Sudi sudi lah jadi follower

Friday, February 3, 2012

Rumahku Syurgaku



           Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh.......
Selepas sebulan Asraf di masukkan ETT tiub , demam pun bkurangan ..Aku pun dah belajar cara pasang ETT tiub kat hidungnya,cara pasang tiub keteter dlm perut  Asraf dan bagi makan melalui tiub.Mengalahkan nurse pulak..Prof dan Dr2 mbenarkan kami pulang.Semua peralatan dibekalkan oleh Dr.Kalau kena hospital swasta mati nak mbayarnya....Hampir setahun aku berada di wad ,inilah saat paling mgembirakan yg aku rasakan masa tu..Aku dan Asraf naik teksi dgn brg2 kalah nak pindah rumah rasanya..Pemandu teksi seorang cina tua, risau dia takut anakku mati dlm kereta dia.tak de ong katanya...

        Aku dan suami myewa rumah di Datuk Keramat bdekatan rumah mak aku....Setahun aku tinggalkan dah tak rupa rumah dah..Nak salahkan suami ? dia pun balik kerja terus ke hospital tgh mlm baru dia balik.Kesiannya.....Bmulalah kehidupan kami sekeluarga, rumah ni 2 tingkat ada 6 buah rumah sewa,tuan rumah di depan.Bwh rumah aku rumah jiranlahkan, masalahnya rumah ini blantaikan papan..Dah sedia maklumkan Asraf ni sawan tangis, aku pula tpaksa bangun sejam sekali tgh mlm bg susu melalui tiub.Susu pula perlu dipanaskan(dulu mana ada microwave), susu ni susu khas yg dicampur Nestumjel perlu di masak dan dibekukan..Asraf akan mengamuk sebab lapar ,maklumlah bayi 8 bln sepatutnya dah makankan ..Aku cuba suap juga dkt mulutnya tapi tsedak..masalahnya serombong kat hidung dialah..

        Pagi2 pula terpaksa pergi ke klinik bdekatan utk sedut kahak Asraf yg ada diserombongnya (ETT tiub tulah)Kalau tak masuk paru2..Ini semua mguji kesabaran kami bdua tutama suamiku yg hendak pergi kerja..Jadi perhatian diklinik(ada serombong) satu hal ,bila hujan payahnya nak pg, sebab naik motorsikal dan kelewatan suami pg kerja....Kesabaranku teruji lagi apb diserang jiran bwh rumah,sebab Asraf nangis ialah aku tukarkan tiub perutnya(perlu ditukar seminggu sekali),sakit tau!kalau org tua yg kena blm tentu tahan..Dahle dpt jiran jenis tak ambil tahu,org tidur mlm dia tidur siang ,mlm bniaga...Dia jerit2nya aku kata "tahu beranak,tak tahu jaga anak,lain kali jgn beranak",..Masih tgiang-giang kat telinga aku hingga ke hari ni...Ah! suamiku settlekan ptg tu juga..

        Dua minggu sekali pergi check up, istimewanya aku jumpa di wad Dr Nora,tak perlu pg ke klinik.Alhamdulillah berat badan Asraf meningkat tapi pkembangannya terencat..tak meniarap,tak merangkak,duduk,bcakap spt bayi2lain..Dia hanya mampu terlentang je.Asraf pun kerap keluar masuk wad ,komplikasi jangkitan kuman dkt perut dan demam yg tinggi .

         Wad umpama rumah kedua buatku..Aku dan suami memohon sewa rumah PPRT di Sri Tioman,Tmn Melati dan bjaya.Awalnya kami dpt tingkat 16 ,aku merayu tingkat 1 krn masalah anakku ni, tak dpt  pd awalnya,aku bawa anakku dan tunjuk pd pegawai tsbt..Ialah mrk nak bukti kad OKU mana dan nak buatkan.?Akhirnya aku dpt tingkat3 jadilah...Kami pun bpindah ke sana dan rezeki anak aku,suami beli van Perodua Rusa buat kegunaan kami dan Asraf ketika pergi hospital dan keluar masuk wad...

          Rumahku umpama syurga buatku,, hanya mrk yg pernah berbulan2 tinggal di wad shj yg tahu nikmatnya tinggal di rumah..**..Hargai rumah anda dan sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.!!!!.


                         Cantiknya rumah ni.......Angan-anganku  ( Gambar hiasan)
                                               

2 ulasan:

Ayu said... [Reply to comment]

U are stronger Mum! Sy faham sgt apa akak rasa...sy yang duk sebulan kat hospital menjaga anak sy yg sakit jantung pun, rasa alahai...tak tahu nak cakap...akak memang kuat!

LyNdA Aziz said... [Reply to comment]

sungguh sedih cerita anda . setiap duka ada suka . semoga anda tabah ye .. rumah adalah tempat yang terbaik ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...