Sudi sudi lah jadi follower

Monday, October 28, 2013

Pertama kalinya Firdaus menaiki komuter..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Hari Khamis baru2 ni  rasa hari yg paling bersejarah bagi aku apabila Firdaus turut serta dlm  lawatan sekolahnya bersama kawan2nya ...Cikgu2nya di IDEAS  mengadakan lawatan pergi ke Midvalley dgn menaiki komuter adalah salah satu pembelajaran utk anak2 istimewa ini utk mrk mengenal dunia luar....Ala!! jelik ibubapa lain membacanya itupun nak ceritakan ialah anak2 mrk blh pergi jauh2 Cameron Highland tak hairan pun..Bagi aku mempunyai ketiga-tiga anak istimewanya rasanya perkara ni  agak luarbiasa bagi akulah..Aku tak hairan anak2 tipikal lain yg cerdik pandai dan  pandai berdikari tapi jauh berbeza dgn anak2 Istimewaku  ni....Aku cerita dgn org luar pun mrk pasti tak akan fahamnya..

Sebagai ibubapa pasti rasa cuak utk melepaskan pertama kali anaknya pergi ikuti rombongan tu....Mcm2 di fikiran ku sbb Firdaus tak boleh bercakap langsung, terlalu hyperaktif,.masih menggunakan botol susu  tak pandai menggunakan cawan..Paling risau bab membawanya ke toilet takut je dia terlepas kencing @  buang air besar merata-rata.....Bermacam-macam bermain di luar legar kepala otak aku ni..Bapaknya lagilah tak bagi pergi sekolah pun pd hr tu..Sesama sendirilah pujuk memujuk tanya sampai bila????

Pagi tu kuatkan semangat dan  keegoaan ku mcm tak ada apa  pun berlaku baik dgn cikgu2 juga Firdaus..Hanya doa mengiringi dan menemani Firdaus pergi..Semoga anakku  dan pelajar2 istimewa lain di lindungi oleh Allah SWT dan di permudahkan urusan cikgu2 dan perjalanan tersebut..Sepanjang lawatan cikgu2nya postkan gambar2 Firdaus sepanjang buat lawatan tersebut..Lega rasanya hanya air mata kegembiraan seorang ibu yg masih tak percaya anaknya blh pergi sejauh itu tanpa mak ayahnya di sisinya..Sebak lagi...asal menulis je sebak..lepas tu mulalah resdung..

Bila ambil Firdaus balik pkl 5.00 ptg nampak sgt kepenatan di wajahnya..Dapat susu sebotol tidur sampailah ke rumah..Sampai rumah minta makan tanpa tukar baju dan mandi sambung tidur balik...Bila ku tanya dia sampai sekarang aku masih menunggu jawapannya..Ialah manalah dia blh menjawab sebab dia tak blh bercakap kah!kah!kah!!!!!..Entahlah Aku terlalu merindui suara anak2 aku..Sabor je lah!!!....

Sedang menunggu keretapi..Sabarkan cikgu2 tu..
mcm2 kerenah anak2 Istimewa ni..
Kalaulah aku ada kat situ belum tentu Firdaus blh ddk mcm tu..



Mak sendiri pun tak pernah lagi naik komuter nak!!
Dunia dgn anak2 shj..




Makan OK lah bab minum tu masih tak lepas2lagi..
Tahniah Firdaus..Terima Kasih cikgu2 IDEAS
Hanya Allah shj membalas jasa cikgu2 ini ..
Semoga segala urusan mrk dipermudahkan ..Aminnn


Friday, October 25, 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Coretan daripada suami Siti_btp.

Salam semua,

Ini adalah catatan yang ke dua daripada saya. Tak ada yang gah atau sesuatu yang menarik untuk dikongsikan cuma sekadar mengucapkan syukur dengan sokongan yang diberikan rakan rakan kak Siti di atas perniagaan onlinenya. Saya cuma menolong urusan pengeposan sahaja. Terfikir jugak kenapa tak dimulakan dari dulu lagi ye...  Sekali lagi terima kasih..


Tuesday, October 1, 2013

Aku Superwomann..Aku juga bisa nangis!!!..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ala! lalala sambungan cerita hr tu lah ye!!..maaflah kalau ada yg tersinggung dg pergunaan bahasa diri "Aku" sbg ganti diri..Tak retilah nak guna penggunaan bhs " kita ke, hamba ke, saya mcm dah  terlalu formal pulakkan....Aku lebih selesa sbb aku  menulis seolah-olah dlm buku diari kehidupan ku cuma diari aku ni blh di baca oleh segelintir pihak yg sudi membaca rentetan hidupku..ada pembaca ya?? ye ke!!!...Alhamdulillah....Terlebih dahulu aku mohon maaf kalau penggunaan bhs aku menyinggung setengah2 pihak ye!!!..

Berbalik kisah hr tu...Bila suami aku dah ajar ala2 Komander gitu akhirnya aku beranikan diri bawa sorang2 ke PDK Cheshire Selayang.. Rumah aku kat Taman Sri Tioman Taman Melati gombak..Aku lbh rela memandu sorang dgn anak2 dpd suami aku sebelah...kahkah..Mcm biasa masalah naik bukit dgn van manual mmglah  payah..Aku guna tektik jgn turunkan handbrek van dah bergerak br turun handbreak..Sshh!! senyap2 ye..Masa tu jejantas MRR2 Gombak ni br siap sll ada roadblock kat situ..JPJ ni pun satu dah tahu aku ni mengelabah semcm asyik kena tahan je..huss!!..Aku mcm biasalah dgn tektik aku tu mengaum van di buatnya..Gelak pegawai JPJ habis asap kena muka dia..tu lah tahan aku lagi....Jgn buat perangai rosak enjin tau..Nak kena overhoul enjin van tu aku kerjakan..lepas tu cpt2 tukar Avanza Automatik..kan senang..Senang apa ke bendanya elok2 hutang van habis tambah hutang lagi...Entahlah Labu!!!

Bkn mudah ye!! nak kontrol anak2 Istimewa aku dlm van sepjg aku drive..suami aku pun x pernah memandu dgn anak2 aku ni kalau tanpa aku di sisinya..pakai tali pnggang dia blh lolos hinggalah hr ini..Pendekkan cerita bila anak2 aku dan aku dah mula serasi dgn sekolah dan pemanduan aku, tiba2 aku brpindah ke BTP, Rawang....Faham2lah jln kat Rawang ni mcm mana???..Masalah lain selain fobia jln dgn tayar lori..ingatan aku ni..maklumlah selalu terminum anak kerengga..Aku mmg tak ingat jalan walaupun nak pergi rmh mak sendiri..En suami sll test ingatan aku lepas ni jln mana..Mmg sah2 aku tak ingat..Tak payahlah nak gelakkan aku..Satu lagi aku tak pernah isi minyak kereta..

Elok2 anak kat PPKI Country Home, cikgu2 arahkan pergi PDK Rawang sbb pengurusan diri anak2 yg teruk..malas nak cetalah bacalah kisah2 lama anak2 aku..Dgn jem teruknya hendak ke Rawang..Hidup aku habis atas jalanraya..Bila disahkan kanser aku terus tak bawa kereta salah satunya sbb tangan kanan sll bengkak dan yg lain ingatan aku semakin krg kesan ubat bius pembedahan kanser hr tu....Aku dah jadi semakin fobia dgn keadaan jalanraya..Anak2 pula bertukar di PDK Batu Arang alamatnya setakat dlm taman ni je lah aku bawa..

Tapi bila suami kemalangan pertengahan tahun lepas aku gagahkan diriku semula utk memandu demi anak2 aku..Kdg2 melalui musibbah dan ujian yg kita lalui ada hikmah di sebalik kejadian..Aku tak tahulah 10 thn akan dtg kalau aku dan suami tak mampu nak memandu lagi siapakah yg akan ambil alih tugasan ini..Nak bawa aku dan suami ke hospital maklumlah semakin tua mcm2 penyakit muncul..Anak2????? Jawaplah sendiri..Kdg2 org kata jgn fikir sgt masalah akan dtg..Tapi nak tak nak terfikir juga..Inilah yg membuatkan aku bisa nangis...Huhuhuhu!!!!..


Ibu mana yg tak bisa nangis yg tengah tu  Faiz sepatutnya
sedang menjalani PMR hr ini..Atas kerusi malas tu Asraf 18 thn
Sepatutnya dah ada perancangan arah hidupnya sendiri...


Harap yg ni lah membawa kami suami isteri
ke hospital nanti ketika kami tak mampu
utk memandu..
Perancangan Allah ke atas hamba-Nya adalah rahsiaNya..
Apa yg buruk kita rasakan Itulah yg terbaik di untukkan
untuk kita..Bersangka baik dan redho dgn ketentuan-Nya..
Wallahu'alam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...