Alhamdulillah hampir sebulan dah Firdaus di IDEAS, Bukit Templer Rawang..Firdaus 6 thn anak bongsuku dah mula serasi dgn keadaan sekolahnya bermula dr pagi hingga ke petang..Walaupun pada awalnya siap mengamuk-gamuk tak nak turun dlm dr kereta..Aku mcm biasa "Boh layan" balik je....Biasalah dia buat perangai dkt sekolah buang air besar dlm seluar...Mungkin dia tak biasa guna toilet @ cara dia nak tunjuk protes..Penat cikgu2 kat sana nak mendidiknya krn sikap hypernya..
Doa2kanlah Firdaus ye semoga dirinya mudah dididik dan blh mendengar kata guru2 di sana..Mudah2an dia boleh minum mengunakan cawan dan melupakan botol susunya huhuhu...Lupakan dululah mengenai anak2ku..Yg dua org lagi tu mcm biasalah kat PDK..aku dah tak mengharapkan apa2 dah..apa yg penting nak lengkapkan pengurusan diri diorang..
Apa yg penting aku dah ada keyakinan diri utk memandu ke Jalan Templer tu..Faham2 lah mmg mencabar dgn lori2nya..Aku ni pulak fobia dgn tayar2 lori tu mcm nak gilis aku je..Aku tahu ada yg gelak dgn cerita aku ni kan "Ada aku kesah"..Entahlah kdg2 dlm diri aku ni penuh dgn perasaan fobia je..Aku ni bknlah bodoh sgt kalau di fikir2kan cuma tak pernah cuba mohon pun Pusat Pengajian mana..Sebenarnya aku penakut nak tidur kat asrama kahkah itulah jawapannya..Tahu di bapak aku ni pasti dia mengamuk..sebab dia teringin benar nak tengok anaknya ni cikgu..Oh kesiannya Abahku!!..
Bila aku terlalu takut Allah swt uji aku dgn pelbagai ujian spy aku lbh berani..Mula2 di jodohkan aku dgn lelaki yg rmh maknya betul2 berhadapan dgn tanah perkuburan..Huh!! mmg mencabar betul..lepas tu aku terpaksa tinggal di hospital hampir 3 thn menjaga Asraf..Blh bayangkan tak dugaan tinggal di wad hospital..Katil aku bergoyang ,dengar bunyi org mandi dan mcm2lah dugaan dihospital ni..Malas nak cerita dah mlm ni..
Lepas tu nak sekolahkan anak2 istimewaku takkan nak suruh suami aku berhenti kerja pulak..Nak tak nak aku kena ambil lesen..Mula2 aku bawa pening akak yg mengajar tu sbb aku tak berani langsung nak gerakkan kereta...Nak tahu ambil lesen pun 2-3 kali rasanya 12 thn yg lalu masalah bukit..Lulus pun sbb buat muka kesian kot..Excitednya bila dpt lesen aku bawa Produa Rusa ambik kau terus bawa van tu dahlah manual..Masa tu bawa Asraf umur dia 5 thn masa tu baru lepas belah dia punya bisul..Eh!! kuat lagi ingatan aku ni..Aku bawa dia dgn adik aku pusing Carefour masa tu br buka..Ambik kau , aku hampir terlanggar kereta satria mamat warna hijau..Samsengnya dia nak bagi penampar kat aku..Melampaukan..
Bila bawa pakai manual naik bukit faham2lah asyik melorot je..Suami aku arahkan bangun pukul 4.00 pagi tinggalkan anak2 aku Asraf dan Faiz yg masih tidur ketika itu dlm bilik dan kunci dr luar..Masa tu Jalan Taman Melati tu taklah sesesak hr ni..Garangnya suamiku mengajor aku dgn linangan air mata tau ,Pegawai JPJ tu pun tak segarang tu..Ala sambung esoklah ye!! agak2 nya berani tak aku selepas tu..Entah bilalah aku nak sambung cerita ni ye!!..
Minah ni bawakan mcm takut sgt stereng kereta tu tercabutkan.. |