JOIN SEGMEN CIKGU DIEYNA |
Kenangan Ramadhan yg tak mungkin aku lupakan utk aku titipkan di ruangan ini ketika berpuasa 2 thn berturut-turut di Hospital Pediatrik Kuala Lumpur...Pengalaman Ramadhan 1995 dan 1996.Makruh menangis ketika berpuasa.Siapakah di antara mrk dpt menahan air mata Ramadhan ketika berada di situasiku ketika itu??? ....Sebaik shj anak sulung aku, Asraf di lahirkan pada 3.8.1995 dimasukkn di SCN krn mengalami komplikasi pernafasan dan bergantung pd oksigen.. Hospital diibaratkan rumah kediaman aku dan anakku selama hampir 3thn di hospital utk mengetahuinya lebih lanjut DI SINI
Menyingkap kembali saat ketika berpuasa dan berhari raya dihospital ..Keadaan diwad yg tak selesa dan cuaca yg agak panas memang mencabar kesabaran dan keimanan aku berpuasa ketika itu.Waktu berbuka ikutlah apa yg disediakan oleh pihak hospital ikan jaket masak kari,telor masak korma kalau nasib baik mak aku kirimkan lauk pauk melalui suamiku,bersahur pula dgn ala kadar je mee segera,biskut kering @ roti yg paling mudah sbg pelapik perut..
Suami pula terpaksa bersahur seorang di rumah sewaan kami .. Bayangkan mcm mana tak terurusnya keadaan suamiku ketika itu..Mcm kematian bini pulakkan!!..Tipulah kalau aku katakan yg kami tak pernah berselisih faham ketika itu,suami aku dgn masalah tempat kerjanya sering di marahi bosnya akibat kerap mengambil cuti dan lambat pula ke tempat kerja maklumlah sebelum pergi kerja suami akan singgah ke hospital menjengukku dan anaknya...Sebaik pulang pula dr kerja terus bergegas ke hospital ambil giliran menjaga Asraf pula..Sembahyang terawih entah ke mana.Aku pulak tension keadaan wad tak selesa,keadaan Asraf yg sering menangis, dimarahi pula dgn Dr dan misi2 di hospital..Ketika itu darah masih muda lagi aku 22thn dan suami 28 thn..Ketika pasangan lain masih peringkat "honeymoon" lagi tapi kami tlh melalui cabaran demi cabaran mengalahkan cerita SURVIVOR pula di NTV 7..Tapi pengalaman itu mengajar kami menjadi lbh matang..
Paling tak dpt aku lupakan ketika Asraf menjalani pembedahan sebelum beberapa hari menjelang hari raya..Memandangkan pembedahan mengambil masa beberapa jam..Aku dan suami keluar ke Jalan TAR..Semua akan tertanya2 termasuk mak aku waktu tu knp aku dan suami sanggup meninggalkan anak aku yg sedang bertarung nyawa dlm bilik pembedahan..Dpd menunggu dan terus menunggu dlm kerisauan lebih baik aku keluar sekejap..Selepas habis pantang hingga ke hari tersebut aku tak pernah keluar berjalan2pun ..
Suamiku mencadangkan kami keluar sekejap..Kebetulan hari tersebut Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yg ke-2thn..Dgn Motor kapcai Honda 70cc menuju je Jln TAR melihat umat Islam membuat persiapan Hari Raya di saat2 akhir..Suamiku menghadiahkan sepasang baju yg dibelinya di Semua House sempena Hari Lahirku ke- 22thn tlh pun berlalu dan hadiah ulang tahun perkahwinan kami..Terkilan rasanya tak dpt menghadiahkan apa2 buat suamiku ketika itu..Belilah sedikit juadah utk berbuka dan kami pun kembali ke hospital....
Di pendekkan cerita anakku menghadapi komplikasi selepas pembedahan pula dan dimasukkan di ICU krn masih tak sedarkan diri dan bergantung pada pernafasan..Dr sahkan Asraf 50-50,"ALLAH HU AKHBAR"..Doa yg paling mustajab beberapa jam sebelum waktu berbuka ..Aku dan suami memohon dan berdoa "Ya Allah! sekiranya Asraf diamanahkan utk kami menjaganya Kau sembuhkanlah ia,Sesugguhnya Kau lebih menyanyanginya,aku redho kalau Kau ambil nyawanya"..
Sebagai ibu yg mengandungkan 9 bulan 10 hari memang tak sanggup rasanya melihatkan penderitaan anakku..Rasanya kalau blh bertukar nyawa biarlah aku jadi galang gantinya ketika itu..Lilitan wayar membaluti tubuh anak kecilku dan entah brp byk darah dimasukkan dan ubat antibiotik ke dlm badan Asraf utk menyelamatkan nyawanya..Siang berganti malam, keadaan berterusan sehinggalah kedengaran takbir raya berkumandang pd mlm hari bermakna berakhirnya Ramadhan dan Shawal pun menjelma...
Alamak! segmen ini mengenai Kenangan Ramadhankan bknnya kenangan di Aidulfitri kalau nak mengetahui selanjutnya ikuti shj entri lama ku keadaan anakku Asraf seterusnya....Tak termasuk pula aku berpuasa utk tahun keduanya di hospital blh jadi menuskrip filem pulak mengalahkan filem"Ombak Rindu" ni.Cukuplah di sini semoga Ramadhan kali ini lebih barakah dr lepas2 ..Salam Ramadhan dariku..
13 ulasan:
salam Ramadhan Siti
Allahuakbar
sayu saya membacanya
Saya berdoa agar Syurga Firdaus tempat Siti sekeluarga...amin
Selamat menjalani ibadah puasa
besar betul dugaan akak..dan akak nampak sangat tabah..saya tak mampu jadik macam akak..semoga Allah memberi kebahagiaan didunia dan diakhirat pada akak sekeluarga..
Salam Kak...saye bace pun dah terasa kesusahannya....amat menyebakkan dada...
semoga akak kuat dan tabah.dah sejauh ni akak berjalan,dont look back.
Kenangan akak mmg syahdu,,,, huhu sedih saya membacanya.. huhu semoga akak memperoleh kebahagiaan di sana nanti.. huhu
P/s : Nape doktor marah akak tu???
moga tabah akak :)
dtg dari sgmen sama : http://akulovehunter.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html#
ramai ibu2 yang mengalami detik2 menyedihkan ni.. ramai juga yang mempunyai blog dan yang saya kenal.. termasuklah ibu ni.. --> www.yayansmum.com
sedih dya baca kenangan akak..:(
semoga akak terus tabah dan kuat ye..:)
jom singgah baca entry dya pula
http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html
Akak Siti... Dulu Eusoff masa umur 1 thn lebih pernah masuk PICU juga kerana H1N1 selama 5 hari. 5 hari je kak..saya rasa mcm 5 tahun. Sepanjang 5 hari tu saya tak lalu makan dan tidur.. Hanya zikir dan doa aje yang jadi makanan saya. masa tu banyak kes pesakit H1N1 yang meninggal dunia. Saya tak boleh bayangkan perasaan saya..tambah2 tengok 2 org baby kat bilik depan dah koma kak.. :'( Saya faham apa yg akak lalui cuma dugaan akak tu jauh lebih berat dari saya. Sedihnya kalau ingat2 balik... bagi saya akak sangat tabah diuji dengan bermacam ujian dalam hidup. Buatkan saya insaf sangat. Selamat berpuasa kak.. doa saya selalu buat akak dan anak2. Hugs..
sebak membacanya..sayapun pernah duduk di hstl tp bukan ramadhanlah..sedih gak tapi 2 baru 3 hari..kalau ditempat akak tak mcm mana saya..dpt saya rasakan kesusahan akak masa tuh..akak mmg kuat..semoga terus kuat
http://hezrina83.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html
sebak membacanya.. salam ramadhan dari saya juga kak..
mari singgah baca kisah saya pula..
http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html
sebaknya baca...
salam kenal dari Nurul ye...
http://nbarakah.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html
datang semula nak mengira komen ni.... :)
Post a Comment