Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, August 30, 2012

Farah Fauzana Beraya di rumah Mak Abahku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

               Hari Isnin baru2 ni , mak aku call dia kata Farah Fauzana nak beraya kat rumah mlm tu ..Lagi sekali aku ingatkan mak dan  adik2 aku temberangkan aku..Nak tengok ke katanya, malaslah malam2 buta nak dtg nak bawa anak2 aku ni ha.Buat kelam kabut je!...Bukan ada org Tv ke atau org2 Hot Fm ke sekadar personal je..Rupanya betul tau pukul 11.00 mlm baru Fafau balik..Orgnya kecil molek je nampak dlm Tv kan nampak berisi..Agaknya kalau aku masuk Tv mesti nampak mcm"Tong Drum"..

Sebelah Fafau tu adik akulah..Kawan Twit.Entah! aku
tak faham lagi twit2 ni..
                 Mak aku kata orgnya peramah je! kita pulak tak terlayan pertanyaannya..Paling bestnya mak aku dpt duit raya tau dari Fafau..

Sebelah Fafau tu mak akulah -siap posing habis
Kalau ada anak2 istimewaku jgn haraplah nak posing2
siap kena jeri tu! hehehe
                 Yg lain tu kawan2 sepejabat adik aku..Kebetulan mrk sedang beraya ,tiba2 Fafau call nak dtg rumah.Apalagi mrk pun ambil peluanglah nak jumpa Fafau..

                Anak2 Istimewaku pula tengah menanti Datok Siti Nurhaliza ke @ Datok Najib PM kita ke Teratak Burukku.Mana tau mrk terbaca blog ni..Mcm adik aku hnya Twit2 je..Minta sponsor buat sekolah Vokasional @ rumah anak2 Yatim khas OKU..Ala !! angan2 Mat Jenin je tu..

Wednesday, August 29, 2012

Bos Autisme Malaysia sudi bertandang ke rumahku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

             Lamanya aku dok perap entri ni..Blh jadi pekasam dah..Hari Jumaat lepas En Zamri Tembol dan isterinya Puan Nora Yusof sudi bertandang ke rumahku.Rasa meriahnya Aidilfitri tahun ni krn ada yg sudi berkunjung ke rumahku.Tak sia2 aku berblog dan Fb ni..Pagi itu kebetulan pula adik iparku sampai dr Terengganu pukul 6.00 pg nak melawat abangnya..Terkejut beruk aku tetamu sampai pagi2 butakan.Mrk tak call pun nak dtg..Bayangkan rumah mcm kapal pecah.Maklumlah dgn keadaan anak2 istimewaku ini mana diorang blh tengok rumah mrk kemas..Tak kiralah raya ke @ tidak..Tapi adik2 iparku pun cepat balik ,lepas Sembahyang Jumaat mrk balik Terngganu semula memandangkan masing2 ada urusan sekadar jengok abangnya yg sakit je..

             Aku pun tidurkan anak2ku sebab mrk bangun awal pagi tu nanti Mahgrib tidur susah pulakkan..Tiba2 suami kejutkan aku dia kata Bos FB Autisme Malaysia  ..Mati2 aku ingat suamiku berlawak je..Takkanlah ada org sudi dtg rumahku ini..Maklumlah mrk takut dgn keadaan anak2 ku ini mengamuk bila org dtg terutamanya Asraf 17thn..Kalau adapun yg sudi sekadar tanya khabar dan berbual kosong di laman rumah je.

              Nak tahu akibat kejutan demi kejutan berlaku serentak hari tu, aku dan suami tak teringat langsung utk ambil gambar dgn mrk..Kalutnya aku ketika itu.Tiada hidangan yg special pun sekadar tea 'O' kosong je dan kuih kering je..Suamiku komplen kat aku knp tak buat Nescafe ke @ Teh ke..Kan Hari Raya ni..Ampun dan maaf di pinta pd En Zamri dan Puan Nora sekeluarga tak bagi layanan yg sewajarnya..

Maaf En Zamri,Copy gambar dr Fb AM
                En Zamri dan Puan Nora byk berjasa  demi anak2 Autisme di Malaysia ini.Beliau yg berkerja keras menubuhkan Fb Autisme Malaysia..Dekat sinilah Ibu2 dan Bapa2 anak2 Autisme di Malaysia ini berkongsi pengalaman,luahan perasaan dan pendidikan anak2 ini.Termasuk akulah,byk  yg aku belajar di sini..Serius aku katakan semenjak adanya AM rasanya sedikit sebanyak krg dah stress di kepala otak aku ni..Ramai rupanya ibubapa yg senasib dgnku mempunyai anak2 istimewa..Lepas ni kalau tiada aral melintang dan izin Allah SWT akan tertubuhnya Persatuan Autisme Malaysia yg dah lama ibubapa anak2 Autisme Malaysia nantikan..Terbelalah nasib anak2 aku dan anak2 Autisme yg lain...

                Yang penting masyarakat hari ini sedar tentang kewujudan anak2 Autisme ini dan apa itu Autisme?..Ucapan terima kasih tak terhingga buat En Zamri dan Puan Nora ..Mrk pun  ada blog tau   DI SINI..Kebetulan pula ye!! adik suamiku yg muncul pagi2 tu pun namanya Zamri juga panggilan "YI"..
           

             

Sunday, August 26, 2012

Bagaimana Ketiga -tiga Anak Istimewaku Beraya??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

      “Taqabbalallaahu Minna Wa Minkum ” yang ertinya Semoga Allah SWT menerima amalanku dan amalanmu..  Pejam celik,pejam celik dah 8 Syawal berlalu..Rasanya tak terlambat utk aku dan keluargaku mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri..Ku mohon kemaafan sekiranya penulisanku ini ada yg menguris hati kalian yg membacanya ye!!.Mana yg dah melakukan sunnat  puasa 6 dah rayalah mrk..   

        Bagaimana anak2 istimewaku menyambut Hari Raya?..Biasalah mrk tak mengerti apa2.Bagi mrk setiap hari adalah sama bagi mrk..Mrk tak pandai memilih baju baru,warna apa,tema apa,jenama apa.Paling penting baju itu selesa dan tak panas.Cuma mrk rasa pelik knp byk sgt makanan terhidang atas meja terutama rumah Tok dan Wannya..

        Pagi Raya??Bagi aku sekeluarga tiada tema yg sedondon spt kaum keluarga lain.Anak2 aku pakai baju melayu pun sekerat hari je! lepas tu dia carilah baju buruknya sendiri.Nak kata apakan?..Pagi raya kami berhari raya di BTP nilah.Mmg sunyi sepi baring tgh jalan pun tak apa.Masakan yg selalu aku masak di pagi raya "nasi minyak,ayam masak merah dan acar rampai"..Alamak lupa pulak nak ambil gambarkan..Anak2 tak tahu nak makan ketupat @ nasi impit.Mrk tetap cari nasi.


Peliknya  Baju Melayu anak2 Istimewaku lengan pendek .
Payahnya nak ambil gambar mrk ni.

         Petang Raya tu baru aku ke rumah mak abah.Kalau awal2 sibuk maklumlah anak2 aku tak blh tengok org kelam kabut.Bila petang suasana agak tenang sikit utk mohon kemaafan..Nampak sgt keuzuran di wajah ayah tercintaku.Maklumlah kencing manisnya yg agak kritikal, 3 kali suntikan yg berlainan satu hari..Bulan puasa ni mmg payah hendak puasa,kdg2 buang air tak terkawal terlepas bbrp kali .Nampak penat terpacar di wajah ibu kesayanganku krn menguruskan abahku.Emak pun bkn kuat sgt tu darah tingginya dan kencing manis juga .Aku ni pulak asyik dgn kerenah anak2 istimewaku..Kesian mrk..


suapkan anak2 makan-di rumah Tok dan Wan
          Tak lama pun cepat2 kami balik Firdaus 5thn dah mula buat peragainya sebab byk sgt kuih raya atas meja.Dah gigit biskut masuk semula dlm balang.Pening kepalaku.Asraf 17 thn mula mengamuk, baling 2 brg dan tolak Wannya..Bertapalah kami anak-beranak di BTP ni..Nak jadikan cerita Hari Raya ke -2 ayahnya dah mula cuba memandu semula selepas kemalangan hari tu maklumlah 3.9 nanti nak kerja semula..Mcm biasa anak2 aku berebut2 masuk kereta.Suamiku start dan keluar dr parking.Tiba2 rasa sakit nak tukar gear,dia terlupa nak pakai anduhnya, keluar dr kereta dan tarik handbrake tapi dia terlupa tekan 'P'..

           Masa tu aku ni tgh kunci rumah dan masuk semula utk ambil anduhnya.Masa akak sdg pakaikan tiba2 bunyi dentaman di luar rumah..Kami berlari keretaku dah berjalan dan langgar pokok buluh depan rumah.Nasib baik tak langgar tembok TNB...Suamiku berlari, akak tak terkata apa2 pun...Suami undurkan kereta semula dan Firdaus 5 thn kena marah dgn ayahnya..Asraf 17 thn thn menjerit-jerit sambil menolak Firdaus.Mrk terperajat agaknya..Kereta calar balarlah nasib baik lampu tak pecah.Bayangkan kalau ada kenderaan lain atau org lalu ke..Nasiblah Firdaus tekan'D' kemudian dia tekan 'N' semula kalau 'D' berterusan dan tekan minyak mahunya dilanggar tembok TNB tu...

           Mungkin anak2 aku tercedera.."ALLAH HU AKHBAR"..Nasib baiklah jiran2 tak ada semuanya balik kg kalau tak mahunya masuk Harian Metro muka depan...Biasalah lepas tu aku membebellah dgn suamiku krn kecuaiannya.Knp dia tak letak "P" ..Jawabnya perasan dia dah tekan "P" .Dgn anak2 istimewa sebegini kita tak blh lupa dan lalai.Mrk blh bertindak di luar kawalan..Dulu anak2 pernah terkunci dlm kereta.Firdaus juga yg lock.Kunci pendua dlm beg tangan aku,dlm kereta juga masa tu..Dkt trafik light pun aku kena pegang "N" tu,kalau tak firdaus tukang alihkan.Takkan nak tekan P pulakkan.Pakai tali pinggang tak jln sebab dia blh meloloskan dirinya.."Lepas ni kena siapkan rotan dlm kereta..

         Aku tak dapat bayangkan kejadian berlaku hari ini.Kanak2 dah mula main di padang,kereta dan motor tak henti lalu-lalang.Kereta byk parking depan rumah ..Kemungkinan anak2 aku blh tercedera..Masya' Allah         
           

Wednesday, August 15, 2012

Ada Hikmah di Sebalik Dugaan Ramadhan....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

            Busy!busy!.....Rasanya tak cukup tangan aku di buatnya.Kesana kesini tak tahu apa yg disibukkan.Kalau sesiapa yg tak mengenali aku , sering berkata wau!! senangnya menjadi Siti..Anak dah besar2 mak muda lagi.Ye! lah tu aku ni pulak bkn mudah nak menceritakan perihal keluargaku pd org yg baru aku kenali..Ya! kan sajalah kata mrkkan..Nak tanya ni lawa tak header baru tu?? Semuanya penangan suamilah tu .Mentang2lah cuti sebulankan ,habis digodeh2nya blog dan Fb aku ni..Yang aku ni pulak tak berkesempatan langsung utk up-date dan baca blog ni dan membalas komen2 kalian semua.Terima kasih atas doa kalian buat keluargaku ye!.Komen apa saja jgn serik tau!! aku perlukan sokongan kalian....Bersemangat aku menempuh segala bentul cabaran di dunia sementara ini..Siti_btp Boleh!!..

            Berbalik kisah  suamiku ketika di wad hari tu, misi2 tu persoalkan juga anak2 tak tunggu ke?.Dia mampu senyap je lah.Terfikirlah pulak dia bagaimana keadaan kami berdua ketika tua nanti.Manalah tahukan kalau 'Nyanyuk ke' tak mampu urus diri ketika itu..Akhirnya dia mohon balik dr Dr sebab tak mampu urus dirinya seorang diri mandi ,ambil wudhuk dsbnya..Lepas tu minta aku ambilnya di hospital..Cabaran tu!! bayangkan aku tak pernah memandu ke KL pun.Jangan gelakkan aku ye!! tapi itulah hakikat sebenarnya penakut sekali terutama berhenti kat TOL..Tapi hari tersebut aku kuatkan semangat aku...Ku redah je Lebuhraya Plus dgn anak2 istimewa aku ni.Bayangkan Firdaus tak tahu duduk diam mcm ayahnya memandu je dibuatnya.Pakai tali pinggang kalendar pun dia blh lepaskan dirinya..Bertuah punya anak!!Anak siapalah ni??..

Imej dr google 
             Sampai dekat perhentian Sungai Buloh jln jem teruk sampai ke Bukit Lanjang..Masya'Allah jauhnya..Zikirlah byk2 dan baca doa kenderaan..Anak2 aku mula tak tentu arah..Asraf dgn kegelisahannya dgn tangan 10 jari masuk mulutnya,kalau sampai tantrumnya lagilah naya aku..Faiz blh tahanlah..Firdaus nak minta susulah,biskutlah mcm2 dibuatnya..Paling tak tahan tu dia pergi ke belakang sekali, tempat simpanan brg kereta Avanza kan sempit tu..Org belakang hon kereta aku dan geleng kepala..Aku nak buat mcm manakan.Tiba2 sdg aku terjerit-jerit dgn kerenah anak2 aku, sebuah kereta MPV Suzuki terbalik betul2 sebelah aku Nauzubillahimin dzalik.Pemisah aku dgn kereta tersebut hanya divider je, baru senyap anak2 aku.Kaki aku dah mula ketar2.Tak tahulah mcm mana keadaan penumpangnya.Nasib baik kereta lain sempat brek.Bayangkan laluan  laju tu.

             Aku pun meneruskan perjalanan aku ke Datok Keramat..Nak pulihkan kembalikan semangat aku ,aku menaiki teksi je ambil suami ku di hospital. Nak tak nak aku kena memandu juga utk balik rumah, kini aku dah semakin  berani dah pergi beli brg kat tesco cuma masalah nak parking pula..Hikmahnya kalau suami aku tak terlibat dlm kemalangan hingga kinilah aku takut nak memandu ke KL..Cerita suami pula ketika dia kemalangan, pengsan sekejap mcm mamailah.Pemandu lain sedarkannya..Perkara pertama dia sebut 'Aku dah mati ke?'..Takut tiba2 dah berada di Alam Barzakh..Bkn takut mati katanya tapi masih byk amalan tak dilakukan utk dijadikan bekalan di sana nanti..Nasib baik jatuh atas jalan kalau terhantuk dkt batu tebing jalan lagilah parahkan..

                 Terkenangkan kawannya yg kehilangan mata, akibat terlibat kemalangan motor di bulan puasa  beberapa tahun yg lalu..Berbulan tinggal di wad Hospital Selayang.Sering jugaklah suami berulang-alik melawat kawannya dulu..Itulah kata suamiku sempatlah berterawih 15 hari tak putus,bila dah sakit hanya mampu dirumah je lah.Timbul kekesalannya...Ketika kita sihat kerjakanlah Ibadah dgn bersungguh-sungguh, kalau dah sakit tak byk dpt dikerjakan.."SIHAT SEBELUM SAKIT."

           P/S- Bila ingatkan balik dgn dugaan yg menimpa terfikir pula dapatkah kita bertemu lagi dgn Ramadhan akan datang.??Jadi kejarlah malam2 terakhir Ramadhan ini ..Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari Allah SWT..

Monday, August 6, 2012

Dugaan Ramadhan -Suamiku terlibat dlm kemalangan..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

              Rasanya dah agak lama dah aku menyepikan diri, mencari kekuatan dan semangat diri..Hari Jumaat lepas kira2 pukul 12.30 tgh suamiku call mengatakan dia kini ada di hospital..Aku ingatkan hanya gurauan semata-mata sebab dia selalu bergurau dekat balai polislah mcm2lah dia menyamar..Tapi tak pada hari tersebut dia kata dia terlibat kemalangan sesama motor di persimpangan Jalan Duta melibatkan pasangan suami isteri dan suami aku sendiri..Masing2 jatuh atas jalanraya mungkin mengantuk kot...Berderau aku mendengarnya.Ujian di bulan Ramadhan..

                Susulan dari kemalangan tersebut suamiku dikehendaki duduk wad tetapi dia menolak..Maklumlah akibat pengalaman yg lama di hospital menjaga anak2 dan isterinya membuatkan ia fobia dgn hospital.Ambil darahnya,masuk air melalui drip ,suntikan dsbnya.Akibat komplikasi kemalangan tersebut tulang selangka di bahunya terkeluar sedikit dan terpaksa memakai anduh..Dr tak membenarkan memandu dan cuti sakit selama sebulan..Kecederaan motor ni walaupun nampak sedikit tapi dalamannya tak tahu sebab badannya terhempas ibarat "Nangka busuk" jawabnya..Dr beri suntikan tahan sakit dan kancing gigi..

                Kedegilan suamiku ?dia tetap nak balik juga, bayangkan dia memandu motor sebelah tangan sampai rumah mak aku di Datok Keramat dgn luka2nya..Kalau ikutkan perangai dia nak bawanya hingga ke Rawang ni.Entahlah degil betul!!..Puas jugalah mak aku membebel.Aku nak ambilnya hahaha!! aku tak berani memandu ke KL setakat dlm BTP dan Batu Arang ambil anak2 aku di PDK blhlah..Suamiku tunggulah adik iparku balik dr kerja pd petang tersebut..

                 Balik rumah ubat suntikan dah habis mulalah terasa sakit badan dn tangan kiri langsung tak blh angkat..Makan pun tak lalu tapi tetap puasa..Aku ni dah mcm jaga anak kembar 4 pula..Anak2 istimewaku tak mengerti apa2 terutama yg bongsu Firdaus 5 thn.Balik ayahnya di tariklah tangan ayahnya..Menjeritlah suamiku..Anak2 aku ni suka bermanja dan melehet kat ayahnya.Bila ayahnya buat de' pasti mrk hairankan.Berlarutanlah hingga hari Ahad ni, aku pun barulah terhegeh2 belajar memandu ke rumah mak aku..Bkn tak nak memandu tangan kanan bekas operation sakit kalau terlalu lama memandu..

Gambar dr google-Ambil di sini


                  Sebab sakit melampau suamiku terpaksa dimasukkan ke wad hr ini di Hospital Gleanegles ,Ampang.Oo!! TI tempat kerjanya bayar ni kalau ikut keewangan kami HKL lah jawabnya..Insurans pulak tak cover kemalangan hanya penyakit kritikal je..Suamiku silap dia tak ambil sepenuhnya.Time mcm ni baru nak tersedar diri knp tak ambil sepenuhnya.. Aku pula tak dapat menjaganya di hospital  kebetulan ayah aku pun tak sihat maklumlah akibat sakit kencing manisnya..Umurnya pun 73 thn dah..Mak aku  pun tak dptlah menjaga anak2 aku..Semoga Allah SWT permudahkan suamiku di hospital dan cepat2lah sembuh..Kesian suamiku..Doa kalian ku pohon pemudahkan urusan kami sekeluarga..

P/S :- Sempena Hari Raya ni berhati-hatilah ketika pulang ke kampung..Ketika memandu bagilah signal kalau nak ke kiri @ ke kanan..Pemandu Malaysia ni malas menggunakan signal..Tak kena tak tahu,mcm mana sakitnya akibat kemalangan.Malang tak berbau..Nampaknya tahun ni tak berayalah jawabnya..Biasa dah tu..Balik kampung???Mak Mentuaku tak tahu lagi ni...




   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...