Sudi sudi lah jadi follower

Monday, February 11, 2013

Sampai bila anak2 aku harus berada di PDK ????

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

           Lama tak bercerita tentang anak2 Istimewaku ...Aku pun semakin malas nak menulis dan bercerita..Tiada apa yg istimewanya utk aku ceritakan pd semua..Setiap hari masalah tantrum anak2 aku..Masalah pengurusan diri mrk yg masih belum selesai...Semakin besar semakin payah rasanya...Kalau nak dibandingkan dgn anak2 org mcm langit dgn bumi...tak perlulah di buat perbandingankan..Asraf 17 thn makin menjadi-jadi perangainya..Aku tak tahu lagi mcm mana nak capai kesabaran yg tinggi utk menangkis perangai anak2aku ini..

         Kalau nak mengamuk muka jadi biru terkenan cerita Alien @ cerita 'V' ke apa ni??...aku pun tak tahu..kalau dia mengamuk tak kiralah Maghrib ke ,tengah mlm ke bila2 blh terjadi..Yang tak tertahan tu bila kena marah je dia akan kencingkan depan kita..Mak bapak mana yg tak hilang sabar di buatnya..Kencing seorang budak remaja berumur 18thn ..blh bayangkan tak baunya???...Paling geram tu dia akan lepaskan atas karpet..Atas karpet tulah kita buat bersembahyang berjemaah...Mmg mencabar iman seseorang sejurus ayahnya balik dengar ceramah Maulidur rasul Asraf buat perangai dia kencing betul2 depan ayahnya, walhal baru je aku kencingkan semua anak2 aku ni... mmg kena bagi dgn bapaknya..Ha! ambik kau..yg aku ni tak pasal2 kena marah disebabkan mempertahankan Asraf..

         Tak termasuk kes budak Faiz ni 13 thn,  kauorang rasa antara Asraf dan Faiz mana yg paling mencabar minda dan akal kau orang..Anak aku yg sorang ni pulak nak cerita pun akan memalukan aku balik..Tak perlulah aku ceritakan..kan..kan..Hero bongsu aku pulak Firdaus kalau ikutkan dah masuk 6 thn  tapi tulah masih bergayut dgn botol susu..Aku masih tak berjaya nak ajar dia minum ikut cawan @ straw..Begitu jugak dgn guru2 PDKnya..Tapi dia dah tak pakai lampin pakai buang dah, itu kejayaan aku utk thn ni..rasanya bertahun jugak aku mengajarnya..Bagi akulah nak memahaminya agak payah sbb dia langsung tak bercakap berbanding abg2nya yg blh sebut "yak" dan "ceng"..terpaksa guna gerak matanya,tangisannya @ tepukan punggungnya...siapalah yg memahami keadaannya selain dari akukan...Harapan  Firdaus utk ke PPKI thn depan agak tipis...baju dan seluar masih tak tahu pakai sendiri...Dah naik letih mengajarnya..

    

Persoalan yg sentiasa bermain difikiranku...sampai bilakah anak2 aku 
harus berada di PDK??...Manakah arah tuju mrk selepas ini??

tak puas hatinya cuma satu sampai bilakah remaja OKU di campur-adukkan 
dgn anak2 yg masih kecil..Mampukah guru2  yg seramai 4 org handle
anak2 Istimewa ini..Kategori masalah OKU  dan peringkat umurnya yg berbeza..
Ini hanya segelintir shj yg hadir....

7 ulasan:

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

Ya Allah
saya tetap terus berdoa
agar sahabat ku ini terus dipermudahkan dalam urusan keluarganya

Fieda said... [Reply to comment]

Salam siti. saya amat memahami perasaan siti.., bukannya kita merungut.., tapi ada masa masanya kita kena lepas juga untuk kurang tekanan yang ada. semoga siti diberi kekuatan Dan kesabaran lagi dlm menempuhi segalanya..percayalah, tiket menuju ke syurga sudah ada di tangan..

Abil Fikri Ahmad said... [Reply to comment]

Salamm..Macam2 ujian bagi pada kita semua..Tuhan tu tau kita mampu menanganinya.
Teruskan usaha biar Allah yg tentukan. Kita cuba usahakan yg terbaik dalam kesabaran KERJA yg Allah bagi tu..InsyAllah...

reyna cikgu pra said... [Reply to comment]

teruslah bersabar....Allah menyediakan ganjaranya.....insya Allah..Allah permudahkan

Che Na said... [Reply to comment]

Ya Allah, moga Allah terus bagi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada siti sekeluarga. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Hanya kepada DIA kita mengadu, hanya kepada DIA kita berserah. Pasrah, berserah dan redha. Berat bahu memandang, berat lagi memikulnya.

Memang betul kata siti,perlu ada guru khas untuk diorang. Keperluan remaja berlainan dr kanak2 terutama kanak2 perempuan. Banyak nak kena ajar tu...


Che Na said... [Reply to comment]

Ya Allah, moga Allah terus bagi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada siti sekeluarga. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Hanya kepada DIA kita mengadu, hanya kepada DIA kita berserah. Pasrah, berserah dan redha. Berat bahu memandang, berat lagi memikulnya.

Memang betul kata siti,perlu ada guru khas untuk diorang. Keperluan remaja berlainan dr kanak2 terutama kanak2 perempuan. Banyak nak kena ajar tu...


Mariana said... [Reply to comment]

Asalamualaikum Siti,

Allah sentiasa bersamamu....., didoakan segala urusan dipermudahkan Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...