Hidup kita ini umpama roda adakala di atas dan adakala di bawah..Mungkin hari ini kita sihat tapi tak tahu esok lusanya kita sakit..Kemalangan jalanraya juga merupakan risiko yg tinggi kpd kita..Mungkin hari ini kita melihat orang yg terlibat dgn kemalangan..Mana tahu esok lusa kita pula yg laluinya.....Nauzubillah min zalik....Jadi beringatlah dan berwaspada selalu...
Keluargaku sendiri tiada mengambil Insurans Kesihatan maklumlah 20 thn yg lalu setahu aku ada Insurans nyawa je kan..Bila di landa pelbagai dugaan demi dugaan baru aku tahu betapa penting wang simpanan ..Tapi kalau ditimpa penyakit yg kritikal spt aku ni Kanser Payudara hampir ke tahap 3... wang yg disimpan cepat shj habisnya, KWSP?? akaun 2 je!Berapa rm sangatkah dlm akaun 2 ni.. akaun 1 tak dapat membantu tunggu umur 55ke @ 60 thn ke itu pun kalau sampai umur kita..Nak minta bantuan saudara mara ,mrk sendiri ada masalah tersendiri..
Aku tujukan kpd adik2 yg baru habis belajar tak kiralah lepasan sekolah, diploma atau ijazah dan baru bekerja ..Belilah insurans masa tu anda muda taklah mahal sangat cari Insurans yg blh buat simpanan sekali..Bila sampai waktu matang boleh dapat duit balik bukan Insurans yg ambil..Awas!! buat potongan gaji dan selalulah check pastikan majikan masukkan wang anda pada tarikh sepatutnya....Bukan apa Insurans ni pandai juga kalau lambat beberapa hari kita tak bayar ,dia tak cover kita kebetulan kita sakit atau kemalangan waktu tu..Perangai kitakan sering lupa..
Memang kenderaan pun penting tapi bagi mrk yg baru bekerja ni belilah kenderaan murah dulu kancil ke,viva ke jadi ada simpanan lebih betul tak adik2ku sekelian,PPTN mesti bayar nanti di soal di akhirat kelak....Janganlah jadikan alasan!! sebab aku tahu byk wang mrk dihabiskan utk benda tak berfaedah bg perempuan gajet2nya,mcm2 jenis tudungnya, handbag, kasut yg kayanya SOGO dan gedung2 perniagaan yg lain..Lelaki pula dgn belanja perempuan, gajet2ni ,aksesori kereta,baju seluar berjenama dsbnya..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan..Kalau mereka yg merokok pula dah sah2 memang berisiko mendapat penyakit lambat atau cepat je bergantung pada Allah SWT.....Mungkin anda yg di pilih dr yg terpilih!!!
Bagi yg baru berkeluarga pula buat insurans utk keluarga sekali kalau mampu..Tak mampu pun cubalah mampu2kan ,lupakan dulu nak hias dan besarkan rumah ,bertukar kereta dsbnya.Biarlah ala kadar je dulu.Sekarang ni byk penyakit kritikal menyerang anak2 misalnya kanser,jantung dsbnya..Malang tak berbau!!.Benarlah semua takdir Allah SWT.Tapi Allah SWT suruh kita berusaha dulu,berdoa dan bertawakkal..Penyakit ini memerlukan perbelanjaan yg besar..Walau byk mana pun simpanan kita ibarat 'Bukit kalau di tarah akan habis jua'..Orang Cina mengutamakan insurans keluarga ..Itu kadang2 dekat hospital swasta ramai org cina ,ada dikalangan mrk bukan senang sangat tapi sebab mrk mengambil insurans ,mrk blh ke hospital swasta..
Bukanlah aku maksudkan hospital kerajaan ini tak bagus..Janganlah salah anggap pulakkan..Tapi melalui pengalaman aku dan anak2 aku tinggal di hospital
Pengalaman 3 tahun di hospital,, ..Apb Doktor di hospital kerajaan ni bila dah jadi pakar je ,mrk akan beralih ke hospital swasta yg tinggal Doktor2 pelatih..Maklumlah hospital swasta menawarkan gaji yg lumayan buat mrk ni..Siapa yg tak nak gaji tinggi selepas berhempas pulas belajar..Betul tak??Masalah kekurangan dan kepakaran Doktor di hospital kerajaan memang kerap berlaku hingga ke hari ini..Jadi fikir2 kanlah demi keluarga anda..
P/S :Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihnya.. Mencegah lebih baik dari mengubatinya..Beringat sebelum Terkena..
Malang tak berbau, Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada guna..
15 ulasan:
Assalamualaikum Siti
nasihat yg berguna untuk adik2
setuju degan pandangan entri ni... banyak ilmu yg boleh ditimba...
Terima kasih kerana peringatan Siti, manusia spt kita mmg suka ambil mudah semua perkara. Tak sedar bagaimana kemudian hari nanti.
salam alaikum. zaman sekarang ni memang penting ada personal insurance. lainlah kalau pekerja kerajaan, ada keisimewaan tersendiri kan?
dalam perancangan nak amik insurans. sekurang2 terjamin sikit masa depan.. ;D
saya ada insuran kak.. bukan satu bukan juga dua.. hehe insuran untuk hannah pun sy ada ambil.. insuran pendidikan...
memang sekarang ni kalau boleh amik lah insurans.. sebab ia adalah satu kemudahan yang sangat berguna satu hari nanti.. malang tu tak berbau. jadi, seeloknya kita amik langkah awal..
Maaf mencelah.. Ramai yg tak nampak tentang perkara ini krn bg mereka 'belum masanya' maaf.. Yg pastinya bila kita telah di diagnosed oleh Dr krn mengidap penyakit, hasrat utk memiliki polisi juga adalah tipis.. Yg nyata apa yg akan terjadi di masa depan tak ada siapa yg tahu..
Peringatan untuk kita bersama.. TQ.. :)
insurans mesti ada skrg.. Kalu xde ssh gk nk byr perubatan.. mula2 xnk ambl insuran pkr xfaedah.. bla dh ambl bnyk untng utk dri n family.. (@@)
Salm, maaf lewat nak komen..nasihat saya pada yg belum ada polisi insurance adalah lebih baik adakan polisi, at least medical card tu..
Assalam.. En Abil.. Maaf bertanya.. Bgaimana progress isteri tuan sekarang? Saya baru tahu pasal ni tadi. Somebody share it on Facebook.
assalam sy agent takaful. mai sini ye buat plan dgn sy. hehe
0172345722
#LifeIsGreat!
www.facebook.com/yourfinancialplanner bagi sesiapa yang perlukan khidmat nasihat berkenaan kad perubatan, insurans nyawa dan simpanan...sila ke page saya utk berunding...beritahu saya apa yang anda perlu dan budget anda..insyaallah saya akan sediakan polisi terbaik untuk anda...insyaallah...Radzi 0192868688..."we understand, we care"
www.facebook.com/yourfinancialplanner bagi sesiapa yang perlukan khidmat nasihat berkenaan kad perubatan, insurans nyawa dan simpanan...sila ke page saya utk berunding...beritahu saya apa yang anda perlu dan budget anda..insyaallah saya akan sediakan polisi terbaik untuk anda...insyaallah...Radzi 0192868688..."we understand, we care"
Salam kak...minta kebenaran saya copy n paste dlm wall saya ye...saya agent insurans PRUBSN Takaful...saya harap dapat educate rakan2 fb sy tentang kepentingan insurance...
Terima kasih banyak atas perkongsian ini..
Ps: semoga akk terus tabah dan kuat menghadapi dugaan..
Post a Comment