Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Hari Khamis baru2 ni rasa hari yg paling bersejarah bagi aku apabila Firdaus turut serta dlm lawatan sekolahnya bersama kawan2nya ...Cikgu2nya di IDEAS mengadakan lawatan pergi ke Midvalley dgn menaiki komuter adalah salah satu pembelajaran utk anak2 istimewa ini utk mrk mengenal dunia luar....Ala!! jelik ibubapa lain membacanya itupun nak ceritakan ialah anak2 mrk blh pergi jauh2 Cameron Highland tak hairan pun..Bagi aku mempunyai ketiga-tiga anak istimewanya rasanya perkara ni agak luarbiasa bagi akulah..Aku tak hairan anak2 tipikal lain yg cerdik pandai dan pandai berdikari tapi jauh berbeza dgn anak2 Istimewaku ni....Aku cerita dgn org luar pun mrk pasti tak akan fahamnya..
Sebagai ibubapa pasti rasa cuak utk melepaskan pertama kali anaknya pergi ikuti rombongan tu....Mcm2 di fikiran ku sbb Firdaus tak boleh bercakap langsung, terlalu hyperaktif,.masih menggunakan botol susu tak pandai menggunakan cawan..Paling risau bab membawanya ke toilet takut je dia terlepas kencing @ buang air besar merata-rata.....Bermacam-macam bermain di luar legar kepala otak aku ni..Bapaknya lagilah tak bagi pergi sekolah pun pd hr tu..Sesama sendirilah pujuk memujuk tanya sampai bila????
Pagi tu kuatkan semangat dan keegoaan ku mcm tak ada apa pun berlaku baik dgn cikgu2 juga Firdaus..Hanya doa mengiringi dan menemani Firdaus pergi..Semoga anakku dan pelajar2 istimewa lain di lindungi oleh Allah SWT dan di permudahkan urusan cikgu2 dan perjalanan tersebut..Sepanjang lawatan cikgu2nya postkan gambar2 Firdaus sepanjang buat lawatan tersebut..Lega rasanya hanya air mata kegembiraan seorang ibu yg masih tak percaya anaknya blh pergi sejauh itu tanpa mak ayahnya di sisinya..Sebak lagi...asal menulis je sebak..lepas tu mulalah resdung..
Bila ambil Firdaus balik pkl 5.00 ptg nampak sgt kepenatan di wajahnya..Dapat susu sebotol tidur sampailah ke rumah..Sampai rumah minta makan tanpa tukar baju dan mandi sambung tidur balik...Bila ku tanya dia sampai sekarang aku masih menunggu jawapannya..Ialah manalah dia blh menjawab sebab dia tak blh bercakap kah!kah!kah!!!!!..Entahlah Aku terlalu merindui suara anak2 aku..Sabor je lah!!!....
Sedang menunggu keretapi..Sabarkan cikgu2 tu.. mcm2 kerenah anak2 Istimewa ni.. Kalaulah aku ada kat situ belum tentu Firdaus blh ddk mcm tu.. |
Mak sendiri pun tak pernah lagi naik komuter nak!! Dunia dgn anak2 shj.. |
Makan OK lah bab minum tu masih tak lepas2lagi.. Tahniah Firdaus..Terima Kasih cikgu2 IDEAS Hanya Allah shj membalas jasa cikgu2 ini .. Semoga segala urusan mrk dipermudahkan ..Aminnn |
5 ulasan:
Puan,
Congratulation on your courages act mendidik anak yang istimewa. Saya membaca tulisan dan coretan Puan dengan penuh minat. You should write a book. It would surely be a best seller..
Bestnyer...budak2 mmg suka naik komuter anak saya pun sama
mesti beskan Firdaus dpt g jejalan dgn kawan2
Alhamdulillah. Firdaus dpt ilmu baru, mesti dia seronok.
Anak dengan mak mmg lain mcm skit perangai nya. Dengan cikgu lain pulak.
Post a Comment