Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, August 29, 2012

Bos Autisme Malaysia sudi bertandang ke rumahku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

             Lamanya aku dok perap entri ni..Blh jadi pekasam dah..Hari Jumaat lepas En Zamri Tembol dan isterinya Puan Nora Yusof sudi bertandang ke rumahku.Rasa meriahnya Aidilfitri tahun ni krn ada yg sudi berkunjung ke rumahku.Tak sia2 aku berblog dan Fb ni..Pagi itu kebetulan pula adik iparku sampai dr Terengganu pukul 6.00 pg nak melawat abangnya..Terkejut beruk aku tetamu sampai pagi2 butakan.Mrk tak call pun nak dtg..Bayangkan rumah mcm kapal pecah.Maklumlah dgn keadaan anak2 istimewaku ini mana diorang blh tengok rumah mrk kemas..Tak kiralah raya ke @ tidak..Tapi adik2 iparku pun cepat balik ,lepas Sembahyang Jumaat mrk balik Terngganu semula memandangkan masing2 ada urusan sekadar jengok abangnya yg sakit je..

             Aku pun tidurkan anak2ku sebab mrk bangun awal pagi tu nanti Mahgrib tidur susah pulakkan..Tiba2 suami kejutkan aku dia kata Bos FB Autisme Malaysia  ..Mati2 aku ingat suamiku berlawak je..Takkanlah ada org sudi dtg rumahku ini..Maklumlah mrk takut dgn keadaan anak2 ku ini mengamuk bila org dtg terutamanya Asraf 17thn..Kalau adapun yg sudi sekadar tanya khabar dan berbual kosong di laman rumah je.

              Nak tahu akibat kejutan demi kejutan berlaku serentak hari tu, aku dan suami tak teringat langsung utk ambil gambar dgn mrk..Kalutnya aku ketika itu.Tiada hidangan yg special pun sekadar tea 'O' kosong je dan kuih kering je..Suamiku komplen kat aku knp tak buat Nescafe ke @ Teh ke..Kan Hari Raya ni..Ampun dan maaf di pinta pd En Zamri dan Puan Nora sekeluarga tak bagi layanan yg sewajarnya..

Maaf En Zamri,Copy gambar dr Fb AM
                En Zamri dan Puan Nora byk berjasa  demi anak2 Autisme di Malaysia ini.Beliau yg berkerja keras menubuhkan Fb Autisme Malaysia..Dekat sinilah Ibu2 dan Bapa2 anak2 Autisme di Malaysia ini berkongsi pengalaman,luahan perasaan dan pendidikan anak2 ini.Termasuk akulah,byk  yg aku belajar di sini..Serius aku katakan semenjak adanya AM rasanya sedikit sebanyak krg dah stress di kepala otak aku ni..Ramai rupanya ibubapa yg senasib dgnku mempunyai anak2 istimewa..Lepas ni kalau tiada aral melintang dan izin Allah SWT akan tertubuhnya Persatuan Autisme Malaysia yg dah lama ibubapa anak2 Autisme Malaysia nantikan..Terbelalah nasib anak2 aku dan anak2 Autisme yg lain...

                Yang penting masyarakat hari ini sedar tentang kewujudan anak2 Autisme ini dan apa itu Autisme?..Ucapan terima kasih tak terhingga buat En Zamri dan Puan Nora ..Mrk pun  ada blog tau   DI SINI..Kebetulan pula ye!! adik suamiku yg muncul pagi2 tu pun namanya Zamri juga panggilan "YI"..
           

             

3 ulasan:

Kazman / Sue said... [Reply to comment]

Memang jasa mereka besar sangat pada anak2x istimewa ni kan.... Susah nak cari orang sebegini...

Hayati Sulaiman said... [Reply to comment]

Betul Kak Siti.. Autisme Malaysia memang support group yg sangat bagus. Kalau takde AM agaknya saya dah depressed agaknye kak.. TQ Dato' Zamri & Datin Nora.. Semoga mereka dapat balasan syurga di akhirat nanti.. Amin.

zamri said... [Reply to comment]

baru dpt peluang belek entry rakan2 blogger...

terima kasih juga terima kunjungan kami... kami org biasa je, sekadar lakukan apa yg termampu untuk anak-anak syurga ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...