Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, January 1, 2013

Ku tinggalkan 2012 dgn pelbagai kenangan...2013 dtg dgn seribu impian~

Cute and colorful card on New Year 2013 Stock Photo - 14594165


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


           2013 menjelma dgn seribu impian..Impian yg belum tentu terlaksana...Cuba dan terus mencuba mendidik dan mendewasakan ketiga-tiga anak Istimewaku..Walaupun di ibaratkan mengajar kura-kura berlari pantas..2012 mula mengenal dunia alam maya,mengenal kawan2 senasib dgnku dan kawan2 yg simpati terhadap keluargaku..Rasanya thn 2012 terindah krn dpt kawan2 tak kira negeri..Walaupun tak pernah lagi bersua muka tapi mungkin satu hari nanti dgn izin Allah SWT kita akan dipertemukan jua..

            Melalui dunia blog ,ku titipkan diari2 kehidupanku bersama anak2 istimewaku melalui penulisanku yg agak kelam kabut dan tonggang terbalik ayatnya..Melalui FB juga ku kenal Persatuan Autisme Malaysia byk tip2 yg berguna dpt dikongsi bersama ibubapa yg mempunyai anak2 Autisme..Walaupun agak jrg membuka dan melayari internet sbb  masaku amat terbatas mengalahkan Perdana Menteri pulakkan..Bukan apa aku terpaksa jadi CCTV pd anak2 aku ni..Makin besar lg payah rasanya sbb diorang ni bkn nak berkumpul satu tempat..Ada saja kerja yg dibuatnya..Makin dilarang makin dibuat..Anak2 yg masih terlepas kencing dan air besar ibarat menjaga baby lagi..Itulah dunia aku

             Tahun 2012 juga dugaan demi dugaan ke atas keluargaku, masalah kegawatan ekonomi tempat kerja suami aku,suamiku kemalangan jalanraya bulan puasa lalu mengakibatkan retak bahunya, keadaan kesihatan abah aku yg merundung akibat kencing manisnya,keadaan kesihatan anak2 aku yg tak stabil,adik ipar yg keluar masuk hospital masalah jantungnya....Semoga 2013 ni ada sinar baru buat keluargaku,dimurahkan rezeki kami dan dipermudahkan urusan kami mendidik anak2 istimewa kami dan yg paling penting kesihatan yg baik buat kami sekeluarga..Amin

3 ulasan:

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti


amin amin amin
Insyaallah
Allah mendengar doa2 umatNya

dieyna said... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan segala urusan akak tahun ini.. amin..

Unknown said... [Reply to comment]

saya baru baca blog ni....kagumnya dengan semangat tuan punya blog.....salam kenal....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...