Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, December 6, 2012

Menyampah pulak aku dgn gajet2 yg ada ni!!!....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Sejarah Telefon bimbit...
   Mesti ada org kata nanti sbb kau tak de, blhlah kata begitu..Kau tak mampu beli semua ni, cuba kau mampu agaknya lbh teruk dr itu..Apalah aku merepek nikan buang tabiat ke sbb lama tak berblog..Sebenarnya aku bersyukur sgt dgn kehadiran dan kepesatan teknologi moden hr ini...17 thn lalu semasa Asraf dilahirkan dan aku dikehendaki tinggal utk menjaganya berbulan-bulan di hospital, aku sering berdoa terciptalah gajet2 yg ada spt hr ini..Dulu aku mengharapkan public phone utk mhubungi suami dan keluargaku ketika ada kecemasan yg di alami oleh Asraf ketika itu..Bila tiba2 je terpaksa dimasukkan ke NICU akibat komplikasi kesihatannya..Harapkan tel awam.... EMENGENCY CALL....sakit hati je,itupun tak termasuk entah brp byk duit syiling aku di telannya..

     Nak minta pinjam telefon hospital sekali-kali blhlah kalau kerap kena jeling di misi2..Dulu misi2 bkn spt hari ini baik2 dah belaka..Muka masam je terutama kena keja waktu mlm dan bila byk kerja..Kalau nak pesan apa2 pun payah tak mcm skrg ni SMS pd suami bawa itu ini,nak mkn tu ini kalau tak  mknlah lauk hospital apa je ..Mudahkan tapi disebalik kebaikan kegunaannya byk juga keburukannya..Mula2 terciptalah telefon pegang yg besar tu Dr2 je pakai maklumlah masa tu harganya melampau..Org kaya2 je guna..Masa tukan tak fikir pun otak aku suatu hari nanti akan memiliki telefon mudah alih ni..Skrg ni bayi pun ada Hp kan..Ialah senang maknya nak hubungi kat Taska..

       Masalahnya skrg manusia hr ni tak blh berenggang langsung dgn gajet2 ni semua spt Ipad,Iphone mcm nyawa mrk je dgn anak2 mrk pun tak mcm tu..Atas motor sempat SMS, tgh jln kaki pun blh SMS ,entah2 dlm jamban pun sibuk dgn gajet2...Aku ni tak blh cerita byk ttg gajet ni sbb jrg keluar rumah melainkan pg hospital krn temujanji dan beli brg keperluan dapur dan hantar anak2 ke PDK..Ini semua berdasarkan pengalaman akulah..

        Tak kiralah bila temujanji kanser@Ongkologi aku ke,anak2 aku ke di hospital baik swasta @ kerajaan sama je..Org cuti sekolah sibuk pg melancong aku tak ke klinik ke hospital..Apa nak buatkan itulah rutin kehidupan keluarga aku...Manusia kini dah tak ramah mesra spt aku brd di hospital 18 thn lalu ..Msg2 dgn gajet2 mrk tersendiri bertwitlah,Fb ,main games dan bersms..Semuanya dah bisu belaka mengalahkan anak2 aku je.Anak2 aku ni lainlah mrk mmg tak blh berckp dan di dunia mrk tersendiri..Tapi persoalannya manusia disekeliling aku ni...Dulu aku blh berkongsi cerita sakit apa? dr mana?siapa sakit ?ubat apa bagus??..tapi kini... Dunia dah semakin membosankan!!!!..Air liur semakin busuk dan mula mkn gula2 buat manusia hr ini byk kena kencing manis..Kesian kat Makcik yg pakai wheel chair mungkin kanser jugak tp tulah anak2 nya sibuk bertwit,setakat teman je buat apakan??Mesti makcik berperasaan spt aku jugak..Nak pg tanya nanti aku kehilangan kerusi maklumlah HKL ni mmg sentiasa ramai org...

        Suami balik kg hari tu utk melawat adiknya di ICUkan ,nanti aku cerita ttg adik iparku Normah di lain entrilah..Suami berungut dah lah balik tanpa anak isteri, anak sedara ramai tp msg2 dgn gajet mrk bapa mrk dgn Iphonenya,anak dgn Ipadnya..Laptop bersepah sana sini,bini msg2 jual brg guna online,masa amat ptg bg mrk..Nasib baik Firdaus anak bongsuku tak balik sekali mahu habis gajet2 tu dibalingnya dan dikemasnya...Kata suami akulah....Anak2 sedara tak bertegur sapa dgn Pak sedara..Biras2 dan adik-beradik pula sibuk bertwit.Itulah hakikat zaman semakin canggih..Dunia dah terbalik katanya dulu anak sedara tegur Pak Sedara skrg semua dah lain..Kesian Mak Mentua apa perasaannyakan????

       Hantar anak2 aku ke PDK pun satu hal juga pelatih2 sibuk dgn gajet2 ni..Aku tak marah mrk menggunakan alat ni semua tapi tu lah.Anak2 di Pdk semua bercampur dr yg berumur 4 thn hinggalah 20 an gitu..Perangai pula ada yg hiper,agresif,mengigit dsbnya.Kecacatan pun pelbagai ada down sindrom,Autisme,CP,ada tak mampu berjalan juga dsbnyalah..Perhatian sepenuhnya di perlukan utk mengawasi anak2 spt ini..Tp kalau sibuk bersms,Fb dan bertwit sbgnya,fikir2lah sendirikan??,Bila masa lah mrk mengajar anak2 ini ttg pengurusan diri..Pernahlah Firdaus buang air besar dlm pampers sampai kering,kesan gigitan,telinga berpiat sampai berdarah, bila di tanya mulalah tak bertegur sapa dgn aku..Tak dinafikan anak2 aku pun hyper tingkah lakunya..Takut budak2 yg dewasa@abgnya sendiri hilang sabar dgnnya..Serba salah aku dibuatnya..Pernah terbaca di FB Supermum anaknya 6 bln koma dan meninggal dunia selepas di tolak oleh pelajar dewasa sehingga terjatuh di PDK..Ya Allah!! lindungilah anak2 aku...

        Hubungan kekeluargaan pun blh berantakan sbb gajet2 ni..Ialah dkt meja makan pun tak terlepas dgn  Hp di tangan..Krg komunikasi semakin ketara sama ada antara suami isteri dan juga anak2..Anak2 Istimewa aku yg mcm ni pun kalau ayahnya buat tak layan je!! sibuk dgn laptop mulalah mengamuk.Mahu dia hempasnya laptop tu.Inikan pulak budak2 tipikal apalagi remaja2 hr ini..Sekurang-kurangnya sembahyang jemaah utk eratkan hubungan dgn anak2..tanya khabar mrk,semak buku2 @ mengajar mengaji dan makan bersama.Jgn dibiarkan begitu shj anak2 terperap dlm bilik melayari internet tanpa pengetahuan ibu bapa.Tapi tak tahulah aku ni manalah ada anak normalkan..Makin pening hari ini gejala sosial semakin berleluasa..

       Bagi aku sbg seorang isteri mahu jugak merajuk kalau suami aku mengadap laptop je..Maklumlah aku adalah surirumah sepenuh masa..Kawan2 dahlah tak de sbb siapalah yg sudi berteman dan bersahabat dgn org spt aku ni..Nak berckp dgn anak2 faham2 je lah..Jadi suami bg aku adalah tempat aku lawan bergaduh,bercerita,berkongsi masalah suka duka,komen masakan aku dsbnyalah..Nasib baik suami aku pandai bhgkan masa...Cheh2 wah!!!!Ia ke!!!..


Inilah telefon bimbit kesayanganku asalkan blh berckp sudah...
Puas kena baling dgn Firdaus  dr tingkat atas ke bwh..
tapi tetap berjasa padaku...

4 ulasan:

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..

Memang inilah hakikat dunia sekarang...

Bagi saya pula.. bila bersama keluarga di rumah hp saya "SIMPAN" di dalam laci.. hanya sekali sekali sahaja cek takut2 ada panggilan atau sms yang penting .. dan cuba elakkan online kalau sekadar hanya nak tengok FB.. kalau urusan kerja yer itu baru online..

dieyna said... [Reply to comment]

Setiap peralatan Ada pro n kon... kna pndai guna ngab bijak agar tak terllu taksub hihi

Hayati Sulaiman said... [Reply to comment]

Saya sokong bebenor apa yg akak tulis ni. Say pun risau juga sebenarnya kalau pengasuh anak sibuk dgn gajet.. Takut terlepas pandang apa yg anak2 buat bila leka bertwit dan sebgnya. Ada juga suami berkenan dgn Ipad tapi lepas ditimbang balik kami tak jadi beli sebab takut benda tu melekakan kami terutama anak2. Tapi ada satu yg bagusnya bagi saya...saya boleh membaca secara online. sbb saya ni suka membaca.. apa saja yg saya nak tau semuanya boleh di Google aje. Telefon saya pon telefon pintar tapi jenis yg murah dan kecil. cukuplah buat saya boleh post gambar masakan dan apply cuti secara online atau tengok kalau2 ada e mail dari pejabat ketika sedang bercuti. :)

Unknown said... [Reply to comment]

boleh nak ada gedjet2 semua tu..tapi kena pandai la.. jangan sampai semua perkara terabai..lagi satu jangan jadi hamba gedjet..heheh..

ada orang tak de duit pun sanggup kumpul semata2 nak beli iphone la ipad la..

bagi akak baik kumpul beli emas..tak pun beli umah..beli barang yang lambat laun jadi tukun nak buat apa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...