Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Diam tak diam dah enam hari kita puasa. Semalam call mak mentua tanya khabarnya , mak tanya bila nak balik raya??..Tak tahu lagi jawabku..Persoalan yg amat memeningkan kepala aku dan suamiku hingga ke hari ini..Emak mengharapkan kami sekeluarga pulang awal maklumlah suamiku merupakan anak sulungnya..Aku faham perasaan mak ingin menumpang kasih anaknya setelah ketiadaan ayah.Kesian mak!!..Siapalah yg tak mahu bergembira menyambut Hari Raya Aidulfitri ni kan..Balik awal2 kat kampung menyiapkan juadah hari raya bersama keluarga ipar duai dan anak2 saudara..Suasana kampung yg sangat mendamaikan..Lebih2 lagi dgn tibanya musim durian di kampung amatlah meyeronokkan..

Alahai!! airnya..Bagi pendapat akulah kecil sgt tu,apa salahnya angkat je tempat duduk tu tak lah basah kusyen tu..Pandai2 aku je!!..Ciptalah cepat kat Malaysia ni.. |
Aku tak larat nak bawa dah..Takkan aku nak bawa anak2 lelaki aku ke tandas perempuan .Firdaus 5 thn blhlah..Begitu jugak ayahnya yg ada masalah slip disk akibat lama memandu.Tak larat nak handle kalau sampai tantrum anak2 aku ini...Masalah tandas OKU yg sediakan kdg2 tak mesra OKU kotor, tak ada air dan kadang kala tak blh berkunci dan dikunci...Pengalaman aku sendiri dgn Asraf terkunci dlm bilik air OKU di tandas Tol Jelutong Highway Gutrie ,Shah Alam membuatkan aku fobia menggunakan tandas OKU..Asraf bukannya blh lambat @ keadaan kita yg agak kelam kabut masa tu dan menangis terjerit-jerit..
Itu belum termasuk Firdaus lagi tak larat dgn kehyperaktifnya..Jenuh nak mengejar kalau ia berlari..Kita ikut jalan lurus dia ikut jalan bengkok..Dlm tandas semua nak dipegangnya tak kiralah kotor ke,najis ke..Pernah juga dia buka paip habis basah baju aku disemburnya air..Nak cerita pun payah sebenarnya tiada siapa yg sudi mendengar sebab orang lain tak mengalaminya dan berada di situasiku..
Pendapat aku tandas diletakkan di tempat duduk belakang sekali. Jadi agak terlindug sedikit mungkin sesuai utk kereta MPV.. Pelajar2 Universiti di Malaysia tunjukkan inovasi anda pula |
P/S:- Sangat mengharapkan emak mentuaku memahami keadaan anak menantunya dan cucu2nya ini.Bkn sengaja mencari pelbagai alasan tapi hakikat sebenarnya kehidupan kami.Insya'Allah mak, kami akan balik juga cuma lambat sedikit..Walaupun rumah mak abah aku di Dato Keramat tapi aku dan keluargaku akan mengunjunginya pada petang raya utk memohon kemaafan.Masa tu keadaan tak kelam kabut...Pagi rayanya tinggallah kami di BTP tanpa jiran2 disekeliling yg pulang ke kampung...Agak sunyi dan membosankan tapi apakan daya dgn keadaan anak2 istimewa aku begini..
8 ulasan:
Nak mengharapkan orang faham agak susah kan kak...takperlah dari menyusahkan orang lain, kita lebih tahu masalah kita...
cukup faham dengan apa yang di rasa oleh kakak... sbb anak sulung saya pun anak istimewa, autisme. Dah bujang, umur pun dah 14 tahun..suara dah pecah, besar dan kasar suara dia. Orangnya tinggi, bila bw berjln2 org akan mula pandang semacam bila anak saya bercakap dengan bahasa jerman dia... suara tak boleh nak perlahan....Saya tak kisah apa pandangan dan cakap orang, dia anak saya. Diorg tak merasa...
ramai orang pentingkan diri sendiri skang, orang normalpun sengajajer guna tandas o.k.u
saya setuju ngan shaliza tu
Betul tu Liza! itulah lepaskan perasaan melalui penulisan..
Ada jugak kawan senasib di sini ye!!Nooraz..
Ya Saleha! tempat parking kereta juga disalahguna.Kesian kat warga OKU..
berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul..mmg faham situasinya...
sabar ye kak... huhu
banyakkan bersabar dik..
bukan semua org faham akan masalah orang lain... saya mendoakan akak sentiasa tabah dalam menghadapi karenah anak2 istimewa...
Post a Comment