Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, April 10, 2014

Malang Tak Berbau..Bergesel dgn kereta lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama tak cerita tentang anak2 Istimewaku..Masa amat mencemburuiku lebih2 lagi semenjak Firdaus bersekolah di IDEAS ni setiap hari perjalanan 125 km terpaksa aku redah kena pulak dgn keadaan jalan Rawang yg kerap jem..Tol LATAR pergi balik je rm 12 minyak pulak 2 hari terpaksa isi penuh..Ini memaksa diri ini mencari duit sampingan utk anak2 istimewa ku..IDEAS adalah sebuah sekolah swasta utk anak2 Autisme..

Masa 2 jam aku ambil utk ambil pergi dan balik Firdaus.Kalau pukul 4 ptg bertolak bermakna pkl 6 ptg sampai rumah..Asraf terpaksa ku tinggalkan di rumah memandangkan dia akan jadi tak tentu arah setiap kali jalan jem.Cuma apa yg merungsingkan ku takut dia terbuang air besar sekiranya terlalu lama di tinggalkan..
Seperti cerita2ku yg lepas aku bukanlah seorang yg berani memandu.Ku kuatkan semangat ini hanya untuk membawa anak2 istimewaku ke sekolah..Sekiranya suami ada mmg sah terbiarlah kereta tu..

Parking kereta pun memang tak lepas setiap kali asyik meyenget je apalagi kalau ada orang yang memerhatiku ke lautlah jawapnya..Aku mudah terperanjat sekiranya kereta lain membunyikan hon secar tiba2, motor yg selalu mencelok dan kereta tiba-tiba memotong tanpa memberi sebarang isyarat.Kalau yg selalu melalui jalan Rawang ni pasti tahu macam mana keadaan jalan rayanya terutamanya ke arah Templer terpaksa berebut-rebut dgn lori2 yg panjang2..Hanya doa dan zikir yg mengiringi ku sepanjang perjalanku.

Tapi semalam  9 .4. 2014..Entahlah setelah beberapa bulan melalui jalan yg sama  adakalanya menyaksikan orang kemalangan tapi petang itu terjadi pada aku sendiri..Betul2 berdepan dgn Petronas sebelum sampai ke Anggun Aeon Rawang atau lbh dikenali Jaya Jusco..Mcm biasa jalan 1 lorong akan di jadikan 2 lorong setiap pukul 5 ptg dgn dipisahkan dgn kon yg dibubuh oleh pihak JKR..Jalan sebelah yg biasanya 2 lorong akan menjadi 1 lorong memandang krgnya pengguna jalanraya ke KL bila waktu petang..Semuanya utk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali waktu balik kerja.

Tapi petang tu aku menggunakan jalan sebelah kanan utk mengelakkan motor2 yg berpusu-pusu menggunakan jalan sebelah kiri..Secara tiba-tiba motor menghala ke arah ke KL memasuki jalanku secara mencelok dgn tak semena-mena aku terperanjat. nasib baik tak terlepas stereng aku terpaksa masuk ke line sebelah kiri secara tiba2 tanpa signal berhentam dgn sebuah Honda Jazz Hidbrid yg baru 2 hari diambil..Katakanlah aku tetap memandu tanpa menukar line pasti motor tu pun jatuh dan kemalangan teruk pasti berlaku sbb motor tu terlalu laju..

Cepat2 mengalihkan kereta ke tepi jalan..Anak2 dah mula buat hal sebab lapar dan lama dlm kereta .Aku hanya membiarkan tuan kereta dtg ke arahku dan hanya mampu berdoa spy dapatlah org yg jenis penyabar dan tak perlu memarahiku.Alhamdulillah doaku di makbulkan dipertemukan dgn org memahami keadaan ku waktu itu..Air mata aku mcm doraemon dah tak berhenti mengalir dgn sendirinya..Aku betul2 fobia dgn bunyi hentaman tu..Nasib baik anak2 tak apa2..Aku mengekori kereta tu balik ke Country Homes utk tahu mana rumahnya dan berapa kerosakan yg  keretanya alami..Kereta aku pulak kemek dan calar balar di pintu sebelah kiri..Dahlah nak balik Terengganu minggu depan ni.Nasib baik cermin sisi kereta hibrid tu tak pecah kalu tak rabaklah duit aku rm1600 huhuhu..Memang jual brp bulan  untung sarung tilam zip pun tak lepas huhuhu..

Pada motor2 di luar sana terutamanya di tunggangi oleh anak2 muda yg masih belajar di pusat pengajian tinggi ke pelajar sekolah ke tolonglah janganlah suka mencelok secara tiba-tiba.Suami sendiri pun bawa motor juga.Motor tu kan ringan mcm angin lalu je kalau tergesel ke yg jatuh ke anda dulu dan kecederaan yg teruk walaupun hanya sekadar jatuh..Bagi pihak Jabatan Kerja Raya Jalanraya kalau nak mengubah jalan tu gunakan  kon yg banyak dan di bubuh tali supaya org awam tahu jalan itu telah di ubahkan..Membahayakan org awam takkan nak tunggu kemalangan maut baru nak buat..
















2 ulasan:

Maimunah alia said... [Reply to comment]

Kesiannya akak.tula sayapun sama jenis penakut

Dayana Bahar said... [Reply to comment]

Lamanya tak menyinggah di sini.. Apa Khabar kak??? Ingat Dieyna lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...