Sudi sudi lah jadi follower

Saturday, November 24, 2012

Selamat Ulangtahun perkahwinan kami ke-18

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Entri yg agak lama tertonggak, 20 November lepas  merupakan Ulangtahun Perkahwinan kami ke -18 diam  tak diam masa berlalu begitu pantas meninggalkan kami..Terlalu byk suka duka yg kami suami isteri tempuhi..Semuanya mendewasakan kami berdua..Nampak sgt semakin tua,rambut dah beruban,suami pun dah botak..Kami berdua semakin pelupa sekarang...

        Pd har tersbt suamiku tak de rumah pun sbb adiknya Normah di masukkan di ICU Hospital Sultanah Zahirah K.Terengganu akibat pendarahan dlm otak dan jantung..Bg kami berdua thn 2012 ni  terlalu byk dugaannya..Aduhai kdg2 tak tercapai di akal aku dibuatnya tak tahu nak menangis ke @ buat tak tahu je..Berusaha,berdoa dan bertawakkal pd Allah SWT shj..Mungkin itu yg terbaik buat aku..Hal anak2 mcm biasalah kerap sakit dan imuniti mrk yg rendah..Dgn keadaan cuaca tak menentu kejap panas,kejap hujan..Mcm biasa bila sorang sakit semuannya sakit lepas tu terjangkit kat aku sekali..

         Suami aku hanya balik dgn bas,x larat nak memandu katanya,tangan kirinya masih sakit akibat kemalangan hr tu.Tinggallah kami 4 beranak di rumah.Maklumlah rumah mak mentua aku sesak dgn anak dan cucu2nya..Kalau aku balik sekali Asraf dgn sikap mengamuknya,malas nak ceritalah.Faham2jelah dgn keadaan anak2 istimewaku..Krg makin pening kepala mak mentuaku.Kesihatan kami anak beranak pun blm pulih sepenuhnya...Aku doakan dan Solat Hajat je dr jauh..Semoga cepat sembuh..

          Abah aku pula kesihatannya semakin merosot,baru2 ni tersungkur dan jatuh kena jahit di dahinya nasib baik tak kena mata..Hanya nak pergi minum teh tarik kat pasar Keramat je..Padahal hal makku dah buatkan air  dan sarapan cuma tak semanis kedailah sbb ada kencing manis..Abah!Abah! kencing manis dah 27 Bah..Kawalan kencing pun x kuat selalu terlepas..Itulah kena kawal pemakanan takut diserang buah pinggang..Tp payah nak ckp dgn abah aku ni..

         Suamiku taklah seromantik suami mcm dlm filem dan drama siap sms buat kejutan dsbnya..Dia tak ingat pun cuma dia ingat roadtax kereta mati je 24 hb ni..Walauapapun tiba2 suamiku tanya aku kita beli kek nak,anak2pun suka mkn katanya..Aku pun ok jelah rezeki jgn di tolak ,musuh jgn dicarikan..Malas naktulis byk2..Tolong doakan utk kami berdua spy dipanjangkan umur kami dan diberi kesihatan yg baik  utk menjaga anak2 istimewa kami hingga hayat mrk..Dimurahkan rezeki buat kami sekeluarga, dan di beri ketabahan dan kesabaran yg tinggi buat kami berdua utk melayan kerenah anak2 istimewa kami..Semoga cinta dan kasih sayang kami kekal hingga ke hujung nyawa walau byk mana badai ,ombak dan taufan melanda bahtera kami..Ya Allah!! permudahkanlah perjalanan kehidupan keluarga kami,Hanya Kau yg Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di sebalik ujian2 ini..

        Walauapapun ujian kami taklah seteruk Umat Islam di Gaza Palestinkan jadi sama2 kita berdoa dan bersolat hajat utk mrk di sana..Jangan lupa menderma utk mrk disana...Bersyukurlah kita dilahirkan di Bumi Malaysia ni... Selalu terfikir nasib anak2 Istimewa aku je kalau mrk berada di sana..   


Sekejap je kek tu cantik lepas tu Firdaus dah cop tapak tangan sbb x sabar nak makan.
Lupa pulak nak ambil gambar sbb tangannya dah penuh dgn krim tu..
Sabar je lah!!!


8 ulasan:

dapurmerahibu said... [Reply to comment]

selamat ulang tahun perkahwinan kak siti..tahniah.

mama_saly said... [Reply to comment]

slmt ulang tahun pkhwinan ke 18 ya k.siti.. smoga Allah mmnjangkn jodoh kalian dan di berikn kesihatan yg baik dalam mjaga manah dari-Nya..amin

Acik Erna said... [Reply to comment]

assalam siti..selamat ulang tahun perkahwenan yang ke 18..semoga terus bahagia selamanya

Dayana Bahar said... [Reply to comment]

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 18 kak siti...Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Siti_btp said... [Reply to comment]

Terima kasih dapurmerahibu, mamasaly,Acik Erna dan Dayana Bahar yg mendoakan kesejahteraan keluarga akk..

Dayana lama tak berbualkan..Tak tahulah masa terlalu cemburukan akk..Ank2 pun sama nak jwb telefon pun payah..terjerit-jerit.

Semoga kalian berbahagia selalu..

boni kacak said... [Reply to comment]

selamat ulangtahun perkahwinan kak.. semoga kebahagiaan akan berkekalan sampailah bila2..amin...

smsaroni said... [Reply to comment]

Happy anniversary....semoga dikurniakan jodoh yg berkekalan

Yatie said... [Reply to comment]

Walau dah terlambat.... Happy aniversary kak siti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...