Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Rasanya dah agak lama dah aku menyepikan diri, mencari kekuatan dan semangat diri..Hari Jumaat lepas kira2 pukul 12.30 tgh suamiku call mengatakan dia kini ada di hospital..Aku ingatkan hanya gurauan semata-mata sebab dia selalu bergurau dekat balai polislah mcm2lah dia menyamar..Tapi tak pada hari tersebut dia kata dia terlibat kemalangan sesama motor di persimpangan Jalan Duta melibatkan pasangan suami isteri dan suami aku sendiri..Masing2 jatuh atas jalanraya mungkin mengantuk kot...Berderau aku mendengarnya.Ujian di bulan Ramadhan..
Susulan dari kemalangan tersebut suamiku dikehendaki duduk wad tetapi dia menolak..Maklumlah akibat pengalaman yg lama di hospital menjaga anak2 dan isterinya membuatkan ia fobia dgn hospital.Ambil darahnya,masuk air melalui drip ,suntikan dsbnya.Akibat komplikasi kemalangan tersebut tulang selangka di bahunya terkeluar sedikit dan terpaksa memakai anduh..Dr tak membenarkan memandu dan cuti sakit selama sebulan..Kecederaan motor ni walaupun nampak sedikit tapi dalamannya tak tahu sebab badannya terhempas ibarat "Nangka busuk" jawabnya..Dr beri suntikan tahan sakit dan kancing gigi..
Kedegilan suamiku ?dia tetap nak balik juga, bayangkan dia memandu motor sebelah tangan sampai rumah mak aku di Datok Keramat dgn luka2nya..Kalau ikutkan perangai dia nak bawanya hingga ke Rawang ni.Entahlah degil betul!!..Puas jugalah mak aku membebel.Aku nak ambilnya hahaha!! aku tak berani memandu ke KL setakat dlm BTP dan Batu Arang ambil anak2 aku di PDK blhlah..Suamiku tunggulah adik iparku balik dr kerja pd petang tersebut..
Balik rumah ubat suntikan dah habis mulalah terasa sakit badan dn tangan kiri langsung tak blh angkat..Makan pun tak lalu tapi tetap puasa..Aku ni dah mcm jaga anak kembar 4 pula..Anak2 istimewaku tak mengerti apa2 terutama yg bongsu Firdaus 5 thn.Balik ayahnya di tariklah tangan ayahnya..Menjeritlah suamiku..Anak2 aku ni suka bermanja dan melehet kat ayahnya.Bila ayahnya buat de' pasti mrk hairankan.Berlarutanlah hingga hari Ahad ni, aku pun barulah terhegeh2 belajar memandu ke rumah mak aku..Bkn tak nak memandu tangan kanan bekas operation sakit kalau terlalu lama memandu..
Gambar dr google-Ambil di sini
P/S :- Sempena Hari Raya ni berhati-hatilah ketika pulang ke kampung..Ketika memandu bagilah signal kalau nak ke kiri @ ke kanan..Pemandu Malaysia ni malas menggunakan signal..Tak kena tak tahu,mcm mana sakitnya akibat kemalangan.Malang tak berbau..Nampaknya tahun ni tak berayalah jawabnya..Biasa dah tu..Balik kampung???Mak Mentuaku tak tahu lagi ni...
11 ulasan:
Semoga suami akak cepat sembuh... huhu dugaan tu kak...
semoga suami cepat sembuh...
semoga suami puan cepat sembuh.. dan tabah dengan apa yang terjadi.. ini semua ujian dari ALLAH...
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Salam Nuzul Al Quran Siti
Saya berdoa agar hubby cepat sembuh dan permudahkan segala urusan
Salam 17 Ramadhan kak,
Semoga suami akak lekas sembuh. Saya doakan akak diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian oleh-Nya. Semoga dipermudahkan. Amin!
ya Allah sakit tu
erm dugaan kan kak
hope suami akk cpat smbuh
sabar... ada hikmahnya.
moga Allah permudahkan segala urusan Siti, suami & anak2.
semoga tabah dgn ujian demi ujian dariNya keatas keluarga puan....
Salam. Saya baru terjumpa blog akak. Kagum dengan kecekalan akak. Semoga suami akak cepat sembuh, akak dan anak-anak sentiasa sihat. Setiap dugaan yang Allah beri, akan dibekalkan sekali dengan kekuatan. Semoga dipermudahkan semuanya...
semoga akak bersabar dengan dugaan dariNya ni ye..
Post a Comment