Sudi sudi lah jadi follower

Monday, November 23, 2015

AKU KEHILANGAN PASSWORD BLOG...

Assalamualaikum

Hampir setahun blog ni ku tinggalkan..Ada lagi ke yg sudi membaca penulisanku ini..Aku belum mati lagi tau.entah byk sangat diari dah terlupa diari mana satu aku tulis password ni..Nak buat blog baru malas dah  tua tua gini byk dah aku lupa...rasanya banyak cerita nak di ceritakan kisah anak2 yg semakin membesar..Alhamdulillah firdaus pun sudah bersunat dan menjalani pembedahan tonsilnya serentak..Jarang dah ponteng sekolah kerap ikut lawatan yg diadakan oleh ideas..yang paling best Firdaus sudah meninggalkan botol susunya dan free diapers di usia nak masuk 9 tahun..



Faiz pulak huhuhu dah berusia 16 thn tapi masalahnya semakin kritikal..Sawan yg semakin menyerangnya..Sedikit sebanyak benda ni dah merosakkan otaknya..Mudah mengamuk kdg2 terasa lebih teruk dari abangnya..Hampir seminggu sekali dapat serangan sawan diantara pukul 3 hinggalah pukul 6 pagi..Aku terpaksa menerima hakikat yg di ceritakan doktor 10 thn lalu mengenai Fragile X sydrome..Sawan boleh terjadi pada pengidap  fragile x..Faiz mengidap sawan setelah berusia awal 15 thn..Ni sawan dewasa masa kecik2 memang tak ada sawan..

Kisah Asraf pulak se usia 20 thn..kalau anak orang lain seusia dgn dia ada dah ke menara gading..dah kerja senang dah mak paknya.Tapi yg hilang arah tu jadi merempit dan menangih dadah..mohon dijauhkanlah...Kalau yg perempuan baya aku dulu dah terima pinangan orang dah..Mak Ayah dah nak terima menantu..Tetapi hakikat keluarga aku tu umpama khayalan yang tak pasti jadi kenyataan..Asraf dgn perangai mengamuknya dah di kategorikan mental retarted nak di bawa ke hospital pun payah..Walaupun umur anak2 aku semakin dewasa tapi ibarat aku menjaga 3 orang kanak2 yg berumur 3 tahun..Asraf masih menangis  spt keanak2 kan tapi faham2 lah mcm mana suara nya memecah keheningan malam di tasik puteri, Firdaus dgn cikgu2 IAC blh mendengar arahan tapi tak kat rumah..pantang aku terleka..Faiz dgn tabiatnya ..tu malaslah nak cerita pergilah ke entri lama2ku..



Usia aku pun dah 43 tahun ,suami pun dah 50 thn Alhamdulillah usia perkahwinan kami pun dah 21 tahun. Sekejap je masa berlalu...Memang  perjalana hidupku dan suami sememangnya byk tangisan, ranjau sepanjang kehidupan ini..Tapi tak sehebat kesedihan dan kepayahan ,penderitaan yg di hadapi oleh keluarga Palesti ,Syria dan umat Islam lain yg ditindas..Bila kita rasa susah ada orang lain yg lebih susah dariku..Selalu ku pesan pada diriku bila tiba2 kewarasan diri hampir hilang..marah , geram , perasaan cemburu, prasangka kadangkala menguasai pemikiran...Mudah mengatakan sabar dan tabah tapi tak semudah utk melaluinya..Hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui..Ubatnya Iman dan taqwa..berdoa dan tawakkal pada-Nya

Cuma sekarang ini usia kami berdua semakin  menjelang senja..Kubur pun dah memanggil..Tenaga semakin lemah lebih2 lagi bekas pesakit kanser spt aku..Pelupa kdg2 aku tak ingat anak2 aku dlm bilik air..nak bagi ubat itu terbagi ubat lain..samalah dgn bapaknya 2 x 5 ..Anak2 tenaga semakin kuat silap hari bulan kita yg di hempuknya..Entahlah apa penghujung kami niii..cukuplah setakat ini dulu buat permulaan cerita..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...