Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........
Walaupun kita di alam maya tak pernah berjumpa namun kita dekat dihati..Sama2 berkongsi cerita ,berkongsi masalah ,bertukar pengalaman,suka duka ,tangisan dlm tulisan..Kalau di izin Allah kita di pertemukan..Buat sahabat2 ku semoga kalian tabah menghadapi kerenah anak2 sebegini begitu juga dgn aku ni....Tempat mrk dah pasti di akhirat nanti, tapi tak tahulah kita ni..Hanya kesabaran , keimanan dan ketaqwaan blh membawa kita ke sana..Di harap anak2 ini membawa kita ke Syurga..
Ucapan terima kasih tak terhingga kepada Dato Zambri Tembol yg bersungguh-sungguh menubuhkan kumpulan Autisme Malaysia..Begitu juga dgn video klip ni..Penat lelah Dato suami isteri hanya Allah SWT shj yg dapat membalasnya..Semoga kita berjaya mendidik anak2 kita sehebat yg mungkin..(alamak tak tahu mcm mana nak link ke Fb Autisme Malaysia) Sorry ye!...
P/S- Bagi manusia yg merasakan dirinya normal..Jangan sesekali menghina anak-anak sebegini...Mrk tak pinta dilahirkan sedemikian..Tapi mrk adalah insan terpilih di antara yg di pilih..
2 ulasan:
Assalam, mereka nie adalah amanah Allah. Walaupun mereka taklah sesempurna insan lain tapi sayangilah mereka kerana mereka juga ada hati nurani dan perasaan. Sememangnya setiap penciptaan makhluk Allah itu ada hikmah yang tersendiri.... Wassalam
Assalamualaikum kak,
mereka adalah amanah dan anugerah dari Allah Taala.sayangi dan kasihani mereka kerana mereka amat di sayangi oleh Allah..moga akak diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,kekuatan dan ketabahan untuk terus membesarkan anak anak.amin..
Post a Comment