Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, February 1, 2012

Pasar Pasir Penambang

Assalamualaikum,
      Lupakanlah dulu kisah-kisah sedih buat seketika.Hari Ahad lepas aku dan suami bawa anak2 jln menaiki kereta.Mrk ni bkn nak turun pun kalau bawa ke mana2. Lebih suka duduk dlm kereta berjam2 pun tak pe asalkan kereta jln.Aku dah boring pg pekan Rawang dah le jem teruk sebab nak besarkan jalan dan mrk mulalah meragam...Jadi aku cuba ikut jalan belakang pintasan Batu Arang.Kami pergi Kuala Selangor singgah di Pasar Pasir Penambang.Hanya 1/2 jam je pjalanan kami,jauh lagi nak pg KL rumah mak aku kat Keramat....Segar2 rupanya jenis ikan ,udang, sotong,ketam dsbnya kat sini tapi ikan duyong tak delah.10 thn aku tinggal di BTP beli ikan kat Pasar Tani BTP @ Pasar Keramat lepas ni tak lagilah. Geram aku lihat kat pasar ni diibaratkan syurga makanan lautlah..Budak2 duduk dlm kereta ye! parking betul2 dpn pasartu.Aku dan suami tinjau ,cuba cari penjual Melayu jual ikan di pasar ni tapi tak delah,pelik betul!.majoritinya semua cina sedangkan Kuala Selangorkan byk Melayu.....

       Aku belilah ikan dan keperluan lain utk seminggu ,tapi suara hatiku terus bkata2..Padahal nelayan adalah dikalangan org melayu  di kg2 nelayan .Tapi peraihnya org cina sebab modal mrk besar..Mrk borong ikan secara murah tapi jual dkt kita harga tinggi, kesian nelayan yg btarung nyawa di lautan tapi hasil tak seberapa..Masalahnya sikap bangsa melayu itu sendiri, Kalau dah kaya dan jutawan melaburlah pula dlm bidang perikananke, ,petanianke...Memanglah busuk,alasanlah tu tapi buatlah utk fardhu kifayah tolong nelayan dan petani ni.Jual beli secara islamik tiada penganiyai..Ini kebanyakan  cebur diri dlm bidang kecantikan dan kesihatan ,dah tak tahu mana nak pilih terlalu byk produk di pasaran  bkualiti@ tidak...Bila kaya mulalah tak pandang ke bwh tunjuk rumah mcm istana, blumba-lumba beli kereta mewah.....Aku perhatikan kat pasar tu,taukeh jual ikan pakai Alfard tau ,hanya pakai baju putih pagoda dan seluar lusuh mrk..Bawa duit bkepul2 dlm pokek..Kalau org kita baru pakai kereta mewah second hand ,hutang bank pulak tu warung tak singgah dah!....Baju jgn cakaple...

    Terlalu byk alasannya ,tmasuklah aku ni sendiri ..Sebagai orang Melayu dan berugama Islam tinggalkanlah  sifat2 mazmummah( baca entri dibwh)...Sifat2 ini juga ada dikalangan pemimpin  negara2 Islam  di dunia tidak boleh bantu membantu negara2 Islam teraniyai spt Palestin ,Iraq,Somalia dsbnya..Padahal negara kaya-raya dgn minyak, harta dihabiskan utk kemewahan dunia sampaikan pili air dkt rumah pun di buat dr emas dan gila perempuan....Entahlah terlalu banyak alasan ,Hayati bait-bait lagu mcm terkena batang hidung sendirikan.......Aku bukan peminat rock dan jarang dengar lagu2ni tapi ada kelainan sikit......
     




     

       





Lirik Lagu POkok MUH

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

0 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...