Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, September 5, 2012

Hernia (angin pasang )kerap berlaku dikalangan kanak2 lelaki dan lelaki dewasa..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
         Tajuk ni bkn nak menakutkan sesiapapun tapi aku kena utarakan juga bahayanya penyakit Hernia ini sekiranya melanda anak2 kita,dan sesiapa saja di kalangan kita..Masa di Pdk Rawang dulu anak seorang pelatih Pdk kerap menangis rupa2nya akibat serangan hernia ni ..Berkali jugalah anaknya menjalani pembedahan dan keluar masuk hospital..Penyelia Pdk Puan Sarah pun pernah menjalani pembedahan Hernia ni.Org tua2 kata angin pasang..

         Baru2 ini aku jumpa rakan di Fb menceritakan anak lelakinya diserang Hernia ketika umur setahun baru hendak berjalan..Akibat dr pembedahan Hernia anaknya pernah koma dan terlantar hingga ke hari ini dah berumur 5thn pun..Saja je nak mengingatkan ambil perhatian sekiranya anak2 kita kerap menangis.Termasuklah aku ni anak2 Istimewa aku tak blh bercakap ,bila mrk menangis tgh2 mlm aku dan suami tahu nak marah je sebab tak faham apa yg mrk mahu..Buatnya mrk sakit ke??
           
Benjolan abnormal

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya hernia?


SEMUA hernia seelok-eloknya dibedah secepat mungkin selepas dikenalpasti.








HERNIA ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal atau tidak normal. Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:
1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.
Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).
Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).
Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


KETIDAKMATANGAN adalah salah satu penyebab hernia di kalangan bayi.




Simptom-simptom: Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.
Lama-kelamaan, jangka masa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.
Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi.
Jenis-jenis hernia:
1. Boleh dikurangkan - Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
2. Tidak boleh dikurangkan - Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
3. Halangan - Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.
4. Penjerutan - Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.
5. Keradangan hernia - Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.
Rawatan: Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan/halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.
Masa untuk pembedahan:
Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.
hanya pembedahan je boleh menyelamat kan pesakit ni kalau tidak pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan menyebabkan racun terkumpul yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Akibatnya kuman dan toksin berkumpul di dalam darah sekaligus mengancam nyawa.

P/S  :-Jangan mengurut Hernia kerana ia adalah sangat berbahaya. Tekanan ke atas Hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.
Sumber :-  Berita Kosmo
                Anak Pesakit Hernia



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...