Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

                      Kehabisan idea utk berblog...Semuanya aku dah cerita mengenai anak2 aku..Setiap hari cerita pasal di orang jemulah pulak org yg membacanya..Biasalah hari Khamis hari tu pergi bawa Firdaus ke Psikiatri dating dgn Dr di HKL...Tak habis2 dgn temujanji anak2 aku dgn Dr..Pasal pembedahan Firdaus pun tertangguh sebab tak jumpa Dr lagi..Kalau panjang umur Insya'Allah nak bercuti di Tiara Beach Resort hujung bulan ni bersama emak,abah, adik-beradik dan keluarga adik aku..Aku pula kena sakit gigi ni sepatutnya dah ambil antibiotik kena cabut..Tapi hilang sakit biarlah dulu.Takut!!!



                       Suarahati berkata masa hari Ahad lepas, tentang Sambutan Hari Ibu ni..Tak perlulah di sambut secara besar2 an..Sebenarnya orang Kristian yg memberi penghormatan kpd seorang perempuan di panggil "Mother of Chuch ambil drp "Virgin Mary" Siti Maryam....Dia dianggap "Mother of Church" Kuasa terbesar dlm gereja oleh penganut kristian..Masyarakat Islam ni tak usul periksa menyambutnya..Bagi orang Islam setiap hari wajib taat dan mengembirakan hati kedua  ibubapa kita..Lapangkanlah masa kita utk ziarah mrk sementara mrk masih ada....Bagi aku 13 Mei itu tarikh yg tak blh dilupakan oleh segelintir mrk yg mengalaminya terutamannya kpd abahku, berlakunya darurat di negara kita. .PERISTIWA 13 MEI 1969   ingat tak? Aku pun tak lahir lagi waktu tu..

                         Ini hal sensitif rusuhan kaum di negara terutama di Kuala Lumpur  selepas sehari pilihanraya..Pak sedara aku seorang askar turut  terbunuh dlm perjuangan menyelamatkan negara waktu tu.. ..KL hampir lumpuh, orang Melayu ramai terbunuh di Kuala Lumpur...Abah aku pun berada di KL waktu berlakunya peristiwa itu..Menyaksikan mayat bergelimpangan tanpa kepala..Mungkin negeri lain tak terlibat kot..Peristiwa tu senyap je kan..Berbalik kpd Hari Ibu tadi Restoran makanan segera penuh..Sebelum Maghrib suami order Pizza di Pekan Rawang ambil lepas sembahyang dekat petronas..Order pun lambat sebab ramai menjamu selera di Pizza bawa mak ayah..

                           Ramailah ibu2 yg tinggal sembahyang Maghrib waktu tu utk menyambut Hari Ibu termasuk ibu yg tlh berusia ..Amatlah menyedihkan Syaitan berjaya menghasut umat Islam ke arah itu apalagi penganut Kristian.Ketawa berdekah-dekah mrk..Apa salahnya bawa ibu2 kita ke majlis ilmu lagi berfaedahkan atau upah guru tajuwid utk mengajar ibu dan bapa kita di rumah lebih afdalkan.Kdg2 ibubapa ni malu nak belajar di masjid ..Kalau mampu lagi bawa pergi umrah ke atau buat haji mana tak buat lagilah..Kita dapat pahalanya begitu ibuayah kita..Sebagai anak kita ingin ibubapa kita ke Syurga kan..Makan2 ni sekejap je  habis last2 ke toilet sudahnya..Bukan tak blh makan berpada-padalah..


Cantikkan Jambatan LPT  Temerloh-Hasil keamanan sesebuah negara.

                           Hari Ibu juga membuatkan ibu akan pilih kasih pada anak2 nya..Kalau anak yg tak mampu menyediakan  hadiah akan di perli dan dipulaukan oleh ibu tersebut.Mcm cerita "Ahmad Albab"..Anak yg bagi emas dan permata disanjung tapi, P Ramlee bagi garam dan gula di hina..Cukuplah kita menyambut Hari Ulang tahun perkahwinan ibubapa kita..Ayah tak kecil hati begitu juga ibu..Kita sambut serentak jadi setahun sekali je yg penting anak2 merayakan dgn ikhlas..Tak semestinya 13 Mei Hari Ahad..
                     
Baiknya nampak Firdaus Hafizikan

                  Tanpa disedari yg kayanya hotel2 di Malaysia ni ada hari ibu,ada hari bapa,hari setiusaha, tak lama lagi buffet Yang Ramadhan..Mcm manalah rakyat Malaysia tak mengalami penyakit kronik..Makan je kerjanya..Hari ni hari guru kena siapkan hadiah hari guru, kalau tak ada cikgu yg menjeling nanti..Kalaulah semua hari kena sambut ..Ingatlah tak semua orang berkemampuan..Hari ni hari jururawat nasib baik misi2 anak2 aku di wad dulu  tak cari aku..Walauapapun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mrk dan umat Islam amnya..
               

2 ulasan:

dieyna said... [Reply to comment]

setiap hari adalah hari ibu.. Anggap je sambutan ni ikhlas untuk memperingati jasa dan bakti ibu kita. Lempar jauh2 pasal fahaman kristian tu..SELAMAT HARI IBU kak....

Deru Ombak said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti..

Maryam atau virgin Mary adalah ibu kepada nabi ISA a.s.
Sebagai seorang Islam , beriman kepada nabi- nabi adalah rukun Iman yang keempat, malah kesah Maryam juga terdapat didalam Al-Quran. Kepercayaan Islam Dan kristian berbeza terhadap wanita yang sama.

Hari2 adalah hari ibu. Tidak salah kiranya, dalam setahun itu, Ada satu hari, istimewa buat ibu2 dimana anak2 dapat menghargai ibu, meluangkan masa Dari kesibukan bekerja Dan komitmen yang lain untuk bersama ibu.

Hari ini setiap hotel, di shopping2 complex Dan restoren2 menyediakan tempat solat yang sangat selesa. Ibu2 tua (termasuk saya) menggunakan kemudahan ini di samping dapat bersama anak cucu.
Insyaallah dengan izin Allah waktu maghrib tidak terabai. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...