Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, August 15, 2012

Ada Hikmah di Sebalik Dugaan Ramadhan....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

            Busy!busy!.....Rasanya tak cukup tangan aku di buatnya.Kesana kesini tak tahu apa yg disibukkan.Kalau sesiapa yg tak mengenali aku , sering berkata wau!! senangnya menjadi Siti..Anak dah besar2 mak muda lagi.Ye! lah tu aku ni pulak bkn mudah nak menceritakan perihal keluargaku pd org yg baru aku kenali..Ya! kan sajalah kata mrkkan..Nak tanya ni lawa tak header baru tu?? Semuanya penangan suamilah tu .Mentang2lah cuti sebulankan ,habis digodeh2nya blog dan Fb aku ni..Yang aku ni pulak tak berkesempatan langsung utk up-date dan baca blog ni dan membalas komen2 kalian semua.Terima kasih atas doa kalian buat keluargaku ye!.Komen apa saja jgn serik tau!! aku perlukan sokongan kalian....Bersemangat aku menempuh segala bentul cabaran di dunia sementara ini..Siti_btp Boleh!!..

            Berbalik kisah  suamiku ketika di wad hari tu, misi2 tu persoalkan juga anak2 tak tunggu ke?.Dia mampu senyap je lah.Terfikirlah pulak dia bagaimana keadaan kami berdua ketika tua nanti.Manalah tahukan kalau 'Nyanyuk ke' tak mampu urus diri ketika itu..Akhirnya dia mohon balik dr Dr sebab tak mampu urus dirinya seorang diri mandi ,ambil wudhuk dsbnya..Lepas tu minta aku ambilnya di hospital..Cabaran tu!! bayangkan aku tak pernah memandu ke KL pun.Jangan gelakkan aku ye!! tapi itulah hakikat sebenarnya penakut sekali terutama berhenti kat TOL..Tapi hari tersebut aku kuatkan semangat aku...Ku redah je Lebuhraya Plus dgn anak2 istimewa aku ni.Bayangkan Firdaus tak tahu duduk diam mcm ayahnya memandu je dibuatnya.Pakai tali pinggang kalendar pun dia blh lepaskan dirinya..Bertuah punya anak!!Anak siapalah ni??..

Imej dr google 
             Sampai dekat perhentian Sungai Buloh jln jem teruk sampai ke Bukit Lanjang..Masya'Allah jauhnya..Zikirlah byk2 dan baca doa kenderaan..Anak2 aku mula tak tentu arah..Asraf dgn kegelisahannya dgn tangan 10 jari masuk mulutnya,kalau sampai tantrumnya lagilah naya aku..Faiz blh tahanlah..Firdaus nak minta susulah,biskutlah mcm2 dibuatnya..Paling tak tahan tu dia pergi ke belakang sekali, tempat simpanan brg kereta Avanza kan sempit tu..Org belakang hon kereta aku dan geleng kepala..Aku nak buat mcm manakan.Tiba2 sdg aku terjerit-jerit dgn kerenah anak2 aku, sebuah kereta MPV Suzuki terbalik betul2 sebelah aku Nauzubillahimin dzalik.Pemisah aku dgn kereta tersebut hanya divider je, baru senyap anak2 aku.Kaki aku dah mula ketar2.Tak tahulah mcm mana keadaan penumpangnya.Nasib baik kereta lain sempat brek.Bayangkan laluan  laju tu.

             Aku pun meneruskan perjalanan aku ke Datok Keramat..Nak pulihkan kembalikan semangat aku ,aku menaiki teksi je ambil suami ku di hospital. Nak tak nak aku kena memandu juga utk balik rumah, kini aku dah semakin  berani dah pergi beli brg kat tesco cuma masalah nak parking pula..Hikmahnya kalau suami aku tak terlibat dlm kemalangan hingga kinilah aku takut nak memandu ke KL..Cerita suami pula ketika dia kemalangan, pengsan sekejap mcm mamailah.Pemandu lain sedarkannya..Perkara pertama dia sebut 'Aku dah mati ke?'..Takut tiba2 dah berada di Alam Barzakh..Bkn takut mati katanya tapi masih byk amalan tak dilakukan utk dijadikan bekalan di sana nanti..Nasib baik jatuh atas jalan kalau terhantuk dkt batu tebing jalan lagilah parahkan..

                 Terkenangkan kawannya yg kehilangan mata, akibat terlibat kemalangan motor di bulan puasa  beberapa tahun yg lalu..Berbulan tinggal di wad Hospital Selayang.Sering jugaklah suami berulang-alik melawat kawannya dulu..Itulah kata suamiku sempatlah berterawih 15 hari tak putus,bila dah sakit hanya mampu dirumah je lah.Timbul kekesalannya...Ketika kita sihat kerjakanlah Ibadah dgn bersungguh-sungguh, kalau dah sakit tak byk dpt dikerjakan.."SIHAT SEBELUM SAKIT."

           P/S- Bila ingatkan balik dgn dugaan yg menimpa terfikir pula dapatkah kita bertemu lagi dgn Ramadhan akan datang.??Jadi kejarlah malam2 terakhir Ramadhan ini ..Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari Allah SWT..

5 ulasan:

Mrs Velentine said... [Reply to comment]

dugaan bulan ramadan bagi akak..semoga akak tabah

Saleha said... [Reply to comment]

kalaulah saya boleh setabah akak

boni kacak said... [Reply to comment]

kan.. setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.. sekarang da berani da bawak kete

man said... [Reply to comment]

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin.

the fikirman said... [Reply to comment]

keep calm n happy eidul fitri 1433h. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...