Sudi sudi lah jadi follower

Showing posts with label sihir. Show all posts
Showing posts with label sihir. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Ceritaku....Celotehku!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Nikmatnya Kalau dapat mandi-manda dekat air terjun ni!!-gambar hiasan

          Hampir sebulan anak2 aku tak pergi ke PDK , call Kak Milah bila dengar suara garau aku dia pun dah tergelak dah..Bayangkan kalau anak-anak aku normal macam mana pulalah sekolah diorang ye, tuisyen lagi tapi pandai2 dioranglahkan...Masa aku tunggu dlm kereta hampir 5 mlm berturut-turut di depan  klinik sementara menunggu nama anak2 aku di panggil .. .Dekat atas klinik itu pusat tuisyen ,sibuk sekali mak ayah menunggu dan mngambil anak masing2 balik tuisyen.Macam2 ragam dan kerenah mak ayah diorang ni dgn bunyi hon keretanya. .Masa tu jam menunjukkan 9.00 mlm..Aku pula sibuk juga, sibuk dgn lap hingus anak2 aku...

         Kadang2 terbawa dlm mimpi salah seorang anak aku menunjukkan slip peperiksaan pada aku,  ambil anak tuisyen, pergi sekolah mereka jumpa cikgu2 mrk tentang pelajaran, ambil report card spt ayah aku lakukan padaku dulu, tapi semuanya hanya mimpi dan mimpi itu tak mungkin jadi kenyataan..Entahlah...mengeluh lagi tapi itulah kenyataannya hidup aku..Sebenarnya perasaan aku normal tak perlu dipertingkaikan?? Aku juga ingin merasai, ingin menikmati saat2 naluri seorang ibu tentang kejayaan anak2 nya..Bila keadaan kesihatan belum pulih mcm2 yg aku fikirkan Astagfirullahalazim!!...

         Suarahati aku masih berkata-kata, tentang kesakitan aku tanggung sewaktu menjalani rawatan hari Ahad lepas.. Memang tiada bukti utk mengadapkan sipelaku ke pengadilan walaupun kadang2 rasa geram, marah dan bermacam-macam yg ada dlm kotak pemikiranku ini..Masalahnya aku sering lalu lalang depan rumah manusia tersebut..Mak ayahku pula bilalah nak pindah dari kawasan tersebut...Yang menjadi misteri tu manusia tu sering tanya perkembangan aku dgn keluargaku dkt jiran2 berdekatan..Agaknya selagi jasadku tak dibawa kawasan perkuburan keramat tu selagi tulah dia tak berpuashati..

          Memang berdosa memfitnah orang lebih dr dosa membunuh tapi bila kena batang hidung sendiri usah nak cakaplah..Kadang2 penyihir ini mungkin tak berniat dah menyihir kita lagi tapi dia tetap kena lakukan setiap bulan purnama ,kena semah atau puja benda2 alah ni..Kalau tak kesakitan itu akan pergi pada diri dia balik..Ini memang penjanjian dia dgn Syaitankan mcm cerita2 seram dlm tv tu, kalau nak mati sampai buka atap rumah..Apa lagi manusia itu tak puashati dgn aku, isteri ada anak hampir sebaya dgn anak sulungku Asraf..Ingin je aku bersemuka tapi suami aku tak benarkan sebab nanti mesti dia kata dia tak lakukan...

          Umur pun semakin senja dah ,rambut pun dah beruban..Lupakanlah peristiwa lalu tak perlu diungkit2..Sebenarnya aku tak larat nak fikir dah, tapi bila terjadi semula kesakitan begini  mungkin setiap setahun sekali dan melibatkan anak2 aku..Aku pasti mempersoalkannya?? salah ke..Selepas berubat pasti wajahnya akan muncul sekejap walaupun aku rasa aku baru terlelap seketika waktu tu.Ustaz Kamsan pun pernah cakap dgn izin Allah Swt akan tunjukkan siapa sipelakunya kalau Dia mengizinkannya...Malam tu juga 2 ekor burung hinggap kat tingkap rumah aku siap berciak-ciak lagi..Masa tu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..Adakah itu ilusiku atau fantasiku!!!!...

            Terima Kasih pada Ustaz Hj Kamsan walaupun sesibuknya sanggup datang mengubati kami sekeluarga..Bila sakit baru cari Ustaz kalau tak raya pun tak singgah rumah Ustaz..Tapi sibuk juga Ustaz ni sebab sampai KL orang panggil dia utk berubat..Kepakarannya dia blh berkomunikasi dgn jin dlm tubuh manusia...Jarang Ustaz yg aku pergi berubat boleh buat mcm tu.Lagi satu yg peliknya dia pegang kepala kita pelan je ,pegang hujung jari picit sikit je tapi hanya Allah SWT mengetahuinya kesakitannya..Semuanya Kuasa Allah SWT.....

           

     

       

   

Thursday, April 5, 2012

Ya Allah ! Kau berilah semangat dan kekuatan kepada hamba Mu yg lemah ini......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....




         Hari ini aku cuba mencari kekuatan diri utk terus menulis , hampir sepuloh hari  aku shutdown komputer ini ..Rasanya bunyi bising komputer ini betul 2 menganggu kepala otak aku ni...Kesihatan aku belum pulih sepenuhnya, mata seperti di korek, kaki seperti tersepit pintu, kepala seolah-olah ada orang menarik kepalaku..Entahlah...

      Seperti entriku yg lepas, selepas Asraf demam kemudian diikuti oleh Faiz ,Faiz kena Asma hampir setiap mlm pergi klinik ambil nemolizer( betul ke ejaanni) dia tak pandai guna inhaler..Demam Faiz berlarutan hingga ke 2minggu, makan tak lalu dan sering muntah..dua kali tukar antibiotik, ubat demam berpapan-papan dah tapi kesihatan dia semakin teruk..Air zam2 yg di baca surah Yasin oleh ayahnya sudah diminum sebagai ikhtiar kami ibubapanya, begitu juga pelbagai jenis daun sapu ke kepalanya utk menyejukkannya..Lama betul kali ini anak2 aku demam..

       Belum pun Faiz reda dgn demamnya ,Firdaus pula demam mulalah dgn tonsilnya yg membengkak..Aku dgn suami dah naik malu mengadap muka Dr dan misi2 di klinik..Masalah Firdaus ni kesukarannya makan ubat betul2 mencabar kesabaranku..Antibiotik utk tonsil habis di muntahkan saja.Susu tak mahu di minumnya..Makan pun tak mahu, belilah apapun KFC Datuk KFC tak akan dijamahnya..Badan semakin panas akhirnya aku sumbat ubat demam melalui punggung Firdaus..Firdaus kalau demam akan menangis hingga ke pagi ..Aku jaram kepalanya spy mengurangkan panas dlm badannya..

         Rumah aku dah tak rupa rumah dgn muntah anaknya dan keadaan rumah yg berselerak, dgn tangisan anak2 aku yg tak larat menanggung kesakitan dan memerlukan permerhatianku  memberi tekanan yg maha hebat ku rasakan apalagi dgn kekurangan waktu tidurku...Akhirnya aku pun kecundang dgn kesihatanku..Suamiku mulalah bising ,anak demam kuatlah semangat sikit lawan demam tu..Tapi mcm mana aku dah cuba makan penadol dan ubat demam anak2 aku sebelum aku demam tapi tak berjaya..Kenapalah dugaan datang bertempap-tempap pada aku???

         Aku pun tak lalu makan , suara mula bertukar jadi serak2 dan sukar utk aku bernafas tapi aku tak kena serangan Asma..Aku cuba makan ubat anak2 aku..Suami ajak pergi ke klinik aku tak mahu walaupun badan semakin lemah dan hilang selera makan..Firdaus mengamuk, Faiz pula dgn muntahnya, Asraf pun belum pulih sepenuhnya..Tekanan demi tekanan ,suami pula perlu pergi kerja, dia pun kekurangan tidur yg teruk sebab Firdaus akan menangis hingga ke pagi..Resit ubat menunjukan rm beratus dah,ubat berjenis-jenis Dr ni sebenarnya nak mengambil kesempatan jual ubat dekat anak2 aku, itulah anggapanku...  ,nasib baik TI bayar kalau tak botak licin kepala suami aku memang dah botak pun...


         Hampir seminggu berlalu penyakit aku dan anak2 aku tak menampakkan tanda pulih..Suami ajak pergi klinik suruh refer ke Hospitalke..Aku mencadangkan panggil Ustaz Hj Kamisan  ,Perubatan Islam Masjid BTP..http://muallijbtp.blogspot.com/2012/03/rawatan-di-masjid-bandar-tasik-puteri.html....Kebetulan hari itu Ustaz terlalu sibuk dan dia suruh bawa air ke Masjid BTP..Untuk buat rawatan di Masjid dgn keadaan anak2 aku yg tak sihat ini dan keadaan badanku terlalu lemah amat mustahil...Aku cuba bersabar akhirnya Ustaz cuba melapangkangkan masanya selepas Asar pada hari Rabu keesokannya Alhamdulillah...

         Akhirnya rumah aku bergema dgn bacaan Ayat2 Ruqiyyah Ustaz Hj Kamisan..Biasalah anak2 aku mengamuk,  kepala aku seperti di tarik2 .,Ustaz menerangkan ada sesuatu dlm rumah aku dan dlm badan aku..Kesannya terkena pada anak2 aku..Akulah perlu di rawat dahulu , dgn memakai telekung dan berstokin.Ayat Ruqiyyah di baca diubun2 ku dan ditekan dgn hujung jari Ustaz tu.. Aku menangis-nangis spt org kerasukan sakitnya seolah-olah kepalaku di hentak dgn pasu dan rambutku spt ditarik2..Ustaz tak dapat meneruskan perubatan tersebut sebab keadaanku amat lemah dan hampir Maghrib..Aku dan anak2 disuruh mandi limau dan minum air yg di doakan dgn ayat2 Ruqiyyah tadi..Ustaz akan datang pada hari Ahad mlm Isnin...

          Tiba hari dijanjikan Ustaz Hj Kamisan datang pada pukul 11.00 mlm selepas habis buat rawatan di Masjis BTP..Kesihatan anak2 aku dan aku stabil sedikit...Rawatan dilakukan aku mula tumbang dan separa sedar..Macam2 bahasa aku keluar,sumpah seranah ,kadang2 malu pada Ustaz tersebut tetapi sebenarnya bukan aku tapi jin yg ada dlm badanku .Ustaz berdialog dgn jin tersebut suruh keluar dr tubuhku bila dia pegang kepala ,aku terasa spt kepala aku kena tarik, apb Ustaz pegang ibu jari kaki ,sakitnya seolah-olah terkepit pintu..Mata aku ni rasa mcm tersembul keluar ...Nauzubillah min zalik..Padahal Ustaz hanya pegang antara kening je..Sakitnya terasa hingga ke hari ini...

           Rawatan habis kira2 pukul 1.30 pagi, seram sejuk aku rasakan, akhirnya aku tersedar..Alhamdulillah benda tu dah dapat dikeluarkan ..Aku cuba tanya Ustaz tu adakah jin tu dihantar lagi padaku tapi prosuder seorang Ustaz tak nak beritahu kita sebab dia tak mahu kita berdendam pada penghantarnya..Tapi sampai bila harus begini tak habis lagi ke dendam penghantar itu pada aku dan anak2 aku..Aku kena mencari benteng kekuatan diri yg kuat  utk menggelakkan jin2 masuk dlm badanku sebab badan aku ni teramat lemah..Sebagai seorang perempuan serajin manapun kita baca Surah Yasin dan amalkan surah Al -Quran tapi masalahnya bila kita period time masa tulah benteng pertahanan kita lemah...

         

Saturday, January 21, 2012

Perubatan Islam -Part II

     Assalamualaikum warah matullah hibarakatuh..........
Wah !ada part-part pulak ye......mengalahkan filem pulak.Begitulah nampaknya penulisan aku berbeza dgn kawan aku yg bkn melayu (cina) . Dlm STP dia mendapat A1 dlm BM tapi aku yg melayu ni 5 je.....Bila baca esei dia waktu percubaanlahkan ringkas,penuh isi dan padat.Aku ni pulak meleret-leret esei aku,kisah 20 thn yg lalu zaman persekolahan hingga kini......Sambunglah ye, lebih 18 thnlah aku beriktiar mungkin lebih 100 org pengamal perubatanlah aku jumpa hingga kini...ALLAH swt yg menyembuhkannya kita mampu beriktiar ,berdoa dan bertawakal...

     Anak-anak aku kuat menangis macam ceriata P.Ramlee, Ahmad Albab tu, ini semua menguji kesabaranku suami isteri, anak sulung pula Asraf dahlah duduk hospital mengganggu pesakit lain dgn tangisannya hingga ke pagi, yg kedua krg sikit dan yg bongsu ni menangis mcm aku cerita dlm entri yg lepas2lah. . Mrk kerap demam dgn suhu yg tinggi,semuannya pernah berkali-kali duduk hospital....nasiblah TI tempat suami bekerja yg bayar duit hospital dan klinik...Mana hosptil aku tak rasa Ampang Puteri,Glenegel(btlkah ejaan) ,KBMC,Pusrawi,UKM Cheras dan HKLlah.....Org bercuti di hotelkan aku?????.......

      Akhirnya ,aku berjumpa Perubatan Islam di Masjid BTP search dlm intenet ada tau....Ustaz Hj Kamisan dan anak muridnya..... sesiapa yg terkena sihir atau saka blh berubat kat sini dr pkl 2.00 ptg hingga 6.00ptg..info selanjutnya pg web dia ye......Ustaz ni dtg rumah walaupun dia kesuntukan masa tapi dia pg juga rumah aku sebab dia kesian dgn anak2 kami...Pernah dia balik pukul 2.00 pg utk mengubati kami sekeluarga.Ayat suci Al- Quran dibaca, anak2ku mengamuk sekali,tenaga diorg memang luar biasa , aku pula antara sedar dgn tidak ...

      Masa tulah Ustaz tu berdialog melalui aku,  memang ada orang tanam benda dirumahku, tujuan utk menganiayai aku ,keturunanku dan adik beradikku yg lain. Benda tu tak jumpa sebab dah terlalu lama ditanam..Ustaz tu pergi rumah mak aku dia dpt rasakan tapi diapun manusia biasakan di luar kemampuannya... Kalau blh aku ni dibuat sampai mati tapi siapa dia ye! utk ambil nyawaku .Zalim punya manusia.....tapi tak de buktikan hanya ALLAH swt mengetahuinya.....Kanser ni pun adalah salah satu disihir.Pesanan aku diluar sana kalau kita mencintai org tersebut tidak berbalas lepaskan dia dan doakan kebahagiaannya....baik lelaki atau perempuan ..Ajal maut,jodoh pertemuan semuanya kehendakNYa kan.Tak perlu berdendam jumpa bomoh ,bunuh simbah aset dsbnya......

        Aku masih meneruskan rawatan dgnnya ,anak-anakku pun dah tak menangis waktu malam setiap mlm pasang cd mengaji 30 juzuk  ayat al Quran .Pergi entri lamaku di bwh ada bacaan 30 juzul Al Quran, aku buka sampai pagi jadikan halwa telinga kita...minum air yg dibaca ayat al Quran,Baca Yaasin dan Quran jadikan pendinding...Ayat Kursi sebelum keluar rumah dan beri salam sebelum masuk rumah....Dlm kereta pasang zikir-zikir kumpulan Hijaz dan Ayat2 Ruqiyah...Mungkin dulu aku muda umur 20thn kufur dgn perintah ALLAH swt,tiada pendinding diri yg diamalkan surah 4 kul ,ayat Qursi dsbnya menyebabkan terkena sihir....Tapi anak2ku tak mungkin jadi normal dan bercakap spt kanak-kanak lain cuma krgkan sikap agresifnya yg penting dia tak menangis bila Ustaz tu datang..Alhamdullilah......Teringin benar salah seorang anak2ku panggil aku mak ...mak...mak....hu!hu!hu!...........

                                                 hiasanje...Bukan Perawat Aku

Friday, January 20, 2012

Perubatan Islam dan sihir

    Assalamualaikum warah matullah hibarakatuh.......
Baca tak  metro kisah Awie disihir....Sebenarnnya aku ni taklah tahu pasal dunia artis.Tapi bila ada aku baca jugaklah.Izwan Pilus meninggal dunia betul ke ? Innalillah wa inna illayhi rajiun  Dari Allah kita datang kpd ALLAH kita kembali.........
Sihir ini sama mcm rasuah...kalau membunuh hukumannya bunuh atau penjara seumur hidup,kalau mencuri dan merompak hukuman 10thnkan.Tapi brp byk rasuah dikenakan hukuman, ada yg terlepas begitu shj.Begitulah sihir, sampai mati dibuatnya tapi terlepas begitu shj.Tapi ingatlah dekat sini blh terlepas ........AKHIRAT nanti terimalah balasannya......

    Aku tak pandailah nak ringkaskan cerita........kenapa aku geram sgt ye? aku pun terkena juga,lihatlah nasibku, anak-anakku...Aku taklah marah sgt kalau aku yg dibuat nya walaupun sampai mati. Tapi apa dosa anak-anakku padanya .(siapa makan cili dia rasa pedasnya).....Aku tak nak menuduh sesiapapun ...Aku percaya pada Qada dan Qadar ALLAH swt. Banyak hikmah disebaliknya, walaupun susah ada orang lain lebih susah drpdku.Lebih byk merendah diri dan apa yg kulakukan semua krn ALLAH swt. Itu semua adalah ketenangan yg tidak blh dibeli dgn wang ringgit......

      Macam mana tahu anda disihir????? terdpt lebam dipeha bkn disebabkan terantuk,,batuk berpanjangan sampai keluar anak tekak dan darah.Pergi klinik dr kata tak ada apa2.Bila sembahyang dan mengaji mengatuk yg amat sgt, bermimpi binatang dan menyusukan bayi .Mcm2 lagi lah perkara menyeramkan aku alami ....Katak besar dlm bilikku, bila halau ada balik.....dgr suara memanggilku tapi bkn suamiku...siapa ye!..Inilah yg aku alami sepanjang aku mengandung anak sulungku, Asraf......Masa tu aku tinggal di Parit Sulung ,Johor.

       Aku berpindah semula ke KL .Di HKL aku bersalin dan anakku di tahan di SCN Pediatrik...Mcm2 aku berubat ,Ustaz Harun Din, Cakra Alam, anak murid Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Sarhan sampai dtg rumah lagi,Ustaz Ismail Kuang dan bermcm lagi.Selain itu berubat di Terengganu,Tapah ,Perak. ..Semuanya cakap perkara yg sama...Ada tu siap menurun lagi,berpakaian kuning dan minta yg bukan -bukan.....seram aku di buatnya....Aku tak tahu pun ,arahan Pak Sedara dan Mak Sedaralah tak ikut salah ikutpun sebenarnya salah.Walau macam manapun ikutlah Perubatan Islam.....Esoklah pulak ye!!!!!!!!!

                                Ustaz Sharhan pernah mengubati anak2ku di rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...