Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, February 29, 2012

Kadang2 Aku Takut Dengan Anak2 Ku

Assalamualaikum...


                                      Sebenarnya amat sukar aku nak ambil gambar anak2ku ini

         Kehabisan idea untuk berbicara..? Anak2 aku pula mengamuk terpaksa aku lupakan blog ini utk seketika.Berat aku 56 kg dgn ketinggian 152 cm...Kadang2 aku rasa kecil dgn 2 orang anak2ku Asraf dan Faiz..Marah pun tak makan saman..Nak berus gigi , mandikan , potong kuku,cuci telinga di orang pun dah semakin sukar...Tak termasuk nak guntingkan rambut mrk...Aku guna mesin ,botakkan terus mudah dan cepat..Nak pergi kedai mamak!! buat fesyen rambut, Alamatnya tongang terbalik kedai tu di buatnya..Mereka lebih besar dan tinggi dari ku.....Kalaulah boleh kecil biarlah  sampai bila2 pun kecil mudah jagakan.Aku kata kalau! kalau! jangan marah aku ! Mak aku dengar ni tentu aku kena marah....//.

        Terutama Asraf ,kalau mengamuk aku pun di tolaknya dan tangan aku di cakarnya kalau time kukunya panjang ( mcm cakaran harimau jadinya..gurau je!! ,spt ceramah Ustazah Norbaiyah)..Barang2 habis di lemparnya dari atas ke bawah..Rumah aku tak boleh byk brg dan perhiasan .Remote tv ,telefon bimbit(tak blh beli yg mahal2 ni) ,nasib baiklah komputer ni besar kalau laptop dah habis kot(kadang2 teringin nak ada gadjet ni semua ) apa yg ada di tangannya selamba di lemparkan..Aku ni  teringin juga spt rumah org lain ada pinggan mangkuk vantage, ada pasu cantik, brg2 hiasan yg comel2 semuanya dlm mimpi jelah...

          Makan pun pakai pinggan melamin je!! sebab kalau sampai kepala angin dia datang ,habis di lemparnya makanan..Itulah penyebab ayahnya naik angin dgn dia.Asraf! Asraf! bilalah nak berubah ni...Aku tak tahulah bagaimana Asraf 10 tahun akan datang..Ketika itu umur aku 50tahun kalau panjang umur kalau sebaliknya..Pernah terbaca dlm suratkhabar metro..Seorang ibu telefon polis minta tolong ambil anaknya kerana tak tahan dipukul oleh anaknya pesakit mental...

         Kalaulah ada tercipta implan yg blh baca pemikiran anak2 aku kan .Mungkin aku boleh tahu apa yg tak kena dgn sikapnya..Kalau..kalau...Entahlah kadang2 aku rasa sukar utk menghadapi segala kemungkinan...
Hari Khamis minggu lepas pulang dari PDK ,tak sempat nak tutup pagar rumah Asraf lari tanpa arah. Aku dah tak larat nak kejar dia kebetulan waktu tu jalan sibuk sebab van budak sekolah pergi balik dan laju pulak tu..Aku hanya mampu menjerit je" Ya Allah! Asraf balik." . ....

        Asraf berpatah balik tapi dia tak masuk rumahku, tapi rumah jiranku.Dgn tak semena-mena dia tolak budak bujang(mungkin sebaya dgn dia kot),dia nak kawan tapi kasar.Aku minta maaf tapi budak tu buat de' je..Mungkin dia marah dgn aku kot sebab tangannya kena cakar dgn Asraf, tapi nak buat mcm manakan??Aku tarik tangan Asraf bawa balik.Pernah terfikir juga hendak beli rumah kampung kawasan luas tak membabitkan rumah jiran bila anak terlepas.(Doakan aku ye,semoga murah rezeki anak2ku...Termakbullah hendakNya) Amin....Aku takut juga besar nanti dia akan mencederakan orang lain dan adik2nya sendiri...Fizi pun takut dgn abangnya sendiri.

         Faiz pula lain ceritanya, dia ni suka menyendiri dan di anggap pendiam. Cikgu PDK pun suka bawa dia kalau ada aktiviti luar sekolah spt lawatan ,penjumpaan sebab senang nak jaga..Tapi dia ni lurus bendul ,macam mana nak cakap ye!! dia takkan makan kalau tak di suruh makan..Aku risau juga kalau cikgu bawa dia maklumlah budak lain pun ramai takut tertinggal sebab dia tak akan ikut cikgu kalau tak di suruh..Faham kot...Dia pun tak faham dgn arahan misalnya suruh ambil tu, dia ambil benda lain..

                                                 Ubat Olanzapine hadiah hari jadi Faiz

          Awas !! Faiz ada ambil ubat Olanzapine, ubat penenang otaknya sehari sekali sebelum tidur..Walaupun dia pendiam tetapi fikirannya melayang tak tahu apa yg di fikirkan.(lebih bahaya ni)..Umur dia 13 thn sekarang bermakna dah akil balighkan.. Apa budak lelaki selalu lakukan bila dah akil baligh dan ada nafsu?(sukar nak cerita 18 sx)faham2 sendirilah..Inilah masalah anak aku yg seorang ni, pening kepala aku!! memikirkannya..Kalau dia bersendirian dia akan lakukan..

          Sekarang aku kena pilih rancangan tv kebanyakan menampilkan baju menjolok mata, kartun pun samalah dan adengan tak sepatutnya di tengok oleh anakku Faiz nilah....Bayangkan aku ni sendiri kena berpakaian sopan tangan panjang dlm rumah, tak merasalah nak pakai baju kelawar( tak pernah aku nampak kelawar pakai baju!!!).. Aku pernah beberapa kali terserempak dgn sikap pelik dia ni, aku pernah rotan tapi dia akan buat balik ...Sekarang ni aku kena garang dan tegas,kalau tak dia akan tersengih-sengih tak tahu apa yg dia bayangkan dan fikirkan...

          Tak tahulah aku bagaimana pula sikap Fizi sebab dia juga mudah meniru tingkah laku abang2nya..Kuat membaling barang..Aku hanya mampu berdoa dan beriktiar dgn bagi minum air hujan yg turun Khamis malam Jumaat (bagus untuk lembutkan perangai dan bagi mrk yg mudah lupa serta,nyayuk)Awas!jangan hujan terus tadah ,biarkan dulu tapi memang jarang hujan turun khamis mlm jumaat kena sabar baca surah Yasin dan doakan untuk anak tersebut seperti di sarankan oleh Ustaz hj Kamsan...Selain itu minum air zam-zam..Semoga dipermudahkan perjalanan hidup anak2 aku ni.....

15 ulasan:

.........cP~ said... [Reply to comment]

Saya tak dapat bayangkan macam mana hidup akak. Saya cuma mampu doakan agar Allah mempermudahkan hidup akak sekeluarga dan insyaAllah ganjaran untuk akak menanti di sana nanti. Sistem untuk penyakit berkaitan psikiatri kat Malaysia memang masih belum meluas macam kat luar negara. Tapi, harap suatu hari nanti ia akan jadi lebih baik dari hari ke sehari. Yang paling ibu bapa risau adalah siapa nak jaga makan pakai anak2 ni bila kita dah tak ada.

Siti_btp said... [Reply to comment]

Inilah perkara yg akak bayangkan
Bila Dr sahkan akak mengidap kanser payudara dulu..

Rasanya kalau akak mati biarlah sama dgn anak2 akak ni..

Tolong doakan kami sekeluarga ye!
Terima Kasih...

Afasz said... [Reply to comment]

moga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga...

sedih la bc komen akak :(

sy doakan akak sihat n bahagia bersma anak-anak.

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

Insyaallah
Siti akan menduduki istana/mahligai yg indah dan menawan di Syurga nanti

moga Allah permudahkan segalan urusan Siti dan keluarga

Adam Narzuan said... [Reply to comment]

Sabar ye kak.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Semoga tuhan memberikan ketabahan dan rahmat pada akak dan keluarga.

Syazwan Che Deraman said... [Reply to comment]

sedih baca entry ni.

kak seorang ibu yang kuat.

semoga makin lama, makin senang urusan kak dalam menjaga anak nanti..

Assalamualaikum kak.

LindaLittle said... [Reply to comment]

sALAM AKAK...

SAYA DOAKAN AKAK SENTIASA DIBERI KEKUATAN MENJAGA ANAK-ANAK...KEKUATAN YANG SEHINGGA TIDAK TAHU DARI MANA PUNCANYA KEKUATAN ITU....ALLAH SAHAJA YANG TAHU...

SUARAHATI akak...menyentuh hati saya...

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

seperti biasa, saya akan menangis..

Moga Allah permudahkan perjalanan Siti sekeluarga dan bersabarlah demi anak2. Teruskan menjadi ibu yg kuat & tabah, pasti ada syurga buat kamu.. Insyallah.

inazamri said... [Reply to comment]

berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sebak saya membacanya.Dengan doa yg tak putus2..insyaallah semuanya akan bertambah baik.

JueJue said... [Reply to comment]

Berat membacanya, apatah lagi memikulnya. Harap akak terus kuat semangat dan saya doakan yang terbaik untuk akak. Bila saya baca suarahati akak nie kan, saya banyak berfikir...besarnya dugaan akak nie.. tak terbayang bentuk ganjaran yang Allah akan sediakan untuk akak di syurga abadi sana...Teruskan menulis ok

mummyrinazone beauty said... [Reply to comment]

nurul bangga ngan akak.mmg suka baca blog akak n ambil kekuatan akak sebagai seorang ibu.bukan senang dalam situasi akak.

semoga anak2 akak boleh dibentuk dengan izin Allah..kuatkan semangat

Ayu said... [Reply to comment]

Akak...saya mmg tak habis2 kagum dengan akak...akak betul2 kuat semangat!Akak memang lebih disayangi oleh Allah.Semoga akak sekeluarga akan selalu tabah dan diberikan kebahagiaan hakiki kelak.amin

dieyna said... [Reply to comment]

akak.. thanks datang blog saya yer.. Saya singgah sini lagi, sambung baca entri yang belum dibaca.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam akak..
saya paham keadaan akak sebab
saya juga mempunyai adik yg tidak istimewa..adik saya pn lelaki sekarang da berumur 18tahun..tp adik saya tidak dapat berjalan macam anak2 akak..dia hnya terbaring je,bercakap pun tak brape..tp saya tak pernah mnyesal dikurniakan adik yg macam tu..saya sayang dia lebih dari nyawa saya sendiri..walaupun diorg mungkin hidup terseksa didunia ni tapi diakhirat kelak diorg dah ade tempat disyurga & insyaallah diorg boleh tolong ahli keluarga terutama ibunya,walaupun mungkin orang lain tengok bersimpati dengan orang yang ada ahli keluarga yg istimewa ni tetapi sebenarnya insan-insan hebat ni bertuah sebab ada yang dapat memberi pertolongan diakhirat kelak..pape pn akak hebat macam mama saya jugak..orang hebat,ujiannya juga hebat..semoga ALLAH merahmati kehidupan akak sekeluarga..aminnn

littlehumaira' said... [Reply to comment]

semoga akk tabah menjaga ahli syurga ni...besar ganjarannya..:)...sy pun ada adik autisme, skrg umur 17 tahun.masalah dy mula bile dy lemas masa lahir,oksigen xcukup smpai ke otak,dulu pun doktor kate dy boleh hidup 50-50 je..alhamdulillah Allah masih pnjgkn umurnye.kami sekeluarga kne sme2 jg dy,dy hny tau bab makan je,bab buang air ni memang fail,ktorg ni boleh kata tiap2 minggu kne basuh tilam dy, kne cuci lntai,kne cuci kete,sbb dy buang iar ikot dan dy je,dy xpndai berckp n xtau mcmane nak bg arahan..kdg2 ase pnt gak...tp umi selalu pesan,adik ni la y boleh bwk kie msuk syurga sbb dia tak de dosa,dy mcm budak2,xde dosa,solat xwjib,,,insyaallah,moga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi pd akk dan moga beroleh syurga bersama anak2 tersyang..:):)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...