Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, August 30, 2012

Farah Fauzana Beraya di rumah Mak Abahku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

               Hari Isnin baru2 ni , mak aku call dia kata Farah Fauzana nak beraya kat rumah mlm tu ..Lagi sekali aku ingatkan mak dan  adik2 aku temberangkan aku..Nak tengok ke katanya, malaslah malam2 buta nak dtg nak bawa anak2 aku ni ha.Buat kelam kabut je!...Bukan ada org Tv ke atau org2 Hot Fm ke sekadar personal je..Rupanya betul tau pukul 11.00 mlm baru Fafau balik..Orgnya kecil molek je nampak dlm Tv kan nampak berisi..Agaknya kalau aku masuk Tv mesti nampak mcm"Tong Drum"..

Sebelah Fafau tu adik akulah..Kawan Twit.Entah! aku
tak faham lagi twit2 ni..
                 Mak aku kata orgnya peramah je! kita pulak tak terlayan pertanyaannya..Paling bestnya mak aku dpt duit raya tau dari Fafau..

Sebelah Fafau tu mak akulah -siap posing habis
Kalau ada anak2 istimewaku jgn haraplah nak posing2
siap kena jeri tu! hehehe
                 Yg lain tu kawan2 sepejabat adik aku..Kebetulan mrk sedang beraya ,tiba2 Fafau call nak dtg rumah.Apalagi mrk pun ambil peluanglah nak jumpa Fafau..

                Anak2 Istimewaku pula tengah menanti Datok Siti Nurhaliza ke @ Datok Najib PM kita ke Teratak Burukku.Mana tau mrk terbaca blog ni..Mcm adik aku hnya Twit2 je..Minta sponsor buat sekolah Vokasional @ rumah anak2 Yatim khas OKU..Ala !! angan2 Mat Jenin je tu..

Wednesday, August 29, 2012

Bos Autisme Malaysia sudi bertandang ke rumahku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

             Lamanya aku dok perap entri ni..Blh jadi pekasam dah..Hari Jumaat lepas En Zamri Tembol dan isterinya Puan Nora Yusof sudi bertandang ke rumahku.Rasa meriahnya Aidilfitri tahun ni krn ada yg sudi berkunjung ke rumahku.Tak sia2 aku berblog dan Fb ni..Pagi itu kebetulan pula adik iparku sampai dr Terengganu pukul 6.00 pg nak melawat abangnya..Terkejut beruk aku tetamu sampai pagi2 butakan.Mrk tak call pun nak dtg..Bayangkan rumah mcm kapal pecah.Maklumlah dgn keadaan anak2 istimewaku ini mana diorang blh tengok rumah mrk kemas..Tak kiralah raya ke @ tidak..Tapi adik2 iparku pun cepat balik ,lepas Sembahyang Jumaat mrk balik Terngganu semula memandangkan masing2 ada urusan sekadar jengok abangnya yg sakit je..

             Aku pun tidurkan anak2ku sebab mrk bangun awal pagi tu nanti Mahgrib tidur susah pulakkan..Tiba2 suami kejutkan aku dia kata Bos FB Autisme Malaysia  ..Mati2 aku ingat suamiku berlawak je..Takkanlah ada org sudi dtg rumahku ini..Maklumlah mrk takut dgn keadaan anak2 ku ini mengamuk bila org dtg terutamanya Asraf 17thn..Kalau adapun yg sudi sekadar tanya khabar dan berbual kosong di laman rumah je.

              Nak tahu akibat kejutan demi kejutan berlaku serentak hari tu, aku dan suami tak teringat langsung utk ambil gambar dgn mrk..Kalutnya aku ketika itu.Tiada hidangan yg special pun sekadar tea 'O' kosong je dan kuih kering je..Suamiku komplen kat aku knp tak buat Nescafe ke @ Teh ke..Kan Hari Raya ni..Ampun dan maaf di pinta pd En Zamri dan Puan Nora sekeluarga tak bagi layanan yg sewajarnya..

Maaf En Zamri,Copy gambar dr Fb AM
                En Zamri dan Puan Nora byk berjasa  demi anak2 Autisme di Malaysia ini.Beliau yg berkerja keras menubuhkan Fb Autisme Malaysia..Dekat sinilah Ibu2 dan Bapa2 anak2 Autisme di Malaysia ini berkongsi pengalaman,luahan perasaan dan pendidikan anak2 ini.Termasuk akulah,byk  yg aku belajar di sini..Serius aku katakan semenjak adanya AM rasanya sedikit sebanyak krg dah stress di kepala otak aku ni..Ramai rupanya ibubapa yg senasib dgnku mempunyai anak2 istimewa..Lepas ni kalau tiada aral melintang dan izin Allah SWT akan tertubuhnya Persatuan Autisme Malaysia yg dah lama ibubapa anak2 Autisme Malaysia nantikan..Terbelalah nasib anak2 aku dan anak2 Autisme yg lain...

                Yang penting masyarakat hari ini sedar tentang kewujudan anak2 Autisme ini dan apa itu Autisme?..Ucapan terima kasih tak terhingga buat En Zamri dan Puan Nora ..Mrk pun  ada blog tau   DI SINI..Kebetulan pula ye!! adik suamiku yg muncul pagi2 tu pun namanya Zamri juga panggilan "YI"..
           

             

Sunday, August 26, 2012

Bagaimana Ketiga -tiga Anak Istimewaku Beraya??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

      “Taqabbalallaahu Minna Wa Minkum ” yang ertinya Semoga Allah SWT menerima amalanku dan amalanmu..  Pejam celik,pejam celik dah 8 Syawal berlalu..Rasanya tak terlambat utk aku dan keluargaku mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri..Ku mohon kemaafan sekiranya penulisanku ini ada yg menguris hati kalian yg membacanya ye!!.Mana yg dah melakukan sunnat  puasa 6 dah rayalah mrk..   

        Bagaimana anak2 istimewaku menyambut Hari Raya?..Biasalah mrk tak mengerti apa2.Bagi mrk setiap hari adalah sama bagi mrk..Mrk tak pandai memilih baju baru,warna apa,tema apa,jenama apa.Paling penting baju itu selesa dan tak panas.Cuma mrk rasa pelik knp byk sgt makanan terhidang atas meja terutama rumah Tok dan Wannya..

        Pagi Raya??Bagi aku sekeluarga tiada tema yg sedondon spt kaum keluarga lain.Anak2 aku pakai baju melayu pun sekerat hari je! lepas tu dia carilah baju buruknya sendiri.Nak kata apakan?..Pagi raya kami berhari raya di BTP nilah.Mmg sunyi sepi baring tgh jalan pun tak apa.Masakan yg selalu aku masak di pagi raya "nasi minyak,ayam masak merah dan acar rampai"..Alamak lupa pulak nak ambil gambarkan..Anak2 tak tahu nak makan ketupat @ nasi impit.Mrk tetap cari nasi.


Peliknya  Baju Melayu anak2 Istimewaku lengan pendek .
Payahnya nak ambil gambar mrk ni.

         Petang Raya tu baru aku ke rumah mak abah.Kalau awal2 sibuk maklumlah anak2 aku tak blh tengok org kelam kabut.Bila petang suasana agak tenang sikit utk mohon kemaafan..Nampak sgt keuzuran di wajah ayah tercintaku.Maklumlah kencing manisnya yg agak kritikal, 3 kali suntikan yg berlainan satu hari..Bulan puasa ni mmg payah hendak puasa,kdg2 buang air tak terkawal terlepas bbrp kali .Nampak penat terpacar di wajah ibu kesayanganku krn menguruskan abahku.Emak pun bkn kuat sgt tu darah tingginya dan kencing manis juga .Aku ni pulak asyik dgn kerenah anak2 istimewaku..Kesian mrk..


suapkan anak2 makan-di rumah Tok dan Wan
          Tak lama pun cepat2 kami balik Firdaus 5thn dah mula buat peragainya sebab byk sgt kuih raya atas meja.Dah gigit biskut masuk semula dlm balang.Pening kepalaku.Asraf 17 thn mula mengamuk, baling 2 brg dan tolak Wannya..Bertapalah kami anak-beranak di BTP ni..Nak jadikan cerita Hari Raya ke -2 ayahnya dah mula cuba memandu semula selepas kemalangan hari tu maklumlah 3.9 nanti nak kerja semula..Mcm biasa anak2 aku berebut2 masuk kereta.Suamiku start dan keluar dr parking.Tiba2 rasa sakit nak tukar gear,dia terlupa nak pakai anduhnya, keluar dr kereta dan tarik handbrake tapi dia terlupa tekan 'P'..

           Masa tu aku ni tgh kunci rumah dan masuk semula utk ambil anduhnya.Masa akak sdg pakaikan tiba2 bunyi dentaman di luar rumah..Kami berlari keretaku dah berjalan dan langgar pokok buluh depan rumah.Nasib baik tak langgar tembok TNB...Suamiku berlari, akak tak terkata apa2 pun...Suami undurkan kereta semula dan Firdaus 5 thn kena marah dgn ayahnya..Asraf 17 thn thn menjerit-jerit sambil menolak Firdaus.Mrk terperajat agaknya..Kereta calar balarlah nasib baik lampu tak pecah.Bayangkan kalau ada kenderaan lain atau org lalu ke..Nasiblah Firdaus tekan'D' kemudian dia tekan 'N' semula kalau 'D' berterusan dan tekan minyak mahunya dilanggar tembok TNB tu...

           Mungkin anak2 aku tercedera.."ALLAH HU AKHBAR"..Nasib baiklah jiran2 tak ada semuanya balik kg kalau tak mahunya masuk Harian Metro muka depan...Biasalah lepas tu aku membebellah dgn suamiku krn kecuaiannya.Knp dia tak letak "P" ..Jawabnya perasan dia dah tekan "P" .Dgn anak2 istimewa sebegini kita tak blh lupa dan lalai.Mrk blh bertindak di luar kawalan..Dulu anak2 pernah terkunci dlm kereta.Firdaus juga yg lock.Kunci pendua dlm beg tangan aku,dlm kereta juga masa tu..Dkt trafik light pun aku kena pegang "N" tu,kalau tak firdaus tukang alihkan.Takkan nak tekan P pulakkan.Pakai tali pinggang tak jln sebab dia blh meloloskan dirinya.."Lepas ni kena siapkan rotan dlm kereta..

         Aku tak dapat bayangkan kejadian berlaku hari ini.Kanak2 dah mula main di padang,kereta dan motor tak henti lalu-lalang.Kereta byk parking depan rumah ..Kemungkinan anak2 aku blh tercedera..Masya' Allah         
           

Wednesday, August 15, 2012

Ada Hikmah di Sebalik Dugaan Ramadhan....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

            Busy!busy!.....Rasanya tak cukup tangan aku di buatnya.Kesana kesini tak tahu apa yg disibukkan.Kalau sesiapa yg tak mengenali aku , sering berkata wau!! senangnya menjadi Siti..Anak dah besar2 mak muda lagi.Ye! lah tu aku ni pulak bkn mudah nak menceritakan perihal keluargaku pd org yg baru aku kenali..Ya! kan sajalah kata mrkkan..Nak tanya ni lawa tak header baru tu?? Semuanya penangan suamilah tu .Mentang2lah cuti sebulankan ,habis digodeh2nya blog dan Fb aku ni..Yang aku ni pulak tak berkesempatan langsung utk up-date dan baca blog ni dan membalas komen2 kalian semua.Terima kasih atas doa kalian buat keluargaku ye!.Komen apa saja jgn serik tau!! aku perlukan sokongan kalian....Bersemangat aku menempuh segala bentul cabaran di dunia sementara ini..Siti_btp Boleh!!..

            Berbalik kisah  suamiku ketika di wad hari tu, misi2 tu persoalkan juga anak2 tak tunggu ke?.Dia mampu senyap je lah.Terfikirlah pulak dia bagaimana keadaan kami berdua ketika tua nanti.Manalah tahukan kalau 'Nyanyuk ke' tak mampu urus diri ketika itu..Akhirnya dia mohon balik dr Dr sebab tak mampu urus dirinya seorang diri mandi ,ambil wudhuk dsbnya..Lepas tu minta aku ambilnya di hospital..Cabaran tu!! bayangkan aku tak pernah memandu ke KL pun.Jangan gelakkan aku ye!! tapi itulah hakikat sebenarnya penakut sekali terutama berhenti kat TOL..Tapi hari tersebut aku kuatkan semangat aku...Ku redah je Lebuhraya Plus dgn anak2 istimewa aku ni.Bayangkan Firdaus tak tahu duduk diam mcm ayahnya memandu je dibuatnya.Pakai tali pinggang kalendar pun dia blh lepaskan dirinya..Bertuah punya anak!!Anak siapalah ni??..

Imej dr google 
             Sampai dekat perhentian Sungai Buloh jln jem teruk sampai ke Bukit Lanjang..Masya'Allah jauhnya..Zikirlah byk2 dan baca doa kenderaan..Anak2 aku mula tak tentu arah..Asraf dgn kegelisahannya dgn tangan 10 jari masuk mulutnya,kalau sampai tantrumnya lagilah naya aku..Faiz blh tahanlah..Firdaus nak minta susulah,biskutlah mcm2 dibuatnya..Paling tak tahan tu dia pergi ke belakang sekali, tempat simpanan brg kereta Avanza kan sempit tu..Org belakang hon kereta aku dan geleng kepala..Aku nak buat mcm manakan.Tiba2 sdg aku terjerit-jerit dgn kerenah anak2 aku, sebuah kereta MPV Suzuki terbalik betul2 sebelah aku Nauzubillahimin dzalik.Pemisah aku dgn kereta tersebut hanya divider je, baru senyap anak2 aku.Kaki aku dah mula ketar2.Tak tahulah mcm mana keadaan penumpangnya.Nasib baik kereta lain sempat brek.Bayangkan laluan  laju tu.

             Aku pun meneruskan perjalanan aku ke Datok Keramat..Nak pulihkan kembalikan semangat aku ,aku menaiki teksi je ambil suami ku di hospital. Nak tak nak aku kena memandu juga utk balik rumah, kini aku dah semakin  berani dah pergi beli brg kat tesco cuma masalah nak parking pula..Hikmahnya kalau suami aku tak terlibat dlm kemalangan hingga kinilah aku takut nak memandu ke KL..Cerita suami pula ketika dia kemalangan, pengsan sekejap mcm mamailah.Pemandu lain sedarkannya..Perkara pertama dia sebut 'Aku dah mati ke?'..Takut tiba2 dah berada di Alam Barzakh..Bkn takut mati katanya tapi masih byk amalan tak dilakukan utk dijadikan bekalan di sana nanti..Nasib baik jatuh atas jalan kalau terhantuk dkt batu tebing jalan lagilah parahkan..

                 Terkenangkan kawannya yg kehilangan mata, akibat terlibat kemalangan motor di bulan puasa  beberapa tahun yg lalu..Berbulan tinggal di wad Hospital Selayang.Sering jugaklah suami berulang-alik melawat kawannya dulu..Itulah kata suamiku sempatlah berterawih 15 hari tak putus,bila dah sakit hanya mampu dirumah je lah.Timbul kekesalannya...Ketika kita sihat kerjakanlah Ibadah dgn bersungguh-sungguh, kalau dah sakit tak byk dpt dikerjakan.."SIHAT SEBELUM SAKIT."

           P/S- Bila ingatkan balik dgn dugaan yg menimpa terfikir pula dapatkah kita bertemu lagi dgn Ramadhan akan datang.??Jadi kejarlah malam2 terakhir Ramadhan ini ..Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari Allah SWT..

Monday, August 6, 2012

Dugaan Ramadhan -Suamiku terlibat dlm kemalangan..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

              Rasanya dah agak lama dah aku menyepikan diri, mencari kekuatan dan semangat diri..Hari Jumaat lepas kira2 pukul 12.30 tgh suamiku call mengatakan dia kini ada di hospital..Aku ingatkan hanya gurauan semata-mata sebab dia selalu bergurau dekat balai polislah mcm2lah dia menyamar..Tapi tak pada hari tersebut dia kata dia terlibat kemalangan sesama motor di persimpangan Jalan Duta melibatkan pasangan suami isteri dan suami aku sendiri..Masing2 jatuh atas jalanraya mungkin mengantuk kot...Berderau aku mendengarnya.Ujian di bulan Ramadhan..

                Susulan dari kemalangan tersebut suamiku dikehendaki duduk wad tetapi dia menolak..Maklumlah akibat pengalaman yg lama di hospital menjaga anak2 dan isterinya membuatkan ia fobia dgn hospital.Ambil darahnya,masuk air melalui drip ,suntikan dsbnya.Akibat komplikasi kemalangan tersebut tulang selangka di bahunya terkeluar sedikit dan terpaksa memakai anduh..Dr tak membenarkan memandu dan cuti sakit selama sebulan..Kecederaan motor ni walaupun nampak sedikit tapi dalamannya tak tahu sebab badannya terhempas ibarat "Nangka busuk" jawabnya..Dr beri suntikan tahan sakit dan kancing gigi..

                Kedegilan suamiku ?dia tetap nak balik juga, bayangkan dia memandu motor sebelah tangan sampai rumah mak aku di Datok Keramat dgn luka2nya..Kalau ikutkan perangai dia nak bawanya hingga ke Rawang ni.Entahlah degil betul!!..Puas jugalah mak aku membebel.Aku nak ambilnya hahaha!! aku tak berani memandu ke KL setakat dlm BTP dan Batu Arang ambil anak2 aku di PDK blhlah..Suamiku tunggulah adik iparku balik dr kerja pd petang tersebut..

                 Balik rumah ubat suntikan dah habis mulalah terasa sakit badan dn tangan kiri langsung tak blh angkat..Makan pun tak lalu tapi tetap puasa..Aku ni dah mcm jaga anak kembar 4 pula..Anak2 istimewaku tak mengerti apa2 terutama yg bongsu Firdaus 5 thn.Balik ayahnya di tariklah tangan ayahnya..Menjeritlah suamiku..Anak2 aku ni suka bermanja dan melehet kat ayahnya.Bila ayahnya buat de' pasti mrk hairankan.Berlarutanlah hingga hari Ahad ni, aku pun barulah terhegeh2 belajar memandu ke rumah mak aku..Bkn tak nak memandu tangan kanan bekas operation sakit kalau terlalu lama memandu..

Gambar dr google-Ambil di sini


                  Sebab sakit melampau suamiku terpaksa dimasukkan ke wad hr ini di Hospital Gleanegles ,Ampang.Oo!! TI tempat kerjanya bayar ni kalau ikut keewangan kami HKL lah jawabnya..Insurans pulak tak cover kemalangan hanya penyakit kritikal je..Suamiku silap dia tak ambil sepenuhnya.Time mcm ni baru nak tersedar diri knp tak ambil sepenuhnya.. Aku pula tak dapat menjaganya di hospital  kebetulan ayah aku pun tak sihat maklumlah akibat sakit kencing manisnya..Umurnya pun 73 thn dah..Mak aku  pun tak dptlah menjaga anak2 aku..Semoga Allah SWT permudahkan suamiku di hospital dan cepat2lah sembuh..Kesian suamiku..Doa kalian ku pohon pemudahkan urusan kami sekeluarga..

P/S :- Sempena Hari Raya ni berhati-hatilah ketika pulang ke kampung..Ketika memandu bagilah signal kalau nak ke kiri @ ke kanan..Pemandu Malaysia ni malas menggunakan signal..Tak kena tak tahu,mcm mana sakitnya akibat kemalangan.Malang tak berbau..Nampaknya tahun ni tak berayalah jawabnya..Biasa dah tu..Balik kampung???Mak Mentuaku tak tahu lagi ni...




   

Monday, July 30, 2012

Segmen: Kenangan RamadhanKu..."Air Mata Ramadhan"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


segmen
JOIN SEGMEN CIKGU DIEYNA

               Kenangan Ramadhan yg tak mungkin aku lupakan utk aku titipkan di ruangan ini ketika berpuasa 2 thn berturut-turut di Hospital Pediatrik Kuala Lumpur...Pengalaman Ramadhan 1995 dan 1996.Makruh menangis ketika berpuasa.Siapakah di antara mrk dpt menahan air mata Ramadhan ketika berada di situasiku ketika itu???  ....Sebaik shj anak sulung aku, Asraf di lahirkan  pada 3.8.1995  dimasukkn di SCN krn mengalami komplikasi pernafasan dan bergantung pd oksigen..  Hospital  diibaratkan  rumah kediaman aku dan anakku selama hampir 3thn di hospital utk mengetahuinya lebih lanjut   DI SINI

                Menyingkap kembali saat  ketika berpuasa dan berhari raya dihospital ..Keadaan  diwad yg tak selesa dan cuaca yg agak panas memang mencabar kesabaran dan keimanan aku berpuasa  ketika itu.Waktu berbuka ikutlah apa yg disediakan oleh pihak hospital ikan jaket masak kari,telor masak korma kalau nasib baik mak aku kirimkan lauk pauk melalui suamiku,bersahur pula dgn ala kadar je mee segera,biskut kering @ roti yg paling mudah sbg pelapik perut..


                              Suami pula terpaksa bersahur seorang di rumah  sewaan kami .. Bayangkan mcm mana tak terurusnya keadaan suamiku ketika itu..Mcm kematian bini pulakkan!!..Tipulah kalau aku katakan yg kami tak pernah berselisih faham ketika itu,suami aku dgn masalah tempat kerjanya  sering di marahi bosnya akibat kerap mengambil cuti dan lambat pula ke tempat  kerja maklumlah sebelum pergi kerja suami akan singgah ke hospital menjengukku dan anaknya...Sebaik pulang pula dr kerja terus bergegas ke hospital ambil giliran menjaga Asraf pula..Sembahyang terawih entah ke mana.Aku pulak tension keadaan wad tak selesa,keadaan Asraf yg sering menangis, dimarahi pula dgn  Dr dan misi2 di hospital..Ketika itu darah masih muda lagi aku 22thn dan suami 28 thn..Ketika pasangan lain masih peringkat "honeymoon" lagi tapi kami tlh melalui cabaran demi cabaran mengalahkan cerita SURVIVOR pula di NTV 7..Tapi pengalaman itu mengajar kami menjadi lbh matang..

                 Paling tak dpt aku lupakan  ketika Asraf menjalani pembedahan sebelum beberapa hari menjelang hari raya..Memandangkan pembedahan mengambil masa beberapa jam..Aku dan suami keluar ke Jalan TAR..Semua akan tertanya2 termasuk mak aku waktu tu knp aku dan suami sanggup meninggalkan anak aku yg sedang bertarung nyawa dlm bilik pembedahan..Dpd menunggu dan terus menunggu dlm kerisauan lebih baik aku keluar sekejap..Selepas habis pantang hingga ke hari tersebut aku tak pernah keluar berjalan2pun ..

                     Suamiku mencadangkan kami keluar sekejap..Kebetulan hari tersebut  Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yg ke-2thn..Dgn Motor kapcai Honda 70cc menuju je Jln TAR melihat umat Islam membuat persiapan Hari Raya di saat2 akhir..Suamiku menghadiahkan sepasang baju yg dibelinya di Semua House sempena Hari Lahirku ke- 22thn tlh pun berlalu dan hadiah ulang tahun perkahwinan kami..Terkilan rasanya tak dpt menghadiahkan apa2 buat suamiku ketika itu..Belilah sedikit juadah utk berbuka dan kami pun kembali ke hospital....

                    Di pendekkan cerita anakku menghadapi komplikasi selepas pembedahan pula dan dimasukkan di ICU krn masih tak sedarkan diri dan bergantung pada pernafasan..Dr sahkan Asraf 50-50,"ALLAH HU AKHBAR"..Doa yg paling mustajab  beberapa jam sebelum waktu berbuka ..Aku dan suami memohon dan berdoa "Ya Allah! sekiranya Asraf diamanahkan utk kami menjaganya Kau sembuhkanlah ia,Sesugguhnya Kau lebih menyanyanginya,aku redho kalau Kau ambil nyawanya"..

                  Sebagai ibu yg mengandungkan 9 bulan 10 hari memang tak sanggup rasanya melihatkan penderitaan anakku..Rasanya kalau blh bertukar nyawa biarlah aku jadi galang gantinya ketika itu..Lilitan wayar membaluti tubuh anak kecilku dan entah brp byk darah dimasukkan dan ubat antibiotik ke dlm badan Asraf utk menyelamatkan nyawanya..Siang berganti malam,  keadaan berterusan sehinggalah kedengaran takbir raya  berkumandang pd mlm hari bermakna berakhirnya Ramadhan dan Shawal pun menjelma...

                    Alamak! segmen ini mengenai Kenangan Ramadhankan bknnya kenangan di Aidulfitri kalau nak mengetahui selanjutnya ikuti shj entri lama ku keadaan anakku Asraf seterusnya....Tak termasuk pula aku berpuasa utk tahun keduanya di hospital blh jadi menuskrip filem pulak mengalahkan filem"Ombak Rindu" ni.Cukuplah di sini semoga Ramadhan kali ini lebih barakah dr lepas2 ..Salam Ramadhan dariku..

Thursday, July 26, 2012

Tandas Dlm Kereta satu keperluan utk Anak2 Istimewaku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

             Diam tak diam dah enam hari kita puasa. Semalam call mak mentua tanya khabarnya , mak tanya bila nak balik raya??..Tak tahu lagi jawabku..Persoalan yg amat memeningkan kepala aku dan suamiku  hingga ke hari ini..Emak mengharapkan kami sekeluarga pulang awal maklumlah suamiku merupakan anak sulungnya..Aku faham perasaan mak ingin menumpang kasih anaknya setelah ketiadaan ayah.Kesian mak!!..Siapalah yg tak mahu bergembira menyambut Hari Raya Aidulfitri ni kan..Balik awal2 kat kampung menyiapkan juadah hari raya bersama keluarga ipar duai dan anak2 saudara..Suasana kampung yg sangat mendamaikan..Lebih2 lagi dgn tibanya musim durian di kampung amatlah meyeronokkan..
        
Alahai!! airnya..Bagi pendapat akulah kecil sgt tu,apa salahnya
angkat je tempat duduk tu tak lah basah kusyen tu..Pandai2 aku
je!!..Ciptalah cepat kat Malaysia ni..

                        Tapi dgn keadaan anak2 istimewaku ini memang payah utk aku dan keluargaku balik awal..Bulan puasa ni sukar juga nak bagi mrk makan..Itu bkn jadi masalah yg besar bagiku ,paling besarnya bila hendak bawa mrk ni ke tandas dgn keadaan orang ramai ni...Anak2 istimewa aku ni terutamanya Asraf 17thn ni kalau berjalan mengalahkan anak raja..Orang tak boleh pandang dia tau!!..Masyarakat hari ini mana blh tengok org pelik sikit mesti mrk pandang atas bawah..Asraf akan jerkah org tu dan dia akan mengamuk-gamuk sepanjang jalan ke bilik air..Tu tak apa lagi kalau dia duduk megung lagilah pening kepala kami nak menariknya masuk kereta....

                          Aku tak larat nak bawa dah..Takkan aku nak bawa anak2 lelaki aku ke tandas perempuan .Firdaus 5 thn blhlah..Begitu jugak ayahnya yg ada masalah slip disk akibat lama memandu.Tak larat nak handle kalau sampai tantrum anak2 aku ini...Masalah tandas OKU yg sediakan kdg2 tak mesra OKU kotor, tak ada air dan kadang kala tak blh berkunci dan dikunci...Pengalaman aku sendiri dgn Asraf terkunci dlm bilik air OKU di tandas Tol Jelutong Highway Gutrie ,Shah Alam membuatkan aku fobia menggunakan tandas OKU..Asraf bukannya blh lambat @ keadaan kita yg agak kelam kabut masa tu dan menangis terjerit-jerit..

                           Itu belum termasuk Firdaus lagi tak larat dgn kehyperaktifnya..Jenuh nak mengejar kalau ia berlari..Kita ikut jalan lurus dia ikut jalan bengkok..Dlm tandas semua nak dipegangnya tak kiralah kotor ke,najis ke..Pernah juga dia buka paip habis basah baju aku disemburnya air..Nak cerita pun payah sebenarnya tiada siapa yg sudi mendengar sebab orang lain tak mengalaminya dan berada di situasiku..

Pendapat aku tandas diletakkan di tempat duduk belakang sekali.
Jadi agak terlindug sedikit mungkin sesuai utk kereta MPV..
Pelajar2 Universiti  di Malaysia tunjukkan inovasi anda pula 
                                                        Gambar dari Blogserius-

                       P/S:-  Sangat mengharapkan emak mentuaku memahami keadaan anak menantunya dan cucu2nya ini.Bkn sengaja mencari pelbagai alasan tapi hakikat sebenarnya kehidupan kami.Insya'Allah mak, kami akan balik juga cuma lambat sedikit..Walaupun rumah mak abah aku di Dato Keramat tapi aku  dan keluargaku akan mengunjunginya pada petang raya utk memohon kemaafan.Masa tu keadaan tak kelam kabut...Pagi rayanya tinggallah kami di BTP tanpa jiran2 disekeliling yg pulang ke kampung...Agak sunyi dan membosankan tapi apakan daya dgn keadaan anak2 istimewa aku begini..






Bila Diri Disayangi....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

               Kagum dgn suara Ustaz Zulkifli Ahmad bukan shj pandai berceramah tetapi pandai menyanyi.Picing tak lari tau hehee!!!.. Mendendangkan lagu Bila Diri Disayangi  dari kumpulan UKAYS..Yang penting kita hayati lirik lagu yg disampaikan  sebenarnya Ustaz Zul  Berdakwah melalui lagu...


 



Berdoalah  Saat Di uji

"Ya Allah ! jangan Kau cuba aku,melebihi batas kemampuanku  dan sanggupku"..
"Ya Allah! bila memang Kau cuba aku, aku pun percaya Kau sayang pada ku"...






Tuesday, July 24, 2012

Puasa ke Anak2 Istimewaku Ini??....

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


                 Tak terlambat lagi rasanya aku mengucapkan Selamat  berpuasa ye!..Sempena Ramadhan ini semoga ALLAH swt kurniakan  aku dan keluargaku kekuatan dan kesihatan yg baik utk aku menjalani ibadah puasa dan amalan2 lain sepanjang Ramadhan ini..Juga diberi kesabaran demi kesabaran melayan kerenah anak2 istimewa aku ni..Aminn..Sesungguhnya puasa ini menguji tahap kesabaran hamba2- Nya ...                 
              
Asraf 17 thn , tak kira lah kalau time laparnya sampai lambat sikit mengamuk jawabnya.

                   Anak2 aku ni biasalah tidur malamnya hampir pukul 2.00 pagi selepas rancangan Tanyalah Ustaz tv 9.(Siaran Ulangan)...Nak kejutkan Sahur, pukul 5.00 pg alamatnya gamatlah rumah aku pagi2 buta..Mrk bkn mengerti puasa ke tidak..Drpd aku dengar tangisan mrk pagi2 buta dan nak bersahur tak tentu arah..Biar jelah tak kuasa rasanya..Mrk pun tergolong dlm golongan tak berakal dan bermakna tak diwajibkan berpuasa..Tapi sebagai ibu, mak @ mama ni aku kena terangkan juga tentang ibadat puasa ni..Tapi adakala mrk faham juga bila tengok mak ayahnya tak makan sama2 mrk waktu tengahari..Mcm malu2 je mrk makan..

Faiz 12 thn dan Firdaus 5 thn..Kesian juga aku melihat mrk ni.Kalau tak perasan
makanan tu basi ke,tawar ke, masin ke..Mrk makan je!!.Bahaya juga beli kuih kat
Bazar Ramadhan ni..Karipapnya cantik tapi isinya basi dah.
Anak2 aku ni pantang nampak karipap..
         
                      Tapi tu lah masalahnya kalau bawa mrk berjalan..Tak kiralah org perasan ke @ tidak kalau time mrk nak makan mrk nak juga..Semalam pergi Tesco,aku beli brg dapur, tak terlayan ayahnya dgn kerenah anak2nya kena suap makanan dlm kereta ..Kalau tak di jerit2 nya ayahnya terutama Asraf ..Kena Firdaus pula di baling beg suruh keluarkan makanan yg ada..Dari air muka mrk ni mana menampakkan kecacatan mrk..Nanti masyarakat ingat aku dan suami tak pandai mendidik anak..Dah tua bangka makan dikhalayak ramai..

                       Pergi PARAM pula tak sabar2 minta kuih yg aku beli.Kat rumah aku dah buat kuih koleh2 kacang tapi anak2 aku tak mengemarinya.Mrk suka kuig yg pedas2 je!!Memilih ni...Mcm diorang pula yg puasa..Kuih2 kegemaran mrk karipap ,cucur udang dan popia..Mrk kenyang sebelum waktu berbuka .Tapi bahaya juga bagi mrk makan kalau aku tak rasa dulu..Ialah anak2 aku ni main makan je!! pedas ke,manis ke,basi ke,masin ke ..Aku tanya ok tak kuih ni??,memang takkan ada jawapannya.Terlupa semua anak2 aku tak blh berkata-kata...Esoknya mula kena cirit dan sakit perut..
         

PERGI BAZAR RAMADHAN SERONOK TENGOK TELATAH ANAK2 ORG MINTA MAK AYAHNYA BELI ITU DAN INI...KDG2 TIMBUL PERASAAN CEMBURU DI HATI INI..
TAK BAIK ADA PERASAAN MAZMUMMAH NI TERUTAMA BLN PUASA..TAPI APAKAN DAYA AKU MANUSIA BIASA..PERASAAN SEDIH TIBA2 MUNCUL KETIKA AKU BERJALAN KESEORANGAN BEGINI BELI JUADAH INI ....ASTAGFIRULLAHALADZIM..

Wednesday, July 18, 2012

Kanser Payudara -Teman Ke Akhir Hayat...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


BELI BUKU
       
               Sejak akhir2 ini rasa malas nak update blog makin menjadi-jadi..Masa ku luangkan dgn membaca buku hadiah dari Dr Hasanah..Profesor Dr Hasanah merupakan Dr Psikiatri di Hospital Kubang Kerian..Merupakan bekas pesakit kanser payudara 2006 juga suaminya juga bekas kanser kolon..Aku mengikuti blognya  DR HASANAH...
dan buat pertanyaan mengenai kanser di blg Dr..Tak sangka pula Dr sudi menghadiahkan bukunya pada aku..Terima Kasih Dr dgn pemberian yg tak ternilai ini..


                 Bila membaca  buku ini membuatkan aku terdiam sejenak dan bermuhasabah diri utk beberapa harinya....Dari bab ke bab aku membacanya, mula merasakan yg aku ni dah terlalu byk mengabaikan kesihatan aku..Pemakanan tak terjaga, senaman jauh sekali seolah-olah aku ni tak pernah mengidap kanser ..Mengikut dlm buku Dr,  80% bekas paesakit kanser akan di datangi kanser semula dlm masa 5 thn -10thn ...Nauzubillahi min dzalik






            Masa lepas pembedahan kanser,menjalani kemoterapi dan radioterapi akibat  KANSER PAYUDARA HAMPIR PERINGKAT 3,, dulu adalah makan ayam organik konon, buat sup krg makan makanan berminyak, guna minyak zaitun dlm masakan, makan daun herba daun duri tujuh bilah, daun mahkota dewa..Bila sembuh je selera makan bertambah, anak2 mula menunjukkan krg selera makan dgn masakan diet aku  ni..Aku mulalah masak ambal,kari,masak lemak sebenarnya malas nak 2-3 kali masak ni..Asingkan masakan aku dan anak2.Bila time makan semua aku bedal juga..Ayam organik @ ayam kampung mahal maklumlah yg cari duit sorang je bekerja..Lama2 kemudian beli jugalah ayam daging ni..Lebih2 lagi kemelesetan ekonomi yg melanda kilang tempat kerja  suamiku...

                   Lebih2 lagi dlm bln puasa dan raya ni, nafsu makan memang sukar juga dikawal, satenya ,burger bakarlah .Masakan berlemak dan berminyak,kuih muih yg pelbagai tak pernah jumpa pd hari lain tapi bulan puasa semuanya ada.Bukan tak blh makan tapi kawallah pemakanan kita dgn seimbang..Daging merah sepatutnya dielakkan oleh bekas @ pesakit kanser ni .Tapi tulah terbabas jugak kdg2..


                    Bila baca buku Dr Hasanah diperjelaskan dgn terperinci kanser adalah peneman kita hingga akhir hayat,, cuma bagaimana kita mengawal ia dari merebak dlm badan kita dan imuniti kita terhadap kanser..Jarang sekali buku mengenai kanser di tulis dlm Bahasa Malaysia ,penerangan yg jelas dan  tidak membosankan ,ditulis secara terperinci,siap dgn gambar sekali mcm baca buku novel je..Tahniah Dr Hasanah..

                   Stres juga salah satu penyebab  sel kanser merebak dlm badan..Untuk elakkan stres peningkatan kerohanian amat penting, dan bertaubat kpd Allah SWT..Memperbanyakkan amalan 2wajib dan sunnat,membaca Al-Quran terutama dlm bln ramadhan ni..Ada kajian menunjukkan ketenangan dpt dihasilkan  apb seseorang pesakit membaca doa tidak kiralah btk nyanyian,zikir dan mantera..Ritma biologikal badan yg harmoni bermanfaat kpd peningkatan fungsi imun,keradangan berkurangan dan kawalan hormon stres dan aras gula yg lebih sihat..



Kata2 Dr Hasanah buat pesakit kanser dan bekas pesakit dlm entrinya




              Kenapa kah kita di jadikan oleh Allah s.w.t.? Hanyalah untuk sentiasa mengigati dan memujiNya. Yang lain hanyalah sampingan dan sokongan untuk tugas hakiki ini. Kenapa pula kamu tidak menyanyangi diri kamu, padahal Allah amat menyanyangi diri kamu.  Apabila seorang hamba diuji dengan musibah atau dosa, maka dia akan mengetahui jati diri dan kekurangan jiwanya. 


               Apabila seorang hamba sedar akan kekurangannya, dia akan berusaha keras untuk menyempurnakannya dan dia juga dapat menyedari keperluannya terhadap sesuatu yang dapat menjaga dan melindungi jiwanya. Kamu tidak perlu takut akan sesuatu yang buruk mungkin akan terjadi apabila kamu berserah dan bersangka baik terhadapNya.


              Sedarlah bahawa Allah sedang memberi peluang kepada kamu untuk beroleh banyak kebaikan. Kamu tidak akan mendapat kebaikan tersebut andainya kamu sekarang ini cekap dan berkeyakinan dan maju jaya dalam lapangan yang diceburi. Kamu tidak akan beroleh kebaikan tersebut andai kata kamu sekarang ini asyik bercinta dengan manusia dan sibuk melahirkan dan membesarkan anak-anak. Apakah kamu menolak peluang bercinta dengan yang maha Esa?




            












Wednesday, July 11, 2012

Akibat Terlalu Emosi!!!.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

               Beberapa hari ini komputer buruk aku ni sering hang-up je, hari yg sama jugak perasaan jantung berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu yg tak kena berlaku..Mlm tadi baru komputer blh on sikit mungkin sebab aku selalu pasang  BACAAN AL-QURAN ini sepanjang mlm,panas komputer ni kot....Anak2 istimewa aku ni pun suka mendengar bacaan ayat suci Al-Quran ni..Bila beberapa hari tak pasang rasa mcm sunyi rumah ni...Virus Malware ni apa ye!!Mcm2 penyakit komputer ni..Ingat aku je byk penyakit..

                Malam tadi baru buka dan pergi ke entri Ben..Akibat dari hantar komen tentang anak yg tersedak susu ,rupa2 nya ayah bayi En Rizal kecil hati dgn komenku..Terlebih dahulu aku mohon maaf sangat2 kalau komenku buat keluarga nya kecil hati.Terlebih dahulu Al-Fatihah buat anaknya sememangnya SYURGA tempatnya...Kalau aku di tempat mrk belum tentu aku dpt menerima ujian tersebut dan masih bersedih..Aku faham sangat perasaan seorang ibu yg mengandung 9 bulan 10 hari rasanya sakit bersalin pun belum hilang, apalagi kehilangan anaknya akibat kecuaian pengasuhnya..Memang ajal maut di tangan Allah SWT tapi sebagai manusia kita kena berusaha buat sesuatu spy perkara yg tidak diingini berlaku pd keluarga lain..             

                BLOG BEN ASHAARI.. Aku dapat rasakan saat2 getir anak mrk di ICU sebab aku juga pernah melaluinya saat 15 hr  anak aku brd di ICU bukanlah sebab pengasuh ni sebab penyakitnya..Mungkin perbidalanku tak kena kot..Aku sebenarnya marah dgn pengasuh di Taska tersebut..Tak dinafikan ada Taska yg mementingkan keselamatan anak2 jagaannya..Hanya segelintir je yg ambil mudah penjagaan anak2 ini..Tahun ni saja 7 kes melibat anak2 dipusat asuhan..Itu yg dipaparkan didada akhbar mcm mana pula dgn kes terpencil..Kalau mrk menganggap semua pekerjaan dilakukan di atas muka bumi ini krn Allah dan anak2 yg dijaga itu amanah Allah mungkin kejadian yg tak di ingini tak berlaku..

                Akta penjagaan kanak2 di Taska dan Tadika wajib diperketatkan dan dan undang2 dikuatkuasakan..Pengasuh yg cuai menyebabkan kejadian tak dingini berlaku blh di bawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal spy memberi pengajaran pd pengasuh2 lain..Semua ini kena di bawa ke persidangan Dewan Rakyat..Yang berhak membentangkan di parlimen mesti YB.Aku mengharapkan sgt org yg berpengaruh spt En Rizal dan keluarga berhak mengutarakan hal begini berbanding kita2ni,aku ni lagilah setakat suara picisan ..Itulah yg aku maksudkan sebenarnya..Amat sukar sebenarnya ibubapa yg menyaman pengasuh utk menang kes walaupun bertahun-tahun turun naik mahkamah akhirnya pengasuh terlepas begitu shj akibat tak cukup bukti..Tiada hak  pembelaan utk anaknya yg normal menjadi cacat seumur hidup akibat kecuaian pengasuhnya....

               Anak2 sedara aku pun berada di taska sebenarnya,dulu sering mengambil mrk kalau maknya pulang lewat maklumlah kerja bank..Aku tak galakkan wanita di Malaysia ini berhenti kerja..Kalau semua wanita berhenti kerja demi menjaga anak2 dirumah alamatnya byk lagi kebanjiran pendatang asing di negara kita ini..Pengunaan buaian elektrik ini ditaska ..Bayi yg menangis diletak dlm buaian terhenjut dgn kuatnya sampai no 5,botol susu diletakkan dibantal yg diletakkan atas bayi tersebut..Mcm manalah bayi tak tersedak minum susu bayangkan kita ni menaiki roller coster sambil minum air...Ada dikalangan bayi mengalami kecacatan akal sedikit akibat saraf2 otaknya akibat gegaran buaian letrik ni menyebabkan kesukaran bertutur..Ini di sedari bila menjangkau umur 2-3 thn tanpa disedari ibubapa mrk..Dr Psikiatri pun ada menyatakan gegaran yg berlaku diotak blh juga menyebabkan anak2 Autisme. . ..

               Bayi yg masih meniarap dan merangkak di campur dgn kanak2 berusia 3-4 thn diruang tamu sambil menonton TV..Bayangkan kanak2 yg axcited menonton TV tiba2 mengundur ke arah bayi yg sedang meniarap ni dan terduduk di atas tulang belakang bayi tersebut...Bkn tujuan menakutkan tapi realiti sebenarnya...Kalau nak cerita byk lagilah dgn pengalamanku di wad dulu, mcm2 kejadian aku jumpa akibat kecuaian ni.. Bacallah sendiri kisah tragis Arwah adik Akmal Haris ni ye!!  Setelah 5 thn menderita akibat kecuaian di taska akhirnya ia pergi jua..Al-Fatihah buatnya..


AKMAL HARIS DLM KENANGAN...
KISAH AKMAL HARIS


Gambar Akmal Harith dlm kenangan
Teringat aku bagi susu kat Asraf dulu..Hampir 3 thn Asraf makan melaluinya
Aku faham sgt perasaan ibunya ..


P/S  : Bagi ibu yg berkerjaya  dapat pengasuh yg baik dan taska berkualiti ..Janganlah pulak ambil kesempatan atas kebaikan mrk..Pulanglah segera jangan "window shopping" pulak..Mrk ni pun perlu berehat..Luangkanlah kualiti time anda kpd anak2 anda sendiri dirumah..Anak2 adik2ku pun di taska juga risau dgn keadaan mrk..Hanya Allah STW melindungi mrk...

Sunday, July 8, 2012

Follower ke-200

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

               Semenjak kali pertama aku menjadi blogger awal pertengahan bulan Januari lalu, tak terfikir pun aku  akan mempunyai kawan2 di alam maya ini..Daripada seorang yg tak tahu langsung tentang IT ni, sedikit demi sedikit berjaya membuka mindaku ..Penulisan yg agak tunggang terbalik,kelam kabut dan blog yg agak berserabut akan aku cuba memperbaikinya dr sehari ke sehari..




               Terima Kasih kpd kawan2 di Alam Maya yg sentiasa memberi komen yg bernas , memberi sokongan padu dan sentiasa mendoakan buat kami sekeluarga....Tak jemu2 mrk membaca entriku yg agak panjang ini...Terima Kasih juga buat blogger  Ben Ashaari , Cikgu Dieyna , Hasrul Hassan yg sudi review blog aku dlm entri2 mrk..Tanpa mrk mungkin blog aku tiada pembacanya..Sebab pada awal pembabitan aku di dunia blog ni tak pandai langsung nak link2 dan memperomosikan blog aku..Sekarang dah pandai dah sikit2...Begitu juga sahabat2 yg sudi menjadikan aku blog list dalam blog mrk....

                Terima Kasih tak terhingga juga buat suamiku merupakan pendorong utama utk aku menulis ..Tanpa kebenarannya tak blh juga aku menyiarkan gambar2, kisah anak2 istimewaku dan pengalaman sebagai pesakit kanser.. ..Secara tak langsung dia lah yg byk tunjuk ajar tentang dunia blog ni..ha!ha!ha!!!..Jangan jemu dan serik membaca kisahku ye!!...

Saturday, July 7, 2012

Tak Sia-sia Berbudi Pada Tanah......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......
                                      
                  Tak byk pun tanah,maklumlah rumah teres byk manalah tanahnya ..Tapi boleh juga dimanfaatkan
tanah yg tak sebesar mana luas tu telah mendatangkan hasil buat kami sekeluarga....Dah 3 kali aku tuaidah pokok mangga ni..Walaupun hanya sepohon pokok tapi jangan cakap tau hasilnya..Rezeki dari Allah SWT dikongsi bersama dgn jiran tetangga  aku ni..



                 
                    Ingatkan tangan aku ni panas ,mangga yg pertama waktu mula2 pindah dulu mangga epal ..Berbuah 2 biji tiba2 mati tanam daun pandan,daun kunyit mesti mati.Naik malas aku menanamnya... Seterusnya aku cuba menanam mangga ni lah tak tahulah apa namanya, 5 thn juga aku menunggu akhirnya berbuah..Syukur Alhamdulillah..


                   Aku tak sukalah balut2 mangga ni lebih suka lihat dia membesar sedikit demi sedikit,.Bila melihat buah buah dan kehijauan daun2nya memang menghilangkan stress kita..Belum lagi tanam pokok durian tu..Alamak!! tiba2 teringat rumah mak mentua aku di kampung..Semalam aku call katanya buah durian dah luruh dah!!byk baliklah pesan mak mentua aku..Huhuhu!! kenapalah buah durian tu tak tunggu kami balik lepas raya nanti..Nak balik selalu ongkos gak ada!!..



                     Walaupun mangga ni muda tapi tak masam tau, cicah pula dgn kicap,gula lecokkan cili padi.Ump!!pejam mata tak terkata..Kalau masak lagilah manisnya, ala mcm mangga Lili gitu..Tapi tak tahu lah aku mangga apa ni..Jangan tanyalah ye!!...Tapi aku pelik dgn cempedak seberang jalan rumah aku ni tak berbuah-buah..10 thn dah aku menanamnya tak de hasil lagi..Taukeh Cina tu cakap berbuah dlm masa 3 thn..Kot  kena tipu bkn tot kot tapi dia tanam pakai biji....Aku tak ambil pula gambarnya...


                     Anak2istimewa aku ni memang berhantu makan mangga terutama yg muda ni,tak ingat dunia tapi lepas tu mulalah tercirit..Masing2 pakai pampers..Pampers dewasa dahlah mahal..Ku gigit batang hidung  masing2 baru tau!!Lepas geramlah tu....

Thursday, July 5, 2012

Apa Itu Root Canal Treatment(Rawatan Akar Gigi)??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

                Jawapan kpd Kenapa Kos Rawatan Pergigian Mahal??  Siapakah yg sanggup mengadap gigi kita selama  sejam atau lebih? Pasangan  kita?..Aku ni selama hampir 18 thn berkahwin tak pernah tengok dlm mulut suami apatah lagi nak memerhatikan giginya  pun begitu juga dgn suamiku..Sungguh!! tak tipu pun..Bagaimana dgn anda?Jangan lupa hantarkan  komen2 ye di bwh ini..

                 Aku respect sangat dgn Dr2 gigi ni..Walaupun doktor2 ni menutup hidung ketika melakukan tugasan, kalau aku ditempat mrk nak muntah pun ada..Bayangkan pesakit yg tak pernah melakukan scarling..Bagaimana keadaan gigi mrk ye?Ini tak termasuk bau mulut yg busuk, mcm mulut aku nilah malu nak cakap..Sabarnya mrk sanggup mengadap gigi kita selama sejam lepas tu pesakit seterusnya setiap hari..Tanpa mrk tak tahulah mcm mana gigi aku....Tak boleh nak cakap apa2 sebenarnya..Hargailah mrk ye!!
                 
                  Sejak akhir2 ini keadaan gigiku agak rapuh dan bergoyang..Mungkin kesan ubat kemoterapi dan radioterapi kanser dulu..Kesannya berbeza di alami oleh bekas pengidap2  kanser..Sebelum melakukan rawatan gigi kena terangkan penyakit sedang dan yg pernah kita lalui pada Dr gigi..Tak semua ubat antibiotik blh di beri samada pengidap kanser @ bekas pesakit kanser..


Gambar mengenai Root Canal Treatment-
Ehsan dr Google
Bagaimana Rawatan Akar gigi(Root canal treatment)dilakukan:-

1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.Dilakukan secara berperingkat-peringkat..

   Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.


2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.


3. Prosedur rawatan
      Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.

     Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.

4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM500.00 ke atas mengikut kerosakan gigi ( Kos ini dah tampalan akhir iaitu tampalan kekal )...


ISTILAH PERGIGIAN


Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari

Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.

Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami kekurangan air liur...


Sumber:Doktor Leen,
            Blog bakal Dr Gigi,

               Aduh!! sakit gigi memang menyakitkan ..Mcm2lah petua gigit cengkih guna ubat gigi sedsodyne tapi tak berkesan..Ubat tahan sakit berkoyan-koyan ku telan..Hilang kesabaran terhadap anak2 aku ni..Pantang salah sikit aku mudah naik angin ..Kesian pada anak2 istimewaku ini...Mrk bkn mengerti apa2 pun..Kalau nak makan jam tu jugaklah, tak pandai nak bersabar langsung..Maafkan mak,ibu,mama ya! sayang..Kini aku mula tersenyum..Alhamdulillah..Sakit gigi buat aku gila meroyan rasanya..Kalau aku pilih cabut gigi pasti masih terasa kesakitannya hingga ke hari ini..Terima kasih Dr Zailinda..


                 Bagi anda di luar sana,mulai hari ini kita menabung ye!!Kalau lebihan pergi pasar tu simpan dlm tabung..Cukup rm200 setiap 6 bulan sekali pergilah cuci gigi (scarling)di klinik gigi tampal semasa lubang masih kecil..Beringat sebelum kena...Hanya rm 1.50 sehari je utk gigi kita sihat....Aku dah serik ni..

Senyum kpd semua ,senyumanmu yg paling bermakna
Kini aku mampu tersenyum, first rawatan root canal hilang sakit  gigi
dah..gambar google


 P/S  : Perasan tak org tua dulu2 dan org2 Asli ni mcm mana mrk mencegah gigi mrk sakit..Dari zaman kanak2 mrk mengamalkan honges kulit tebu..Tanpa disedari menguatkan dan membersihkan gigi mrk..Cuba hari ini kita siat dan honges kulit tebu tu menggunakan gigi kita..Mahu tercabut semua gigi kita..Dulu mana ada berus gigi dan Dr gigi...Mulai hari ini mari kita menanam tebu di tepi pagar rumah masing ye!! dan ajak anak2 kita menghonges tebu.Kembalikan balik nostalgia waktu kita zaman kanak2 dulu...Bukan menanam tebu di tepi bibir..

Wednesday, July 4, 2012

Kenapa Kos Rawatan Pergigian Mahal??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


                 Semalam hampir sekerat hari tiada letrik di rumah aku, anak2 aku mula kepanasan ..Mulalah mengamuk tak tentu pasal..Tv tak blh buka ,Asraf bawa remote TV dan Astro suruh buka,suis kipas dibuka tutup berkali-kali..Begitu juga Firdaus mula mengamuk seolah-olah akulah penyebabnya..Faiz  pula buka tutup suis komputer ni..Kalau aku beri penerangan dan marah sekali pun mrk tak akan memahaminya..


                 Hari Isnin lepas pergi semula ke klinik gigi sebab tampalan gigi yg aku buat 3 minggu lepas tetap sakit..Dr Zailinda memberi pilihan sama ada aku nak cabut atau root canal treatment(mati akar) sebab kesakitan dah sampai ke saraf..Tanya kos rawatan rm 500 utk sebatang gigi..Masya'Allah mahalnya..Dr nasihatkan jangan cabut sebab gigi bawah tu penting utk pemakanan ..Memandangkan sebelah gigi yg rosak tu, tlh kena cabut.Kalau aku cabut bermakna 2 btg geraham tiada .Nanti geraham atas tiada penahannya dan mudah rosak..Kena buat bridge(jambatan gigi)pula.Gigi pun ada jambatan ye!!Mcm2 rawatan gigi ye!!Kosnya lagi mahal berbanding root canal treatment...Pada awalnya aku menyangkakan Dr ni saja je nak kenakan aku dgn treatment yg disyorkan..Tapi bila difikirkan balik betul jugak sebab tulang pipi akan mudah jatuh kalau tiada gigi..Ada kebenarannya jugak..


Sayangi gigi anda,Jangan biarkan gigi anda jadi begini
Ehsan dr google
                    .Dulu masa pergi klinik gigi kerajaan  Dr kat sana tak de pula nasihatkan bertapa pentingnya gigi geraham tengah sebelah bawah ni..Dia terus cabut je..Ialah diorang ni nak cepat je kat luar ramai lagi pesakit menunggu tak buat penerangan pun tentang kepentingan gigi2 ni..Sebenarnya aku mempunyai pengalaman ngeri ketika cabut gigi geraham bongsu..Semenjak itu aku takut nak jumpa Dr gigi..Aku mengalami pendarahan gigi yg agak teruk sampai tak boleh makan..Hanya makan nestum sekadar mengalas perut..Gigi geraham di cabut tak disedari masih tertinggal sisa akar tunjangnya..Akhirnya terpaksa dilakukan pembedahan kecil utk mengeluarkannya..Org tua2 kata pongkanya..Bayangkan luka cabutan tak sembuh lagi terpaksa dikorek balik utk mengeluarkannya kemudian dijahit krn luka yg agak dlm..Sebulan aku menanggung kesakitannya....




                    Berbalik kisah gigiku semula, fikir punya fikir aku terima cadangan Dr Zailinda utk buat Root Canal Treatment..Bukan hari tu terus bayar rm 500 ,3 kali proses rawatan dijalankan dlm masa 3 minggu sekali kena dtg..Maknanya 3 kali bayar lah..Mcm hutang karpet pulak..Dr Zailinda pun memahami keadaan aku, dia pun mempunyai anak istimewa Cerebral Palsy..




                   Nasihat Dr Zailinda pada aku mungkin aku blh kongsi di entry ini , kos rawatan gigi boleh dikurangkan kalau kita beri penjagaan gigi dari awal lagi :.
  1. Jangan tunggu gigi sakit baru pergi ke klinik pergigian..Masa tu terlambat kos rawatan mungkin meningkat..Lubang gigi dah besar dan kemungkinan sampai ke saraf..
  2. Lakukan pemerikasaan gigi 6 bulan sekali paling lama pun setahun sekali..Dr gigi akan lakukan scarling(pembersihan gigi).Plak punca utama kerosakan gigi..Mana2lubang kecil akan ditampal awal..
  3. Peruntukan sekitar rm200 setahun utk pembersihan gigi di klinik gigi kalau klinik kerajaan lagi murah.Setengah majikan swasta @ kerajaan ada peruntukan utk gigi..Gunakan peluang ini..
  4. Kos pergigian tidak termasuk dlm 36 jenis2 penyakit ditetapkan oleh pihak insurans..Pihak Insurans tak cover jenis penyakit gigi..Awas!!
  5. Gunakan berus gigi yg lembut(soft) utk membersihkan gigi anda..Berus gigi keras menyebabkan lapisan gigi nipis dan tidak membersihkan..
  6. Belajar balik cara cuci gigi yg betul..Mengikut kajian kebanyakan kita mencuci gigi cara yg salah terutamnya gigi geraham..

Root Canal Treatment-Rawatan mati akar..Nanti aku terangkan
tentang rawatan ini pd entri akan dtg ye!!
Ehsan Google
                      Aku tahu kebanyakan kita termasuk aku takut nak pergi ke klinik pegigian krn takut peralatannya..Betul tak?? terutamanya suntikan utk bius dan kebaskan gigi kita..Lagi satu peralatan utk mengorek gigi tukan..Bunyinya mengalahkan nak drill rumah..Kalaulah blh dipengsankan??persoalan ini pernah aku tanya pd Dr Zailinda..Bius tak elok utk kita kecuali sebab2 tertentu shj Dr terpaksa mengunakan bius..Misalnya anak aku Asraf pernah dibius dan dipipengsankan utk merawat giginya yg kebanyakan rosak(GA treatment) ketika di Klinik Pergigian Pediatrik HKL dulu....

                      Jadi cari Dr yg berpengalaman utk merawat gigi kita..Bukan tujuan promosi,,diantara byk2 Dr pergigian yg aku jumpa..Dr Zailinda adalah yg terbaik..Klinik Pergigian Zailinda ,Taman Permata Ulu Kelang berhampiran Hypermarket Giant..Terpaksa buat temujanji 2-3 minggu awal utk jumpa dgn dia..Memang ramai Dr gigi kat klinik tu tapi aku lbh serasi dgn dia..Aku dan suami mudah terbelahak kalau bendasing masuk dlm tekak kita..Tapi dia sabar dgn kerenah kami berdua berbanding dgn Dr2 gigi aku sebelumnya..
Suntikankanya dia gunakan jarum paling halus hingga tak terasa pun disuntik..

                     Tak lah mcm Dr yg cabut gigi geraham bongsuku dulu kasar dan tahu nak cepat je!! ..Belum kebas lagi dah cabut gigi aku,terasa kesakitannya.Dia blh kata ok! ok! rasa2nya mahu aku cabut gigi dia balik tau!!..Tapi terkilan juga anak2 aku tak blh pergi jumpa Dr Zailinda krn mrk tiada peralatan khusus utk anak2 istimewa ni..


Nota kaki  :  Nak tak nak aku kena bawa mrk check-up gigi di Klinik Pergigian Pediatrik HKL..Mrk tak blh kata apa2..Sakit tak sakit Dr teruskan kerja mencuci dan menampal gigi mrk yg rosak..Kena cepat ,cekap dan pantas..Kesian mrkkan..Dr Jehan ,Pakar Dr gigi utk anak2 OKU ni ..Sebagai mak aku akan memastikan gigi anak2 aku di gosok sekurang-kurangnya 1 hari sekali dan 4 bulan sekali rawatan cuci gigi di HKL..Bukan mudah nak gosok ketiga-tiga anak aku ni dgn kudrat tangan kananku yg agak lemah akibat pembedahan kanser ni..

Tuesday, July 3, 2012

Seronok tak terkata !!! Ben Ashaari Promote Blog Aku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Sejak akhir2 ni malas sangat nak up date blog..Tak tahulah kenapa mungkin tiada idea atau kesakitan gigi yg ku alami ni sejak akhir2 ini..Semalam Hari Ini dlm Sejarah bila ramai pula yg mengunjungi blog ku..Bila difikirkan siapalah yg sudi mengunjungi blog mengenai pengalaman membesar dan mendidik anak2 istimewaku..Tiada perkara yg istimewa pun..Selidik punya selidik rupa2nya dari blogger terkenal sudi membaca dan mengunjungi blogku..
Terima kasih tak terkata ni sudi letak linkku di entrinya ..
BLOG BEN ASHAARI


Isnin, 2 Julai 2012


Perlukah kita dan keluarga kita ada insurans ?


Hurm .. Dulu , bagi aku insuran ni membazir jer .. Bayar tiap tiap bulan tapi takde apa apa pon .. Bertahun aku bayar tapi , apa pon tarak .. Untung ? Kalau amik sekali ngan simpanan , untung la ..dapat bonus atau dividen .. tapi kalau amik sekadar perlindungan ?
Selepas aku kawin , bertahun berikutnya baru aku nampak kepentingannya lebih lebih lagi bila aku nampak anak buah aku dok keluar masuk hospital kerana sakit .. Hurmm ..
Aku terfikir waktu tu .. Dengan keadaan hospital kerajaan  yang amat jarang nak dapat layanan yang baik jadi hospital swasta adalah menjadi keutamaan aku andai aku sakit teruk nanti.. Ini berdasarkan pengalaman aku ikut ayah ke hospital untuk check kencing manis serta darah tingginya. Memang tensen wooo … Waktu tu laa ..
Ditambah lagi dengan pelbagai jenis penyakit yang mula muncul ( lama dah pon sebenarnya tapi kurang ilmu mengenaninya ) , maka aku dan wife amik keputusan untuk amik insurans ..
Dan ternyata , keputusan kitorang tu amatlah berbaloi .. Kenapa ? Itu korang leh baca pada entri aku yang lepas ..
Dan , bila aku terbaca kisah seorang rakan blogger yang mana dia meluahkan perasaannya mengenai insuran ni , aku rasa lega sangat kerana tindakan aku skang ni betul apatah lagi aku baru saja amik untuk Qhaliff ..termasuk simpanannya sekali ..
Rakan blogger yang aku maksudkan ni , menceritakan kisah peribadinya bersama 3 orang anak OKUnya. Memang sayu dan pilu aku membacanya . Aku pandang Qhaliff setiap kali aku berenti dan usap dahinya… Hurmm ..
Aku tak mungkin setabah akak SITI tu .. sangat respek dengan ketabahan serta kesabarannya .. Semoga Allah terus berikannya kesabaran dan murahkan rezeki keluarganya .. Jom baca blog akak SITI .. http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/

Thursday, June 28, 2012

Perlukah Insurans Kesihatan utk Keluarga Kita??.......

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.....




                                                 






              Aku bukanlah agen insurans yg di bayar ye!!! sekadar berkongsi pengalaman sahaja..Tak lebih dari itu..Ada keburukan dan ada juga kebaikan tentang insurans ini..Terpulanglah pada kalian utk memilihnya yg penting baca dulu isi kandungan perjanjian insurans tersebut..Kalau ikutkan semua perkara dlm dunia ini ada baik dan buruknya ..


              Hidup kita ini umpama roda adakala di atas dan adakala di bawah..Mungkin hari ini kita sihat tapi tak tahu esok lusanya kita sakit..Kemalangan jalanraya juga merupakan risiko yg tinggi kpd kita..Mungkin hari ini kita melihat orang yg terlibat dgn kemalangan..Mana tahu esok lusa kita pula yg laluinya.....Nauzubillah min zalik....Jadi beringatlah  dan berwaspada selalu...


              Keluargaku sendiri tiada mengambil Insurans Kesihatan  maklumlah 20 thn yg lalu setahu aku ada Insurans nyawa je kan..Bila di landa pelbagai dugaan demi dugaan baru aku tahu betapa penting wang simpanan ..Tapi kalau ditimpa penyakit yg kritikal spt aku ni   Kanser Payudara hampir ke tahap 3...    wang yg disimpan cepat shj habisnya, KWSP?? akaun 2 je!Berapa rm sangatkah dlm akaun 2 ni.. akaun 1 tak dapat membantu tunggu umur 55ke @ 60 thn ke itu pun kalau sampai umur kita..Nak minta bantuan saudara mara ,mrk sendiri ada masalah tersendiri..


                Aku tujukan kpd adik2 yg baru habis belajar tak kiralah lepasan sekolah, diploma atau ijazah dan baru bekerja ..Belilah insurans masa tu anda muda taklah mahal sangat cari Insurans yg blh buat simpanan sekali..Bila sampai waktu matang boleh dapat duit balik bukan Insurans yg ambil..Awas!! buat potongan gaji dan selalulah check pastikan majikan masukkan wang anda pada tarikh sepatutnya....Bukan apa Insurans ni pandai juga kalau lambat beberapa hari kita tak bayar ,dia tak cover kita kebetulan kita sakit atau kemalangan waktu tu..Perangai kitakan sering lupa..


                  Memang kenderaan pun penting tapi bagi mrk yg baru bekerja  ni belilah kenderaan murah dulu kancil ke,viva ke jadi ada simpanan lebih betul tak adik2ku sekelian,PPTN mesti bayar nanti di soal di akhirat kelak....Janganlah jadikan alasan!! sebab aku tahu byk wang mrk dihabiskan utk benda tak berfaedah bg perempuan  gajet2nya,mcm2 jenis tudungnya, handbag, kasut yg kayanya SOGO dan gedung2 perniagaan yg lain..Lelaki pula dgn belanja perempuan, gajet2ni ,aksesori kereta,baju seluar berjenama dsbnya..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan..Kalau mereka yg merokok pula dah sah2  memang berisiko mendapat penyakit lambat atau cepat je bergantung pada Allah SWT.....Mungkin anda yg di pilih dr yg terpilih!!!


                   Bagi yg baru berkeluarga pula buat insurans utk keluarga sekali kalau mampu..Tak mampu pun cubalah mampu2kan ,lupakan dulu nak hias dan besarkan rumah ,bertukar kereta dsbnya.Biarlah ala kadar je dulu.Sekarang ni byk penyakit kritikal menyerang anak2 misalnya kanser,jantung dsbnya..Malang tak berbau!!.Benarlah semua takdir Allah SWT.Tapi Allah SWT suruh kita berusaha dulu,berdoa dan bertawakkal..Penyakit ini memerlukan perbelanjaan yg besar..Walau byk mana pun simpanan kita ibarat 'Bukit kalau di tarah akan habis jua'..Orang Cina mengutamakan insurans keluarga ..Itu kadang2 dekat hospital swasta ramai org cina ,ada dikalangan mrk bukan senang sangat tapi sebab mrk mengambil insurans ,mrk blh ke hospital swasta..


                    Bukanlah aku maksudkan hospital kerajaan ini tak bagus..Janganlah salah anggap pulakkan..Tapi melalui pengalaman aku dan anak2 aku tinggal di hospital 
 Pengalaman 3 tahun di hospital,,   ..Apb Doktor di hospital kerajaan ni bila dah jadi pakar je ,mrk akan beralih ke hospital swasta yg tinggal Doktor2 pelatih..Maklumlah hospital swasta menawarkan gaji yg lumayan buat mrk ni..Siapa yg tak nak gaji tinggi selepas berhempas pulas belajar..Betul tak??Masalah kekurangan dan kepakaran Doktor di hospital kerajaan memang kerap berlaku hingga ke hari ini..Jadi fikir2 kanlah demi keluarga anda..




               P/S :Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihnya.. Mencegah lebih baik dari mengubatinya..Beringat sebelum Terkena..
Malang tak berbau, Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada guna..
                   

Friday, June 22, 2012

Penyu Menangis Tak Siapa Tahu......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..........

                 Masih mengenai  Terengganu Darul Iman..Di Rantau Abang , Orang Terengganu gelar Pantai Ibu Penyu..Tengahari buta kami singgah di sini..Maklumlah kalau dr KL sampai sini mesti malam..Tak berpeluang menikmati kecantikan Batu Penyu..

Tengahari Buta di Pulau Penyu...

                       Mak Mentua aku memang berasal dari Rantau Abang..Dulu memang byk lah penyu bertelur tapi sekarang dah tak de lah ..Resort2 tinggal begitu shj umpama 'Gajah Putih'..Penyu pun pandai merajuk akibat kerakusan dan ketamakan manusia terhadap telur penyu akhirnya generasi hari ini tak dapat menyaksikan penyu bertelur..Walaupun hanya binatang shj..Ianya makhluk Allah tetap ada perasaan..Apalagi kita manusia ni kan...Kalau sering di hina ,sering di keji lama2 semangatnya akan pudar jugak..

Seolah-olah batu itu menyerupai penyu naik ke darat untuk bertelur.
Sekarang ni penyu dah tak bertelur di Rantau Abang sebab merajuk telur selalu di ambil dan di jual
di Pasang Payang..Penyu Menangis tak siapa yg tahu..
               


Sesekali merenung laut luas terbentang pengubat stress..
Rasa2nya ingin je menjerit tapi Mak Mentua sebelah..
Pantai tetap tak berubah walaupun laut bergelora,
Ombak menghempas pantai..Sabarnya pantai!!
Mana Faiz ni ??

Tok dah siap senseng lengan dah melihatkan telatah cucunya
yg tak duduk diam ni walaupun seminit..

                 Masa ni Firdaus dah mula buat perangai, dia nak pergi mandi ke laut..Aku dah biasakan pergi PD
mandi laut..Jadi dia ingat asalkan ada laut shj bole mandi..Tu lah aku dan suami malas berhenti kereta di sini..
Cakaplah macam mana pun, di marahi oleh Toknya ke! Matlamatnya hanya satu mandi..

                Berguling-gulinglah Fizi melalak di pantai..Penuh pasir di bajunya padahal nak pergi rumah adik ipar aku kat Dungun ni.. Ayahnya terpaksa mendukungnya utk memasukkan dlm kereta..Tercampak-campak kamera aku..Siap dia muntahkan sekali dlm kereta haru-biru jadinya..Nasib baiklah tiada org masa tu..Inilah  telatah anak2 aku menyebabkan aku malas nak berjalan ni.....   



Firdaus dah mula buat perangai!! Dia dah mula berlari ke pantai hendak ke laut..
Ingat !! sini PD ke..Waktu ni dia dah siap berguling-guling ,dan mengamuk
sebab tak dpt masuk laut..Mcm mana nak cari ketenangan ni..
Kamera dah tercampak dah..Balik!!
Hai!! Anak2 Aku ni..

                   
                        Nasib baiklah Asraf tak de kalau tak dia sekali mengamuk..Firdaus memang pantang nampak air ,air pancut dekat KLCC tu pun dia nak masuknya..Tasik Titiwangsa ke ,Tasik Perdana ke memang aku tak berani nak pergi kalau berdekatan tasik..Percaya tak!!Laman kolam ikan rumah adik ipar aku tu dia masuknya masa tu aku dan ayahnya terleka sekejap...Ikan Koi tu!! nasib baik tak mati ikan tu..
Itulah aku malas nak pergi rumah org kaya ni..Mcm2 dekorasi..Memanglah depan kita tak marah tapi belakang??Wallahualam....Mahal tu peralatan kolamkan..Aku pun faham....


                         Nasib baik dia tak masuk dlm kolam Masjid utk ambil air sembahyang hari tu ..Kaki dia dah  melangkah dah!!Kering darah aku di buatnya terutama Mak Mentua akulah..Jangan sesekali terleka padah  jadinya...         
                          FIRDAUS HAFIZI!!!!!!!!

                




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...