Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Tak tahulah knp sejak akhir2 ni seram sejuk rasanya..Nak kata nak demam tak demam...Padahal cuaca panas terik bbrp hari ini..Mungkin bila memikirkan keadaan Lahd Datu di Sabah kot..Bak kata pepatah cubit paha kiri terasa sakit peha kanan....Lebih2 lagi melibatkan anggota polis yg terkorban..Al-Fatihah(jgn sebut je wajib baca bg pembaca yg beragama Islam) buat semua prajurit yg terkorban..Jasamu di kenang hingga ke akhir hayatku...Semoga isteri2 dan anak2 mereka di beri ketabahan dan kesabaran yg tinggi utk menerima ujian ini...Amin..
Kdg2 pening kepala juga baca news feed kat FB aku ni ..mana satu benar mana satu salah aku pun tak tahu kebenarannya..Yang paling aku menyampah komen2 mengutuk-gutuk ni.Kononnya dia jelah betul...Satu telunjuk menunjuk seseorang itu tak betul ,dia tak sedar 4 jari yg lainnya menunjuk ke arah dirinya sendiri...hihi malunya!!!!..kalau rasa diri dah jantan sgt pergilah berhadapan sendiri dgn penganas kat Sabah tu..Jgn byk cakap je..teori dgn pratikal tak sama OK!!.Setakat berperang dlm video games kat internet blhlah,setakat main paintball di hutan simpanan kecil blhlah, setakat merempit dijalanan blhlah.....Tapi bila berhadapan dgn musuh2 sebenar ni mahu terkencing terberak jawabnya....Bercakap mmg mudah tapi nak melaksanakan sesuatu tu???tanya diri jawablah sendiri..Tanggungjawab di rumah pun belum tentu sempurna lagi....
Paling aku tak tahan tu bila melibatkan penghinaan terhadap prajurit2 yg terkorban ini..Andaikan saja yg terlibat itu ayah kita ke,suami kita ke bg perempuanlah,abang kita ke @ adik kita ke...Apa perasaan anda??..Kasihanilah ahli keluarga mrk yg masih dlm kesedihan dgn pemergian ayah,suami dan anak secara tiba2....Sekurang2nya matinya mereka utk mempertahankan negara kita..Jenazah mereka telah didoakan dan diaminkan oleh berjuta-juta Umat Islam di masjid dan surau di seluruh Malaysia ni..Tak perlulah dipertikaikan Syahid ke @ tak ke mrk..semua Allah SWT ygPunya Kuasa..Fikirlah pulak diri anda yg hanya pandai bercakap dan mengutuk ni..Bagaimana ajal dan akhir anda nanti?? setakat mati katak akibat kemalangan jalanraya, mati di sbb sakit kencing manis,jantung,kanser @ sakit tua..Jenazah anda disembahyangkan setakat satu saf @ 2 saf shj di masjid..Siapa yg mendoakan anda?????anak2 yg soleh dan solehah..Adakah?? amal jariah..byk ke??ilmu yg ditinggalkan..brp byk??Fikir2kanlah sememangnya Lidah tidak bertulang...Berdoalah byk2 semoga Allah mengampunkan dosa2 kalian dan kita semua pun mati dlm Husnul Khatimah.....Wallah'hualam..
Aku doakan semoga Malaysia ni aman damai utk selamanya.Amin....Janganlah bersengketa sesama kita ..Utk menghancurkan sesebuah negara yg aman damai memang mudah tapi untuk mengembalikan sesebuah negara yg telah hancur akibat peperangan..sampai kapan pun belum tentu sempurna ..Aku ni cuma fikir kebajikan anak2 istimewa aku ni dan semua warga OKU yg lain..mcm mana Malaysia di kancah peperangan..Di manakah tempat anak2 ini????..huhuhu...
Malas nak fikir byk menambah kesakitan kepala aku,bila kepala sakit mulalah nak urus anak2 pun nak baran je..Tu aku tak mahu tu menambah dosa..Jom cuci mata tengok pokok cempedak aku dan bersihkan kawasan sekitarnya..Dapat jugak pahala...Nampaknya dah masak..buah yg pertama setelah 10 thn aku menunggunya..Layan je lah gambar2 di bwh ni..
|
Sebiji je ..Alhamdulillah rezeki anak2 aku pengemar cempedak nak bagi jiran2 tak lepaslah nampaknya,, |
|
Seronok tengok pokok ni hilang masalah sekejap... |
walaupun sebiji dah kecoh..
|
Alhamdulillah tak sia-sia menunggu 10 thn..buanya comel belaka bijinya kecil je.. |
|
manis isinya tapi dlm 16 ulas je |
|
utk digoreng-makan gitu tak puas rasanya.. |