Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, June 13, 2012

KRONOLOGI ASRAF........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

                         Apabila perasaan amarah menguasai pemikiran aku dan suami pada Asraf ,anak sulung aku ni yg kini berumur 17 thn.Kadang2 kesabaran kami berdua hilang...Sikapnya yg kadang kala aku pun tak mengerti ...Semalam Asraf terjerit-jerit, mengamuk habis perkakas rumah Wannya dibalingnya, di rumah Wannya(neneknya) di Datok Keramat..Dahlah Wannya tak sihat, aku pula ada temujanji dgn Dr gigi memandangkan gigiku semakin berdenyut-denyut ubat tahan sakit pun tak jalan dah mahu tak mahu terpaksa pergi  meninggalkannya di rumah Wannya emak aku lah..Adik-adiknya Faiz dan Firdaus pun ditampar dan di tolaknya....

Ketika berusia 5 bulan walaupun lahirnya 3.16 kg tetapi berat Asraf semakin berkurang
hingga 2 kg..Masa ni aku minta pelepasan utk pulang ke rumah selama beberapa hari
tapi pulang balik ke  HKL semula akibat masalah penafasannya.
                                         
                          Bila mengenangkan  kisah yg lalu susahnya aku dan suami nak membesarkannya ..Hampir 3 tahun tinggal di hospital ..Keluar masuk ICU bergantung oksigen,.makan melalui tiub sehingga Dr berkata peluang Asraf hidup 50-50..Kehidupan kami tak spt suami isteri yg lain seronok dgn kelahiran anak ,berpantang di rumah dsbnya..Suami terkejar-kejar waktu rehat kerjanya utk menjengah anaknya di wad..Sebaiknya pulang dr kerja terus ke wad mandi dan makan di wad..Begitulah pengorbanan ayah dan ibu Asraf!!..Tak berpeluang tengok TV,gurau senda,membeli-belah baju anak,bersiar-siar di taman dan berehat-rehat spt ibubapa yg lain..




Ketika umur Asraf setahun- Ketika ini Asraf selepas beberapa bulan menjalani pembedahan
memasukkana tiub di perut(GT) bermula hari tu Asraf makan melalui perut dan
Alhamdulillah berat Asraf bertambah..Kat hidungnya Asraf di pakaikan ETT tiub
yg di cucuk dr hidung ke tekaknya sepanjang 3.7 mm ..Masa ni pun aku minta pelepasan
krn demam yg teruk maklumlah berbulan-bulan tinggal di wad bukannya selesa.
Balik semula ke wad sebab Asraf biru tak cukup jumlah oksigennya.





                             Tak lama lagi kalau di panjangkan usia, kita akan menyambut puasa dan Hari Raya Aidil fitri..Semuanya mengingatkan aku 2 tahun berturut-turut  berpuasa dan berhari raya di hospital..Tahun pertama beraya Asraf di ICU kira2 10 hari Asraf tak sedarkan diri..Tak tahulah berapa byk air mata aku tumpah ketika itu..Berpuasa di wad byk dugaannya dgn keadaan panasnya memerlukan byk kesabaran dan keimanan maklumlah tak cukup rehat dan tidur yg mencukupi spt di rumah..Bersahur dgn makan apa yg ada..Buat air sekadar mengalas perut dan cicah biskut..Hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui-Nya


                            Begitu juga dgn ayah Asraf! bersahur keseorangan di rumah.Betul2 menguji kesabaran seorang lelaki yg bergelar suami dan ayah .Cuci baju kami anak beranak kemudian bawa ke hospital keesokan paginya..Terawih entah ke mana krn setiap hari habis waktu kerja suamiku terpaksa bergegas ke hospital utk hantar makanan dan brg keperluan lain..Aku pun perlukan rehat kadang2 1 hari tak mandi sebab dgn keadaan Asraf yg kerap menangis dan jarang tidur..Dgn cara ini shj bergilir dgn suami aku utk menjaga Asraf..Keesokannya kena bawa Asraf X-ray, menjalani Ct scan , Barium Solar dan pelbagai ujian yg diarahkan Dr kecuali ambil air tulang belakang dan tebuk lubang di leher Asraf...Perjalanan yg amat memenatkan..




Ketika ini Asraf berumur 3 tahun- Muka masih baby face,Alhamdulillah
 semenjak makan melalui perut..Berat Asraf bertambah membolehkan
 Asraf menjalani pembedahan sumbing lelangitnya..Hidung hampir kemek
terlalu lama memakai ETT tiub..Balik sekejap ke rumah
 sebelum menjalani pembedahan...


                       Setelah berusia 3 thn Asraf tahu tak!! masih tidak meniarap,merangkak,duduk dan berjalan..Tak spt perkembangan kanak2 yg lain...Apalagi nak dengar Asraf berkata-kata ..Setelah menjalani pembedahan  sumbing lelangitnya oleh Pakar surgeri Plastik,HKL Asraf di benarkan pulang ke rumah..Ini tak bermakna Asraf tak masuk wad lagi tapi tak sekerap sebelumnya berbulan-bulan....Asraf blh makan sedikit demi sedikit melalui botol susu sudu..Tiub perut dicabutkan..Berat badan Asraf jatuh dgn teruknya..Sekali lagi di masukkan ke HUKM Cheras krn Dr merawat Asraf ada di sana..Oksigennya pun tlh mencapai ke tahap yg dikehendaki..Tak lah muka dan badannya jadi kebiruan..


                       Kalau temujanji hospital memang berlambak-lambak..Pakar Telinga, Pakar Plastik,Fisio terapi tah bermcm-mcm Dr aku jumpa..Tak termasuk perubatan Islam dan Tradisional..Berurut badan ,kaki mandi wap semua aku iktiarkan ke Selatan ,Pantai Barat dan pantai Timur semuanya kami redah semata-mata memastikan Asraf sihat kecuali Sabah Serawak..Tanam Asraf di pantai PD juga kami lakukan, urut kakinya setiap selepas Subuh..Akhirnya Asraf berjalan ketika umur 4 thn lebih..Semuanya kehendak Allah SWT mohon saje kpd Nya..Walaupun Dr mengesahkan Asraf tak mungkin berjalan krn sendi2nya yg lemah.




Ketika ini Asraf berumur 5 tahun - Alhamdulillah semenjak pembedahan
lelangit Asraf boleh bernafas sendiri..Tiub perutnya ( GT) tak perlu di pakai
Asraf hanya minum susu menggunakan botol susu sudu
utk bayi yg sumbing lelangit..


                                  Bila dah pandai berjalan dan berlari lain pula jadinya, terlalu hiperaktif,kalau berlari tak toleh kiri dan kanan..Memang tak terkejar aku dan suamiku.Pernah beberapa kali hilang di tadika dan kaw perumahan.Masalahnya dari kecil dia kuat mengamuk..


                                 Kalau menangis blh dari malam hingga ke pagi..Kadang2 tak pasti apa kehendaknya..Berlarutan hingga dewasa..Kecil2  dulu rajinlah bawa Asraf ke Taman Titiwangsa,ke Tasik Perdana.Maklumlah anak sorang ketika itu..Tapi tu lah tak blh leka sekejap je hilang...Tak lama kemudian lahirlah Muhammad Faiz sebagai peneman Asraf..




Ketika Asraf berumur 9 thn-Bersekolah di Bandar Country Homes Rawang
Yang memandang cikgunya tu adalah Asraf
Begitulah keadaan anak istimewa



                           Asraf mula di hantar PDK di Selayang, kemudian Asraf masuk ke Sekolan Pendidikan Khas Taman Ehsan di Taman  Koperasi Polis.Hampir setahun dia di sana masih tak byk perubahan tidak bercakap,tak blh urus diri hinggalah ke hari ini..


                           Berpindah ke Bandar Tasik Puteri dan bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Bandar Country Homes Rawang..Masih tidak boleh urus diri, buang air di sekolah dan sering mengamuk di sekolah..Aku pun meminta tukar ke PDK Kampung Kenanga selama bebrapa tahun..Begitu juga Faiz aku hantar ke Pdk yg sama krn dia pun tlh di sahkan Autisme..Sehinggalah aku melahirkan Muhammad Firdaus Hafizi dan juga di sahkan kanser Payudara..Aktiviti ke sekolah terpaksa di hentikan hampir dua  tahun.




Kini Asraf berumur 17 tahun-Tenaganya lebih kuat berbanding
 aku emaknya. Nak memandikan,potong rambut,potong kuku
semakin sukar..Silap2 aku ditendangnya.Asraf!Asraf!


                             Bila keadaan pulih Asraf dan Faiz aku hantar ke PDK Batu Arang sehinggalah hari ini..Cikgu pun berungut keadaanya yg kaki mengamuk ni, sering baling beg sekolah, kasut dilemparnya,cikgu2nya di tolaknya..Aku takut dia merbahayakan pelajar2 lain dan juga adik2nya..


                             Ini tak termasuk dia mencederakan anak jiran,sedara mara yg mengujungi rumah aku..Di cakarnya dan dijerit-jeritkannya..Kadang2 sedara mara pun takut nak datang rumah..Dia tak bagi orang gelak@ bercakap byk termasuklah aku dan suami tak blh nak berbual langsung..






Sering juga ayahnya memarahi dan merotannya tentang sikapnya yg begitu..
panas baran ,mencakar,membaling barang dan mencederakan 
adik2nya Faiz dan Firdaus


                             Asraf! Asraf ! mak nak pesan ni..Walaupun apa kecacatan , mak dan ayah terima seadanya..Tapi kalau sikap Asraf yg sebegini mak takut orang lain tak dapat menerima kelakuan Asraf..
Kalau di takdirkan mak tiada di dunia nanti mungkin tiada orang sanggup jaga Asraf sekiranya perangai Asraf sebegini..


                        Mungkin Asraf di hantar ke rumah Kebajikan Masyarakat..Asraf merbahayakan masyarakat sekeliling..Asraf tiada abang ,kakak, dan adik yg normal utk mengawal Asraf..Faiz dan Firdaus pun memerlukan Asraf..Pinta mak Asraf kena ubah perangai spy orang lain sayangkan Asraf dan nampak kesian kat Asraf..Bukannya buat orang marah ,benci dan takut dgn Asraf..


                        Asraf bukan tak pandai lebih pandai dan faham berbanding adik2 Asraf yg lain..Kalau Asraf berperangai begitu,masyarakat akan menuding jari seolah-olah mak dan ayah tak pandai mendidik Asraf..Mcm2 ikhtiar mak ayah lakukan berdoa selepas sembahyang dan baca yassin setiap hari hembus di ubun2 Asraf dan air minuman Asraf dan adik-adik yg lain..Pasang cd 30 juzuk Al-Quran sepanjang masa.Di harapkan dpt menenangkan jiwa Asraf yg kecelaruan..Semoga Allah permudahkan usaha aku dan suamiku utk mendidik anak2 ku yg sebegini..

17 ulasan:

Syaz said... [Reply to comment]

xtau nak cakap apa...besar dugaan akak..semoga Allah permudahkan segala urusan...

drugs free medication for baby said... [Reply to comment]

sesungguhnya akak mmg sabar..insan terpilih utk menjalani dugaan & ujian seberat ini. membaca kisah akak, menginsafkan saya utk lbh bersabar dgn anak2 sy yg normal. pun masih sy tiada kesabaran & kdg2 terdetik di hati terasa seperti xsanggup menghadapi kerenah anak2..

Faiz said... [Reply to comment]

amiin..moga2 akak & suami semakin tabah untuk ujian ini..insyaallah

Siti_btp said... [Reply to comment]

Sekadar luahan perasaan melalui penulisan..

Masih mencari erti kesabaran dan kekuatan utk menempuh segala ujian-Nya.

Bersujud dan memohon kpd Allah SWT..

dieyna said... [Reply to comment]

kak.. ujian akak.. huhu saya yg ada murid sedikit autisme pun kdg kala teruji kesabaran.... speechlesss......

Hanis MY said... [Reply to comment]

Ya allah smmgnya akakdan suami sgt tabah moga jd pedoman buat ibu bapa lain.

Ina said... [Reply to comment]

Ambil link blog akak drpd AM. Kdg2 rasa down dgn anak. Tp bila baca cerita akak rasa xtergambar tingginya ketabahan akak dan suami. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan ganjaran yg xterhingga utk akak dan suami.

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Membaca coretan ini membuatkan kakcik terasa betapa ujian yang kakcik lalui dengan karenah anak2 adalah terlalu kecil. Ampunkan kami Ya Allah dan berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi dugaan yang Engkau turunkan.

Unknown said... [Reply to comment]

Semoga sentiasa dalam ketabahan. Saya terbaca blog ini ketika mencari info tentang pembedahan gigi dan meleret ke entri ini.
Cuma saya nak bertanya, akak panggil anak sulung ni Ashraf (dengan bunyi huruf syin) atau Asraf (dengan bunyi huruf sin)?
Dalam bahasa Arab, Ashraf dan Asraf mempunyai dua makna yg sangat berbeza. Ashraf (Alif Syin Ra Fa) maknanya 'Paling Mulia'. Manakala Asraf (Alif Sin Ra Fa) maknanya tidak elok iaitu 'Paling Melampau'.
Kalau sememangnya anak ini dipanggil dengan tepat (Alif Syin Ra Fa) alhamdulillah, tp jika dipanggil dengan (Alif Sin (takda titik) Ra Fa), pandangan sy eloklah ditukar. Ini kerana nama adalah doa baginya. Moga anak akak akn tetap dimuliakan Allah dan hambanya.
Saya juga bernama Ashraf. Wallahua'lam.

Hayati Sulaiman said... [Reply to comment]

Saya doakan agar Asraf berubah menjadi lebih tenang dan mudah diuruskan. Saya juga doakan ketabahan buat kak Siti dan suami. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di atas kesabaran akak menghadapi dugaan ini.. *peluk kuat-kuat*

DK Fareedah said... [Reply to comment]

besarnya dugaan...saya blog walking cari info ttg batu serai... jumpa blog ni menitis air mata saya...

semoga Allah saja yg membalas kebaikan akak dan semoga tabah mengharungi semua dugaan Allah..

Unknown said... [Reply to comment]

Salam perkenalan senang cal akak 019 2736290 untuk berkongsi dlm mengasuh anak sebegini sbb akak ada anak mcm ni 24 thn Azwan namanya hanya Allah yg mengetahui disebalik dugaan yg begitu berat..alhamdulillah ..Kak Azah..

Siti Nurbaya Sharir (Teacher Ibu) said... [Reply to comment]

Assalam puan. Saya tabik dgn ketabahan puan membesarkan anak2. Saya ada seorang anak istimewa pun rasanya dah cukup payah. Inikan 3 org.. masyaAllah... hanya Allah yg mengetahui....

Lawang Biz said... [Reply to comment]

Salam Puan,

Sedihnya saya membaca kisah anak2 puan, sungguh sabar puan. semuga Allah merahmati hidup puan sekeluarga. Saya yang ada sorang anak OKU ni pun kadang2 tewas dgn perangai dia.

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum akk,

terharu dan berbangga dengan sikap akk terhadap anak2, sungguh sabar menghadapi kerenah anak2 syurga. Saya tinggal di Tmn Tun Teja rawang, mempunyai anak down sindrom, berumur genap setahun 9/7/2015 yang lepas. Seronok dan mengambil kata-kata perangsang dan semangat dari blog akk dan blog2 yang lain untuk panduan dan ini memang pembacaan yang bermanfaat buat saya. Semoga akk dan keluarga dipermudah urusan dlm menguruskan anak2 syurga ni. salute dr saya


Azlina Rahman

irenedahayu said... [Reply to comment]

akak memang seorang ibu yang kuat kak...

Anonymous said... [Reply to comment]

besar sunggu pengorbanan akak..sy harus belajar lebih bersyukur dgn ada apa yg sy ada skrang.. beljar dari khidupan insan lain...byk ertinya..semoga kak siti lebih tabah bersama anak2 syurga.. semoga ank2 akak sentiasa d beri kesihatan yg baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...