Jawapan kpd Kenapa Kos Rawatan Pergigian Mahal?? Siapakah yg sanggup mengadap gigi kita selama sejam atau lebih? Pasangan kita?..Aku ni selama hampir 18 thn berkahwin tak pernah tengok dlm mulut suami apatah lagi nak memerhatikan giginya pun begitu juga dgn suamiku..Sungguh!! tak tipu pun..Bagaimana dgn anda?Jangan lupa hantarkan komen2 ye di bwh ini..
Aku respect sangat dgn Dr2 gigi ni..Walaupun doktor2 ni menutup hidung ketika melakukan tugasan, kalau aku ditempat mrk nak muntah pun ada..Bayangkan pesakit yg tak pernah melakukan scarling..Bagaimana keadaan gigi mrk ye?Ini tak termasuk bau mulut yg busuk, mcm mulut aku nilah malu nak cakap..Sabarnya mrk sanggup mengadap gigi kita selama sejam lepas tu pesakit seterusnya setiap hari..Tanpa mrk tak tahulah mcm mana gigi aku....Tak boleh nak cakap apa2 sebenarnya..Hargailah mrk ye!!
Sejak akhir2 ini keadaan gigiku agak rapuh dan bergoyang..Mungkin kesan ubat kemoterapi dan radioterapi kanser dulu..Kesannya berbeza di alami oleh bekas pengidap2 kanser..Sebelum melakukan rawatan gigi kena terangkan penyakit sedang dan yg pernah kita lalui pada Dr gigi..Tak semua ubat antibiotik blh di beri samada pengidap kanser @ bekas pesakit kanser..
Gambar mengenai Root Canal Treatment- Ehsan dr Google |
1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.Dilakukan secara berperingkat-peringkat..
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.
2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.
3. Prosedur rawatan
Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.
Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.
4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM500.00 ke atas mengikut kerosakan gigi ( Kos ini dah tampalan akhir iaitu tampalan kekal )...
ISTILAH PERGIGIAN
Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari
Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari
Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air
Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan
Amalgam : tampalan yang berwarna perak
Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda
Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit
Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.
Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .
Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .
Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang
Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.
Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.
Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami kekurangan air liur...
Sumber:Doktor Leen,
Aduh!! sakit gigi memang menyakitkan ..Mcm2lah petua gigit cengkih guna ubat gigi sedsodyne tapi tak berkesan..Ubat tahan sakit berkoyan-koyan ku telan..Hilang kesabaran terhadap anak2 aku ni..Pantang salah sikit aku mudah naik angin ..Kesian pada anak2 istimewaku ini...Mrk bkn mengerti apa2 pun..Kalau nak makan jam tu jugaklah, tak pandai nak bersabar langsung..Maafkan mak,ibu,mama ya! sayang..Kini aku mula tersenyum..Alhamdulillah..Sakit gigi buat aku gila meroyan rasanya..Kalau aku pilih cabut gigi pasti masih terasa kesakitannya hingga ke hari ini..Terima kasih Dr Zailinda..
Bagi anda di luar sana,mulai hari ini kita menabung ye!!Kalau lebihan pergi pasar tu simpan dlm tabung..Cukup rm200 setiap 6 bulan sekali pergilah cuci gigi (scarling)di klinik gigi tampal semasa lubang masih kecil..Beringat sebelum kena...Hanya rm 1.50 sehari je utk gigi kita sihat....Aku dah serik ni..
Senyum kpd semua ,senyumanmu yg paling bermakna Kini aku mampu tersenyum, first rawatan root canal hilang sakit gigi dah..gambar google |
P/S : Perasan tak org tua dulu2 dan org2 Asli ni mcm mana mrk mencegah gigi mrk sakit..Dari zaman kanak2 mrk mengamalkan honges kulit tebu..Tanpa disedari menguatkan dan membersihkan gigi mrk..Cuba hari ini kita siat dan honges kulit tebu tu menggunakan gigi kita..Mahu tercabut semua gigi kita..Dulu mana ada berus gigi dan Dr gigi...Mulai hari ini mari kita menanam tebu di tepi pagar rumah masing ye!! dan ajak anak2 kita menghonges tebu.Kembalikan balik nostalgia waktu kita zaman kanak2 dulu...Bukan menanam tebu di tepi bibir..
16 ulasan:
org tua2 kata nak putihkan gigi...tenyeh dgn arang....siapa berani boleh mencuba!
nasib baik saya tak der kerosakan gigi.. SYukur Alhamdulillah
hurm.. satu hari nanti nak buat la.. gigi geraham saya baru2 ni dah ada kesan keretakan sikit.. risau pulak
tak suke p jumpe dentist :(
slm kenal,
cik ana
Saya penah buat root canal ni. Mula2 gigi graham sakit. Ingat nak suruh dokter cabut je sbb tak tahan. Dokter rekemen buat root canal tp kat klinik dia tak boleh buat. Peralatan tak cukup. Saya pegi klinik pakar gigi di Sri Petaling. Harga RM1300, boleh 2 kali bayar. Baru bayar sekali. Tunggu dia call tak de call2 sampai sekarang. Tanak duit ke dokter ni...hehehe
Betul la gigi geraham bawah tak boleh cabut sbb nnti yang atas takde couple so root canal la terbaik. Mmg ngilu tapi nak buat mcm mana janji baik
Assalamualaikum Siti
doktor dah le belajar lama kannn
doktor...boleh tanye sikit tak...
rawatan ini dan ubat-ubat bius yang digunakan semasa menjalankan rawatan tersebut akan mendatangkan ape2 kesan sampingan terhadap badan atau otak tak? gigi tu gigi molar...
Saya bkn doktor pun ..sekadar berkongsi pengalaman setelah melalui rawatan tersebut..
perli ye!!hehehe..
sy baru je buat RCT minggu lepas. gigi geraham kecil.buat dekat klinik kerajaan je.hasil-ok! puas hati juga.takde pun sakit mana masa proses korek kikis bagai tu.mungkin depends dekat tahap kerosakan gigi individu.bayaran pun err..rm4 je tambah xray jadi rm5.hehehe...
singgah sini tgk info pasal root canal. friday ni ada appointment dgn dentist.:)
@Anonymous
betul ke buat rawatan root canal kne charge rm5 je kt klinik gigi gov?
free je klo keja gomen....klo xbawak green letter kena rm2 tiap kali pegi....tu jer
free je klo keja gomen....klo xbawak green letter kena rm2 tiap kali pegi....tu jer
Rm1 jer kalau tak ada green later..hihi..
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
Post a Comment