Dah bersawang dah blog aku ni, nanti aku bersihkan dulu ye!! ..Rumah pun sama, balik2 buka pintu je penuh dgn semut api dan habuk, baru tinggal seminggu tu..Hidung mulalah berabuk maklumlah resdung..Anak2 aku sibuk dgn bantal peluknya melepaskan rindu agaknya..Biarlah asalkan mrk diam ..Aku dan suami nak berkemas bawa masuk brg2..Sepanjang perjalanan anak2 aku bukannya tidur terutama Firdaus ke depan ke belakang dlm kereta memang memenatkan melayan kerenah anak2 aku..
Perjalanan balik ke Terengganu hari tu lewatlah sikit, bertolak pukul 1.00 tgh sebab hantar Asraf rumah mak aku di Datok Keramat..Mak aku suruh tinggalkan dia di sana..Alhamdulillah!!.. Asraf selalu kena kekejangan kaki dan tak blh duduk dlm kereta lama2..Dia juga mudah mengamuk kalau perjalanan jauh..Mujurlah mak aku nak menjaganya...
Kami sampai pukul 10.00 mlm maklumlah banyak kali berhenti.Asalkan ada gerai je! jual akok, satar ,pulut panggang dan kepok lekur kami berhenti...Mcm mana tak lambat, sesekali balikkan Mak mentua aku pun dah tertidur.Dekat sanakan asal pukul 10.00 je mata dah mengantuk termasuk anak2 aku ni berbanding di sini kenapa ye! ..Kalau kat sini pukul 12.00mlm tak tidur lagi terutama anak2 akulah..Mungkin bunyi cengkerik kot dan cuaca malamnya agak sejuk kot..
Depan rumah mak aku - Pokok duku langsat kalau musim buah byk tu!! Depan tu kawasan perkuburan, suami aku tak ambil gambarlah pulak.. Dia kata tak baik ganggu Ahli Kubur.. |
Bangun awal pagi segar sangat , mandi dan sembahyang subuh guna air perigi tak perlu ceduk pun, ada pam dah la ni..Guna shower sejuk dan nyamannya air mata air...Buka jendela depan rumah mak mentua aku ni kubur ..Sedekahkan Al - Fatihah pada ahli kubur semoga tenang di sana..Secara tak langsung mengingatkan kita tentang kematian..Tapi pelik juga arwah ayah mentuaku tak di kuburkan di sini..Arwahnya dikebumikan berdekatan dgn arwah ibuayahnya berhampiran masjid Kubang Panjang..
Awas! Ini bukan "Bersih 3.0" ye..Apahal siang2 buta tutup tingkap??
Anak2 akulah ni Firdaus semua benda dlm rumah di tohoknya(dibuang)
keluar tingkap..termasuk bantal2 toknya..
Kelakar pun ada, bila terkenangkan 18 tahun lalu, baru berkahwin dan pertama kali menjejakkan kaki ke rumah mentua.(kat Tganu panggil sambut menantu)...Ketika itu berumur 21 thn tak tahu bendakan..Orang biasa duduk di bandarkan..Bayangkan buka tingkap dan pintu rumah depannya kubur..Aku menangis nak balik ikut mak aku taklah sampai terjerit-jerit sedih manja gitu..Aku sebenarnya memang penakut sanggup tak mohon mana2 pusat pengajian tinggi tau krn tak mahu tinggal di asrama..Kalau setakat masuk maktab lepas dah tu ..Tapi lama2 dah biasa dah hingga ke hari ini..Kita pun akan melangkah ke situ jugakan..Sampai di sini dululah ye! lain kali cerita lagi!!!....
5 ulasan:
tergelak baca pasal firdaus bantal toknya kat tingkap... hehe mcm kerenah22...
Assalamualaikum Siti
bersih sekitar rumah tu
nyaman....
Betul tu Dieyna, tak tengok lagi Firdaus tarik ekor ayam..Tak sempat nak ambil gambar asyik kejar anak2..
Atuk , mak mentua saya pembersih orgnya..
Anak2 saya balik dia goyang pokok
bertaburan daun2 kering..
bertuah ada kampung.anak2 saya tak merasa ada kampung.sya n hsbd dua2 org kl
Post a Comment