Andaiku tahu bila sampai ajalku,ku bermohon Kau panjangkan usiaku..Aku takut dosa2yg membayangiku..Tak tahulah lagi lirik lagu kumpulan UNGU ni...Sebenarnya aku lebih memikirkan nasib anak2ku bila ketiadaanku nanti..Adakah nasib mrk ni terbela.Siapa nak jaga mrk nanti.Lebih2 lagi bila dipersoalkan oleh ibu mentuaku di kg baru2 ini..Kdg2 aku selalu berdoa spy di ambil nyawa anak2ku dulu tapi aku tak sanggup menghadapi saat2 kehilangan mrk.Zalim ke aku ni??.Rasanya kalau di izinkan Allah SWT biarlah selahad dgn anak2ku..Astaghfirullahaladzim!!.Knplah aku merepek yg bkn2 ni...Bila tiba musim Haji ni teringin rasanya nak terpilih jadi Tetamu Allah..Bila ujian demi ujian yg menimpa aku dan suamiku teringin sgt rasanya utk sembahyang di Masjidil Haram, berdoa di Jabar Rahmah..Semoga Allah SWT Permudahkan utk kami ke sana nanti..
Tapi itulah siapa yg sanggup menguruskan ketiga-tiga anak istimewaku ini..Maklumlah nak mengerjakan haji 45 hari manakala umrah lbh krg 2 minggu.Nak upah org menjaganya sanggupkah mrk dgn karenah anak2ku ini.Sehari dua mungkin blh kena seminggu??dgn air liur melelehnya,main najisnya,mengamuknya terutamanya Asraf anak sulungku.sanggupkah mrk??..Umurku dan suamiku pula semakin bertambah dan keadaan kesihatan kami semakin terbatas.Bekas pesakit kanser spt aku ni luaran je nampak sihat ttp dalamannya ??Aku kuatkan semangat demi utk anak2 kalau diikutkan terasa amat letih sgt2.. ..Asma,resdung mcm2 ada aku ni.Kalau aku terus menunggu dan menunggu anak2pun semakin membesar..Lagi payah nak menjaganya.Anak org makin besar makin senang tapi itu tak bg aku...Mak aku pula dah cakap dah setakat 10 hr ke bawah blhlah lbh dr itu dia tak larat dah..Mana nak jaga abahku lagi..Mak Mentua pula tak tahu menjaga Firdaus yg hypernya melampau-lampau mengalahkan MacGyver semua benda nak diterokainya mana nak mengurus Asraf dan Faiz lagi..Byknya alasan..
Semalam suami cari tukang urut refseologi Pakcik Hj Harun di blok 28,rasanya mudah je rumahnya ada banner mengurut org patah tulang ..Adik ipar pernah berurut di situ dulu.Cari punya cari kemudian tanya org kat situ rupanya pakcik tu dah meninggal dunia dah..Innalillahi wainnahilaihirojiun..Dah setahun dah meninggal di rumah anaknya..Pagi ni pulak aku beralih angin makan nasi lemak di Tun Teja depan sekolah agama Rawang..Dah lama rasanya tak menikmati nasi lemak Pakcik tu..Yg membezakan nasi lemaknya dgn nasi lemak lain ialah timun di ganti dgn sayur kacang panjang yg digoreng,sambalnya lain drp yg lain dan nasinya dikukus..
Last aku selalu membelinya samasa anak2 ku berada di Pdk Rawang kira2 5 thn lalu sebelum kanser menyerangku dan Firdaus belum lagi dilahirkan..Lamanyakan, tapi tak kelihatan pakcik tu suamiku pun tanyalah mana pakcik sbb kehebatannya menghiris telur rebus guna tali tangsi tak perlu guna pisau. ...Rupa2nya dah meninggal juga 4 thn lalu..Kedua-dua pakcik ni tegap dan kuat bekerja..Tapi tulah bila ajal sampai x siapa dpt menghalangnya..Tu buat aku terpanggil utk buat tajuk entri tu...
Balik Terengganu pula baru2ni, jiran mak mentuaku meninggal dlm tidur padahal br je buat majlis pertunangan anaknya yg dijangka kahwin raya haji ni.Pagi tu Isterinya kejutkan suaminya utk bangun solat Subuh tiba2 dah habis nyawa dah(cakap Ganulah).Tanah perkuburan pula betul2 depan rumah Mak Mentuaku..Knplah aku di tembungkan dgn berita2 kematian utk beberapa hr ini seolah-olah Ia mengingatkan aku soal kematian...
Falsafah Bill Gates-Jangan sedih dilahirkan susah tapi menangislah jika anda mati dlm keadaan susah.. Bagi aku pula biarlah susah di dunia tapi senang di Akhirat.... Wallahualam |