Sudi sudi lah jadi follower

Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Akibat Terlalu Emosi!!!.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

               Beberapa hari ini komputer buruk aku ni sering hang-up je, hari yg sama jugak perasaan jantung berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu yg tak kena berlaku..Mlm tadi baru komputer blh on sikit mungkin sebab aku selalu pasang  BACAAN AL-QURAN ini sepanjang mlm,panas komputer ni kot....Anak2 istimewa aku ni pun suka mendengar bacaan ayat suci Al-Quran ni..Bila beberapa hari tak pasang rasa mcm sunyi rumah ni...Virus Malware ni apa ye!!Mcm2 penyakit komputer ni..Ingat aku je byk penyakit..

                Malam tadi baru buka dan pergi ke entri Ben..Akibat dari hantar komen tentang anak yg tersedak susu ,rupa2 nya ayah bayi En Rizal kecil hati dgn komenku..Terlebih dahulu aku mohon maaf sangat2 kalau komenku buat keluarga nya kecil hati.Terlebih dahulu Al-Fatihah buat anaknya sememangnya SYURGA tempatnya...Kalau aku di tempat mrk belum tentu aku dpt menerima ujian tersebut dan masih bersedih..Aku faham sangat perasaan seorang ibu yg mengandung 9 bulan 10 hari rasanya sakit bersalin pun belum hilang, apalagi kehilangan anaknya akibat kecuaian pengasuhnya..Memang ajal maut di tangan Allah SWT tapi sebagai manusia kita kena berusaha buat sesuatu spy perkara yg tidak diingini berlaku pd keluarga lain..             

                BLOG BEN ASHAARI.. Aku dapat rasakan saat2 getir anak mrk di ICU sebab aku juga pernah melaluinya saat 15 hr  anak aku brd di ICU bukanlah sebab pengasuh ni sebab penyakitnya..Mungkin perbidalanku tak kena kot..Aku sebenarnya marah dgn pengasuh di Taska tersebut..Tak dinafikan ada Taska yg mementingkan keselamatan anak2 jagaannya..Hanya segelintir je yg ambil mudah penjagaan anak2 ini..Tahun ni saja 7 kes melibat anak2 dipusat asuhan..Itu yg dipaparkan didada akhbar mcm mana pula dgn kes terpencil..Kalau mrk menganggap semua pekerjaan dilakukan di atas muka bumi ini krn Allah dan anak2 yg dijaga itu amanah Allah mungkin kejadian yg tak di ingini tak berlaku..

                Akta penjagaan kanak2 di Taska dan Tadika wajib diperketatkan dan dan undang2 dikuatkuasakan..Pengasuh yg cuai menyebabkan kejadian tak dingini berlaku blh di bawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal spy memberi pengajaran pd pengasuh2 lain..Semua ini kena di bawa ke persidangan Dewan Rakyat..Yang berhak membentangkan di parlimen mesti YB.Aku mengharapkan sgt org yg berpengaruh spt En Rizal dan keluarga berhak mengutarakan hal begini berbanding kita2ni,aku ni lagilah setakat suara picisan ..Itulah yg aku maksudkan sebenarnya..Amat sukar sebenarnya ibubapa yg menyaman pengasuh utk menang kes walaupun bertahun-tahun turun naik mahkamah akhirnya pengasuh terlepas begitu shj akibat tak cukup bukti..Tiada hak  pembelaan utk anaknya yg normal menjadi cacat seumur hidup akibat kecuaian pengasuhnya....

               Anak2 sedara aku pun berada di taska sebenarnya,dulu sering mengambil mrk kalau maknya pulang lewat maklumlah kerja bank..Aku tak galakkan wanita di Malaysia ini berhenti kerja..Kalau semua wanita berhenti kerja demi menjaga anak2 dirumah alamatnya byk lagi kebanjiran pendatang asing di negara kita ini..Pengunaan buaian elektrik ini ditaska ..Bayi yg menangis diletak dlm buaian terhenjut dgn kuatnya sampai no 5,botol susu diletakkan dibantal yg diletakkan atas bayi tersebut..Mcm manalah bayi tak tersedak minum susu bayangkan kita ni menaiki roller coster sambil minum air...Ada dikalangan bayi mengalami kecacatan akal sedikit akibat saraf2 otaknya akibat gegaran buaian letrik ni menyebabkan kesukaran bertutur..Ini di sedari bila menjangkau umur 2-3 thn tanpa disedari ibubapa mrk..Dr Psikiatri pun ada menyatakan gegaran yg berlaku diotak blh juga menyebabkan anak2 Autisme. . ..

               Bayi yg masih meniarap dan merangkak di campur dgn kanak2 berusia 3-4 thn diruang tamu sambil menonton TV..Bayangkan kanak2 yg axcited menonton TV tiba2 mengundur ke arah bayi yg sedang meniarap ni dan terduduk di atas tulang belakang bayi tersebut...Bkn tujuan menakutkan tapi realiti sebenarnya...Kalau nak cerita byk lagilah dgn pengalamanku di wad dulu, mcm2 kejadian aku jumpa akibat kecuaian ni.. Bacallah sendiri kisah tragis Arwah adik Akmal Haris ni ye!!  Setelah 5 thn menderita akibat kecuaian di taska akhirnya ia pergi jua..Al-Fatihah buatnya..


AKMAL HARIS DLM KENANGAN...
KISAH AKMAL HARIS


Gambar Akmal Harith dlm kenangan
Teringat aku bagi susu kat Asraf dulu..Hampir 3 thn Asraf makan melaluinya
Aku faham sgt perasaan ibunya ..


P/S  : Bagi ibu yg berkerjaya  dapat pengasuh yg baik dan taska berkualiti ..Janganlah pulak ambil kesempatan atas kebaikan mrk..Pulanglah segera jangan "window shopping" pulak..Mrk ni pun perlu berehat..Luangkanlah kualiti time anda kpd anak2 anda sendiri dirumah..Anak2 adik2ku pun di taska juga risau dgn keadaan mrk..Hanya Allah STW melindungi mrk...

Wednesday, March 21, 2012

Aku Insan Tak Sempurna

          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

           Anak-anak aku masih demam,Faiz kena serangan asma, Asraf pula masih belum sembuh sepenuhnya dan Fizi pula badannya mula dedo paling di takuti tonsil menyerangnya..Aku dah letak ubat demam dlm susunya.Entahlah!..entahlah !      Kadang2 aku kalah dgn pelbagai dugaan yg aku hadapi.Pernah juga suarahati ini berkata berilah dugaan ini kpd org lain pula yg kadang2 mereka tidak mengingati Mu.. Aku manusia biasa tak lari dgn rasa bosan dan pelbagai dosa..Aku tak sekuat dan setabah seperti Saidatina Aisyah r.a. isteri Rasulullah saw,, aku tidak bersemangat kuat dan berjiwa kental spt  Saidatina Khatijah r.a...

            Aku tak mahu menangis tapi akhir aku menangis ,aku ingin bersabar tapi akhirnya aku kecundang dgn kesabaran..Aku tak mahu marah akhirnya aku akur dgn kemarahanku yg kadang2 menghancurkan aku...Mampukah aku sentiasa tersenyum sedangkan hati dan perasaan berkata tidak..Mampukah aku berlawak seperti Maharaja Lawak??? Aku tak mampu jadi hipokrit..........

          Akulah yg cacat dan bertaraf OKU sebenarnya..Tak perlu di ulang2 perkataan itu ..Jiwa aku dah lama cacat cuma tak boleh mohon kad OKU....Aku dah lama sedar aku insan tak sempurna lebih2 lagi bila disahkan aku pembawa Fragile X Sydrome...Kalau aku tahu aku penyebabnya mungkin tak perlu aku mengandung kerana akulah penyebab anak2 aku cacat.. Apalagi setelah disahkan kanser dan di buang aset penting umpama mahkota bagi seseorang wanita..Lagi sekali aku cacat tapi masih tak melayakkan aku memohon kad OKU..Aku masih berakal dan sempurna dari segi fizikal...

          Semua masyarakat ,sahabat , ustaz2 para ulama,pakar motivasi semua boleh berkata kita perlu bersabar dgn ujian Allah Swt..Kadang2 kesabaran memakan diri aku sendiri..Orang yg cacat shj yg tahu keadaan mereka yg cacat..Tak perlu nak katalah !!!!......Aku pun tak tahu  membezakan pengorbanan atau tuntutan  tanggungjawab.Mungkin sama atau sebaliknya..Manusia boleh berkata banyak melalui teori bukan pratikal..Aku bukan berpendidikan tinggi utk mempersoalkan hal2 begini...Manusia yg nampak alim dan warak pun belum tentu blh mengharunginya kalau dia sendiri mengalaminya..Bercakap memang mudah berbanding  realiti kehidupan yg sebenarnya...

         Adalah nanti mulut-mulut manusia berkata seolah -olah aku dah mula berputus-asa..Allah Swt marah umatnya berputus-asa..Aku bersujud pada Nya memohon keampunanNya...Aku tak tahu kenapa hati aku masih berkata-kata....Aku tabah tetapi ketabahan itu terlalu menyakitkan..Semua itu bukan persoalannya?
Pergi pasar malam nampak pengemis bubuhlah rm1-rm2..Tapi mungkin satu hari nanti aku pula yg mengemis spt pakcik itu mungkin di pasar malam lain ..Kadang2 aku pun mula merasa aku seorang pengemis memohon simpati orang lain.Aku tak berhak di sayangi dan di cintai apalagi meniti kehidupan ini dgn  menyusahkan orang lain.....
       

P/S    Berhati-hati di Jalanraya , kemalangan boleh menyebabkan anda mati atau cacat seumur hidup anda....
           Berjaga-jaga dgn Kesihatan anda, Penyakit boleh menyebabkan maut atau anda cacat seumur hidup
             anda....
       
           Kalau anda sihat jangan hina mereka yg sakit, penyakit tak kenal sesiapa
           Kalau anda rasa diri anda sempurna jangan sekali-kali menghina mereka yg cacat



                  KISAH DONGENG -REALITI SEBENAR KEHIDUPAN
          

Wednesday, February 29, 2012

Kadang2 Aku Takut Dengan Anak2 Ku

Assalamualaikum...


                                      Sebenarnya amat sukar aku nak ambil gambar anak2ku ini

         Kehabisan idea untuk berbicara..? Anak2 aku pula mengamuk terpaksa aku lupakan blog ini utk seketika.Berat aku 56 kg dgn ketinggian 152 cm...Kadang2 aku rasa kecil dgn 2 orang anak2ku Asraf dan Faiz..Marah pun tak makan saman..Nak berus gigi , mandikan , potong kuku,cuci telinga di orang pun dah semakin sukar...Tak termasuk nak guntingkan rambut mrk...Aku guna mesin ,botakkan terus mudah dan cepat..Nak pergi kedai mamak!! buat fesyen rambut, Alamatnya tongang terbalik kedai tu di buatnya..Mereka lebih besar dan tinggi dari ku.....Kalaulah boleh kecil biarlah  sampai bila2 pun kecil mudah jagakan.Aku kata kalau! kalau! jangan marah aku ! Mak aku dengar ni tentu aku kena marah....//.

        Terutama Asraf ,kalau mengamuk aku pun di tolaknya dan tangan aku di cakarnya kalau time kukunya panjang ( mcm cakaran harimau jadinya..gurau je!! ,spt ceramah Ustazah Norbaiyah)..Barang2 habis di lemparnya dari atas ke bawah..Rumah aku tak boleh byk brg dan perhiasan .Remote tv ,telefon bimbit(tak blh beli yg mahal2 ni) ,nasib baiklah komputer ni besar kalau laptop dah habis kot(kadang2 teringin nak ada gadjet ni semua ) apa yg ada di tangannya selamba di lemparkan..Aku ni  teringin juga spt rumah org lain ada pinggan mangkuk vantage, ada pasu cantik, brg2 hiasan yg comel2 semuanya dlm mimpi jelah...

          Makan pun pakai pinggan melamin je!! sebab kalau sampai kepala angin dia datang ,habis di lemparnya makanan..Itulah penyebab ayahnya naik angin dgn dia.Asraf! Asraf! bilalah nak berubah ni...Aku tak tahulah bagaimana Asraf 10 tahun akan datang..Ketika itu umur aku 50tahun kalau panjang umur kalau sebaliknya..Pernah terbaca dlm suratkhabar metro..Seorang ibu telefon polis minta tolong ambil anaknya kerana tak tahan dipukul oleh anaknya pesakit mental...

         Kalaulah ada tercipta implan yg blh baca pemikiran anak2 aku kan .Mungkin aku boleh tahu apa yg tak kena dgn sikapnya..Kalau..kalau...Entahlah kadang2 aku rasa sukar utk menghadapi segala kemungkinan...
Hari Khamis minggu lepas pulang dari PDK ,tak sempat nak tutup pagar rumah Asraf lari tanpa arah. Aku dah tak larat nak kejar dia kebetulan waktu tu jalan sibuk sebab van budak sekolah pergi balik dan laju pulak tu..Aku hanya mampu menjerit je" Ya Allah! Asraf balik." . ....

        Asraf berpatah balik tapi dia tak masuk rumahku, tapi rumah jiranku.Dgn tak semena-mena dia tolak budak bujang(mungkin sebaya dgn dia kot),dia nak kawan tapi kasar.Aku minta maaf tapi budak tu buat de' je..Mungkin dia marah dgn aku kot sebab tangannya kena cakar dgn Asraf, tapi nak buat mcm manakan??Aku tarik tangan Asraf bawa balik.Pernah terfikir juga hendak beli rumah kampung kawasan luas tak membabitkan rumah jiran bila anak terlepas.(Doakan aku ye,semoga murah rezeki anak2ku...Termakbullah hendakNya) Amin....Aku takut juga besar nanti dia akan mencederakan orang lain dan adik2nya sendiri...Fizi pun takut dgn abangnya sendiri.

         Faiz pula lain ceritanya, dia ni suka menyendiri dan di anggap pendiam. Cikgu PDK pun suka bawa dia kalau ada aktiviti luar sekolah spt lawatan ,penjumpaan sebab senang nak jaga..Tapi dia ni lurus bendul ,macam mana nak cakap ye!! dia takkan makan kalau tak di suruh makan..Aku risau juga kalau cikgu bawa dia maklumlah budak lain pun ramai takut tertinggal sebab dia tak akan ikut cikgu kalau tak di suruh..Faham kot...Dia pun tak faham dgn arahan misalnya suruh ambil tu, dia ambil benda lain..

                                                 Ubat Olanzapine hadiah hari jadi Faiz

          Awas !! Faiz ada ambil ubat Olanzapine, ubat penenang otaknya sehari sekali sebelum tidur..Walaupun dia pendiam tetapi fikirannya melayang tak tahu apa yg di fikirkan.(lebih bahaya ni)..Umur dia 13 thn sekarang bermakna dah akil balighkan.. Apa budak lelaki selalu lakukan bila dah akil baligh dan ada nafsu?(sukar nak cerita 18 sx)faham2 sendirilah..Inilah masalah anak aku yg seorang ni, pening kepala aku!! memikirkannya..Kalau dia bersendirian dia akan lakukan..

          Sekarang aku kena pilih rancangan tv kebanyakan menampilkan baju menjolok mata, kartun pun samalah dan adengan tak sepatutnya di tengok oleh anakku Faiz nilah....Bayangkan aku ni sendiri kena berpakaian sopan tangan panjang dlm rumah, tak merasalah nak pakai baju kelawar( tak pernah aku nampak kelawar pakai baju!!!).. Aku pernah beberapa kali terserempak dgn sikap pelik dia ni, aku pernah rotan tapi dia akan buat balik ...Sekarang ni aku kena garang dan tegas,kalau tak dia akan tersengih-sengih tak tahu apa yg dia bayangkan dan fikirkan...

          Tak tahulah aku bagaimana pula sikap Fizi sebab dia juga mudah meniru tingkah laku abang2nya..Kuat membaling barang..Aku hanya mampu berdoa dan beriktiar dgn bagi minum air hujan yg turun Khamis malam Jumaat (bagus untuk lembutkan perangai dan bagi mrk yg mudah lupa serta,nyayuk)Awas!jangan hujan terus tadah ,biarkan dulu tapi memang jarang hujan turun khamis mlm jumaat kena sabar baca surah Yasin dan doakan untuk anak tersebut seperti di sarankan oleh Ustaz hj Kamsan...Selain itu minum air zam-zam..Semoga dipermudahkan perjalanan hidup anak2 aku ni.....

Tuesday, January 10, 2012

3 Anak-Anak Aku Istimewa

         Aku mempunyai tiga anak istimewa ........ terkejut tak ????? tapi itulah hakikat sebenar kehidupanku seharian.Nantilah sambung balik kena suap anak makan dulu kejap lagi cerita lagi. macam mana ye blogger buat blok cantik-cantik tapi aku punyai mcm tu je!!!!!!tapi tak pe belajar lagi he he he. Mai kita sambung balik ye...Apb terbaca kisah-kisah blogger dlm blok mrk membuat aku terpanggil utk menulis dlam ruangan ini bertujuan berkongsi cerita semata mata bkan tujuan simpati..


        Mungkin dgn mencoret sesuatu dpt mengurangkan stress dlm kepala otak aku ni..... he kasar pulak bunyinya???? kalau diikutkan tak de masa sebenarnya bayangkan jaga tiga anak istimewa mengalahkan jaga anak kembar 3. Padahal anak sulung 16 thn,13 thn dan bungsu 5 thn sepatutnya dah senang dah lelaki pulak tu....Anak-anakku dikategorikan penyakit Fragile X sydrome pernah dengar tak. Ciri-cirinya autisme' tak boleh bercakap agresif dan hyperaktif. Mrk tak diterima si sekolah khas krn tak mampu urus diri...


     Selagi hamba Allah swt di bumi Nya kita tak lari diduga dgn pelbagai masalah .Janji Allah dia hanya menduga manusia dgn ujian yg mampu ditanggung oleh manusia tersebut.Mungkin itulah ujian kpd ku utk membersihkan dosa-dosa ku dan menambah pahala untukku........Tapi aku hanya manusia biasa yg lemah dan krg kesabaran.... kalaulah sabar itu blh dibeli akan aku cuba membelinya  Subbahanallah !!!!!!!! hanya Allah yg mengetahuinya .Lebih tertekan lagi dgn masyarakat sekeliling memandang hina terhadap diriku tapi mungkin aku shj yg terasa kot.... berdosa lagi memfitnah org  .......


        Tapi tak mustahil apb salam ku tak bersambut malah ada yg takut bersalam dgnku mcmlah aku ada HIV Nauzzubillah jauhkanlah segalanya....mungkin takut berjangkit dgn anak mrk dan terkenan bagi mrk yg mengandung......tapi anda semua mcm mana ye takut tak dgn aku??? mcmlah ada pengikut mcm blogger lain tu. Tak kisahlah tu tangan aku sakit ni tak larat nak coret lama-lama sebab bekas operation kanser payudara masih sakit lagi.....Ha kanser pulak terkejut tak?? Banyaknya masalah akukan..  Sambung lain kali pulak ye!!!


                               Cuba cari mana dia anak2 nenek? Di PDK Batu Arang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...