Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, February 21, 2012

Perbezaan Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan

      Assalamualaikum......

       Dah bosankan dgn kisah anak2 aku...Kadang2 tak de apa nak cerita kalau aku jumpa sedara marake,jiran dan bertembung dgn rakan2..Baru-baru ni adik ipar aku telepon tanya khabar? ialah anak mereka semua hebat2 belaka dapat 5A dlm UPSR masuk asrama penuh yg SPM pula dapat 7A .. Jealous tengok anak2 orangkan..Tak baik ada perasaan begitukan..Aku doakan semua anak2 saudaraku berjaya dlm dunia dan akhirat.Aku hanya mampu buat lawak mengatakan anak2 aku terlebih genius tak perlu ambil peperiksaan .Sebenarnya akupun manusia biasa ,hamba Allah swt amat lemah dan tak sempurna.....
     
       Begitu jugalah dgn Dr2 kerajaan dan misi2 kerajaan ni,mereka pun manusia biasa....Melalui pengalaman aku yg tinggal lama di hospital.Aku pun mengalami peristiwa kena marah dgn Dr dan misi2 ni,masa tu aku bersalin anak pertamaku Asraf di HKL..Waktu tu ramai Dr2 pelatih hampir 10 org mengelilingiku waktu sakit bersalin..Ialah umur aku waktu tu 22 tahun mesti kita ada perasaan malu dan tiada pengalaman bersalin.Aku pun terkepit-kepit (malulah nak cerita faham2lah kan bagi yg mengalaminya).Jururawat tu membebel dgn bahasa mencarutnya siap!!  kakiku diikat dgn kasar, begitu juga Dr nya terlalu kasar....Perasaan aku masa tu mahu je aku nak lari..Aku fobia hingga ke hari ini.....

        Tapi bila aku duduk lama di hospital, baru aku tahu kerjaya mereka ni dan dapat selami jiwa mereka.Kemungkinan masa aku bersalin tu ramai org yg bersalin,dlm satu hari beratus orang yg bersalin, ada yg terjerit-jerit minta diambil perhatian sebab tak tahan sakit.Kalau kita anak menjerit pun tak larat nak dengar....Berbanding kita yg berkerja di pejabat tak kira apa jawatan sekalipun hanya berurusan dgn orang yg sihat dan berfikiran waras.Situasi amat berlainan dgn hospital semuanya pesakit mahu mereka diberi perhatian sewajarnya....

          Melalui pengalaman aku di wad kanak2, di hospital kerajaan..Sistem giliran dijlnkan,hari ini misalnya KK5 menerima pesakit kanak dan bayi,esok pula KK6,lusa pula KK7 begitulah seterusnya .Malam hanya 3 misi dan dua orang Dr on call.Merekalah yg ambil darah utk ujian ,pasang drif,cuci luka di wad dlm masa yg sama Dr perlu ada di wad kecemasan..Kebetulan pesakit ramai kadang2katil pesakit pun tak mencukupi..Situasi cemas ibubapa yg mahukan mereka didahulukan mbuatkan misi2 dan Dr2 dlm keadaan serba salah...Dlm beratus org yg menerima rawatan mungkin 10 org orang terlepas pandang dan menerima layanan yg krg memuaskan...Isunya di sini yg terima layanan baik pula sukar memberi penghargaan walaupun ucapan terima kasih pada Dr dan jururawat tsebut.Apb sihat kita selalu lupa waktu kita sakit.......


          Berbeza dgn Hospital swasta mrk tertunggu pesakit pula ,memanglah layanan first class.Misalnya aku pernah masuk wad Hospital Ampang Puteri, bilik untuk 4 orang keadaan wad sunyi aku seorang dgn anak akuje yg ada ,Dr dan misi memang beri perhatian sepenuhnya pada kita.Dari mandikan anak bagi ubat pada anak semua  misi lakukankan...Macam pemaisuri aku di sana ..Ingat!! layanan mereka tu semuanya berbayar..sampaikan tisu toilet pun masuk bil tau apalagi peralatan hospital kita gunakan..Cuba kita merempat jangan harap diorang nak beri layanan istimewa tau!!! Pepatah berkata "kalau ada duit semua boleh jadi"..

         
                 Bayangkan kalau ramai pesakit mampukah doktor tu senyum???    

4 ulasan:

Unknown said... [Reply to comment]

itu sudah menjadi lumrah penciptaan seorang yang bernama manusia.tidak sehebat ciptaan dan rekaan Allah Ta'ala yang mampu mengapai seluruh cakerawal. ada baik buruknya,ada byk kelemahan setiap yang tercipta dari seorang manusia..menarik entrinya..tkasih atas kunjungan ke blog saya tempohari
Entri Terbaru Saya:
Ulama Malaysia Bukan Malaikat

The Fakhirin said... [Reply to comment]

itulah beza hospital org kaya n org miskin

Ayu said... [Reply to comment]

Entahlah kak...sy pun mmd byk experience ngan Gomen n Private, mmg mcm langit ngan bumi la. Nape la wujud perbezaan begini kan?padahal semua tu org2 perubatan yg sama-sama makan gaji gak...tanggungjawab sama...tapi, layanan berbeza.erm...

Afasz said... [Reply to comment]

kalau mak sy bc ni, rasnya dia mesti terasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...