Tak habis lagi mood balik kampung,masih mengenai kampung maklumlah sesekali balik byklah ceritakan..Nampaknya pokok durian mak mentua aku dah mula berputik.Byk pulak tu putiknya.Bayangkan kalau semuanya menjadi tiga pokok pulak tu....Rasa2 nya sempat tak merasa buahnya ye!..Memanglah Mak Mentua aku selalu simpankan dan bekukan dlm peti ais untuk anak menantunya tapi tak sama rasanya dgn isi buah durian yg baru jatuhkan....Aku masih ingat pertama kali merasa musim buah durian ni masa mula2 di sahkan kanser tahun 2007 dulu.Konon2 nak menenangkan fikiran dan berubat tradisional di kampung....AKU BEKAS PESAKIT KANSER
Banyaknya putik duriankan |
Kebetulan masa aku balik tu musim buah duku langsat, waktu yg sama manggis org Tganu panggil buah sementa, rambutan lagi memang mandi buahlah waktu tu..Kalau duku langsat mcm buah anggur je bergayut-gayut..Petik buah dr beranda rumah je..Rambutan jangan cakaplah,pandang sebelah mata je..Buah sementa satu loyang besar..
Musim buah tahun 2007- Seronok cari buah durian jatuh |
Bila melihat keindahan buah2 an ketika itu terlupa aku ada barah Kenangan Terindah tapi terlalu menyakitkan |
Maklumlah ketika itu kanser takut merebak..Tapi aku hentam jugalah sebab kalau mati kempunanlah aku..Itulah pemikiran pengidap sakit kanser ketika itu..Tak perlulah nak menyalahkan aku!!.Org yg di sahkan kanser je ,tak kiralah kanser apa baik lelaki atau perempuan yg faham situasi aku ketika itu..Yang aku pelik tu kenapa buah musim serentak..Masa tulah cempedak berbuah.Mangga berbuah..Bila time tak de habuk pun tiada..Mcm aku balik hari inilah..
Sudah-sudahlah Faiz- nampak tak blh nak telan dah! Montelkan Faiz |
Masa tu akhir tahun 2007 kini 2012 bermakna 5 thn aku balik bukan masa musim buah..Mak Mentua aku cakap kemungkinan buah masak masa bulan puasa..Masa tak kena lagi, siapalah nak makan waktu bulan puasakan..Inssya'Allah kalau panjang umur, murah rezeki kemungkinan kami balik 2 minggu selepas raya..Memang tak adalah jawabnya..Makan durian peti ais lagilah nampaknya!!!
3 ulasan:
wah!!!bestnya buah...ni buatkan tambah rindu dendam kat kg halaman!! T_T
Assalamualaikum Siti
waaaaaa...durian memang buah kegemaran atuk tu....
atuk tetap mendoakan agar siti dan keluarga senantiasa dlm pemeliharaan Allah senantiasa
suka durian.. syok faiz makan durian... huhu
SELAMAT HARI IBU AKAK...
Post a Comment