Tengok tu.... nak buat promosi baru nak update blog aku ni..nampak sgt aku ni diibaratkan" kacang dah lupakan kulit" huhuhu.....Bukan apa masa aku akhir2 ini amat terhad..mana nak layan kerenah anak2 lagi ..Alhamdulillah rezeki anak2 Istimewa aku ni murah sejak akhir2 ini mungkin di sebabkan ramai kenalan yg mendoakan anak2 aku..Terima kasih kalian semua dan rakan2 yg menyokong perniagaan online aku..Buat pengetahuan kalian Firdaus 6thn tlh di terima di IDEAS...Hampir setahun menunggu mcm mengharapkan buah yg tak akan gugur..Nak tanya malu sebab yuran bulanan sekolah amatlah tinggi hampir sama dgn sebulan gaji En Abangku...
Kami suami isteri perlu bekerja keras demi anak bongsuku merupakan Moderate Autisme berbanding abg2nya Severe Autisme..Ada harapan utk di bentuk...Itupun nasib baik ada pihak yg sudi menaja dan kesian dgn nasib yg menimpa anak2ku Syukur Alhamdulillah...Kami di kehendaki membayar sedikit shj yuran bulanan tapi bila di kira tol dgn minyaknya Umpp!!telan air liur jugaklah..Dlm masa yg sama minyak pulak naik 20 sen walaupun nampak sikit tapi ini merupakan bebanan yg berat utk kami sekeluarga....Asraf dan Faiz sampai ke tualah di PDK..
Cukuplah dulu lain kali cerita lagi..Perniagaan sarung tilam berzip buat masa ini mendapat sambutan sbb kain berkualiti,corak yg menarik,agak kemas dan jarang terdapat d pasaraya. ..Mcm tak percaya aku blh berniaga online secara kecil2an..Aku bknlah pandai mengunakan FB sebenarnya..byk yg perlu belajar..nak kursus2 tak ada masalah..alasanlah tu....seronok sangat2..Ok!! atas permintaan ramai Sarung tilam 8 inci telah berada dlm stok aku sekarang ....siapa cepat dia dapat..Ini adalah corak pengenalan..Sekiranya dapat sambutan dr pembeli sarung tilam 8 inci ini akan di teruskan..Bukan apa mmg payah nak memasangnya sbb tilam 8 inci berat2 belaka..perlu kerjasama dr EN Suami..kalau sorang pasang sampai ke esok pun tak sudah..Di sebabkan terlalu ramai permintaan yg pm dan call suami aku nakkan tilam berukuran 8 inci aku usahakn jugalah cuba buat tempahan pd tukang jahit ni..Jadi faham2lah harganya agak tinggi sikit tapi masih berbaloi dgn kuliti kain tersebut..
Sebenarnya senang je nak pasang kalau mahir .....kena dirikan tilam secara menengak.Buka zip sarung dan cari bucu sarung tilam temukan dgn bucu tilam pastikan kiri dan kanan bucu di masukkan dgn bucu2 sarung tilam baru...Bila dah pastikan kemas baru di tarik secara serentak..kain sarun tilam tadi akan jatuh dgn mudah dan baringkan semula tilam barulah di zipkan..Tu lah perlu dilakukan 2 org tapi kalau dah mahir sorang pun boleh cuma nak tak nak je..sarung tilam berzip bercorak menutup cacat cela tilam yg kebanyakan berwarna putih spt gambar di bwh ini....Tak perlulah di buka2 lagi hingga ke akhir hayat tilam tersebut....agak2nya faham tak,,kalau nak pindah rumah pun tak lah malu tilam naik lori ..Kalau cadar tercabut maknanya ada cover lagi di dlmnya tak lah malu ala2 mcm sarung kusyenn....
Pastikan ketebalan tilam di ukur sebelum membeli sarung tilam berzip..ehsan dr google.. |
No Kod 019Q8A
Berminat Add dan pm akak Siti_Btp
no kod 019Q8B
No Kod 019Q8C
HUBUNGI SUAMIKU
013-3464260
2 ulasan:
berapa harga sarum tila tu kak
Untuk 8 inci ye harganya rm 45 tidak termasuk pos..pos laju rm 9 berminat layari FB akk jika berminat..
https://www.facebook.com/siti.btp
Post a Comment