Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, January 19, 2016

KISAH FIRDAUS 7 TAHUN BERSUNAT..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alamak dah 2016 dah lama sangat entri nii tertangguh..usianya Firdaus dah nak masuk 9 thn ..badannya pun blh tahan..Rasa lebih seronok zaman anak2 kecil dulu berbanding sekarang..Cabarannya lebih hebat 2 kali ganda,,

Alhamdulillah Firdaus selamat di khatankan dan menjalani pembedahan tonsilnya pada 8   September 2014..Sudah agak lama tertangguh pembedahannya ni setahun ke se tahun..Bukan mudah untuk kami mak dan ayahnya membuat keputusan untuk membuat pembedahan sekali..Bayangkan kesakitan yg di alaminya atas bawah..Ini semua mengambil kira ubat bius dan keadaan firfaus yg terlalu hyperaktif.



     Tapi memandangkan firdaus yg kerap demam dan batuk..Semua ini menganggu aktiviti persekolahannya.Kerap tak hadir ke sekolah dahlah sekolah swasta faham2lahkan...Tonsil ni selagi tak dibuang selagi tu lah demam..Nak jaga bila dah dewasa lagi amat payah rasanya..Tak apalah Allah kan ada kenapa tak serah kepada-Nya ..Tawakkal je lah..Setiap anak berlainan perangai walaupun ketiga-tiga anak aku severe Autisme dan non verbal..Kisah bersunat yg dua orang lagi kat sinihttp://suarahatidanceritaku.blogspot.com/2012/04/bagaimana-asraf-dan-faiz-berkhatan.html..


     Ketiga-tiga org anak aku bersunat di hospital swasta, bius sepenuh dan laser..Ni bukanlah bermakna kami ni orang kaya dan sanggup berhabis duit semata-mata untuk khatan anak..Kami memang menyimpan duit elaun yg di beri JKM untuk anak2 tujuan kecemasan sebegini..Kalau yg..Kketiga-tiga anak aku terlalu hyper segala-galanya perlu di lakukan dgn cepat,pantas dan tak perlu pelbagai prosuder sangat..tolong baca entri lepas2nya dan pasti akan faham..






     Kali ni memilih Hospital Gleaeagles,Alhamdulillah rezeki Firdaus segala pembedahan di tanggung Insurans apa tu GL tempat kerja suamiku..Kalau tak mana nak cari 10k untuk 2 pembedahan serentak tu huhuhu..Mlm 7 hb kami anak beranak dikehendaki tinggal di hospital untuk puasakan Firdaus..Aku check in pkl 10mlm mcm dok hotel pulak..aku pilih bilik sorang maklumlah dgn keadaan anak sebegini..bapaknya pun mesti ada sekali jadi minta extra katil..Bermulalah episod kami malam tu..Macam biasa anak Autisme ni mana boleh ada sebarang perubahanSatu malam aku berjaga dgn bapaknya dah lah malam tu Firdaus dikehendaki puasa..Aa lupa pulak dua orang anak anakku 19 thn dan 15 thn di tinggalkan dgn mak mertuaku..Takkanlah aku nak tinggalkan bersendirian pulakkan nanti ada pulak org report JKM mcm kisah adik FIRDAUS tu..


       Makin malam melabuhkan tirainya makin luas pula mata firdaus ,mata aku dah tak boleh buka dah..Mcm biasa kejap-kejap nurse masuk nak check suhulah,tekanan darahlah..Firdaus cari jalan melarikan diri pantang pintu terbuka..letih aku di buatnya..obses dgn penutup botol, balang kuih dan mengetuknya ke lantai memekak di keheningan malam ..Dahlah bawah tingkat kami ,wad perempuan lepas bersalin mesti kena sumpahlah bilik kami yg memekak ni..entah pukul brp dia tidur aku pun tak tahu..bila pkl 5pagi nurse sibuk nak check suhu aku tak benarkan risau dia jaga dan perkara pertamanya minta susu..mcm mana nak terangkan dgn budak2 sebegini tentang puasa..

        Sebaik sembahyang Subuh, Firdaus pun dah bangun..aku dgn ayahnya pun terpaksa puasa..Di pendekkan cerita ,mcm drama episod pulak ..Pukul 8.30 dikehendaki pakai uniform operation dan serkup kepala..mulalah mengamuk misi bukak baju dia pakai baju balik ..last2 masuk bilik operation pakai baju tidur sekali ditemani ayahnya..misi siap cakap tak pernah di buat orang tu lah keistimewaannya..Dlm bilik ot aku tak tahu dia dgn ayahnya..Ayahnya keluar aku pergi minum dulu maklumlah terpaksa puasa..Segala-galanya mahal di sini..pejam mata je dulu..

         Hampir 2 jam maklumlah 2 pembedahankan..Salah sorang disuruh masuk bilik pembedahan..Suami aku suruh aku masuk biasalah diakan fobia darah..Huhuhu aku sorang je..Bila dah tukar baju sebaik melangkah firdaus dah sedor meleleh darah hidung dan mulutnya membasahi pelapik tu..Misi kata tu perkara biasa..Air mata mengalir sendiri walaupun ku cuba tahan dan berkata pada diri "Perkara biasakan Asraf dulu pun mcm tu malah lebih teruk dari itu lepas operation dia terus ke NICU sbb tak sedar diri..Aku patut bersyukur firdaus cepat sedar"..

         Tiba-tiba firdaus bertindak agresif dan cuba menarik dripnya..kelam kabut misi dlm tu, aku mula cemas jam tu juga dia cuba nak bangun dan pegang 'angry bird' nya ..Lepas tu dia memandangku dgn marah seolah-olah aku yg buatnya..Sampai ke hari ni dia marah kat aku huhuhu..
Dlm perjalanan ke wad dia cuba bangun dan nak buka bajunya, drip di cabutnya memang berdarahlah..Sampai kad wad firdaus terjun katil dan menjerit-jerit nangis ..nak tukar baju..risau dgn OT tonsilnya..Akhirnya dia tidur di tilam extra tu dgn ayahnya setelah ubat punggung tahan sakit di masukkan..lelah di buatnya..

           Kami mohon balik walaupun DR suruh tinggal sehari dua utk memantaunya..Akhirnya DR Husni lepaskan janji 24 jam kena tengok suhunya jangan biar sampai demam..Lama juga firdaus tidur tiba2 dia bangun nak kencing nilunya aku tapi dia selambanya tapi menjeritlah kepedihan ..lepas tu dia minta tukar baju dan pakai baju tidurnya semula tapi seluarnya aku pakaikan seluar aflin sauki..Nasib baik dia nak..dia minta makan masalahnya tak suka bubur ..tiba2 nampak pie itu yg dia nak..Lagi sekali berperang dgn dia terpaksa lah bagi kecik-kecik..Masalah insuran ni agak lambat nak settlekan pembayaran..tunggu dan terus menunggu nasib baik firdaus tidur semula..

            Dari petang membawa ke malam..lambatnya biasalah insurans kalau nak minta duit orang cepat je tapi bila nak buat pembayaran mcm2 prosuder di jalankan..Dekat hospital mahal ni bila petang je adalah security perempuan check semua barang2 dlm bilik hospital..langsir habis dibeleknya bawah katil almari,bilik air..Aku dulu 3 tahun dok tinggal di wad jaga asraf hospital HKL tu tak delah pulak begini..Makan petang pun sampai apalagi Firdaus pun bangun nak minta makan..memang dah disiapkan menu dietnya nasi ayam lembut sangat tapi dia tak nak nak makan lauk aku asam pedas..Tak dan nak ambil gambor pun sebab firdaus mula mengamuk dan terbatuk-batuk meleleh darah mulutnya..

           Pkl 7 ptg kami balik peliknya misi2 kat sini tak siapkan wheel chair..2 org anak aku dulu siap misi siap sorong lagi hingga ke parking tapi kat sini nak kena daftar dulu..duit lagilah tu..Firdaus dah mula mengamuk kemungkinan ubat bius dah habis..nasib baik dah petang tak ramai orang guna lif ..Firdaus pakai seluar Aflin sauki yg kampang besar di bawahnya tu..lupa lagi nak ambil gambar saat aku dan ayahnya berperang dgn firdaus ..sepanjang jalan tu dia mengamuk ..nak dukungnya berat 34 kg tu..Sampai ke parking ,masuk kereta siap melangkah ke belakang dan buka seluar huhuhu nilu betul perangai anak aku ni..nasib baik ada cd maher zain dlm kereta tu je lah yg mendiamkan dia..
 AMBIK KAU SEKALI AKU MENULIS TAK BERHENTI DI BUATNYA ..SAMPAI SINI DULULAH

       

     

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...