Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, October 1, 2013

Aku Superwomann..Aku juga bisa nangis!!!..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ala! lalala sambungan cerita hr tu lah ye!!..maaflah kalau ada yg tersinggung dg pergunaan bahasa diri "Aku" sbg ganti diri..Tak retilah nak guna penggunaan bhs " kita ke, hamba ke, saya mcm dah  terlalu formal pulakkan....Aku lebih selesa sbb aku  menulis seolah-olah dlm buku diari kehidupan ku cuma diari aku ni blh di baca oleh segelintir pihak yg sudi membaca rentetan hidupku..ada pembaca ya?? ye ke!!!...Alhamdulillah....Terlebih dahulu aku mohon maaf kalau penggunaan bhs aku menyinggung setengah2 pihak ye!!!..

Berbalik kisah hr tu...Bila suami aku dah ajar ala2 Komander gitu akhirnya aku beranikan diri bawa sorang2 ke PDK Cheshire Selayang.. Rumah aku kat Taman Sri Tioman Taman Melati gombak..Aku lbh rela memandu sorang dgn anak2 dpd suami aku sebelah...kahkah..Mcm biasa masalah naik bukit dgn van manual mmglah  payah..Aku guna tektik jgn turunkan handbrek van dah bergerak br turun handbreak..Sshh!! senyap2 ye..Masa tu jejantas MRR2 Gombak ni br siap sll ada roadblock kat situ..JPJ ni pun satu dah tahu aku ni mengelabah semcm asyik kena tahan je..huss!!..Aku mcm biasalah dgn tektik aku tu mengaum van di buatnya..Gelak pegawai JPJ habis asap kena muka dia..tu lah tahan aku lagi....Jgn buat perangai rosak enjin tau..Nak kena overhoul enjin van tu aku kerjakan..lepas tu cpt2 tukar Avanza Automatik..kan senang..Senang apa ke bendanya elok2 hutang van habis tambah hutang lagi...Entahlah Labu!!!

Bkn mudah ye!! nak kontrol anak2 Istimewa aku dlm van sepjg aku drive..suami aku pun x pernah memandu dgn anak2 aku ni kalau tanpa aku di sisinya..pakai tali pnggang dia blh lolos hinggalah hr ini..Pendekkan cerita bila anak2 aku dan aku dah mula serasi dgn sekolah dan pemanduan aku, tiba2 aku brpindah ke BTP, Rawang....Faham2lah jln kat Rawang ni mcm mana???..Masalah lain selain fobia jln dgn tayar lori..ingatan aku ni..maklumlah selalu terminum anak kerengga..Aku mmg tak ingat jalan walaupun nak pergi rmh mak sendiri..En suami sll test ingatan aku lepas ni jln mana..Mmg sah2 aku tak ingat..Tak payahlah nak gelakkan aku..Satu lagi aku tak pernah isi minyak kereta..

Elok2 anak kat PPKI Country Home, cikgu2 arahkan pergi PDK Rawang sbb pengurusan diri anak2 yg teruk..malas nak cetalah bacalah kisah2 lama anak2 aku..Dgn jem teruknya hendak ke Rawang..Hidup aku habis atas jalanraya..Bila disahkan kanser aku terus tak bawa kereta salah satunya sbb tangan kanan sll bengkak dan yg lain ingatan aku semakin krg kesan ubat bius pembedahan kanser hr tu....Aku dah jadi semakin fobia dgn keadaan jalanraya..Anak2 pula bertukar di PDK Batu Arang alamatnya setakat dlm taman ni je lah aku bawa..

Tapi bila suami kemalangan pertengahan tahun lepas aku gagahkan diriku semula utk memandu demi anak2 aku..Kdg2 melalui musibbah dan ujian yg kita lalui ada hikmah di sebalik kejadian..Aku tak tahulah 10 thn akan dtg kalau aku dan suami tak mampu nak memandu lagi siapakah yg akan ambil alih tugasan ini..Nak bawa aku dan suami ke hospital maklumlah semakin tua mcm2 penyakit muncul..Anak2????? Jawaplah sendiri..Kdg2 org kata jgn fikir sgt masalah akan dtg..Tapi nak tak nak terfikir juga..Inilah yg membuatkan aku bisa nangis...Huhuhuhu!!!!..


Ibu mana yg tak bisa nangis yg tengah tu  Faiz sepatutnya
sedang menjalani PMR hr ini..Atas kerusi malas tu Asraf 18 thn
Sepatutnya dah ada perancangan arah hidupnya sendiri...


Harap yg ni lah membawa kami suami isteri
ke hospital nanti ketika kami tak mampu
utk memandu..
Perancangan Allah ke atas hamba-Nya adalah rahsiaNya..
Apa yg buruk kita rasakan Itulah yg terbaik di untukkan
untuk kita..Bersangka baik dan redho dgn ketentuan-Nya..
Wallahu'alam..


6 ulasan:

Kakcik said... [Reply to comment]

Iya, hanya Allah jua yang maha tahu...

Rizziela said... [Reply to comment]

Insyallah.. perancangan ALLAH maha Hebat

Cik Puan Nurdila said... [Reply to comment]

Sabar kak.Setiap hamba Allah dugaan berlainan.Allah menguji akk sebab Dia sayangkan akk lebih lagi.Setiap kesabaran akk insyallah dilimpahi pahala yang kita sendiri xtahu nilainya.Semoga akk tabah dlm apa jua dugaan yg datang.Semoga dugaan itu memberi Inpirasi pada akk untuk lebih kuat.

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

ada hikmah disebaliknya..

insan kerdil said... [Reply to comment]

semoga dalam Dia memberikan ujian...Dia memberikan jua kekuatan dan mempermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam...

Sky Sekai said... [Reply to comment]

salam.
dalam mencari kekuatan, saya terjumpa blog akak. terima kasih. i don't feel alone and saya rasa x takut untuk ke Radiotheraphy saya awal november neh. semoga kita tabah menghadapi ujianNya sambil menjaga amanah Allah, anak2 syurga kita.
terima kasih sis.atas inspirasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...