Sudi sudi lah jadi follower

Monday, December 31, 2012

Perangai anak2 Istimewaku bila bateri kereta "Kong secara tiba2"..??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

     Bahaya kereta ni apb bateri kereta kong dgn tiba2 terutama kereta Auto..Bkn blh tolak2 ketepi ke,bahayakan..Nasib baiklah kena pd suami aku buatnya kereta mati ketika aku memandu sorang diri dgn anak2 kan naya tukan..Ciptalah alat yg blh beritahu bateri kereta lemah..Blh kita tahu bila nak ganti bateri..Rasanya baru pergi Toyota servis katanya bateri masih ok je..Tengok pd resit bateri baru nak masuk 2 thn bateri ditukar Yokohama lagi tau.Bknnya suami aku bawa kereta ke tempat kerja pun...pelik2..Suami aku pulak mcm2 alat dlm kereta spt jet,pembuka tayar,pembuka skru tapi
jump_start
Penting tau simpan benda ni dlm kereta kau orang!!!
pengecas bateri kereta(jumper) ke tu tak dak dlm simpanannya ..Nak jadikan ceritakan????Ceritanya bermula Firdaus secara tiba2 off kan suis kereta.Nak start balik alamak !! dah tak boleh

      Kalau anak tipikal ess!!ess!! salah guna perkataan "kalau" ni mcm tak redho je kan..tp bkn mcm tu maksudku ialah anak2normal kita blh terangkan kat mrk Along,Angah ,adik kereta rosak,sabar ye!!kita keluar kejap nak tak???, tp ini tak berlaku pd anak2 aku mrk terus mengelabah,terjerit-jerit dlm kereta tak makan pujuk langsung terutamanya anak busukku Firdaus Hafizi..Nasib baik berlaku waktu mlm kalau tengahari buta???..tapi waktu tu jam menunjukkan pukul 10.00mlm..Kedai dah tutup...Kalau kau orglah mcm mana nak pujuk anak2 aku ni..Mahu nak sakit jantung dibuatnya nak tahan sabar..

       Suami aku cuba minta tolong org tapi mrk tiada alat jumper tu..Adalah hamba Allah yg offer bateri  sparenya tapi tak kena saiz pula..Aku hanya memohon pd Allah dipermudahkan perjalananku..Aku call adik aku tapi tak berangkat-angkat adoi!!doi! doi!! nak minta tolong suaminya bawa jumper ..Hawa dlm kereta mula terasa panas ,kalau buka tingkap semua brg dlm kereta dibuangnya, dgn dia sendiri cuba terjun keluar..Maklumlah kehyperaktifannya dia ni di luar kawalan..Ayahnya mula hilang sabar dgn kerenah anak2nya yg terjerit-jerit..Susu dah kehabisan maklumlah dia hanya hisap botol je!!air lain tak minum..Tak perlu tanya aku knp Firdaus masih hisap botol dan minum susu je..Aku dah tak larat nak ajar dah..Ada tak sesiapa yg volunteer nak ajar anak aku ni??Kepala aku mula berdenyut2 dah..Asraf 17thn mula mengamuk..Dia ketuk kepala adiknya..Faiz pula bising sbb vcd penawar hati Munir tak blh di buka..

        Akhirnya adik aku call sbb message aku tulah..Dlm setengah jam suaminya pun sampai "Alhamdulillah"...Kereta blh start. masa tu hujan mula turun dgn lebatnya..Serik aku ,keesokkannya beli jumper simpan dlm kereta dan tukar bateri kereta..Buatnya bateri kong masa kat highway Latar ke @ Duke..Aku dah serik dah teringat dulu masa Asraf kecil kami pernah terkandas berjam-jam akibat banjir di Terengganu..Masa tu kami pakai Produa Rusa,enjin kereta dimasuki air akibatnya mati di tgh jalan..Ketika itu Asraf makan pakai tiub kat perut lagi..Tak ingat aku mcm mana nak pujuk masa tu terjerit-jerit dia menangis..Dugaan! dugaan!..

2 ulasan:

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

Lama saya tak kemari

bila saya membaca cerita2 Siti
Allahuakbar...
Allah memberi dugaan sebegitu
Insyaallah..Allah akan membalas kesenangan dan mertabat yg tinggi di Akhirat nanti

moga 2013 lebih menceriakan lagi

Dayana Bahar said... [Reply to comment]

Boleh bayang dah keadaan akak masa tu... memang kesabaran kena tinggi laa... selamat tahun baru kak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...