Sudi sudi lah jadi follower

Monday, December 31, 2012

Perangai anak2 Istimewaku bila bateri kereta "Kong secara tiba2"..??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

     Bahaya kereta ni apb bateri kereta kong dgn tiba2 terutama kereta Auto..Bkn blh tolak2 ketepi ke,bahayakan..Nasib baiklah kena pd suami aku buatnya kereta mati ketika aku memandu sorang diri dgn anak2 kan naya tukan..Ciptalah alat yg blh beritahu bateri kereta lemah..Blh kita tahu bila nak ganti bateri..Rasanya baru pergi Toyota servis katanya bateri masih ok je..Tengok pd resit bateri baru nak masuk 2 thn bateri ditukar Yokohama lagi tau.Bknnya suami aku bawa kereta ke tempat kerja pun...pelik2..Suami aku pulak mcm2 alat dlm kereta spt jet,pembuka tayar,pembuka skru tapi
jump_start
Penting tau simpan benda ni dlm kereta kau orang!!!
pengecas bateri kereta(jumper) ke tu tak dak dlm simpanannya ..Nak jadikan ceritakan????Ceritanya bermula Firdaus secara tiba2 off kan suis kereta.Nak start balik alamak !! dah tak boleh

      Kalau anak tipikal ess!!ess!! salah guna perkataan "kalau" ni mcm tak redho je kan..tp bkn mcm tu maksudku ialah anak2normal kita blh terangkan kat mrk Along,Angah ,adik kereta rosak,sabar ye!!kita keluar kejap nak tak???, tp ini tak berlaku pd anak2 aku mrk terus mengelabah,terjerit-jerit dlm kereta tak makan pujuk langsung terutamanya anak busukku Firdaus Hafizi..Nasib baik berlaku waktu mlm kalau tengahari buta???..tapi waktu tu jam menunjukkan pukul 10.00mlm..Kedai dah tutup...Kalau kau orglah mcm mana nak pujuk anak2 aku ni..Mahu nak sakit jantung dibuatnya nak tahan sabar..

       Suami aku cuba minta tolong org tapi mrk tiada alat jumper tu..Adalah hamba Allah yg offer bateri  sparenya tapi tak kena saiz pula..Aku hanya memohon pd Allah dipermudahkan perjalananku..Aku call adik aku tapi tak berangkat-angkat adoi!!doi! doi!! nak minta tolong suaminya bawa jumper ..Hawa dlm kereta mula terasa panas ,kalau buka tingkap semua brg dlm kereta dibuangnya, dgn dia sendiri cuba terjun keluar..Maklumlah kehyperaktifannya dia ni di luar kawalan..Ayahnya mula hilang sabar dgn kerenah anak2nya yg terjerit-jerit..Susu dah kehabisan maklumlah dia hanya hisap botol je!!air lain tak minum..Tak perlu tanya aku knp Firdaus masih hisap botol dan minum susu je..Aku dah tak larat nak ajar dah..Ada tak sesiapa yg volunteer nak ajar anak aku ni??Kepala aku mula berdenyut2 dah..Asraf 17thn mula mengamuk..Dia ketuk kepala adiknya..Faiz pula bising sbb vcd penawar hati Munir tak blh di buka..

        Akhirnya adik aku call sbb message aku tulah..Dlm setengah jam suaminya pun sampai "Alhamdulillah"...Kereta blh start. masa tu hujan mula turun dgn lebatnya..Serik aku ,keesokkannya beli jumper simpan dlm kereta dan tukar bateri kereta..Buatnya bateri kong masa kat highway Latar ke @ Duke..Aku dah serik dah teringat dulu masa Asraf kecil kami pernah terkandas berjam-jam akibat banjir di Terengganu..Masa tu kami pakai Produa Rusa,enjin kereta dimasuki air akibatnya mati di tgh jalan..Ketika itu Asraf makan pakai tiub kat perut lagi..Tak ingat aku mcm mana nak pujuk masa tu terjerit-jerit dia menangis..Dugaan! dugaan!..

Tuesday, December 18, 2012

MacGyverku ~Firdaus Hafizi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........




     Apa sajelah hendak di buat dan di fikirkan oleh anak aku Firdaus Hafizi..Dah lama rasanya tak cerita perkembangan ketiga-tiga anak istimewa aku ni..Tiada apa yg menarik pun, anak2 aku tak ambil apa2 peperiksaan pun, ambil keputusan peperiksaan mrk, dan siapkan persiapan persekolahan mrk..Malas nak fikirlah berbalik cerita Hafizilah ye!!...Ini masa dia sihat hebaq!!hebaq!! habis di godehnya..Tapi bila sakit dialah yg paling teruk sekali...

       Hampir tiap bulan dia sakit dan demam yg teruk tak larat aku rasanya...Penyebab demam tonsilnyalah..Bila pergi PDK je esok mula demam..Firdaus tak blh kekurangan air dlm badan..Kdg2 cikgu sering terlupa buat susu Firdaus mulalah esoknya demam..Dr tak galakkan buat operation sbb dia kalih dgn ubat bius..Aku pun tak tahu mcm mana nak sunatkan dia nanti..Dgn keadaanya yg terlalu hyper ni...Mahulah kami suami isteri bergusti dlm bilik OT nanti..Nak tunggu umur 7 thn ke ?? mungkin krg sikit hyper dia...Ia ke??

        Perbezaan antara dia dgn abg2nya yg lain nampak dia cerdik sikit tp yg peliknya kalau kita suruh sesuatu dia buat tak tahu je..Dia blh start kereta dan blh tutup suis kereta..Bahaya betul anak aku ni..Hand brek pun dia pandai turunkan ..Aku tak berani nak tinggalkan dia dlm kereta ketika enjin masih hidup..mcm2 projeknya dlm kereta tu..Viper jgn ckplah dia pasangnya ,signal pun dia tahu kat mana nak pulas,lampu semua dia blh ON..Firdaus pernah jlnkan kereta ni dulu nasib baik dia tekana"N" balik semula..Sebenarnya dia perhati je apa yg kita buat kemudian dia buat..

        Tapi bab minum dlm cawan masih tak pandai lagi..masih minum dlm botol..Nak aku buang botol ni tkt nanti dia krg air sbbkan dia tonsil..Lagi satukan dia tak suka minum air yg sejuk2 ais krim ke, vitagen ke ,yogurt yg sll digemari kanak2kan..pelik btul budak inikan..Mcm mana aku nak ajar ni?? thn depan umur masuk 6 thn..Kalau anak org masuk tadika dah ni....


Thursday, December 6, 2012

Menyampah pulak aku dgn gajet2 yg ada ni!!!....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Sejarah Telefon bimbit...
   Mesti ada org kata nanti sbb kau tak de, blhlah kata begitu..Kau tak mampu beli semua ni, cuba kau mampu agaknya lbh teruk dr itu..Apalah aku merepek nikan buang tabiat ke sbb lama tak berblog..Sebenarnya aku bersyukur sgt dgn kehadiran dan kepesatan teknologi moden hr ini...17 thn lalu semasa Asraf dilahirkan dan aku dikehendaki tinggal utk menjaganya berbulan-bulan di hospital, aku sering berdoa terciptalah gajet2 yg ada spt hr ini..Dulu aku mengharapkan public phone utk mhubungi suami dan keluargaku ketika ada kecemasan yg di alami oleh Asraf ketika itu..Bila tiba2 je terpaksa dimasukkan ke NICU akibat komplikasi kesihatannya..Harapkan tel awam.... EMENGENCY CALL....sakit hati je,itupun tak termasuk entah brp byk duit syiling aku di telannya..

     Nak minta pinjam telefon hospital sekali-kali blhlah kalau kerap kena jeling di misi2..Dulu misi2 bkn spt hari ini baik2 dah belaka..Muka masam je terutama kena keja waktu mlm dan bila byk kerja..Kalau nak pesan apa2 pun payah tak mcm skrg ni SMS pd suami bawa itu ini,nak mkn tu ini kalau tak  mknlah lauk hospital apa je ..Mudahkan tapi disebalik kebaikan kegunaannya byk juga keburukannya..Mula2 terciptalah telefon pegang yg besar tu Dr2 je pakai maklumlah masa tu harganya melampau..Org kaya2 je guna..Masa tukan tak fikir pun otak aku suatu hari nanti akan memiliki telefon mudah alih ni..Skrg ni bayi pun ada Hp kan..Ialah senang maknya nak hubungi kat Taska..

       Masalahnya skrg manusia hr ni tak blh berenggang langsung dgn gajet2 ni semua spt Ipad,Iphone mcm nyawa mrk je dgn anak2 mrk pun tak mcm tu..Atas motor sempat SMS, tgh jln kaki pun blh SMS ,entah2 dlm jamban pun sibuk dgn gajet2...Aku ni tak blh cerita byk ttg gajet ni sbb jrg keluar rumah melainkan pg hospital krn temujanji dan beli brg keperluan dapur dan hantar anak2 ke PDK..Ini semua berdasarkan pengalaman akulah..

        Tak kiralah bila temujanji kanser@Ongkologi aku ke,anak2 aku ke di hospital baik swasta @ kerajaan sama je..Org cuti sekolah sibuk pg melancong aku tak ke klinik ke hospital..Apa nak buatkan itulah rutin kehidupan keluarga aku...Manusia kini dah tak ramah mesra spt aku brd di hospital 18 thn lalu ..Msg2 dgn gajet2 mrk tersendiri bertwitlah,Fb ,main games dan bersms..Semuanya dah bisu belaka mengalahkan anak2 aku je.Anak2 aku ni lainlah mrk mmg tak blh berckp dan di dunia mrk tersendiri..Tapi persoalannya manusia disekeliling aku ni...Dulu aku blh berkongsi cerita sakit apa? dr mana?siapa sakit ?ubat apa bagus??..tapi kini... Dunia dah semakin membosankan!!!!..Air liur semakin busuk dan mula mkn gula2 buat manusia hr ini byk kena kencing manis..Kesian kat Makcik yg pakai wheel chair mungkin kanser jugak tp tulah anak2 nya sibuk bertwit,setakat teman je buat apakan??Mesti makcik berperasaan spt aku jugak..Nak pg tanya nanti aku kehilangan kerusi maklumlah HKL ni mmg sentiasa ramai org...

        Suami balik kg hari tu utk melawat adiknya di ICUkan ,nanti aku cerita ttg adik iparku Normah di lain entrilah..Suami berungut dah lah balik tanpa anak isteri, anak sedara ramai tp msg2 dgn gajet mrk bapa mrk dgn Iphonenya,anak dgn Ipadnya..Laptop bersepah sana sini,bini msg2 jual brg guna online,masa amat ptg bg mrk..Nasib baik Firdaus anak bongsuku tak balik sekali mahu habis gajet2 tu dibalingnya dan dikemasnya...Kata suami akulah....Anak2 sedara tak bertegur sapa dgn Pak sedara..Biras2 dan adik-beradik pula sibuk bertwit.Itulah hakikat zaman semakin canggih..Dunia dah terbalik katanya dulu anak sedara tegur Pak Sedara skrg semua dah lain..Kesian Mak Mentua apa perasaannyakan????

       Hantar anak2 aku ke PDK pun satu hal juga pelatih2 sibuk dgn gajet2 ni..Aku tak marah mrk menggunakan alat ni semua tapi tu lah.Anak2 di Pdk semua bercampur dr yg berumur 4 thn hinggalah 20 an gitu..Perangai pula ada yg hiper,agresif,mengigit dsbnya.Kecacatan pun pelbagai ada down sindrom,Autisme,CP,ada tak mampu berjalan juga dsbnyalah..Perhatian sepenuhnya di perlukan utk mengawasi anak2 spt ini..Tp kalau sibuk bersms,Fb dan bertwit sbgnya,fikir2lah sendirikan??,Bila masa lah mrk mengajar anak2 ini ttg pengurusan diri..Pernahlah Firdaus buang air besar dlm pampers sampai kering,kesan gigitan,telinga berpiat sampai berdarah, bila di tanya mulalah tak bertegur sapa dgn aku..Tak dinafikan anak2 aku pun hyper tingkah lakunya..Takut budak2 yg dewasa@abgnya sendiri hilang sabar dgnnya..Serba salah aku dibuatnya..Pernah terbaca di FB Supermum anaknya 6 bln koma dan meninggal dunia selepas di tolak oleh pelajar dewasa sehingga terjatuh di PDK..Ya Allah!! lindungilah anak2 aku...

        Hubungan kekeluargaan pun blh berantakan sbb gajet2 ni..Ialah dkt meja makan pun tak terlepas dgn  Hp di tangan..Krg komunikasi semakin ketara sama ada antara suami isteri dan juga anak2..Anak2 Istimewa aku yg mcm ni pun kalau ayahnya buat tak layan je!! sibuk dgn laptop mulalah mengamuk.Mahu dia hempasnya laptop tu.Inikan pulak budak2 tipikal apalagi remaja2 hr ini..Sekurang-kurangnya sembahyang jemaah utk eratkan hubungan dgn anak2..tanya khabar mrk,semak buku2 @ mengajar mengaji dan makan bersama.Jgn dibiarkan begitu shj anak2 terperap dlm bilik melayari internet tanpa pengetahuan ibu bapa.Tapi tak tahulah aku ni manalah ada anak normalkan..Makin pening hari ini gejala sosial semakin berleluasa..

       Bagi aku sbg seorang isteri mahu jugak merajuk kalau suami aku mengadap laptop je..Maklumlah aku adalah surirumah sepenuh masa..Kawan2 dahlah tak de sbb siapalah yg sudi berteman dan bersahabat dgn org spt aku ni..Nak berckp dgn anak2 faham2 je lah..Jadi suami bg aku adalah tempat aku lawan bergaduh,bercerita,berkongsi masalah suka duka,komen masakan aku dsbnyalah..Nasib baik suami aku pandai bhgkan masa...Cheh2 wah!!!!Ia ke!!!..


Inilah telefon bimbit kesayanganku asalkan blh berckp sudah...
Puas kena baling dgn Firdaus  dr tingkat atas ke bwh..
tapi tetap berjasa padaku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...