Thursday, June 21, 2012
Kanak2 yg Di Gelar Bodoh Akhirnya Berjaya di Dunia...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Semasa kita kecil dulu ada tak rakan2 kita yang masa kecil dulu nampak tak pandai, tapi bila besar cerdik dan lebih kaya berbanding kita ni??..Kawan yg satu ketika selalu mendapat nombor tercorot dlm kelas tiba2 jadi Doktor..Ada juga kawan kita yg selekeh di sekolah bila jumpa dah jadi pramugari.Kawan2 aku di Selayang dulu terutama Cina ,masing2 dah ada perniagaan sendiri dah.Ada yg buka kedai emas, salon rambut padahal mrk tak pandai semasa di sekolah..Kalau buat reunion di sekolah lama, malunya aku ni masih di tahap tu jugak!!..
Tak musthil budak yang masa kecil bodoh dan selalu kena buli tapi bila besar jadi Menteri misalnya Abraham Lincoln? Moral cerita ini yg cuba aku sampaikan nanti ialah jangan cuba menghina orang yang semasa kecil nampak bodoh tapi bila besar akhirnya dia jadi tokoh,ahli perniagaan yg berjaya malah jutawan.
Ada juga di kalangan Autisme dan Dyleksia yg berjaya misalnya Learnado Da Vincci.Pelukis'Monalisa'.Berjuta2 harga lukisannya.Beliau mempunyai ciri2 Autisme.Begitu juga Tom Cruise pelakon hemsem Hollywood juga mempunyai ciri2 dyleksia..Semuanya jutawan tu..Banyak lagilah yg berjaya..Dulu mana ada pengkhususan anak Autisme dan Dyleksia ni..Kalau tak pandai tu cikgu dan ibubapa itu sendiri mengelarkan anak2 ni bodoh dan malas belajar..Padahal anak2 ini sebenarnya ada masalah pembelajaran..
Bukan seorang yang macam ni, masa kecil bodoh tapi bila besar jadi tokoh, ramai yang seperti itu di dunia ni:
1. ADAM KHOO
Dia ini orang Singapura. Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV. Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.
Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat tak baik. Kerana tak ada sekolah yang mau menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang punya rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.
Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).
2. ALBERT ENSTEIN
Siapa yang tak kenal Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah Nobel.
Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan lambat boleh bercakap akan menjadi seorang manusia yang paling pintar di planet bumi? Siapa yang menyangka kanak-kanak pengidap autisme. sepertinya dan sering dimarahi guru kerana selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji bagaimana dia menjadi secerdik itu bila dewasa?
3. ARISTOTLE ONASSIS
Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembam di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.
Akhirnya melalui usaha kerasnya di bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)
4. THOMAS ALVA EDISON
Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:
"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."
Si-ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”
Siapa yang sebelumnya menyangka bahwa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera? Jawabannya adalah ibunya! Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam kelam!
5. CHRIS GARDNER
Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar: kehilangan tempat tinggal, kerana kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.
6. LUDWIG VAN BEETHOVEN
Ludwig Van Beethoven berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik. Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga kini?
7. LOUIS BRAILLE
Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille?
8. ABRAHAM LINCOLN
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya.Beliau juga pengidap Autisme.. Dalam kehidupannya dia sering gagal: perniagaanya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal.
Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.
9. BILL GATES
Siapa tidak kenal Bill Gates? William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.
10. MARK ZUCKERBERG
Mark juga bukanlah terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu membeli Facebook pada harga US$100 juta.
Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil akan muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.
(Sumber info:menujuhijau)
Masih menunggu apakah kelebihan yg ada pada anak2 aku ni..Main komputer setakat buka Maher Zain..Suruh melukis pensil warna je yg patah digigitnya.Apalah sedapnya mata pensil ni..Ajar bercakap tak bercakap2.Kalau tak blh mengaji ke mennyanyi ke.Mungkin ada emas dlm tekaknya ni..Agaknya kalau bercakap jutawan aku!!!...
Label:
pengetahuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 ulasan:
Orang kata 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu kecuali Allah SWT'. :)
untung nasib seseorang tiada sapa tahu kak...kalau xde kat sini insyallah kat 'sana' dah confirm dapat...:)
memang nasib seseorang tak de sapa yang tahu kan melainkan yang maha Pencipta...
Assalammualaikum....besabarlah kita Ibu Bapa mendidik anak autisma....saya juga mengalami nasib dan perasaan seperti puan.....di harap kita dpt berkongsi PENGALAMAN bersama nanti...- RIZUAN NIZAR ( BT PAHAT)
Assalam puan.. hari ni adalah hari pertama sy baca blog ni. Search google mencari info ttg berkhatan yg mana akhirnya membawa sy ke blog ini.. timbul keinsafan dlm diri melihat kesungguhan dan kesabaran puan menjaga anak2 istimewa sehingga mengalirkan airmata.. berat mata memandang berat lg bahu memikul.. puan sekeluarga adalah insan terpilih utk menghadapi dugaan ini. Anak2 istimewa ini terjamin syurganya.. di dunia puan rasa sengsara tp inilah kharafah penghapusan dosa2 di dunia. Terus la menjaga anak2 istimewa ini yg terjamin syurganya keran syurga juga menanti puan di kehidpan yg kekal abadi
Mudahan tabah kak...setiap orang punya cerita sendiri. .
Post a Comment