Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, June 6, 2012

Kayu Kokka (Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS dan Tongkat Nabi Musa AS )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........
        
                           Sejak akhir2 ni cuaca agak panas, biasalah anak2 aku ni sejak balik PD masing2 krg sihat, selesema menjejeh,muntah berkahak dan batuknya..Byk sangat minum air kolam, inilah padahnya..Tapi apa kena mengena dgn Asraf tak main air pun berhingus jugak..Entahlah ye!!! Sabar jelah yg aku ni pulak tangan bekas pembedahan ni bengkak semula mungkin sebab menarik Firdaus yg suka menenggelamkan badannya di kolam hari tu..Sepupunya pandai berenang tenggelam timbul tapi dia tenggelam nanti tak timbul2..konon nak menirulah!! Faiz pun sama juga..
              
                            
                      Kenali Kayu Kokka, rahsia dan kelebihannya..Aku pun tak kenal pun sebelum ni. Ustaz Sharhan yg memperkenalkannya kpd kami sekeluarga..Sedia maklum byk permasalahan yg melanda kami sekeluarga.Anak2 aku sawan tangis dan aku sendiri yg telah di sihir.Badanku dan pehaku di penuhi dgn lebam2 tak tahu mana puncanya.Muka dlm keadaan pucat dan tak bermaya seolah-olah darahku di sedut waktu tu dan sering sakit..Ramai Perubatan Islam yg aku temui salah seorangnya Ustaz Sharhan, masa tu belum terkenal lagi dlm TV kira2 10 thn yg lalu..


                      Ustaz Sharhan  menjalankan rawatan di sebuah Masjid di Ampang kalau tak silaplah.. Beberapa kali juga aku dan anak2 aku Asraf dan Faiz berjumpa dgnnya dan terakhir Ustaz dtg ke rumahku utk mengubatiku,anak2 aku dan memagar rumahku ..Dia mengesyorkan aku menyimpan kayu kokka di rumah.Salah satunya berbentuk loket utk dipakai dan sebijinya direndam dlm air buat minuman kami sekeluarga..Pelik tapi benar kayu kokka di letak dlm air takkan timbul seolah2 berat umpama batu..



Selepas tu aku pun tak ulang rawatan dah sebab Asraf semakin membesar ,kuat mengamuk dan payah membawanya sebab tak sanggup menunggu lama menanti rawatan krn org terlalu ramai.Tak sangka pula Ustaz Sarhan jadi terkenal dan sering di undang rancangan Al- Kuliyyah TV3 dan tanyalah Ustaz TV9..

   
                 Tasbih Kayu Kokka pemberian istimewa dari Mak Mertua aku sekembalinya menunaikan Haji pada 2009 kebetulan tahun itu telah sedia maklum aku berhadapan dgn kanser payudara peringkat 3 dan sedang menjalani kemoterapi serta radioterapi..Pesan Mak Mentuaku perbanyakkan zikir dan bertasbih kpd Yang Maha Esa..Terima Kasih mak hadiah tak ternilai ni..


               Kesemua yg ada di bumi ciptaan Allah SWT.Kayu Kokka hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah
    .
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.

  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.

  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.

  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.

  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.

  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.

  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.

  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.

  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.

  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.(Sumber dari Darulnuman.com)


               Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.Wallahu'alam..


         P/S:Awas! Kini Kayu Kokka palsu byk di jual ...Berhati-hati ketika membelinya.Jangan mudah terpedaya.

1 ulasan:

Unknown said... [Reply to comment]

Saya meminati blok puan tetapi maaf ye kerana menegur, sebenarnya kayu kokka tu tak bleh mendatangkan manfaat mahu pun mudarat.Tiada sebarang nas pun mengatakan khasiat kayu kokka ia bukan dibuat tongkat musa as mahupun bahtera nuh as. hatta banyak dikeluarkan di mesir untuk pasaran asia tenggara, mereka sendiri pun hairan mengapa orang malaysia pecaya benar dengan kayu kokka. kdg2 ustaz ni jangan pecaya sangat selalu mencampurkan yang hak dengan yang batil atas nama komersil...wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...