Apabila pulang bercuti dari Tiara Beach Resort ..Badan terasa penat sangat ,seronok sekali-kali berkumpul bersama mak ayah aku, adik-beradik dan anak2 sedara aku..Penatnya dgn kerenah anak2 aku ni.Asraf dengan sikap mengamuknya..Malu jugalah dgn penginap2 apartment bersebelahan dgn suara garau tangisan Asraf 17 thn ni..
Keadaan Asraf selepas mengamuk..Silap haribulan Firdaus pun di tolaknya.Aku ambil gambar ni pun dia mengamuk haru biru jadinya..Payah-payah!!! |
Firdaus pula dgn kelasakannya takut juga kalau dia menjahanamkan brg2 di apartment ni..Mati aku kena mengantinya bukan murah2 nak gantinya..
Entah apa di carinya dlm air ni!!! anak ikan kot ha! ha! ha! |
Blog aku ni pula meragam sukar nak buka kenapa ye? Tolong kami bantu kami tak tahu mcm mana nak buat dah..Tak boleh nak pergi ke paparan lama @ tajuk entri aku yg lama2 tu.Kena virus ke @ suami aku edit yg mana2 kemudian tak tahu nak betulkan balik..Aku dah tanya dgn adik2ku mrk pun tak tahu sebab mrk tiada blog hanya Fb dan Twit je..Masalah2 nak klik ke Post yg di Minati pun tak boleh ni keluar iklan..tension betul di buatnya..
Berbalik kisah anak2 akulah, sampai je ke rumah anak2 aku berlari pergi toilet , aku pula nak masak air..Walaupun ada penapis aku tetap masak air kalau buat minum tak yakin dgn air walaupun sudah di tapis..Bila buka air tiba2 seekor lipan panjang sejengkal tangan aku keluar dari lubang singki ni..Menjerit aku di buatnya ..Nasib baik tak kena gigit sebab laju je ia menjalar..Sepantas aku mengambil penyembur nyamuk ,tapi tak mati lepas tu aku ambil penyembur lipas yg ada muncung di depannya hala ke arahnya dan sembur bertubi-tubi..Geli-geliman aku dibuatnya, akhirnya mati jugalah akhir nya .Bukan kecil2 lipan tau besar mungkin ibunya..Suami tak bagi bubuh gambar lipan tu..Dia sendiri geli sebenarnya..Tak boleh harap mcm mana nak jadi orang kampung ni..Ha! ha! ha!...
Tak boleh harap Faiz..Suruh jaga adik tapi kita pula kena jaga dia sebab dia suka selamkan badannya ..Tak tahu kenapa gambar jadi gini aku tak pandai ke @ kamera rosak.Rasa2nya jawablah sendiri ye! |
Nasib baiklah Firdaus tak pergi ke sink selalunya dia pergi dulu basuh pinggan mangkuk yg bersih pun dibasuhnya dan main air..Kalau tak tak tahulah aku nak mengatanya..Anak2 aku ni bukan takut apa serangga pun..Asraf berani dgn cicak ,kalau mati di angkat masuk dlm toilet dan plus..Firdaus kalau jumpa lipas di burunya pernah jumpa dia cerai2kan badan lipas tersebut.Aku tak tahulah dia termakan ke @ tidak .Allah Yang Maha Mengetahuinya...Kalaulah dia jumpa lipan tu mahu dia angkatnya..Nauzubillah- min-dzalik..Orang tua2 kata kalau lipan mengigit ,selagi guruh tak berbunyi dia tak akan lepaskan gigitannya.Wallahualam...
Penduduk Batu Arang ni kata kawasan Batu Arang ni byk ular..Kak Ann yg bertahun-tahun tinggal di Batu Arang pernah terserempak beberapa kali dgn ular di bawah singki dapurnyalah dan terbaru dlm bilik airnya dlm seluar sekolah anak nya..Dia kata dah biasa dah...Biasa dah tapi tak bagi aku ni!! penakut dan pengeli sebenarnya..
Kalau di jumpa oleh anak2 aku pula mahu mereka buat tali pinggang ular tu...JANGAN !!!
2 ulasan:
lipan,, bisa tu... sengatnya ada kat ekor rasanya... huhu
bestnye bwk anak2 mandi manda...sy dulu bwk anak mandi manda kat waterworld melaka tu..tp dia takot air..msti nak papa dia pegang dlm air tu..adeh...
Post a Comment