Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, January 29, 2013

Sudah setahun aku berblog...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

    Diam tak diam sudah setahun aku berblog...Rasanya baru semalam aku bertatih dgn dunia maya ini..Aku masih lagi tak pandai nak edit ini nak edit itu..Begitu juga FB masih mengambil masa utk mempelajari sesuatu benda yg baru..Maklumlah otak ni agak beku dah!!!..kalau ada yg  pm aku tapi lambat jwb bkn makna aku sombong tapi kdg2 tak faham buka yg mana..Maaflah ye!!.Suami aku pun tak brp faham juga maklumlah kerja dia dgn mesin je bkn bidang IT...Begitu juga dgn FB kenal dgn kawan2 di dunia maya terutamanya dikalangan ibu2 yg mempunyai anak2 istimewa..Apa yg kelakarnya ramai yg tanya aku apa makna "Siti Btp" dan ada yg mempertikaikan gambar profil aku yg berlainan dgn muka di dunia realiti..

     Ada juga rakan2 FB dan blog yg sudi berkunjung rumahku walaupun sebelum ini jarang sgt terima kunjugan org....Mrk memberi salam dan bertanya 'Ini rumah Siti Btp ke??'....kalau mrk tanya jiran2 berdekatan mahunya diorang tak kenal siapa siti btp hehehe..Siti awalan nama aku Btp bermaksud Bandar Tasik Puteri,tempat aku tinggallah kelakarkan ..Suami akulah yg pandai2 letak gelaran tu....dia kata kalau nama penuh ramai org dah letak kat FB jadi kita buat kelainan sikit..

      Tentang gambar profil aku pulak, byk2 gambar knp gambar tu yg aku pilih??..tak menarik langsung dgn tudung terbaliknya dan anak aku Firdaus dgn baju tidurnya dan tak mandi lagi..aku pulak tak ingat dah mandi ke belum hahaha...gelak besar aku..Gambar tu penting ialah masa tu lagi 6 hari sebelum aku menjalani pembedahan kanserku..masa tu 6 Syawal dkt Aparment Beach Resort ,Port Dickson..Org beraya kat kampung tapi kami anak beranak menghabiskan cuti di PD.Suami aku dah tak larat nak tengok tangisan aku di hari raya.Jadi kami pergi jauh dr suasana Hari Raya.....

       Masa tu tak tengok mata aku dah mcm mata penyu bengkak mengenangkan nasib anak2 Istimewaku..Gambar tu aku paksa diri beliakkan mata aku...Manalah tahu masa tu merupakan saat terakhir aku bersama anak2 aku dan suami dan mak abahku..Walaupun keberangkalian kematian ketika menjalani pembedahan kanser adalah rendah tapi tetap adakan..Siapalah di antara kauorang yg boleh gelak bila disahkan kanserkan dan nak menjalani pembedahan....Kalau ada aku tabik hormat kat org tu..Begitu juga dgn aku..Teringat ttg kematian, setiap manusia akan mati bila sampai ajalnya..Aku terfikir mcm mana menghadapi malam pertama di Alam Barkzah bukan malam pertama perkahwinan tau hehehe.....Ulat2,kala jengking ,keadan sempit dan gelap gulita mengelilingi jenazahku..Persoalan Malaikat Nukar Nakir bermain difikiran ku.....Dosa2 pun terlalu byk maklumlah aku ni tak punya kesabaran tinggi kuat melenting dgn anak2 ,suami ,mak abah dan adik beradikku...Hari ni minta maaf esok buat balik...Minta ampun dgn Allah SWT esok ada dosa lagi begitulah aku sebagai insan biasa...


Berfikir ttg anak2 yg aku akan aku tinggalkan..kalau anak yatim lain mrk boleh bawa diri masing2 tapi mcm mana pula dgn anak2 Istimewaku ini.....Sampai pernahlah cakap dgn suamikan sekiranya aku mati kalau dia cari penganti pastikan  ibu tiri mrk memahami mrk..Tapi ada ke???Aku pernah cakap dgn HB aku kalau bini barunya seksa anak2 aku..Malam dia tidur mesti nampak bini barunya muka aku...siap gertak tu..Buat  dosa lagi!!!....hehehe.  




     

2 ulasan:

aliza said... [Reply to comment]

Dofollow blog nie.,.
Rasa nak menangis bila baca entri ni
Betapa besarnya ujian-Nya buat tuan blog dan keluarga.,, semoga tabah menghadapinya ...

Eve Azeez said... [Reply to comment]

lama akak tak menjengok blog siti. wah dah advance siti sekarang.. bagus2.. akak gak kat takuk lama lagi.. Siti agak juz nak ucapkan selamat hari raya dan wish siti the best dalam menjalani hidup ini... akak doakan yang terbaik untuk siti dan keluarga..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...