Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, December 30, 2014

Penutup 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lamanya tak update blog..Tahun 2014 rasanya meninggalkan seribu kesedihan..Tak tahu apa nak cerita..Anak2 macam tulah makin dewasa semakin lain cabarannya rasa lebih sukar untuk di ceritakan..Diri semakin senja..anak2 meningkat dewasa lebih besar dari kami ,tenaga lebih kuat dari kami yang semakin tak berdaya ni....Doakanlah  kesejahteraan keluarga kami ya semoga kami suami isteri terus tabah ,sihat , dipermudahkan rezeki kami  dan sabar menghadapi kerenah ketiga tiga anak kami yg berlainan perangai  ni..
salam maghrib semua



Kad ni dlm kenangan dah tukar kad baru
MUHAMMAD ASRAF




wajah pun baru
MUHAMMAD FAIZ

Saturday, July 19, 2014

TIP MASAKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Tips Masakan:
Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.
Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di
rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di
tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur
itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.
ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.
iii) Telur lama/baru – Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar/baru. Jika timbul, buang saja telur itu.
Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk.
ii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fried anda akan menjadi lebih ranggup.
Bebola Ikan
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu samaada bebola ikan yg anda beli di
pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dlm
campuran air kunyit dari dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dlm bebola ikan.
Brokoli
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.
Beras
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak.
ii) Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.
Baking Soda
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menhapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.
Limau
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat.
Pengisar (Blender)
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar.
Bawang Putih
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat.
Tepung / Ulian
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.
Biskut
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.

Saturday, June 21, 2014

CADAR FITTED/GETAH KALIS AIR-SESUAI UTK ANAK KENCING MALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dah hampir nak puasa dah memperkenalkan produk terbaru untuk meringankan tugasan surirumah dan juga ibu-ibu bekerjaya..Bapak2 mudah je tidur je kan ada ku kisah tilam busuk ke tidak..Kita ni jugalah kaum wanita yg kena memikirkannya..Terdapat banyak cadar2 di pasaran dari harga ringgi ke beratus-ratus,ribu pun adakan..Entahlah itu ku tak tahu sebab di rumah masih setia dgn SARUNG TILAM BERZIP..


Tapi apa nak buat kalau anak kencing malam..nak marah anak, nak buang cadar atau nak buang tilam..Teknologi sekarang tilam bukan murah-murah..Ada yg tebal-tebal pulak tu..Sampai bila anak-anak nak di pakaikan lampin pakai buang..Ada juga masalah anak berumur 10 tahun masih kencing malam..

Bagaiman pula dengan anak istimewa yg terlantar dan wargaemas yg mempunyai masalah kawalan kencing tapi tak mahu pakai lampin pakai buang..Carilah jalan Alternatif..Walaupun agak mahal tapi mahal lagi tilam kitakan..mana tahan nak bau hancing dan hapak tilam..Materialnya perlu di import dan di jahit dgn penuh ketellitian dan plastik yg terlalu lembut tidak memberi kepanasan  pada kulit anak2..Cubalah ye kalau tak cuba tak tahu..Akak dah gunakan untuk ketiga-tiga tilam anak2 istimewa akk..Memang ini jalan yg terbaik..




Fungsi Cadar fitted kalis air

1. Membantu dan meringankan masalah membersihkan tilam. Sekiranya tilam kerap basah lama kelamaan ia akan berbau busuk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Penggunaan alas tilam menghalang tilam dari basah dan kekal bersih dan kering sepanjang masa.

2. Membantu dalam penjagaan dan kebersihan tilam. Kebanyakan dari kita mempunyai tilam yang tebal, berteknologi tinggi dan selesa untuk menjamin kesihatan, tidur dan rehat yang cukup. Agak mustahil untuk kita mengangkat tilam dan menjemurnya seperti orang-orang dahulu. Dengan adanya alas tilam Aulashield ianya membantu memanjangkan hayat tilam anda memandangkan harga tilam yang mahal pada hari ini, mendapatkan perlindungan tilam adalah satu pelaburan yang baik.

3. Lebih selesa dari menggunakan alas plastic biasa. Lapisan kalis airnya membenarkan udara mengalir tetapi menghalang cecair dari menembusinya. Menyebabkan ia amat selesa digunakan untuk kanak2 atau orang tua.

Usah bimbang dengan kualiti, Cadar kalis air diperbuat daripada material bermutu tinggi.

Kami menggunakan berbagai jenis material seperti 100%kain kapas , fabrik mikrofibre, fabrik poly yang dilapiskan dengan lapisan Kalis Air micro PU yang menghalang air dari menembusi tetapi membenarkan pengaliran udara berlaku. Ini menyebabkan ianya tidak panas dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Cadar kalis air mudah dijaga dan diguna

• Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau tangan.
• Sekiranya untuk cucian mesin, gunakan basuhan yang lembut.
• Elakkan penggunaan peluntur(Bleach/Clorox) untuk menjaga Lapisan Kalis Air.
• Asingkan dari basuhan lain adalah lebih baik.
• Elakkan menjemur ditempat pagar berduri.
• Sangat baik dibasuh menggunakan ‘laundry net

Dinasihatkan untuk anak2 yg kerap kencing malam. Boleh guna cadar kalis air ini diterbalikkan lapisan kalis air diatas. Sekiranya lapisan kalis air diletakkan diatas, cara membersihkannya amat mudah dan senang . Cuma tukar cadar biasa yg terkena najis dan cadar kalis air hanya perlu di lap dengan kain basah atau lalukan air saja tak perlulah kerap di basuh. 

Kemungkinan harga akan dinaikkan
single rm 60

supersingle 70 lebar tilam 42 inci
Queen rm 90
King rm 100
Harga tidak termasuk pos
warna sekarang selalu betukar

BERMINAT WHATSAPP 0192203139 nanti akak tunjukkan stok yg ada,,

Thursday, April 10, 2014

TESTIMONI PEMBELI YANG BERPUAS HATI DENGAN CADAR @ SARUNG TILAM BERZIP..Anda bila lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Nak cerita pasal jenis kain srg tilam ni payah..takkan nak puji diri sendiri pulakkan..Baca shjlah apa komen pelanggan yg dah beli cadar atau sarung tilam zip akk ni ye..Kalau ada customer yang lain yg nak komen pun di alu-alukan...

Malia Hisham sarung tilamnya bes... senang keje kalo dapat anak yang suka melompat tu tak tercabut dah sebab ada zip
May 15 at 2:21pm · Like

Anita Adnan-Adeq Dah beli.. Kain ok tak panas.. warna sama dgn gambo.
May 15 at 2:25pm · Like

Nor Zehan Wah ramainyer cust
May 15 at 3:29pm via mobile · Like

Tasya Ithnin ye mmg slesa sbb kaennyer pon ta pnas . senang juga brurusan dgn akak niy . lpas niy klau ade fmly or sdare mara bole bli kt akak niy lg . murah dan puas ht
May 15 at 4:12pm via mobile · Like

MieHan Ismail saya pun puas hati nga cadar n khidmat yg akak bg masa pembelian..
May 15 at 4:20pm · Like

Zara Danish Saya pun puas hati..anak sy tak mahu basuh sarung cadar gambar dolphin tu....
May 15 at 5:02pm · Like · 1

Norhazlinda Abd Rahman Sy sgt puas beli dgn akak sy dah bli 6cadar dr akak sbb cdrnya best sgt2 xpanas pun..yg sy suka akak blh booking dlu..
May 15 at 5:17pm via mobile · Like

Irna Nur Dah pakai sarung tilam queen dan single.. kain cotton ... sgt puas hati..
Like · · Share
Suzira Otterdahl, EEnda Mesiri, Syikin Ekin and 6 others like this.
3 shares

Animar Mastura kak ujung bln saya nak beli queen punya senang nak gi keja tak yah susah2 nak kemas cadar.
January 5 at 11:30am · Unlike · 1

Siti Btp Animar Mastura..Alhamdulillah hehehe
January 5 at 11:37am · Like · 1

Siti Btp Animar Mastura akk punya cadar tu cotton gred apa ye..payahlah nak cerita sesiapa yg pernah beli tu tolonglah akk ye..nak menangis nak jawab ni..
January 5 at 11:51am · Like

Animar Mastura kak,pada saya grade a sbb cadar tu dah 3kali basuh warna kain tetap seperti baru.
January 5 at 11:56am · Unlike · 1

Syaiful Legacy Berbaloi baloi. Tapi tu la, sarung tilam bukan leh beli banyak kali kan
January 5 at 12:27pm · Unlike · 1

Siti Btp Ya ke cotton grade A yg buat baju tu kan English cotton.Animar Mastura karang org kata akk tipu pulak..
January 5 at 12:47pm · Like

Siti Btp Betul2 Encilk Syaiful Legacy jadi ke nak tempah tilam 12 inci tu tolak je harga srg tilam 8 inci tambah rm 10 sbb nak pakai semeter setengah kain tu.. yg tak jadi tu..mmg tahan lama beli sekali tak beli dah sbb permanent srg kan..
January 5 at 12:51pm · Like · 1

Animar Mastura tu pd pendapat saya kak,sbb kain tu memang bagus. biasa klu beli cadar baru basuh sekali warna dah luntur masuk kali ke2 kain dah koyak. yg kat akak ni saya cuci bnyk kali masih elok warna pun tak luntur.
January 5 at 12:52pm · Unlike · 3

Syaiful Legacy Itu kak Siti Btp leh tanya Irna Nur. Sy bendahari dia je
January 5 at 12:54pm · Like

Irna Nur Jadi kak Siti Btp
January 5 at 1:02pm · Unlike · 1

Suaihala Juhari Rasanya su dh beli 10 cadar kat kat Siti Btp...haha maknanya. Berkualiti dan berbaloi
January 5 at 1:04pm · Like · 2

Siti Btp Irna Nur bolehlah akk tempah hr ni ye siapje akk hantar sekali dgn adik punya tu..
January 5 at 1:05pm · Like

Zara Danish Sy setakat ni sudah memiliki. .5 sarung tilam berzip. .3 cadar queen getah. .1 cadar single getah. ..kalau dah beli. .byk ni..sendiri fikir lah...bgs ke tak?
January 5 at 5:11pm · Like

Malia Hisham Kak siti nk hantar Kat irna .hantar satu Kat saya boleh? Hihi nak single 1 Lagi yg ABC kalo ada
January 5 at 8:23pm · Like

Siti Btp ABC dah habis stok nanti akk tanya yg diorang booking ni kalau diorang tak nak Malia Hisham blhlah akk hantarkan..
January 5 at 8:28pm · Like

Siti Btp Terima Kasih pada Suaihala Juhari dan Zara Danish sudi jadi regular customer akk hihi..entah betul ke tulis omputih tu..
January 5 at 8:31pm · Like · 1

Hidayati Basri Terbaik.... kami dah beli 6 helai.. banyak tu.. Anak2 suka sangat...

January 5 at 9:23pm · Edited · Unlike · 1


CONTOH-WARNA SOLD OUT



Kalau Berminat Add dan pm akk ye

Watsapp
 0133464260 
0192203139






Malang Tak Berbau..Bergesel dgn kereta lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama tak cerita tentang anak2 Istimewaku..Masa amat mencemburuiku lebih2 lagi semenjak Firdaus bersekolah di IDEAS ni setiap hari perjalanan 125 km terpaksa aku redah kena pulak dgn keadaan jalan Rawang yg kerap jem..Tol LATAR pergi balik je rm 12 minyak pulak 2 hari terpaksa isi penuh..Ini memaksa diri ini mencari duit sampingan utk anak2 istimewa ku..IDEAS adalah sebuah sekolah swasta utk anak2 Autisme..

Masa 2 jam aku ambil utk ambil pergi dan balik Firdaus.Kalau pukul 4 ptg bertolak bermakna pkl 6 ptg sampai rumah..Asraf terpaksa ku tinggalkan di rumah memandangkan dia akan jadi tak tentu arah setiap kali jalan jem.Cuma apa yg merungsingkan ku takut dia terbuang air besar sekiranya terlalu lama di tinggalkan..
Seperti cerita2ku yg lepas aku bukanlah seorang yg berani memandu.Ku kuatkan semangat ini hanya untuk membawa anak2 istimewaku ke sekolah..Sekiranya suami ada mmg sah terbiarlah kereta tu..

Parking kereta pun memang tak lepas setiap kali asyik meyenget je apalagi kalau ada orang yang memerhatiku ke lautlah jawapnya..Aku mudah terperanjat sekiranya kereta lain membunyikan hon secar tiba2, motor yg selalu mencelok dan kereta tiba-tiba memotong tanpa memberi sebarang isyarat.Kalau yg selalu melalui jalan Rawang ni pasti tahu macam mana keadaan jalan rayanya terutamanya ke arah Templer terpaksa berebut-rebut dgn lori2 yg panjang2..Hanya doa dan zikir yg mengiringi ku sepanjang perjalanku.

Tapi semalam  9 .4. 2014..Entahlah setelah beberapa bulan melalui jalan yg sama  adakalanya menyaksikan orang kemalangan tapi petang itu terjadi pada aku sendiri..Betul2 berdepan dgn Petronas sebelum sampai ke Anggun Aeon Rawang atau lbh dikenali Jaya Jusco..Mcm biasa jalan 1 lorong akan di jadikan 2 lorong setiap pukul 5 ptg dgn dipisahkan dgn kon yg dibubuh oleh pihak JKR..Jalan sebelah yg biasanya 2 lorong akan menjadi 1 lorong memandang krgnya pengguna jalanraya ke KL bila waktu petang..Semuanya utk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali waktu balik kerja.

Tapi petang tu aku menggunakan jalan sebelah kanan utk mengelakkan motor2 yg berpusu-pusu menggunakan jalan sebelah kiri..Secara tiba-tiba motor menghala ke arah ke KL memasuki jalanku secara mencelok dgn tak semena-mena aku terperanjat. nasib baik tak terlepas stereng aku terpaksa masuk ke line sebelah kiri secara tiba2 tanpa signal berhentam dgn sebuah Honda Jazz Hidbrid yg baru 2 hari diambil..Katakanlah aku tetap memandu tanpa menukar line pasti motor tu pun jatuh dan kemalangan teruk pasti berlaku sbb motor tu terlalu laju..

Cepat2 mengalihkan kereta ke tepi jalan..Anak2 dah mula buat hal sebab lapar dan lama dlm kereta .Aku hanya membiarkan tuan kereta dtg ke arahku dan hanya mampu berdoa spy dapatlah org yg jenis penyabar dan tak perlu memarahiku.Alhamdulillah doaku di makbulkan dipertemukan dgn org memahami keadaan ku waktu itu..Air mata aku mcm doraemon dah tak berhenti mengalir dgn sendirinya..Aku betul2 fobia dgn bunyi hentaman tu..Nasib baik anak2 tak apa2..Aku mengekori kereta tu balik ke Country Homes utk tahu mana rumahnya dan berapa kerosakan yg  keretanya alami..Kereta aku pulak kemek dan calar balar di pintu sebelah kiri..Dahlah nak balik Terengganu minggu depan ni.Nasib baik cermin sisi kereta hibrid tu tak pecah kalu tak rabaklah duit aku rm1600 huhuhu..Memang jual brp bulan  untung sarung tilam zip pun tak lepas huhuhu..

Pada motor2 di luar sana terutamanya di tunggangi oleh anak2 muda yg masih belajar di pusat pengajian tinggi ke pelajar sekolah ke tolonglah janganlah suka mencelok secara tiba-tiba.Suami sendiri pun bawa motor juga.Motor tu kan ringan mcm angin lalu je kalau tergesel ke yg jatuh ke anda dulu dan kecederaan yg teruk walaupun hanya sekadar jatuh..Bagi pihak Jabatan Kerja Raya Jalanraya kalau nak mengubah jalan tu gunakan  kon yg banyak dan di bubuh tali supaya org awam tahu jalan itu telah di ubahkan..Membahayakan org awam takkan nak tunggu kemalangan maut baru nak buat..
















Saturday, March 22, 2014

APAKAH SABUN ORGANIK (HAND-MADE)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lamanya tak mengarang..Iklanlah dulu..Sabun Organik (Hand made) adalah di proses secara manual mengambil masa selama 1 hingga 2 minggu utk mendapatkan hasil yg berkualitu..Bahan2 yg di gunakan (bahan asas) di ambil dr bahan2 yg bersih dan berkualiti..Tiada lemak haiwan atau gelatin ..Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti lemak sawit, minyak canola, minyak kelapa dan herba terpilih..

Sabun ini tidak menggunakan soap chip dan SLS (agen buih) kerana sabun ini menghasilkan buih secara semulajadi yg di hasilkan dari gabungan minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.Ia amat baik di gunakan seisi keluarga.IA TIADA KESAN SAMPINGAN DAN SELAMAT DIGUNAKAN  UNTUK SEMUA JENIS KULIT..

SABUN RESDUNG AL-WAQIAH






Bahan-bahannya  Madu, Kulit Kayu Manis, Kunyit,  dan Estrak Buah Bunga Tanjung

Antara Kegunaanya

Merawat resdung ,menghilangkan gatal2 pada muka akibat resdung.

Menghilangkan jeragat pada muka, merawat dan menghilangkan jerawat

Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom2nya..


Cara penggunaanya

Gosok Sabun Resdung Al-waqiah dgn kedua tapak tangan hingga berbuih.Urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan selama 2 hingga 5 minit..Jangan risau sekiranya muka teras gatal dan miang kerana ia merupakan proses merawat resdung

Untuk menghilangkan kegatalan tersebut dan mendapat kesan yang lebih baik, bolehlah mencuci muka dengan SABUN SIREH AL-WAQIAH..Kemudian bilas dengan air..


SABUN SIREH AL-WAQIAH






Bahan-bahannya  Madu, Daun Sireh dan Ekstrak sireh

Antara Kegunaannya

Menghilangkan bau badan dan bau ketiak.
Sebagai Pencuci muka( masalah jerawat dan jeragat)
Merawat kelemumur dan gatal di kulit kepala.
Menguat dan mengilatkan rambut
Merawat sakit kepala.
Sebagai Pencuci kemaluan lelaki dan perempuan..
Mengembalikan keanjalan otot vagina


Cara Penggunaannya


Untuk merawat migrain dan sakit kepala, gunakan sabun sirih sbg syampu rambut kemudian tutup dgn kain dan biarkan selama 10 minit.kemudian bilas dgn air.
Sabun ini pun memberi kesan yg baik pada kulit wajah apabila menggunakan sebagai pencuci muka..
Anda akan merasai perbezaannya .Kulit wajah akan terasa lebih bermaya dan halus..


SABUN MARIGOLD AL-WAQIAH




Bahan-bahannya  Madu dan Ekstrak Bunga Marigold(Calendula)

Antara Kegunaannya

Merawat gatal-gatal badan (Ekzema)
Merawat kudis dan mencerahkan kulit.
Merawat ruam lampin bayi.
Sebagai pencuci muka ,jerawat muka utk kulit sensitif
Merawat gatal dan luka di celah peha
Menghilangkan bau badan dan merawat kulit kusam..

Cara Penggunaannya

Untuk merawat kudis dan gatal setempat(Ekzema) .Sapukan buih sabun Marigold pada kawasan kulit yg gatal..Biarkan sehingga kering..
Sesuai digunakan untuk bayi yang bermasalah ruam lampin..gunakan sabun ini semasa mandi dan setiap kali bertukar lampin..


Harga rm 8 seketul ( Semenanjung Malaysia)
           rm 9 seketul (Sabah dan Serawak)
            (Tidak Termasuk Pos laju)

Sebarang Pertanyaan

Watsapp @ sms 0133464260


Thursday, January 9, 2014

Salahkah keluarga aku keluar Suratkhabar...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lamanya aku tak menulis dekat entri ini..Post entri pertama untuk awal tahun ini..Kisah anak beranak  kami keluar suratkhabar pada penghujung tahun lepas..Buat pengetahuan semua tidak sesekali aku memanggil wartawan datang ke rumah..Bukan meminta simpati atau derma cukuplah sekadar anda semua memahami keadaan keluarga kami ..Tiada juga bertujuan mencari publisiti kepada mereka yang sering tersalah anggap kepada keluarga kami..Doakan aku untuk dapat meluangkan masa untuk menulis entri berikutnya..


Apa yang penting aku dapat info ini...

Text: Sindrom Fragile X, penyakit yang terlalu asing dan hanya beberapa peratus ibu bapa di Malaysia khususnya, mengetahui mengenainya berbanding penyakit genetik lain seperti talasemia dan sindrom down. 

Fragile X, ditafsirkan sebagai kerapuhan, pecah atau serpihan, tetapi sememangnya penyakit yang kurang dikenali. 

Pembawa penyakit genetik ini adalah daripada wanita kerana wanita mempunyai ulangan cytosine guanine guanine (CGG) melebihi 40 kali. Malah ulangan CGG dalam ovum (telur) juga boleh meningkat melebihi 200 kali dan jika itu berlaku, sekali gus menjadikan anak yang dilahirkan mengalami penyakit Fragile X. 

Nisbah kejadian sindrom Fragile X di Barat adalah satu daripada 8,000 wanita, manakala di Malaysia nisbah tidak diketahui. 

Sindrom genetik 

Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Pakar Genetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Prof Dr Zilfalil Alwi, berkata istilah perubatan bagi sindrom genetik ini perlu berpandukan kepada gambar rajah kromosom manusia untuk lebih memahami. 

Katanya, Fragile X penyakit genetik atau diwarisi dan apabila melihat gambar rajah, kromosom manusia ada 23 pasang kromosom. 

Salah satu daripada pasangan kromosom ini ialah pasangan kromosom yang menentukan jantina seseorang. 

"Sebagai contoh, lelaki mempunyai pasangan kromosom X dan Y dan perempuan pula mempunyai pasangan XX. Fragile X berlaku apabila pada kromosom X, kerosakan berlaku pada penghujungnya. Ia dalam bentuk serpihan. 

"Apabila berlaku kerosakan ini, kehilangan sebahagian kromosom itu menyebabkan berlakunya banyak ciri ketidaksempurnaan pada penghidap Fragile X termasuk ketidakupayaan otak," katanya ketika dihubungi baru- baru ini. 

Dr Zilfalil berkata, sindrom ini juga berkaitan dengan asid deoksiribo-nukleik (DNA) iaitu molekul utama yang terkandung di dalam kromosom dan penting kepada manusia, ia mengalami kecacatan dan menjadi tidak normal. 

DNA terbina daripada unit nukleotida iaitu bahan yang menghasilkan gen yang membawa maklumat pewarisan. 

Kecacatan DNA 

"DNA adalah molekul halus dan terbina daripada unit nukleotida dan dalam kes ini berlakunya kecacatan DNA. Bagi mereka yang normal, salah satu susunan unit nukleotida mereka adalah ulangan CGG yang tidak melebihi 40 kali. 

"Ulangan CGG ini bertindak membentuk sebahagian dari rangkaian DNA dan susunan jujukan ini menentukan DNA seseorang manusia. 

"Jadi untuk kes Fragile X, dalam jujukan CGG, ulangannya melebihi 200 kali. Sepatutnya ulangan CGG itu tidak berulang lebih daripada 40 kali. Jika berulangan melebihi 40 kali tapi kurang daripada 200 kali, individu berkenaan dianggap sebagai pembawa penyakit Fragile X. Jika ulangan CGG berkenaan melebihi 200 kali ia menyebabkan kejadian Fragile X. Lebih banyak ulangan berlaku, lebih ketara ciri Fragile X kepada penghidapnya," katanya. 

Ciri Fragile X 

Ciri kanak-kanak Fragile X ialah mempunyai wajah panjang, telinga besar, dagu besar, dahi nampak kasar, mempunyai ciri autisme dan bagi lelaki pula mungkin mempunyai testis besar selepas baligh. 

Beliau berkata, kanakkanak menghidap sindrom ini juga tidak boleh bercakap sehingga dewasa kerana mengalami ketidakupayaan mental disebabkan ulangan jujukan CGG di dalam DNA mereka melebihi 200 kali. 

Lazimnya, kanak-kanak ini juga mengalami autisme, agresif, hiperaktif, suka mengamuk dan lembam. 

Beliau menambah, maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini di Malaysia masih kurang kerana Fragile X amat jarang berlaku berbanding di Barat. 

"Malah penyakit ini agak sukar untuk didiagnosa di sini kerana makmal genetik yang menjalankan ujian diagnosa Fragile X tidak banyak. 

"Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah dengan mengambil ujian ulangan CGG bagi memastikan sama ada mereka pembawa kejadian genetik. Simptom ini tidak ada kena mengena dengan pemakanan ibu ketika hamil. 

Dr Zilfalil menjalankan kajian bersama pelajarnya berkaitan Fragile X, pada 2008. Kajian itu tertumpu kepada penambahbaikan kaedah makmal bagi pengesanan ulangan CGG pada DNA pesakit pesakit Fragile X, di negara ini terutama pesakit Melayu di Kelantan. 

INFO 

Sindrom Fragile X 

* Bukan sindrom down. Ia adalah penyakit warisan atau genetik yang paling kerap menyebabkan ketidakupayaan akal. Hampir semua kes sindrom X rapuh disebabkan oleh mutasi iaitu segmen DNA, yang dikenali sebagai triplet CGG ulangi yang diperluas dalam gen FMR1. 

* Mutasi pada gen penyebab sindrom X FMR1 rapuh. Gen FMR1 menyediakan arahan untuk membuat protein yang disebut X rapuh iaitu kemunduran protein 1 mental yang fungsinya tidak difahami sepenuhnya. Protein ini mungkin memainkan peranan dalam perkembangan sinaps, iaitu sambungan khas antara sel saraf. Sinaps sangat penting untuk menyampaikan maklumat kepada saraf. 

* Tiada keupayaan belajar dan gangguan kognitif 

* Ia berlaku dalam setiap 1 dalam 4,000 kelahiran. Manakala 1 dari 4,000 lelaki dan 1 daripada 8,000 wanita menghidapnya. 

* Lebih banyak berlaku kepada lelaki berbanding wanita. 

Rawatan 

* Setakat ini, tiada ubat untuk sindrom Fragile X walaupun pendidikan dan ubat sesuai boleh membantu memaksimumkan potensi kanak*kanak. Ia kebanyakannya kekal sepanjang hayat mereka. 

Ciri*ciri 

* Tidak boleh bercakap 

* Telinga capang dan besar 

* Kepala sedikit besar 

* Mata malas 

* Bentuk wajah panjang 

* Testis besar (bagi penghidap lelaki dan selepas akil baligh) 

* Kaki sentiasa kejang








INILAH GAMBAR PERTAMA YANG LENGKAP
KAMI SEKELUARGA.
TAK KISAHLAH MACAM MANA AKSI ANAK-ANAK AKU.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...