Sudi sudi lah jadi follower

Saturday, February 4, 2012

Goreng cili kentang kegemaran anak2ku

Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh......
Hari ini aku nak cuba dlm bidang masakan lah pulak, cemburu tengok org lelaki pandai masak......
Aku tak kreatif ambil gambar mcm blog CMG Dapur tanpa sempadan ...tak pandai nak link2 lagi..Semua blogger tahulah blog dia..Ini masakan kegemaran anak2ku..Masakan ni merupakan nostalgia buatku..Dulu bukan mcm sekarang ada internet blh belajar masak...Masa baru2 kahwin dulu ini masakan pertama yg aku tahu masak...ha! ha! ha! jgn gelak...




Bahan-bahanya:-

10 biji kentang (kupas kulit potong baji nipis2)
1 cawan ikan bilis
1 cawan kacang tanah
4 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cawan cili boh *( di mesin halus)
1/2 inci halia *
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
gula secukupnya
minyak masak secukupnya

Cara memasaknya:--

1.  Goreng satu persatu kentang, ikan bilis, kacang tanah hingga garing.
2.  Tumis bahan2 mesin hingga pecah minyak.
3.  Masukkan sos tiram ,garam dan gula.
4.  Masukkan bahan yg digoreng tadi kentang,ikan bilis dan kacang tanah
5.  Kacau hingga sebati.Angkat dan hidangkan...( mudahkan tapi sedap)


  *  Petua aku beli cili kering rm2 rendam, 10 biji bawang besar, 1 labu bawang putih
1 inci halia , minyak masak dlm 1/2 cawan.
Mesin hingga halus, simpan dlm peti tahan seminggu @ separuh bekukan.
boleh guna masak asam pedas, kari, goreng mee sdbnya...

1 ulasan:

YaYaNsMuM said... [Reply to comment]

Ermm..sedap!yayansmum mmg suke.Thanks for sharing.:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...