Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, February 28, 2012

Temujanji Faiz dgn Dr Pakar Psikiatri Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum....

            Semalam Hari Lahir Faiz yg ke 13 tahun, pejam celik dah dewasa dah anakku ni..27.2.2012 Aku tak perasan   tarikh yg sama temujanjinya dgn Dr Razak..Jadilah Faiz!! dapat hadiah ubat sekotak..Aku tak pergi menemani dia cukuplah ayahnya seorang sebab dia tak banyak kerenah sangat berbanding kedua adik beradiknya yg lain..Kalau bawa Asraf dia akan bertepuk tangan dan mengelilingi kerusi tu sambil mengetuk halkumnya tanpa henti sehingga namanya dipanggil...Firdaus Hafizi pula ,tak rupa kerusilah di buatnya..Selamba je dia baring depan klinik tu..Sementara menunggu Dr panggil nama di orang ,penatnya ibarat 10 kali aku berlari mengelilingi padang depan rumah aku ni...

          Agak2nya apalah yg sedang di fikirkan oleh Faiz ni??...Sapu tangan ni dia akan pegang walau kat mana dia berada...Apa tu Faiz? ubat ye! jangan lupa makan....



         Faiz ni ,kalau ayahnya suruh duduk barulah dia duduk...Kalau duduk dia tak akan bangun sehingga ayah dia panggil..Kalaulah ayah terlupa panggil dia dan terus balik ,alamak tinggallah jawabnya..Jangan harap dia ikut kita kat belakang..


            Ini Klinik Dr Razak Pakar Psikatri dan Kesihatan Mental..Kebetulan hari tu Dr cuti pula.Salah ayahnya juga kenapa tak call dulu sebelum datang kan dah susah..Jumpa Dr baru jelah,byk pula nak kena cerita..Dr Razak dah 2 kali datang ke rumah utk tengok Asraf...Serba sedikit dia dah tahu tingkah laku anak2 aku ..Bukan senang Dr nak datang rumah tau..

             Mungkin sebab suami ceritakan yg tiga orang anak kami semuanya Autisme dan hiperaktif dan aku sendiri  bekas pesakit kanser tak dapat nak bawa semua anakku serentak.....Aku pun cuba minta ubat untuk Asraf.Dr kata boleh dan ambil di Hospital nanti.Ubat Faiz pula tak sesuai utk Asraf sebab dia lagi agresif dan mengamuk bila memakannya. ..Nafasnya tercunggap-cunggap dan jantungnya bertiup kencang..Risaulah pulakkan...Tak pe ambil ubat Asraf, temujanji Faiz akan datang...

4 ulasan:

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

Selamat Hari Jadi Faiz.. moga sihat sejahtera & cepat sembuh. Jadilah anak yg baik & mendengar kata mak ayah ya sayang...


Anak saya yg sulung pun namanya Faiz juga..

mie said... [Reply to comment]

selamat hari jadi faiz..
moge baik2 sahaja..

Smsaroni said... [Reply to comment]

Semoga tabah dan setabahnya ibubapa yg menerima ujianNya yg sebegini hebat...

ajax85 said... [Reply to comment]

sabar ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...