Pening2 dgn masalah blog aku ni..Masih tak pasti punca permasalahan blog ni..Kenapa tak blh pergi ke Entri yg di minati?? Bila klik keluar kosong tak keluarpun entri yg dikehendaki..Dieyna kata suruh tukar template..Nanti minta tolong suami betulkan kalau dia free...Terima kasih Dieyna selalu bantu akak.Kalau jadi jiran akakkan best!!..
Anak2 aku ni cukup gemar makan keropok lekor dan keropok keping..Kalau makan mee @bihun goreng mesti kena goreng kepok keping..Tekak org Ganu dah..Kalau makan nasi dgn kari mesti ada kepok keping ni.Kalau kedai mamak ada pepedom..Bila balik Terengganu hari tu, suami akan beli byk mengalahkan nak meniaga ..Keropok lekur dibekukannya dlm peti sejuk tahan setahun dan kepok keping berpeket2 di belinya.
Ini salah satu pembuat keropok keping di Pengkalan Setar,Kuala Terengganu...Bersih,Halal dan Toyibbah..Ikan yg di gunakan segar2 belaka dan dibuang tulangnya..Suami aku ni terlalu cerewet tentang kebersihan..Dari depan hingga ke belakang ,cara pembuatan keropok semua dia tengoknya mengalahkan pegawai JAKIM..Aku tak tengok pun jaga anak2 dlm kereta..Di antara ramai2 pembuat keropak keping Pengkalan Setar ni, suami aku sangat puashati dgn keadaan kebersihan kedai ni dan persekitarannya...
Selalunya kat Losong, ikan hanya di buang perut dan ekor je, tapi kat sini siap belah dan di buang tulangnya..Ikan masih segar dan merah lagi..Keropoknya sedap, nipis,kembang dan krg masin berbanding keropok yg lain..Aku tak mengalakkan anak2 aku ni makan benda yg masin dan manis..Nanti lagi hyper..Daripada kita bagi jajan yg merapu spt Junk food lebih baik makan keropok keping ni..
Kat sini nampak keropok kepingnya agak tebal sedikit, atas permintaan pelanggan..Aku punya nipis2 je tak suka tebal2 ni nanti tak ranggup dan kembang..
Sedap juga di cicah dgn kuah keropok lekur
Setelah di peket2kan sebungkus Rm9 maklumlah" ikang dah mahal la ni.Pecah kepala gat "..kata2 penjualnya..Suami aku minta kepuk yg baru di jemur dan dikeringkan...Cerewet sangatlah pelangannya fikir penjual tu ,ala mak mentua aku kenal dgnnya Kak Yati..Siap dpt krg lagi ambil pun 10 bungkus mesti dpt diskaunkan..Muatke kereta aku ni?? dgn keropok lekurnya lagi..
Agak2 nya sampai je KL pecah2 semua keropok keping aku ni di kerjakan oleh Firdaus.Entahlah!!
5 ulasan:
keropok lekor??? jangan kata anak2x... mak bapaknya pun suka...
saya suka keropok.. nyum nyum
kak try tukar background template///
satu family dya suka keropok lekor...
Like la fb keropok keping kak yati...gmbr bsns kad..
-along-
Salam... apa jenama keropok/kedai ni ye
Post a Comment