Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, April 10, 2014

TESTIMONI PEMBELI YANG BERPUAS HATI DENGAN CADAR @ SARUNG TILAM BERZIP..Anda bila lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Nak cerita pasal jenis kain srg tilam ni payah..takkan nak puji diri sendiri pulakkan..Baca shjlah apa komen pelanggan yg dah beli cadar atau sarung tilam zip akk ni ye..Kalau ada customer yang lain yg nak komen pun di alu-alukan...

Malia Hisham sarung tilamnya bes... senang keje kalo dapat anak yang suka melompat tu tak tercabut dah sebab ada zip
May 15 at 2:21pm · Like

Anita Adnan-Adeq Dah beli.. Kain ok tak panas.. warna sama dgn gambo.
May 15 at 2:25pm · Like

Nor Zehan Wah ramainyer cust
May 15 at 3:29pm via mobile · Like

Tasya Ithnin ye mmg slesa sbb kaennyer pon ta pnas . senang juga brurusan dgn akak niy . lpas niy klau ade fmly or sdare mara bole bli kt akak niy lg . murah dan puas ht
May 15 at 4:12pm via mobile · Like

MieHan Ismail saya pun puas hati nga cadar n khidmat yg akak bg masa pembelian..
May 15 at 4:20pm · Like

Zara Danish Saya pun puas hati..anak sy tak mahu basuh sarung cadar gambar dolphin tu....
May 15 at 5:02pm · Like · 1

Norhazlinda Abd Rahman Sy sgt puas beli dgn akak sy dah bli 6cadar dr akak sbb cdrnya best sgt2 xpanas pun..yg sy suka akak blh booking dlu..
May 15 at 5:17pm via mobile · Like

Irna Nur Dah pakai sarung tilam queen dan single.. kain cotton ... sgt puas hati..
Like · · Share
Suzira Otterdahl, EEnda Mesiri, Syikin Ekin and 6 others like this.
3 shares

Animar Mastura kak ujung bln saya nak beli queen punya senang nak gi keja tak yah susah2 nak kemas cadar.
January 5 at 11:30am · Unlike · 1

Siti Btp Animar Mastura..Alhamdulillah hehehe
January 5 at 11:37am · Like · 1

Siti Btp Animar Mastura akk punya cadar tu cotton gred apa ye..payahlah nak cerita sesiapa yg pernah beli tu tolonglah akk ye..nak menangis nak jawab ni..
January 5 at 11:51am · Like

Animar Mastura kak,pada saya grade a sbb cadar tu dah 3kali basuh warna kain tetap seperti baru.
January 5 at 11:56am · Unlike · 1

Syaiful Legacy Berbaloi baloi. Tapi tu la, sarung tilam bukan leh beli banyak kali kan
January 5 at 12:27pm · Unlike · 1

Siti Btp Ya ke cotton grade A yg buat baju tu kan English cotton.Animar Mastura karang org kata akk tipu pulak..
January 5 at 12:47pm · Like

Siti Btp Betul2 Encilk Syaiful Legacy jadi ke nak tempah tilam 12 inci tu tolak je harga srg tilam 8 inci tambah rm 10 sbb nak pakai semeter setengah kain tu.. yg tak jadi tu..mmg tahan lama beli sekali tak beli dah sbb permanent srg kan..
January 5 at 12:51pm · Like · 1

Animar Mastura tu pd pendapat saya kak,sbb kain tu memang bagus. biasa klu beli cadar baru basuh sekali warna dah luntur masuk kali ke2 kain dah koyak. yg kat akak ni saya cuci bnyk kali masih elok warna pun tak luntur.
January 5 at 12:52pm · Unlike · 3

Syaiful Legacy Itu kak Siti Btp leh tanya Irna Nur. Sy bendahari dia je
January 5 at 12:54pm · Like

Irna Nur Jadi kak Siti Btp
January 5 at 1:02pm · Unlike · 1

Suaihala Juhari Rasanya su dh beli 10 cadar kat kat Siti Btp...haha maknanya. Berkualiti dan berbaloi
January 5 at 1:04pm · Like · 2

Siti Btp Irna Nur bolehlah akk tempah hr ni ye siapje akk hantar sekali dgn adik punya tu..
January 5 at 1:05pm · Like

Zara Danish Sy setakat ni sudah memiliki. .5 sarung tilam berzip. .3 cadar queen getah. .1 cadar single getah. ..kalau dah beli. .byk ni..sendiri fikir lah...bgs ke tak?
January 5 at 5:11pm · Like

Malia Hisham Kak siti nk hantar Kat irna .hantar satu Kat saya boleh? Hihi nak single 1 Lagi yg ABC kalo ada
January 5 at 8:23pm · Like

Siti Btp ABC dah habis stok nanti akk tanya yg diorang booking ni kalau diorang tak nak Malia Hisham blhlah akk hantarkan..
January 5 at 8:28pm · Like

Siti Btp Terima Kasih pada Suaihala Juhari dan Zara Danish sudi jadi regular customer akk hihi..entah betul ke tulis omputih tu..
January 5 at 8:31pm · Like · 1

Hidayati Basri Terbaik.... kami dah beli 6 helai.. banyak tu.. Anak2 suka sangat...

January 5 at 9:23pm · Edited · Unlike · 1


CONTOH-WARNA SOLD OUT



Kalau Berminat Add dan pm akk ye

Watsapp
 0133464260 
0192203139






Malang Tak Berbau..Bergesel dgn kereta lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama tak cerita tentang anak2 Istimewaku..Masa amat mencemburuiku lebih2 lagi semenjak Firdaus bersekolah di IDEAS ni setiap hari perjalanan 125 km terpaksa aku redah kena pulak dgn keadaan jalan Rawang yg kerap jem..Tol LATAR pergi balik je rm 12 minyak pulak 2 hari terpaksa isi penuh..Ini memaksa diri ini mencari duit sampingan utk anak2 istimewa ku..IDEAS adalah sebuah sekolah swasta utk anak2 Autisme..

Masa 2 jam aku ambil utk ambil pergi dan balik Firdaus.Kalau pukul 4 ptg bertolak bermakna pkl 6 ptg sampai rumah..Asraf terpaksa ku tinggalkan di rumah memandangkan dia akan jadi tak tentu arah setiap kali jalan jem.Cuma apa yg merungsingkan ku takut dia terbuang air besar sekiranya terlalu lama di tinggalkan..
Seperti cerita2ku yg lepas aku bukanlah seorang yg berani memandu.Ku kuatkan semangat ini hanya untuk membawa anak2 istimewaku ke sekolah..Sekiranya suami ada mmg sah terbiarlah kereta tu..

Parking kereta pun memang tak lepas setiap kali asyik meyenget je apalagi kalau ada orang yang memerhatiku ke lautlah jawapnya..Aku mudah terperanjat sekiranya kereta lain membunyikan hon secar tiba2, motor yg selalu mencelok dan kereta tiba-tiba memotong tanpa memberi sebarang isyarat.Kalau yg selalu melalui jalan Rawang ni pasti tahu macam mana keadaan jalan rayanya terutamanya ke arah Templer terpaksa berebut-rebut dgn lori2 yg panjang2..Hanya doa dan zikir yg mengiringi ku sepanjang perjalanku.

Tapi semalam  9 .4. 2014..Entahlah setelah beberapa bulan melalui jalan yg sama  adakalanya menyaksikan orang kemalangan tapi petang itu terjadi pada aku sendiri..Betul2 berdepan dgn Petronas sebelum sampai ke Anggun Aeon Rawang atau lbh dikenali Jaya Jusco..Mcm biasa jalan 1 lorong akan di jadikan 2 lorong setiap pukul 5 ptg dgn dipisahkan dgn kon yg dibubuh oleh pihak JKR..Jalan sebelah yg biasanya 2 lorong akan menjadi 1 lorong memandang krgnya pengguna jalanraya ke KL bila waktu petang..Semuanya utk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali waktu balik kerja.

Tapi petang tu aku menggunakan jalan sebelah kanan utk mengelakkan motor2 yg berpusu-pusu menggunakan jalan sebelah kiri..Secara tiba-tiba motor menghala ke arah ke KL memasuki jalanku secara mencelok dgn tak semena-mena aku terperanjat. nasib baik tak terlepas stereng aku terpaksa masuk ke line sebelah kiri secara tiba2 tanpa signal berhentam dgn sebuah Honda Jazz Hidbrid yg baru 2 hari diambil..Katakanlah aku tetap memandu tanpa menukar line pasti motor tu pun jatuh dan kemalangan teruk pasti berlaku sbb motor tu terlalu laju..

Cepat2 mengalihkan kereta ke tepi jalan..Anak2 dah mula buat hal sebab lapar dan lama dlm kereta .Aku hanya membiarkan tuan kereta dtg ke arahku dan hanya mampu berdoa spy dapatlah org yg jenis penyabar dan tak perlu memarahiku.Alhamdulillah doaku di makbulkan dipertemukan dgn org memahami keadaan ku waktu itu..Air mata aku mcm doraemon dah tak berhenti mengalir dgn sendirinya..Aku betul2 fobia dgn bunyi hentaman tu..Nasib baik anak2 tak apa2..Aku mengekori kereta tu balik ke Country Homes utk tahu mana rumahnya dan berapa kerosakan yg  keretanya alami..Kereta aku pulak kemek dan calar balar di pintu sebelah kiri..Dahlah nak balik Terengganu minggu depan ni.Nasib baik cermin sisi kereta hibrid tu tak pecah kalu tak rabaklah duit aku rm1600 huhuhu..Memang jual brp bulan  untung sarung tilam zip pun tak lepas huhuhu..

Pada motor2 di luar sana terutamanya di tunggangi oleh anak2 muda yg masih belajar di pusat pengajian tinggi ke pelajar sekolah ke tolonglah janganlah suka mencelok secara tiba-tiba.Suami sendiri pun bawa motor juga.Motor tu kan ringan mcm angin lalu je kalau tergesel ke yg jatuh ke anda dulu dan kecederaan yg teruk walaupun hanya sekadar jatuh..Bagi pihak Jabatan Kerja Raya Jalanraya kalau nak mengubah jalan tu gunakan  kon yg banyak dan di bubuh tali supaya org awam tahu jalan itu telah di ubahkan..Membahayakan org awam takkan nak tunggu kemalangan maut baru nak buat..
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...