ambik kau , aku hampir terlanggar kereta satria mamat warna hijau..Samsengnya dia nak bagi penampar kat aku..Melampaukan..

Bila bawa pakai manual naik bukit faham2lah asyik melorot je..Suami  aku arahkan bangun pukul 4.00 pagi tinggalkan anak2 aku Asraf dan Faiz yg masih tidur ketika itu dlm bilik dan kunci dr luar..Masa tu Jalan Taman Melati tu taklah sesesak hr ni..Garangnya suamiku mengajor aku dgn linangan air mata tau ,Pegawai JPJ tu pun tak segarang tu..Ala sambung esoklah ye!! agak2 nya berani tak aku selepas tu..Entah bilalah aku nak sambung cerita ni ye!!..
Minah ni bawakan mcm takut sgt stereng
kereta tu tercabutkan..



Monday, September 16, 2013

Terbaru tempahan Sarung tilam berzip mengikut Citarasa Pelanggan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Tempahan sarung tilam berzip mengikut citarasa pelanggan dan mengikut ukuran tilam pelanggan..Pastikan tilam di ukur dgn tepat..Supplier tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan memberi ukuran salah...Sedia menerima tempahan sarung tilam berzip dan cadar bergetah biasa mengikut ukuran tilam pelanggan..Terpulang pada pelanggan memilih sendiri corak @ jenis kain yg di kehendaki di kedai..Contohnya kalau pelanggan nak corak Angry bird cari kain dan corak tersebut..Kalau nak sarung bantal berzip pun supplier blh buat tapi beropol-ropol taklah ye..Semua kos penghantaran kain dan pengeposan semula adalah tanggungjawab pelanggan ye..Harga tempahan berbeza dr readymade bergantung pada jenis kain dan ketebalan dan saiz tilam masing2..Sila buat ukuran tilam yg sebenar mengikut saiz tilam..Supplier akan jahit cadar mengikut ukuran tilam yg di beri oleh pelanggan.

Kalau sekitar KL mungkin pelanggan blh menyerahkan kain yg di tempah pd En Suami yg bekerja di KL..Bagi di luar KL terpaksa poslahkan..Pelanggan pun blh menempah cadar bergetah..Sekali lagi di ingatkan harga tempahan lebih mahal sedikit berbanding sarung tilam berzip yg sedia ada..Macam tempahan baju kurunglahkan..Sila beli kain lebih sikit kalau nak buat lengkap sarung bantalnya @ bidang yg lebih lebar adalah sesuai utk buat sarung tilam.. Boleh add dan pm akk utk mengetahuinya dgn lebih lanjut...

https://www.facebook.com/siti.btp



Wednesday, September 4, 2013

Atas permintaan pelanggan sarung tilam berzip utk 8 inci telah ada kini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Tengok tu.... nak buat promosi baru nak update blog aku ni..nampak sgt aku ni diibaratkan" kacang dah lupakan kulit" huhuhu.....Bukan apa masa aku akhir2 ini amat terhad..mana nak layan kerenah anak2 lagi ..Alhamdulillah rezeki anak2 Istimewa aku ni murah sejak akhir2 ini mungkin di sebabkan ramai kenalan yg mendoakan anak2 aku..Terima kasih kalian semua dan rakan2 yg menyokong perniagaan online aku..Buat pengetahuan kalian Firdaus 6thn tlh di terima di IDEAS...Hampir setahun menunggu mcm mengharapkan buah yg tak akan gugur..Nak tanya malu sebab yuran bulanan sekolah amatlah tinggi hampir sama dgn sebulan gaji En Abangku...

Kami suami isteri perlu bekerja keras demi anak bongsuku merupakan Moderate Autisme berbanding abg2nya Severe Autisme..Ada harapan utk di bentuk...Itupun  nasib baik ada pihak yg sudi menaja dan kesian dgn nasib yg menimpa anak2ku Syukur Alhamdulillah...Kami di kehendaki membayar sedikit shj yuran bulanan tapi bila di kira tol dgn minyaknya  Umpp!!telan air liur jugaklah..Dlm masa yg sama minyak pulak naik 20 sen walaupun nampak sikit tapi ini merupakan bebanan yg berat utk kami sekeluarga....Asraf dan Faiz sampai ke tualah di PDK..


Cukuplah dulu lain kali cerita lagi..Perniagaan sarung tilam berzip buat masa ini mendapat sambutan sbb kain berkualiti,corak yg menarik,agak kemas dan jarang terdapat d pasaraya. ..Mcm tak percaya aku blh berniaga online secara kecil2an..Aku bknlah pandai mengunakan FB sebenarnya..byk yg perlu belajar..nak kursus2 tak ada masalah..alasanlah tu....seronok sangat2..Ok!! atas permintaan ramai  Sarung tilam 8 inci telah berada dlm stok aku sekarang ....siapa cepat dia dapat..Ini adalah corak pengenalan..Sekiranya dapat sambutan dr pembeli sarung tilam 8 inci ini akan di teruskan..Bukan apa mmg payah nak memasangnya sbb tilam 8 inci berat2 belaka..perlu kerjasama dr EN Suami..kalau sorang pasang sampai ke esok pun tak sudah..Di sebabkan terlalu ramai permintaan yg pm dan call suami aku nakkan tilam berukuran 8 inci aku usahakn jugalah cuba buat tempahan pd tukang jahit ni..Jadi faham2lah harganya agak tinggi sikit tapi masih berbaloi dgn kuliti kain tersebut..

Sebenarnya senang je nak pasang kalau mahir .....kena dirikan tilam secara menengak.Buka zip sarung dan cari bucu sarung tilam temukan dgn bucu tilam pastikan kiri dan kanan bucu di masukkan dgn bucu2 sarung tilam baru...Bila dah pastikan kemas baru  di tarik secara serentak..kain sarun tilam tadi  akan jatuh dgn mudah dan baringkan semula tilam barulah di zipkan..Tu lah perlu dilakukan 2 org tapi kalau dah mahir sorang pun boleh cuma nak tak nak je..sarung tilam berzip bercorak menutup cacat cela tilam yg kebanyakan berwarna putih spt gambar di bwh ini....Tak perlulah di buka2 lagi hingga ke akhir hayat  tilam tersebut....agak2nya faham tak,,kalau nak pindah rumah pun tak lah malu tilam naik lori ..Kalau cadar tercabut maknanya ada cover lagi di dlmnya tak lah malu ala2 mcm sarung kusyenn....



Pastikan ketebalan tilam di ukur sebelum membeli sarung tilam berzip..ehsan dr google..




No Kod  019Q8A 
Berminat Add dan pm akak Siti_Btp

no kod 019Q8B


No Kod 019Q8C


Bantulah saya ye!!..saya masih tidak bercakap ni dan terlalu hyper
..saya ingin seperti
kanak2 lain yg sebaya dgn saya..Dgn belajar secara khas shj dpt
membantu saya..Makcik2, pakcik2.,kakak2 dan abang2 bantullah saya dgn
membeli sarung tilam mak dan barangan yg ayah saya jual..Saya perlukan sokongan
semua pihak..Doakan saya ye !!!
Dari Suarahati saya Firdaus...
KEPADA YG BERMINAT
HUBUNGI SUAMIKU

013-3464260

Wednesday, August 28, 2013

Daripada Suami Kak Siti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
~ Daraipada suami kak siti ~

Dah lama rasanya kak siti tak update blog. Maklumlah sekarang ni kak siti tengah sibuk layan fb nya dengan bisness cadar berzip maka saya sebagai suami kak siti ambillah tempatnya secara part time ajelah.
Alhamdulillah kepada semua yang meyokong bisness kak siti.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir kepada semua pengunjung yang masih sudi singgah di blog ini tak kiralah kepada yang baru atau pun pengunjung setia.

Hari ni rasanya sudah masuk syawal ke 20 dan masih dirayakan di sana sini dengan rumah terbukanya,
Bagi saya yang mempunyai 3 anak istimewa tidak merasakan kemeriahan yang sepenuhnya, maklumlah bila orang lain sibuk melayan kerenah anak masing masing kami pula sibuk dengan gelagat anak anak kami yang tidak mengerti apa apa dengan susana hari raya, Kalau pergi open house pun kami akan bawa sorang saja dan terpaksa meninggalkan dua lagi di rumah.Biasanya seorang di bawah dan seorang di atas.
Perasaan sedih memang ada tapi terpaksa dilakukan demi memenuhi undangan jiran. Perasaan cemburu mamang timbul bila melihat ibu baba lain sibuk dan ceria malayan kelatah anak anak mereka tapi lain pula bagi kami sekeluarga........

Sekian saja untuk coretan pertama ini. Sekali lagi Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin dari kami sekelurga.

Wednesday, June 12, 2013

Peminat Bola MU dan Chelsea-Sarung Tilam single berzip cepat sebelum kehabisan stok..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Sebenarnya byk benda nak cerita tapi masa dan keadaan masih tak mengizinkan aku membuka bicara..Sama ada malas atau ketandusan idea utk memulakan bicara..Peminat bola @ utk anak lelaki tersangatlah sesuainya..











Pastikan tilam ketebalan tilam 5 inci kebawah
Harga sarung tilam single berzip  rm 27 shj
Pos laju  rm 6
pertanyaan 013 3464260
pm kat Face book aku  KLIK SITI_BTP

kalau ada yg nak cadar fitted (bergetah)
akan diusahakan utk single 1 sarung bantal dan 1 bantal peluk..

Byk lagi corak2 yg menarik spt hello kitty dsbnya layari FB aku ye..


Wednesday, May 22, 2013

Apa kata Pengguna2 yg telah membeli dan menggunakan sarung tilam berzip...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Ada rakan FB pm kat ku betul ke akk jual sarung tilam ni..tak pernah nampak mcm ada org beli pun..Ok mulai hr ni aku akan letak no rujukan pos laju dkt wall FB aku selama ni kat PM je spy meningkatkan kepercayaan pembeli..juga sbg ucapan jutaan terima kasih kpd pembeli yg menyokong jualan online akk ye..Ada juga yg bertanya berkualiti sarung akk ni @ cotton @ bkn cotton..payah juga nak jawab ni..Blh tak pembeli yg pernah membeli sarung ni tolong beri komen ye..Sokongan anda amatlah akk hargai..Ini resit yg sempat akk simpan yg lain2 anak dah tangkap dulu,,maaf ye Sabariah(repeat order) ,Irna Nur dan x ingat lagi ..mana nama yg tak di sebut minta ampun dan maaf ye..pengajarannya kena simpan resit2 ni..utk rujukan masa akan dtg..maklumlah baru nak belajar berniaga online..

EM 330006226 MY - Aimy Izyanti KL- 2 single( repeat Order)
EM 329780076 MY -Aizuddin Othman 2 sabun
EM 329780028 MY - Rospawati, Kuantan sabun
EM 329780045 MY -Aimy Izyanti KL 1 Queen 2 single(repeat order)
EM 329780014 MY - Rossminah Mohd Dris 1 Queen
EM 330006265 MY - Aimy Izyanti 1 single
EM 308152053 MY - Nur Sabarina Bakar ,Serawak 1 Queen dan 1 single
Em 103898761 My - Maizatul Ngah sabun
EM 329780031 MY - Norhazlinda Abd Rahman ,Banting 2 Queen 1 single
EM 308152098 MY - Noriah Ahmad P.Pinang sabun
EM 308152124 MY - Aimi bt Mohamad P.Dickson 2 cadar
EM 308152115 MY - Nik Samihah Johor Baharu 2 single
EM 330006036 MY - Maimunah Bdr Puncak Alam 1 Queen
EM 308152107 MY - Muarzah Sepang, sabun
EM 308152084 MY - Farah Adlien, cadar 3cadar
EM 330006257 MY - Natasya Johor Bahru 2 cadar
EM 330006243 MY -Norhazlinda Banting 3 cadar ( repeat order)
EM 330006230 MY - Anita Masai, Johor 1 cadar
Like ·  · Promote · 
  • Malia Hisham sarung tilamnya bes... senang keje kalo dapat anak yang suka melompat tu tak tercabut dah sebab ada zip
    May 15 at 2:21pm · Like

  • Anita Adnan-Adeq Dah beli.. Kain ok tak panas.. warna sama dgn gambo.

  • Nor Zehan Wah ramainyer cust 

  • Tasya Ithnin ye mmg slesa sbb kaennyer pon ta pnas . senang juga brurusan dgn akak niy . lpas niy klau ade fmly or sdare mara bole bli kt akak niy lg . murah dan puas ht

  • MieHan Ismail saya pun puas hati nga cadar n khidmat yg akak bg masa pembelian..

  • Zara Danish Saya pun puas hati..anak sy tak mahu basuh sarung cadar gambar dolphin tu....

  • Norhazlinda Abd Rahman Sy sgt puas beli dgn akak sy dah bli 6cadar dr akak sbb cdrnya best sgt2 xpanas pun..yg sy suka akak blh booking dlu..

  • Siti Btp Alhamdulillah terima kasih semua atas sokongan kalian...senang hati pembeli tenanglah akk...Ini bknlah iklan berbayar tau x mampu nak bayar kos pengiklanan mcm Zaloora.com..hihihi
    May 15 at 6:27pm · Like · 2

  • Siti Raudzah sbnrnye ade kebaikan xtunjuk no tracking tu.lbih baik pm je pd pembeli..sbbnye ade kes kehilangan pengeposan akibat pendedahan no tracking ni..

    n pdpt peribadi sy pulak, berniaga ni punca rezeki yg plg baik spt nabi kita..rezeki tu kn dr Allah..klau p
    ...See More
    May 15 at 7:28pm via mobile · Like

  • Siti Btp Ooo ye ke terima kasih Siti Raudzah atas pesanan..akk dah padam dah lepas ni tak buat lagi huhuhu..takutlah pulak..

  • Irna Nur Dah pakai sarung tilam queen dan single.. kain cotton ... sgt puas hati..






Tuesday, April 23, 2013

Pastikan tilam berukuran 5 inci ke bawah utk sarung tilam berzip....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sarung tilam berzip yg aku jual ni hanya utk tilam 5 inci ke bawah...Tidak sesuai utk tilam tebal tak kiralah utk single atau Queen saiz...Sebelum membelinya ukur dulu tilam masing-masing..Tak mcm membeli cadar bergetah tak kiralah berapa inci ketebalannya ..




TIDAK BOLEH


BOLEH



Corak2 terbaru single dan Queen





Berminat PM ku di Facebook Siti_btp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...