Sudi sudi lah jadi follower

Monday, February 6, 2012

Selamat ulang tahun ke 5 Firdaus Hafizi

 
      Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh
Selamat Menyambut Malidur Rasul ,hari kelahiran Rasulullah saw 12 Rabiulawal, sama-sama kita berselawat ke atas nabi tanda kita cinta padaNya dan ikuti sunnah Rasullah saw..Kebetulan hari ini sama dgn hari lahir anak bongsuku Muhammad Firdaus Hafizi genap 5 thn...Semoga Fizi panjang umur,sihat,tak menangis mlm lagi dan dimurahkan rezekinya...Amin ..

       Hafizi lahir 5.2.2007 tiada komplikasi semasa di lahirkan..Pertumbuhan spt bayi-bayi yg lain normal..Sampai umur 2 thn Fizi masih tak blh bercakap dan kefahaman sangat rendah spt abang-abangnya yg lain Asraf dan Faiz(akan kuceritakan kemudian)...Dia kerap demam pernah di tahan wad krn suhu yg terlalu tinggi hampir kena sawan..Setelah ujian dilakukan Fizi memang ada tonsil.Tonsil mbengkak myebabkan Fizi kerap demam hampir sebulan sekali..Aku duduk di wad hospital swasta Gleneagles Ampang..Memanglah mcm hotel ,tandas ada dlm bilik senangkan taklah mcm HKL tapi...tapi...semua yg kita guna semua kena bayar,tisu toilet,kapas nak cucuk Fizi pun kena bayar.Cekik darah betul....

       Tapi semuanya TI bayarlah ,awas kalau lebih limit suami aku juga kena bayar..Aku tak ceritapun kisah anak2ku yg lain walaupun Dr tu tanya?..Karang byk pulak ujikaji yg dilakukan setiap perkataan yg keluar dr mulut Dr tu semua duit....Dr tu mcadangkan pbedahan kalau antibiotik tak jalan...Aku dah tak larat dah rasanya...Seminggu duduk wad balik begitulah keadaan Fizi hingga hari.Aku kena jaga pemakanannya ais krim tak blh makan ,buah tembikai dll .

        Anak bongsuku ni terlalu hyperaktif ,panjat sana sini lepas tu terjun,dlm kereta pun tak tahu duduk diam,Pdk pun tak nak terima dia alasan tak cukup cikgu nak jaga..Bila anak aku nak sekolah ni?!!!!tanya taska dkt rumah aku pun tak nak sebab dia kuat baling brg.Kalau rumah aku tak sampai berapa minit kemas berteraburlah mainannya.Fizi juga hampir termakan racun tikus rumah adik ipar aku.Sikapnya juga suka korek sampah bwh almari ,jumpa benda mcm coklat dia masuk mulut tak kiralah kotor ke atau racun..

        Tengok dgn keadaan fizikalnya tak nampak pun dia cacat itulah masalahnya.Kalau budak Down Sindrom ke nampakkan.Bila terlepas dr pagar rumah memang merisaukan,bukan kereta langgar dia tapi dia langgar kereta tu.Mungkin itulah salah satu sebab cikgu tak sanggup jaga dia sebab sekolah tu depan jalan raya...Fizi pun masih tak tahu minum pakai cawan ,straw dan suap nasi ke mulut.Jangan salahkan aku
malas ajar anak dan manjakan!!!! Asraf yg lembab pkembangan pun ,aku bjaya ajarnya begitu juga dgn Faiz..Bayangkanlah pergi ke mana-mana tpaksa bawa botol susu.Budak2 sebaya ejek dia, dia buat de' je.Akulah yg malu ! Bila bagi pakai cawan dan suapkan dia akan baling cawan tu.Pernah juga aku sorok botol tpi dia demam dan jadi tonsilnya bengkak sebab kurang air.Ayahnya mulalah marahkan aku...

        Tapi dialah penghibur kami dgn telatahnya melucukan,kegemarannya kismis dan kurma.Dia juga suka sayur-sayuran seperti tomato, karot,kobis yg kanak2 tak suka .Itu sebab muka dia licin dan jarang ada ruam  lampin..Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya....

       

5 ulasan:

Mama Kembar Tiga said... [Reply to comment]

happy birthday fizi!

Ayu said... [Reply to comment]

Bahagianya melihat anak kita membesar kan kak? :)

UmmiAbi said... [Reply to comment]

Happy belated besday sayang.. Moga Fizi sentiasa sht dan dirahmati ALLAH..Amin..

Unknown said... [Reply to comment]

assalamualaikum,,,

saya terbaca blog akak ni,,saya rasa amat terharu dan teruja,,sebab akak seorang yang sangt bersemngat tinggi untuk hadapi ujian ALLAH,,, dengan keaadan akak sendiri yang tidak sihat,,,
saya sekarng ni sedang bekerja di compny halal food,,yang mengamalkan pengilangan islam iaitu ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE, dan kelebihan company ni, setiap aktiviti dan proses pengilangan dilakukan oleh orng islam 100%...dan banyk produk yang dihasilkan oleh kilang ni sendiri,,dan proses pengilngan yang diamalkan mengikut amalan islam, diamana semua pekerja diwajibkan sentiasa berwuduk ketika proses productin..
saya ada terbaca tentang anak paun dalm blog ni, yng mengatakan anak puan mengalami masalah syndrom
jadi, saya nak cadangkan kepada akak satu susu formula yang berasakan makan sunnah, yang mana didalmnya terkandung Dirumus khas dengan kebaikan Susu Penuh Krim, Prebiotik, Bijirin, Malt, Madu, Kismis, Kurma, AHA, DHA, Kalsium, L-Lysine, Sukrosa, Buah Tin, Delima, Manggis, Pisang, Dan Betik

Kebaikan Susu Halib’s :

Membantu meningkatkan selera makan anak
Membantu proses penghadaman.
Membantu meningkatkan ketajaman minda
Membantu mengurangkan batuk dan asma,
susu halib's fruitty: khusus untuk kanank2 yang mengalami syndrom dan hyper aktif

Unknown said... [Reply to comment]

dan kalau puan rasa berminat, boleh pm saya melalui fb atau email
fb: siti mariani muhamd
email: sitimariani.muhamad@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...